Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Pencetak matriks bintik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 6017193 pada 23:36, 3 November 2023 oleh Pencetak (bincang | sumb.)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Pencetak matriks bintik Epson 9-pin
Pencetak matriks bintik Tally T2250 berkelajuan tinggi 24-pin

Pencetak matriks bintik merujuk kepada jenis pencetak komputer yang menggunakan beberapa palang besi halus (yang dikenali sebagai pin) yang membentuk kepala pencatak bagi menghentam reben kain bagi membentuk tulisan atau gambar dengan menggunakan titik dakwat halus.

Biasanya pencetak matriks bintik terdapat dalam dua jenis, iaitu 9 atau 24 pin. Jenis ini merujuk kepada berapa bilangan pin yang terdapat pada kepala pencetak dan bukannya kepada bilangan aksara yang dicetak olehnya. Lebih banyak pin, lebih jelas/cantik gambar/huruf yang terhasil.

Pencetak 9 pin juga mampu menghasilkan cetakan yang lebih baik dengan menggunakan perisian, iaitu dengan mengetuknya secara berulang-ulang kali bagi menghasilkan hasil yang lebih jelas dan kemas, tetapi memakan masa yang lebih panjang.

Pencetak matriks bintik 9 pin membentuk satu aksara dengan menghasilkan 5 titik melintang dan 7 titik menegak. Pencetak matriks bintik juga mampu menghasilkan cetakan warna dengan gabungan 3 warna asas yang digunakan bagi membentuk warna-warna lain.

Kepantasan cetakan bergantung kepada jenis pencetak. Terdapat pencetak 24 pin yang mampu mencetak dengan kelajuan tinggi. Pencetak 9 pin juga mampu mencetak dengan 2 kelajuan, tetapi dengan mengorbankan kualiti cetakan yang terhasil. Kepantasan pencetak juga boleh dikawal dengan memilih cetakan dua hala, cetakan ke kiri dan cetakan ketika kepala pencetak kembali ke kanan; atau satu hala sahaja dari kiri ke kanan.

Kelebihan

[sunting | sunting sumber]
  • Bahan guna pakai yang murah. Hanya perlu menukar reben, atau menambah dakwat pada reben.
  • Mudah digunakan.
  • Murah dan mudah dibaiki.
  • Boleh mencetak banyak cetakan serentak dengan menggunakan kertas karbon.
  • Tahan lasak.

Kelemahan

[sunting | sunting sumber]
  • Bising
  • Kualiti cetakan paling rendah berbanding pencetak jenis lain.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Pencetak matriks bintik di Wikimedia Commons

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]