Padang Besar (Perlis)
Padang Besar terletak di negeri Perlis, berhampiran dengan sempadan negara Thailand.Ia terletak di dalam parlimen Padang Besar yang merangkumi tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Titi Tinggi, Beseri dan Chuping.
Kedudukan Latitud 6.6667 Longtitud : 100.3167 DMS : Lat 6'40"0N Long 100'19"0E Ketinggian dari paras laut : 252 Kaki atau 76 Meter
Pasarana
Merupakan salah sebuah bandar kecil terletak paling utara di Semenanjung Malaysia. Mempunyai kemudahan yang sama tanding dengan bandar kecil di negeri-negeri lain terutamanya Kuala Perlis. Antaranya terdapat pelabuhan darat(keretapi) berdekatan dengan Stesyen Keretapi Padang Besar untuk Malaysia/Thailand.
Tedapat Komplek bebas cukai Majlis Perbandaran Kangar untuk peniaga kecil untuk memasarkan produk tempatan dan produk dari umat islam dari negara Thailand. Produk makanan yang cukup istimewa di sini ialah kacang gajus yang banyak dihasilkan dari daerah Satun (setui) dan Songkla (Senggora). Biskut Bepang iaitu bertih beras bersama manisan dan buah keranji cukup terkenal disini.
Kain cadar toto atau narita antara barang yang laris dijual. Komplek Bebas Cukai Sriwani juga terdapat di sempadan Malaysia/Thailand yang menjual berbagai jenis barangan peralatan dapur, elektronik dan elektronik, rokok dan cerut dan perhiasan rumah.
Perkhidmatan bas dan teksi juga terdapat disini untuk meneruskan perjalanan ke Bandar Kangar dan lain-lain tempat sekitarnya. Untuk meneruskan perjalanan ke Thailand juga disediakan dimana jarak 1.5 km terdapat pekan besar yang dikenali sebagai pekan siam yang mana ada perkhidmatan bas dan teksi untuk ke Sadao dan Hatyai.
Pada hari Ahad penduduk bebas ke Thailand atau Malaysia tanpa perlu untuk berurusan dengan Jabatan Imigresen Malaysia jika sekadar untuk ke pekan siam.
Wakil Rakyat
Keputusan pilihan raya Malaysia 2004 seperti berikut ;
- Kawasan Parlimen P1 Padang Besar (33,899)
- Bilangan pengundi Melayu : 82.57% Cina : 12.84% India: 1.38 % Lain: 3.21%
- Dalam keputusan pilihan raya 1999 , dimenangi oleh : Datuk Baseri @ Azmi Khalid dari Barisan Nasional ) dengan Majoriti 4,519 .
- Dalam keputusan pilihan raya 2004:
- Datuk Azmi Khalid Barisan Nasional - UMNO ) Jumlah Undi: 18,323 . Beliau telah diisytiharkan menang pilihan raya tahun 2004
- Wan Kharizal Wan Khazim ( PAS ) Jumlah undi yang diperolehi oleh Parti Islam Se-Malaysia ialah : 9,058
- Majoriti : 9,265 ,Jumlah Undi : 28,053, Undi Rosak : 672 , % Mengundi : 83.9%