Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

18-bit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pemproses
4-bit 8-bit 12-bit 16-bit 18-bit 24-bit 31-bit 32-bit 36-bit 48-bit 64-bit 128-bit
Penggunaan
16-bit 32-bit 64-bit
Saiz data
nibel   oktet   bait   kata   kata-d   kata-q

Integer, alamat ingatan, dan unit data 18-bit yang lain dalam bidang seni bina komputer ialah unsur yang tidak melebihi 18 bit (2.25 oktet) lebarnya. Seni bina unit pemprosesan pusat (CPU) dan unit logik aritmetik (ALU) 18-bit juga merupakan seni bina yang bersandarkan pendaftar, bas alamat, atau bas data dengan saiz itu.

Integer 18-bit boleh menyimpan 262,144 (1,000,000 perlapanan, atau 40,000 perenambelasan) nilai yang unik.

Seni bina komputer 18-bit yang mungkin paling terkenal ialah minikomputer PDP-1, PDP-4, PDP-7, PDP-9, dan PDP-15 yang dikeluarkan oleh Digital Equipment Corporation dari 1960 hingga 1975. UNIVAC juga mengeluarkan sebilangan komputer 18-bit, termasuk UNIVAC 418 dan sistem tentera.