Putra LRT
Putra LRT atau PUTRA Line adalah satu pengangkutan yang dikenali ramai di Kuala Lumpur. Putra membawa erti 'Projek Usahasama Transit Ringan Automatik'. Ia merupakan sistem LRT yang kedua beroperasi di Kuala Lumpur pada tahun 1999, iaitu selepas STAR LRT.
Putra LRT meliputi jarak sepanjang 29 kilometer bermula dari Depot di Subang dan berakhir di Terminal Putra di Gombak yang memberikan kemudahan terhadap penduduk-penduduk kawasan padat di Kuala Lumpur. Sistem Putra LRT ini dikawal sepenuhnya oleh komputer dan tidak mempunyai pemandu. Sistem Putra LRT merupakan sistem kawalan automatik kedua terpanjang di dunia selepas Lille di Perancis.
Antara stesen Putra LRT paling sibuk ialah KLCC, Masjid Jamek, KL Central dan Pasar Seni. Sistem ini memberikan kemudahan 'Touch and Go' kepada para pelanggannya untuk memudahkan pelanggan menggunakan sistem ini tanpa perlu beratur bagi membeli tiket.
Waktu operasi Putra LRT adalah dari pukul 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam. Waktu paling sibuk adalah diantara pukul 4.00 sehingga pukul 5.30 petang. Waktu operasi Putra LRT biasanya akan dipanjangkan pada sesuatu sambutan seperti ulang tahun kemerdekaan negara.
Terdapat beberapa larangan di dalam LRT. Antaranya adalah pelanggan tidak boleh merokok, makan dan minum di dalam LRT.
Pelanggan juga dikehendaki berjaga-jaga dengan penyeluk saku yang biasanya suka mengambil kesempatan semasa keadaan sesak. Apa yang perlu dilakukan adalah jangan cuba berebut masuk ke dalam LRT kerana ini akan membuka ruang kepada penyeluk saku untuk mengambil kesempatan. Pelanggan tidak perlu berebut masuk ke dalam LRT kerana kekerapan LRT adalah lebih kurang 10 minit sahaja.