21 September
Penampilan
<< | September | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | |||||
2024 |
21 September merupakan hari ke-264 (hari ke-265 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 101 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Keamanan Antarabangsa
- Hari Kemerdekaan di Malta (1964), Belize (1981), dan Armenia (1991).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 454 – Maharaja Rom Valentinian III membunuh Aëtius di Ravenna.
- 1745 – Pemberontakan Jacobite: Angkatan Jacobite pimpinan Charles Edward Stuart menewaskan Hanover di Prestonpans, Lothian Timur, Scotland.
- 1792 – Revolusi Perancis: Konvensyen Nasional mengundi memansuhkan pemerintahan beraja, dan mengisytiharkan Republik Perancis Pertama.
- 1818 - Inggeris menyerahkan kembali Melaka kepada Belanda dengan upacara penyerahan disempurnakan oleh Mejar Jeneral William Farquhar Residen British di Melaka kepada Pesuruhjaya Belanda, Laksamana Muda, Walterback dan Timmermann Thyssen di Bukit St. Paul.
- 1823 – Mengikut Joseph Smith, malaikat Moroni muncul kepadanya dan memberitahu lokasi Kepingan-kepingan emas, yang mengandungi teks suci purba Kitab Mormon.
- 1898 – Reformasi Seratus Hari di China tamat mendadak apabila Maharani Balu Cixi (gambar) memencilkan Maharaja Guangxu dan mengambil alih sebagai pemangku raja.
- 1937 – Novel kanak-kanak fantasi J. R. R. Tolkien The Hobbit, buku pelopor The Lord of the Rings, diterbitkan.
- 1939 – Perdana Menteri Romania Armand Călinescu dibunuh oleh seorang anggota Pengawal Besi yang pro-Nazi.
- 1942 – Model prototaip pengebom berat Boeing B-29 Superfortress (gambar), antara pesawat terbesar Perang Dunia II, terbang buat pertama kali.
- 2008 – Lebih 12,800 kanak-kanak di China dimasukkan ke hospital akibat kelancungan produk susu China.
- 2008 – Presiden Afrika Selatan Thabo Mbeki meletak jawatan seperti yang diminta oleh parti pemerintah Kongres Kebangsaan Afrika.
- 2009 – Pasukan lumba Renault F1 diberikan hukuman tergantung dua tahun oleh FIA, selepas mengaku bersalah bersubahat menyebabkan kemalangan sengaja di Grand Prix Singapura 2008.
- 2011 – Dua pengembara A.S. dibebaskan dengan ikat jamin oleh Iran sebagai tanda kemanusiaan selepas dua tahun dipenjarakan, atas kesalahan mengintip.
- 2011 – Valentina Matviyenko dilantik sebagai Pengerusi Majlis Persekutuan Rusia, jawatan politik tertinggi bagi wanita di Rusia moden sejak Maharani Yekaterina.
- 2013 – Sekumpulan lelaki bertopeng mula menyerang pusat beli-belah Westgate di Nairobi, Kenya, membunuh lebih 60 orang.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1840 - Murad V, Sultan Empayar Uthmaniyyah
- 1954 - Shinzo Abe, seorang Perdana Menteri Jepun
- 1957 - Kevin Rudd, Perdana Menteri Australia ke-26
- 1970 - Unique Priscilla, pelakon dan model Indonesia
- 1980 - Autumn Reeser, pelakon A.S.
Kematian
[sunting | sunting sumber]2019 - Sigmund Jähn, angkasawan pertama Jerman dan Jerman Timur