Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Platipus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Platipus
Julat zaman: 9–0 Ma
Miosen hingga kini
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Ornithorhynchus

Spesies:
O. anatinus
Nama binomial
Ornithorhynchus anatinus
(Shaw, 1799)
Taburan platypus
(merah – asal, kuning – diperkenalkan)
Sinonim[2]
  • Ornithorhynchus agilis de Vis, 1886
  • Platypus anatinus Shaw, 1799

Platipus (nama saintifik: Ornithorhynchus anatinus)[3] ialah spesies mamalia separa-akuatik kecil yang endemik di bahagian timur Australia termasuk Tasmania. Ia merupakan wakil tunggal bagi keluarga Ornithorhynchidae[4] dan genus Ornithorhynchus,[3] walaupun fosil keluarga berkait telah dijumpai yang sebahagiannya juga tergolong dalam genus tersebut.

Ia salah satu dari lima spesies ekstan monotremata iaitu kumpulan mamalia tunggal yang bertelur dan bukannya beranak, empat spesies yang lain adalah ekidna.

Setakat 2020, platipus menjadi spesies terlindung di bawah undang-undang semua negeri didiami. Ia disenaraikan sebagai spesies terancam di Australia Selatan dan Victoria. Ia telah dicadangkan dalam senarai sama di New South Wales.[5]

Nama biasa "platipus" dalam bahasa Melayu berpunca daripada perkataan bahasa Yunani πλατύπους platúpous bererti "kaki leper",[6] daripada πλατύς platús "lebar, nipis"[7] dan πούς poús "kaki".[8][9] Nama ini asalnya diberikan sebagai nama genus Linnaeus Platypus anatinus, tetapi nama genus Platypus kemudiannya diketahui telahpun diberikan kepada kumbang ambrosia pengorek kayu.[10]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Nama genus Ornithorhynchus secara harfiahnya bererti "paruh burung"[11] daripada kata-kata bahasa Yunani όρνιθ ornith atau ὄρνις órnīs "burung"[12] dan ῥύγχος rhúnkhos "muncung", "paruh".[13]

Nama anatinus yang ditambahkan menjadi nama spesies dijejak daripada perkataan anatinus bererti "macam itik" dalam bahasa Latin daripada perkataan anas "itik".[11][14]

Fisiologi dan anatomi

[sunting | sunting sumber]

Fisiologi Platipus adalah unik. Kadar metabolik haiwan ini amat rendah berbanding mamalia lain, dengan purata suhu badan 32°C (90°F) bukannya 38 °C (100.4 °F) yang biasa pada mamalia berplacental. Sehingga mana ciri ini merupakan ciri monotremes, berbanding adaptasi pada sebahagian kecil spesies yang masih hidup kepada keadaan gentir, tidak diketahui dengan jelas.

Badan dan ekor lebar, leper Platipus diselitupi dengan bulu perang. Ia mempunyai kaki bercantum dan paruh yang besar, bergetah yang lebih menyerupai itik berbanding haiwan mamalia lain. Ini mendorong ia dikenali sebagai "Platipus berparuh itik" - "Duck-billed Platypus". Pendatang awal British memanggilnya sebagai 'Mondok Air' - 'Water Mole'.

Saiz jauh berbeza antara kurang dari satu kilogram (dua [[Pound#Pound (avoirdupois) or international pound|pounds]]) dan melebihi dua kilogram (kurang sedikit dari empat setengah paun); dengan panjang badan antara 30 hingga 40 cm (hampir 1 ' sehingga 1'3", dan panjang ekor antara 10 hingga 15 cm (4" to 6") bagi jantan dan 8 hingga 13 cm (3" hingga 5") bagi betina. Jantan sekitar dua per tiga ganda besar berbanding betina. Terdapat variasi jelas dalam purata saiz dalam satu kawasan ke kawasan yang lain, agak pelik pola ini kelihatannya tidak menurut sebarang hukum cuaca tertentu.

Anak Platipus moden mempunyai tribosphenik 'tiga bonjol - three-cusped' gigi molar, yang merupakan salah satu ciri utama mamalia; haiwan dewasa tiada bergigi. Rahang Platipus dibina agak berlainan dari mamalia lain, dan otot pembuka rahang adalah berbeza. Sebagaimana mamalia sebenar, tulang kecil yang mengalirkan bunyi kepada telinga dalam disekalikan dengan tengkorak, tidak hanya terletak pada rahang sebagaimana cynodont dan synapsid pre-mamalia lain. Bagaimanapun, bukaan luar telinga masih terletak pada dasar rahang. Platipus mempunyai tulang tambahan pada bahu "shoulder girdle", termasuk interklavikle, yang tidak terdapat pada mamalia lain. Ia juga mempunyai lengguk seperti reptile, dengan kaki yang terletak di sisi dan bukannya di bawah badan.

Platipus jantan mempunyai taji beracun pada pergelangan kaki, yang digunakan untuk bertempur sengit merebut kawasan dan peluang mengawan. Bisa ini tidak membawa maut pada manusia dewasa tetapi menhasilkan sakit berbisa dan keradangan yang mampu berlarutan selama beberapa bulan. Bisa ini mampu membunuh anjing dan haiwan peliharaan lebih kecil.

Bisa Platipus

[sunting | sunting sumber]

Bisa Platypus dihasilkan pada kelenjar krural pada Platipus jantan ketika musim mengawan dan digunakan dengan ganas menerusi taji "calcaneous" pada setiap kaki belakang "hindlimb". Kerana bisa tersebut mempunyai fungsi berbeza berbanding bisa yang dihasilkan spesies bukan mamalia, ia mungkin mengandungi peptide atau molekul yang kesan utamanya tidak mengancam nyawa tetapi bagaimanapun melumpuhkan mangsa. Buktinya dapat dilihat berdasarkan simptom "envenomation" platipus.

Pada manusia simptom paling jelas adalah kesakitan yang amat dan segera. Edema terbentuk dengan cepatnya sekitar luka dan beransur merebak keseluruhan anggota tubuh. Maklumat yang diperolehi dari sejarah kes dan bukti anecdotal evidence menunjukkan kesakitan bertukar kepada hyperalgesia berpanjangan yang kekal selama beberapa hari atau bulan.

Ekologi dan tabiat

[sunting | sunting sumber]

Platipus adalah nokturnal dan semi-akuatik, mendiami anak sungai dan sungai yang merangkumi kawasan yang luas dari tanah tinggi sejuk Tasmania dan the Australian Alps sehingga hutan hujan tropika persisiran pantai Queensland sejauh ke utara pangkal Semenanjung Cape York. Di daratan, taburannya kurang diketahui: ia pupus di Selatan Australia (tidak mengira populasi dilepaskan kembali di Pulau Kangaroo) dan tidak lagi dijumpai di bahagian utama Murray-Darling Basin, kemungkinannya akibat kualiti air yang merosot akibat skim pembukaan tanah dan pengaliran yang pesat. Sepanjang sistem sungai persisiran pantai, taburannya tidak dapat dijangka; ia kelihatannya tiada dari sebahagian sungai yang agak bersih, tetapi mengekalkan kehadiran di sungai yang agak tercemar (sebagai contoh, hilir Maribyrnong).

Platipus adalah perenang handal dan menghabiskan banyak masa di dalam air. Ia menutup mata ketika berenang, dan bergantung kepada deria lain sepenuhnya. Kesemua empat kaki Platipus bercantum seperti kaki itik. Apabila platipus berenang, ia meluncurkan diri dengan mengayuh dengan dua kaki hadapan. Ekor dan kaki belakang membantu pengemudian tetapi tidak bagi tujuan tujahan.

Platipus ialah haiwan maging. Platipus makan cacing dan larva serangga, udang air tawar, dan yabbie (crayfish air tawar) yang digalinya dari dasar sungai dengan paruhnya atau tangkap ketika berenang. Paruhnya amat sensitif, membenarkannya memburu makanan tanpa melihat. Platipus adalah salah satu dari sebahagian kecil mamalia yang diketahui mempunyai deria electroception: ia mengesan mangsa sebahagiannya dengan mengesan arus eletrik badan mereka. Electroception platipus adalah yang paling sensitif bagi haiwan mamalia.

Apabila tidak berada di dalam air, Platipus berehat dalam sarang lubang pendek keratan rentasnya berbentuk bujur, hampir selalunya ditebing sungai tidak jauh dari aras air, dan seringkali hidden di bawah rimbunan akar. Untuk bertelur, Platipus betina menggali sarang yang lebih rumit, sehingga 20 m panjang dan disumbat dengan penutup secara berselang. Ia akan mengisi sarang di hujung terowong dengan rumpai untuk bahan alas.

Sebagai monotreme, Platipus tidak melahirkan anak hidup-hidup tetapi bertelur dalam sarang. Telur ini disimpan di dalam badan untuk sekian lama sebelum ia dikeluarkan dan dijaga secara aktif oleh kedua ibubapa. Apabila telur menetas selepas tempoh pengeraman sekitar sepuluh hari, anak kecil tanpa bulu berpaut kepada ibu. Sebagaimana mamalia lain, ibu menghasilkan susu untuk anaknya. Platipus tidak mempunyai puting, tetapi mengeluarkan susu melalui liang pada kulitnya. Anak Platipus menghisap susu daripada perut ibunya ketika ia terbaring melentang.

"Electrolocation" pada platipus

[sunting | sunting sumber]

Pada platipus, elektroreseptor terletak pada baris rostro-caudal pada kulit di paruh, sementara mechanoreceptors terbahagi secara sekata pada paruh. Kawasan electrosensory di serebral kortex terkandung dalam kawasan somatosensory sentuhan "tactile", dan sesetengah sel cortical menerima input dari kedua electroreceptors dan mechanoreceptors, mencadangkan kaitan rapat antara kedua deria sentuhan "tactile" dan eletrik. Platipus mampu menentukan arah sumber eletrik, kemungkinannya dengan membandingkan perbezaan kekuatan isyaratsepanjang penerima eletrik "electroreceptors" ketika ia sering menggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan ketika memburu. Penyatuan kortikal "cortical" antara electrosensory dan tactile inputs mencadangkan mekanisma bagi menentukan jarak mangsa yang, apabila mereka bergerak, menghasilkan kedua-dua isyarat eletrik dan denyutan tekanan mekanikal. Jarak kemudian boleh dikira melalui perbezaan masa tiba kedua isyarat. Kebanyakan permakanan platipus dilakukan dengan menggali di dasar sungai dengan menggunakan paruh. Kemungkinan receptor eletrik "electroreceptors" boleh juga digunakan bagi membezakan antara objek hidup dan bukan hidup dalam situasi di mana mechanoreceptors dirangsangkan secara berterusan. Kebanyakannya adalah sekadar jangkaan, dan oleh itu lebih banyak boleh dipelajari mengenai electroreception pada platipus dan rakan monotremenya, echidna.

Biologi lapangan platipus

[sunting | sunting sumber]

Biologi lapangan platipus mula dikaji oleh beberapa pakar biologi "expatriate" yang melawat koloni Australia untuk mengumpul spesiment pada tahun 1800an. Hasil kerja mereka di sambung pada awal dan pertengahan 1900an oleh sekumpulan pakar sejarah alam tempatan dan kemudiannya semakin ramai oleh pakar biologi akademik. Kesemua hasil kerja ini menyumbang dengan banyaknya kepada pemahaman sekarang mengenai bidang biologi lapangan spesies unik Australia ini.

Platipus mendiami taburan umum sama seperti sebelum kedatangan penduduk Eropah di Australia, kecuali kepupusannya dari negeri Selatan Australia. Bagaimanapun, pertukaran tempatan dan serpihan taburan akibat modifikasi manusia terhadap habitatnya telah direkodkan. Spesies ini pada masa kini mendiami Australia barat dari sekitar Cooktown di utara sehingga ke Tasmania di selatan. Walaupun tidak terdapat di sungai mengalir ke barat di utara Queensland, ia mendiami ulu sungai-sungai yang mengalir ke barat dan utara banjaran yang membelah diselatan negeri dan di New South Wales dan Victoria. Jumlah semasa dan dahulunya, kurang diketahui dengan jelas dan kemungkinannya semakin berkurangan, walaupun masih dianggap biasa pada keseluruhan jarak sekarang. Platipus diburu dengan meluas untuk bulunya sehinggalah awal abad ke 20.

Platipus adalah haiwan yang aktif memburu waktu malam "nocturnal", merupakan karnivor mengambil peluang "opportunistic carnivore" benthic tanpa tulang belakang "invertebrates". Platipus adalah endothermic, mengekalkan suhu badan rendah (32 °C), walaupun ketika memburu untuk berjam-jam lamanya dalam air bawah 5 °C. Keperluan habitat utamanya termasuk ciri-ciri riverine dan riparian yang mengekalkan bekalan spesies mangsa "benthic" prey species dan tebing tinggi yang dalam mana sarang untuk berehat dan bertelur boleh digali.

Spesies ini menunjukkan musim mengawan tunggal, dengan mengawan bermula pada akhir musim sejuk atau musim bunga "Spring" dan anak mula memasuki air selepas 3-4 bulan dijaga oleh ibu menyusu dalam sarang. Pemerhatian Sejarah Alam sekitar, kajian genetik populasi awal dan penyiasatan menanda dan tangkapan kembali menunjukkan kemungkinannya terdapat anggota populasi tetap dan merayau dan mencadangkan sistem pasangan poligami - "polygyny/polygynous". Kajian lapangan terkini sebahagian besarnya mengesahkan dan mengembangkan karja pakar biologi awal dan pakar sejarah alam sekitar.

Sejarah saintifik

[sunting | sunting sumber]

Apabila Platipus mula-mula dijumpai oleh orang Eropah pada akhir 1700an, pelt dihantar ke Britain untuk pemeriksaan oleh masyarakat saintifik. Pakar sains British pada mulanya yakin bahawa kumpulan ciri-ciri fizikal yang kelihatan pelik itu adalah penipuan, dihasilkan oleh taxidermist Asia.

Dunia diperkenalkan kepada Platipus pada tahun 1939 apabila majalah National Geographic menerbitkan rencana berkenaan Platipus dan usaha untuk mengkaji dan membiakannya dalam kurungan. Ini merupakan usaha yang sukar, dan hanya sedikit anak berjaya dibesarkan semenjak itu — terutamanya di Healesville Sanctuary di Victoria.

Melihat Platipus liar adalah lebih kepada bernasib baik dan sabar dan bukannya sukar. Mereka cenderung untuk menjauhi kawasan berpenduduk, menghabiskan sepanjang masa dibawah tanah atau di bawah air, dan sebahagian besarnya memburu waktu malam "nocturnal". Bagaimanapun, Platipus tidaklah jarang, dan dikawasan yang sesuai kebanyakan peminat pemancing atau pemerhati burung melihat Platipus makan dengan senyap sepanjang tebing sungai setiap satu atau dua tahun.

Platipus tidak dianggap dalam bahaya kepupusan segera. Ia dikelaskan dalam pelbagai samaada selamat tetapi berhadapan dengan ancaman masa hadapan atau biasa tetapi lemah "vulnerable", terutamanya kerana spesies ini sensitif kepada pencemaran air.

Platipus dalam evolusi mamalia

[sunting | sunting sumber]

Platipus dan monotreme lain tidak difahami dengan jelas selama beberapa tahun, dan sehingga hari ini merupakan sebahagian daripada mitos abad ke 19 berkenaan mereka berkekalan, terutama di kawasan hemisfera utara. Sebagai contoh, ia masih dipercayai bahawa monotreme adalah kurang sempurna 'inferior' atau separuh-reptilia (quasi-reptilian), dan ia merupakan leluhur awal kepada mamalia plasenta yang lebih baik. Kini ia telah diketahui bahawa monotreme moden adalah yang masih hidup daripada cabang awal pokok keluarga mamalia; cabang kemudian dipercayai menjadi kumpulan marsupial dan plasental. Fossil tertua monotreme (Teinolophos dan Steropodon) berkait rapat dengan Platipus moden. Secara ringkas, Platipus adalah saudara rapat leluhur mamalia, tetapi bukannya sebahagian daripada rantaian evolusi mamalia. Cabangnya agak berbeza dengan apa yang diketahui.

Kromosome Seks

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004 penyelidik di Australian National University mendapati bahawa platipus mempunyai sepuluh kromosom seks, berbanding dua (XY) yang terdapat pada kebanyakan mamalia lain. Sistem kromosom menampilkan ciri-ciri yang terdapat di dalam mamalia, dan juga pada sistem WZ pada burung. Berita ini mengkhabarkan kelainan platipus dalam alam haiwan, dan sasaran bagi penyelidikan lanjut bagi kaitan evolusi antara mamalia, burung dan reptilia.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Rujukan dan Pautan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Woinarski, J.; Burbidge, A.A. (2016). "Ornithorhynchus anatinus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T40488A21964009. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-1.RLTS.T40488A21964009.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ Templat:GBIF
  3. ^ a b Groves, C.P. (2005). "Order Monotremata". Dalam Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference (ed. ke-3). Johns Hopkins University Press. m/s. 2. ISBN 978-0-8018-8221-0.
  4. ^ Bess, Anna. "ADW: Ornithorhynchidae: INFORMATION". Animaldiversity.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Januari 2022. Dicapai pada 11 Februari 2022.
  5. ^ "Protecting Our Iconic Platypus | Premier of Victoria". www.premier.vic.gov.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2021. Dicapai pada 22 Julai 2021.
  6. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "πλατύπους". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  7. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "πλατύς". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  8. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "πούς". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  9. ^ Liddell, Henry George & Scott, Robert (1980). Greek-English Lexicon, Abridged Edition. Oxford University Press, Oxford, UK. ISBN 978-0-19-910207-5.
  10. ^ Grant, J.R. "16" (PDF). Fauna of Australia. 1b. Australian Biological Resources Study (ABRS). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Mei 2005. Dicapai pada 13 September 2006.
  11. ^ a b Shaw, George; Nodder, Frederick Polydore (1799). "The Duck-Billed Platypus, Platypus anatinus". The Naturalist's Miscellany. 10 (CXVIII): 385–386. doi:10.5962/p.304567. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2020. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  12. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "ὄρνις". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  13. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "ῥύγχος". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  14. ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "ănăs". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.