Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Canselor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Canselor (Jawi: چنسلور) atau kanselor (Jawi: كنسلور) adalah jawatan rasmi digunakan banyak badan pelbagai jenis dan pangkat. Ia kini paling utama digunakan untuk jawatan setaraf perdana menteri dalam beberapa negara tertentu.

Gelaran ini mula wujud pada zaman Empayar Rom melalui kata cancellarius merujuk kepada jurutulis yang duduk menunggu di pintu kekisi (cancelli) istana semayaman Maharaja menguruskan surat-surat mahkamah merakam kerja hakim peguam yang disulitkan dari penonton sesebuah perbicaraan. Jawatan cancellarius ini lama-kelamaan diberi kuasa langsung dalam bidang kehakiman pada zaman Byzantium yang lanjutnya.[1] Ungkapan cancellarius turut diserap banyak bahasa Eropah seperti berikut:

  • Jerman: kanzler
  • Belanda: kanselier,[2] terserap dalam baku Indonesia sebagai kanselir[3]
  • bahasa Inggeris: chancellor,[1] terserap dalam baku Nusantara lain termasuk bahasa Malaysia sebagai kanselor dan canselor (Jawi: چنسلور)[4]
  • Sepanyol: canciller
  • Portugis: chanceler

Kelaziman

[sunting | sunting sumber]

Di Austria

[sunting | sunting sumber]

Canselor Austria (Bundeskanzler untuk lelaki, Bundeskanzlerin untuk perempuan) mengetuai pemerintahan negara Austria.

Di Jerman

[sunting | sunting sumber]

Canselor Jerman mengetuai pemerintahan tahap persekutuan negara Jerman lantikan Bundestag.

Di Switzerland

[sunting | sunting sumber]

Kanselor Persekutuan Switzerland (Jerman: Bundeskanzler, Perancis: Chancelier fédéral, Itali: Cancelliere della Confederazione) bertindak selaku Ketua Turus Pemerintah menguruskan Majlis Persekutuan negara tersebut.

Di Amerika Selatan

[sunting | sunting sumber]

Menteri ehwal luar negeri banyak negara benua ini sering diberi gelaran sebegini.

  1. ^ a b Smith, William, penyunting (1875). "Cancelli". A Dictionary of Greek and Roman Antiquities. London: John Murray. m/s. 236. Dicapai pada 11 November 2021.
  2. ^ van der Sijs, Nicoline (2010). "kanselier". Nederlandse woorden wereldwijd. Den Haag: SDU Uitgevers. ISBN 9789012582148.
  3. ^ "kanselir". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2016.
  4. ^ "canselor". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.