481 SM
Penampilan
Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Mengikut tempat
[sunting | sunting sumber]Yunani
[sunting | sunting sumber]- Kongres di Segenting Corinth, di bawah kepresidenan Sparta, mempertemukan sebilangan negara-negara kota Yunani. Kongres bersetuju untuk mengakhiri perang antara Athens dan Aegina, dan membincangkan ancaman daripada tentera Parsi. Athens tidak rela meletakkan angkatan-angkatan tenteranya di bawah Sparta dan rajanya, Raja Leonidas. Gelon, penzalim Syracuse, bercadang untuk mengetuai angkatan campuran, tetapi ditolak oleh Sparta dan Athens. Bagaimanapun semasa Kongres, Gelon terpaksa menarik balik cadangannya apabila Carthage merancang untuk menyerang Sicily. Akhirnya, Themistocles bersetuju bahawa angkatan tentera laut Athens diletakkan di bawah kuasa pemerintahan seorang laksamana Sparta untuk mencapai perpaduan antara negara-negara Yunani. Bagaimanapun, Thebes dan Thessaly tidak rela menyokong Athens terhadap Parsi dan Crete, dan memutuskan untuk berkecuali.
Empayar Parsi
[sunting | sunting sumber]- Raja Xerxes I dari Parsi tiba di Sardis, dan memulakan penubuhan sebuah tentera darat dan laut yang besar untuk serangan Yunani. Mesir menyumbangkan 481 buah kapal.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- Protagoras, ahli falsafah Yunani pra-Socrates (maut k.k. 420 SM).
Kematian
[sunting | sunting sumber]- Ssu-ma Niu, orang bangsawan berpangkat tertinggi antara pengikut-pengikut Confucius.