Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

99 Kali Rindu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
99 Kali Rindu
PengarahAzhari Zain
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
9 Mei 2013
Masa tayangan
75 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

99 Kali Rindu merupakan sebuah filem drama keagamaan Malaysia 2013 arahan Azhari Zain terbitan Metrowealth Pictures. Filem lakonan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini ditayangkan pada 9 Mei 2013, dan merupakan kesinambungan dari filem 7 Petala Cinta (2012).[1]

Menceritakan kisah lelaki bernama Attar (Aeril Zafrel) yang baru kematian isterinya, Saidatul Nafisa (Shima Anuar). Selepas kehilangan isterinya, Attar turut berhijrah untuk menghilangkan kesedihan ditanggungnya. Namun, dalam penghijrahannya dia bertemu dua wanita - Fatin Qalbie (Wawa Zainal) dan Zazlena (Afiera Riana). Pertemuan di antara Attar dan Zazlena berlaku ketika Attar sedang menyeberangi jalan. Ketika itu Zazlena memandu kereta dengan laju dan melanggar Attar.

Rasa bersalah Zazlena menyebabkan Attar dirawat di rumahnya sehingga sembuh. Namun, Miqdad (Adey Syafrien) yang juga abang kepada Zazlena menceritakan kepada Attar mengenai penyakit dihadapi adiknya yang sudah berputus harapan untuk hidup akibat penyakit barah. Namun setelah Zazlena mengenali Attar ia telah memberikan semangat baru kepadanya.

Fatin Qalbie, seorang DJ radio pula diserang orang yang tidak berpuas hati dengannya. Namun, Fatin Qalbie bernasib baik kerana Attar menyelamatkannya. Sejak pertemuan itu timbul bibit rindu Fatin Qalbie terhadap Attar. Akhirnya siapakah yang akan bertakhta di hati Attar atau adakah Hilma Aqila datang menuntut cintanya kembali.

Ulasan kritis

[sunting | sunting sumber]

Ana Ghoib menulis untuk Malaysian Review mengulas: "Ia sekali gus dapat memberi mesej dan kesedaran buat golongan remaja yang menonton. Meskipun bukan cerita yang berat, namun Azhari (Zain) telah meletakkan permainan emosi yang berat untuk watak Attar yang menyebabkan penonton akan berasa kasihannya dengannya."[2]

  1. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (11 Mei 2013). 99 Kali Rindu filem penuh emosi Diarkibkan 2018-04-25 di Wayback Machine Sinar Harian. Dicapai pada 24 April 2018.
  2. ^ Ana Ghoib (11 Mei 2013). 99 Kali Rindu: Filem Islamik penuh emosi Malaysian Review. Diperoleh pada 25 April 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]