Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Putra LRT

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 6977 pada 07:17, 1 Jun 2004 oleh 202.184.41.62 (bincang)

Putra LRT atau PUTRA Line adalah satu pengangkutan yang dikenali ramai di Kuala Lumpur. Putra membawa erti 'Projek Usahasama Transit Ringan Automatik'. Ia merupakan sistem LRT yang kedua beroperasi di Kuala Lumpur pada tahun 1999, iaitu selepas STAR LRT.

Putra LRT meliputi jarak sepanjang 29 kilometer bermula dari Depot di Subang dan berakhir di Terminal Putra di Gombak yang memberikan kemudahan terhadap penduduk-penduduk kawasan padat di Kuala Lumpur. Sistem Putra LRT ini dikawal sepenuhnya oleh komputer dan tidak mempunyai pemandu. Sistem Putra LRT merupakan sistem kawalan automatik kedua terpanjang di dunia selepas Lille di Perancis.

Antara stesen Putra LRT paling sibuk ialah KLCC, Masjid Jamek, KL Central dan Pasar Seni. Sistem ini memberikan kemudahan 'Touch and Go' kepada para pelanggannya untuk memudahkan pelanggan menggunakan sistem ini tanpa perlu beratur bagi membeli tiket.

Waktu operasi Putra LRT adalah dari pukul 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam. Waktu paling sibuk adalah diantara pukul 4.00 sehingga pukul 5.30 petang. Waktu operasi Putra LRT biasanya akan dipanjangkan pada sesuatu sambutan seperti ulang tahun kemerdekaan negara.

Penumpang yang tidak pernah menaiki LRT biasanya akan bingung akan apa yang mereka perlu lakukan kerana tidak mengetahui prosedur untuk menaiki LRT. Apa yang perlu dilakukan oleh penumpang adalah pergi ke mesin pembelian tiket atau ke kuanter untuk membeli tiket. Pembelian tiket melaui kuanter juga mempunyai prosedurnya sendiri. Penumpang perlu melihat ke skrin konsul jualan tiket jika terdapat tanda 'Batal' di skrin maka tekan pada tempat batal tersebut dengan lembut. Kemudian penumpang akan dihidangkan dengan banyak nama stesen, penumpang perlu menekan mana-mana satu nama stesen. Penumpang sekarang diminta untuk memasukkan wang ke dalam mesin, masukkan wang siling ke dalam lubangnya atau masukkan wang kertas ke tempat wang kertas. Mesin akan menolak wang kertas yang telah terlalu lama atau yang telah terlalu lembut. Wang baki akan dipulangkan kepada pelanggan jika ada baki bayaran. Selepas itu mesin akan mengeluarkan satu kad plastik nipis yang merupakan tiket utama untuk sistem ini. Selepas itu pengguna perlu pergi ke laluan pelepasan lalu memasukkan tiket tersebut ke dalam mesin. Mesin akan membuka ruang untuk pengguna melalui laluan. Jika ada penumpang yang cuba memasuki laluan tanpa memasukkan tiket, sistem akan berbunyi. Mesin akan mengeluarkan kembali tiket yang telah dimasukkan oleh pengguna. Pengguna perlu mengambil kembali tiket tersebut untuk disimpan. Pengguna perlu memastikan arah laluan tren perjalanan mereka. Penumpang akan pergi ke arah yang bertentangan jika memilih platform yang salah.

Terdapat beberapa larangan di dalam LRT. Antaranya adalah pelanggan tidak boleh merokok, makan dan minum di dalam LRT.

Pelanggan juga dikehendaki berjaga-jaga dengan penyeluk saku yang biasanya suka mengambil kesempatan semasa keadaan sesak. Apa yang perlu dilakukan adalah jangan cuba berebut masuk ke dalam LRT kerana ini akan membuka ruang kepada penyeluk saku untuk mengambil kesempatan. Pelanggan tidak perlu berebut masuk ke dalam LRT kerana kekerapan LRT adalah lebih kurang 10 minit sahaja.

Laman WEB rasmi