Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Komun Zaman Pertengahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Menara pertahanan di San Gimignano, Tuscany, menyaksikan banyak persengketaan puak antara komun.

Komun di Eropah semasa Zaman Pertengahan ialah perikatan pertahanan bersaling (kedua-dua pertahanan fizikal serta kebebasan tradisional) antara penduduk sesebuah bandar atau bandar raya. Ia terdiri daripada banyak bentuk, dan amat berbeza daripada segi pembentukan dan pengurusannya. Komun dicatat buat pertama kali pada akhir abad ke-11 dan awal abad ke-12 di bahagian utara-tengah Itali dan ketika itu, merupakan negara kota sebenar, berdasarkan demokrasi separa.

Etimologi

Perkataan "commune" dalam bahasa Inggeris dan bahasa Perancis muncul do dalam rekod Latin dalam pelbagai bentuk. Dalam sesetengah kes, perkataan "commune" Latin klasik digunakan dalam pengertian "orang yang mempunyai kepentingan sepunya". Pada hakikatnya, kata dasar perkataan "komun" ialah cum ("dengan" atau "bersama-sama") + munire ("mendindingi"), dan secara harafiah bermaksud "mendindingi bersama-sama" (iaitu, kubu kongsi). Lebih seringnya, communia, perkataan Latin basahan, digunakan dan berasal daripada perkataan Romans, commune. Selepas kemerdekaan menerusi pemberontakan dan penggulingan ganas, "komun" seringnya digelar "conspiratio" (komplotan).

Asal

Di banyak kawasan Eropah Barat pada abad ke-10, para petani, baik disebabkan oleh pengetahuan ketukangan khusus yang melebihi keperluan semasa desa terpencil mereka atau hanya kerana semangat berdikari mereka, bermula bertumpu ke pusat-pusat penduduk bertembok. Di Itali tengah dan utara, serta juga di Provence dan Septimania, kebanyakan kota lama Rom masih wujud — walau jika rumput bertumbuh di jalan raya — terutamanya, sebagai pusat pentadbiran untuk sebuah kawasan uskup mahupun untuk wakil tempatan kepada raja atau maharaja yang jauh. Di Negeri-Negeri Pamah, sesetengah bandar baharu diasaskan berdasarkan perdagangan jarak panjang untuk industri membuat kain bulu biri. Bandar-bandar ab ovo ini hampir selalu merupakan burgh berkubu untuk count, biskop atau abbot wilayah. Bandar sebegini juga diasaskan di Rhineland, tetapi bandar-bandar yang lain hanya merupakan desa pasar yang bertindak sebagai pusat pertukaran tempatan.

b

Penduduk-penduduk bandar memerlukan perlindungan fizikal daripada orang bangsawan yang tidak mengendahkan undang-undang serta daripada penjahat. Ini merupakan sebahagian daripada dorongan untuk bertumpu di belakang tembok komunal. Bagaimanapun, perjuangan untuk menuntut hak kebebasan serta kebebasan untuk menjalankan dan mengawal urusan sendiri dan keselamatan daripada percukaian sembarangan dan gangguan daripada biskop, abbot, atau count merupakan suatu proses perjuangan yang lama untuk memperoleh piagam yang menjamin perkara-perkara yang pokok seperti hak untuk membuka pasar. Piagam itu sering dibeli pada harga yang sangat tinggi atau diberikan, bukan oleh kuasa tempatan yang sudah tentu berasa cemburu terhadap prerogatif itu, tetapi diberikan oleh raja atau maharaja yang datang ke bandar itu dengan harapan untuk mendapatkan bandar-bandar itu sebagai sekutu dalam perjuangan mereka untuk memusatkan kuasa. "Golongan borjuis abad ke-10 dan ke-11 mengganggu, memeras ugut, mengenakan cukai yang menindas serta menghina tanpa belas kasihan. Ini mengakibatkan golong borjuis terpaksa bergantung pada diri sendiri dan menerangkan sifat kota Zaman Pertengahan yang amat bekerjasama dan terlalu terancang." (Cantor 1993 p 231)

The walled city represented protection from direct assault at the price of corporate interference on the pettiest levels, but once a townsman left the city walls, he (for women scarcely travelled) was at the mercy of often violent and lawless nobles in the countryside. Because much of medieval Europe lacked central authority to provide protection, each city had to provide its own protection for citizens both inside the city walls, and outside. Thus towns formed communes, a legal basis for turning the cities into self-governing corporations. Although in most cases the development of communes was connected with that of the cities, there were rural communes, notably in France and England, that were formed to protect the common interests of villagers.

a

Every town had its own commune and no two communes were alike, but at their heart, communes were sworn allegiances of mutual defense. When a commune was formed, all participating members gathered and swore an oath in a public ceremony, promising to defend each other in times of trouble, and to maintain the peace within the city proper.

What did it mean for a commune member to defend another? Obviously if a commune member was attacked outside the city, it was too late to call for help, as it would be unlikely anyone would be around in time. Instead, the commune would promise to exact revenge on the attacker, the threat of revenge being a form of defense. However, if the attacker was a noble, safely ensconced in a castle (as was often the case), the town commune could not muster the forces to attack him directly; instead they might attack the noble's family, burn his crops, kill his serfs, or destroy his orchards in retribution.

The commune movement started in the 10th century, with a few earlier ones like Forlì (possibly 889), and gained strength in the 11th century in northern Italy which had the most urbanized population of Europe at the time. It then spread in the early 12th century to France, Germany and Spain and elsewhere. The English state was already very centralized, so the communal movement mainly manifested itself in parishes, craftsmen's and merchants' guilds and monasteries. State officialdom expanded in England and France from the 12th century onwards, while the Holy Roman Empire was ruled by communal coalitions of cities, knights, farmer republics, prince-bishops and the large domains of the imperial lords.

Agama Kristian Zaman Pertengahan

Menurut John Bossy, komun sangat penting kepada gereja Zaman Pertengahan.[1] Perkataan yang digunakannya ialah "persaudaraan". Tumpuan utama geraja Zaman Pertengahan adalah untuk memeliharakan keamanan. Dosa utama yang perlu diatasi demi mencegah pembunuhan ialah keangkuhan, rasa iri hati, dan kemarahan, menurut banyak ahli teologi.

Komun boleh membantu memeliharakan keamanan kerana para penduduk bekerjasama, berbanding dengan bertindak secara perseorangan bagi menonjolkan diri. Di banyak tempat, persaudaraan dan persatuan dibentuk oleh orang biasa yang meniru cara hidup para paderi tanpa menjadi sebahagian golongannya, sebelum kariah diasaskan.

Satu cara lagi untuk memeliharakan keamanan ialah pengakuan dosa. Pengakuan dosa Zaman Pertengahan tidak sama dengan amalan moden di gereja Roman Katolik kerana ia diadakan di khalayak dan bukan secara perseorangan dengan seorang paderi. Tujuan utamanya adalah untuk mengungkapkan dosa yang dilakukan ke atas jiran. Ampun tidak diminta hanya daripada Tuhan tetapi juga daripada jiran seseorang. Bagaimanapun, menjelang abad ke-15, perdagangan menyebabkan individualisme dilihat dengan sikap positif, khususnya dalam gerakan humanisme Zaman Pembahruan Eropah. Walaupun demikian, komunalisme masih amat popular, baik di dalam agama Kristian mahupun di luar, sehingga hari ini.

Susunan sosial

Menurut seorang paderi Inggeris akhir abad ke-10, masyarakat Inggeris terdiri daripada tiga lapisan:

  1. mereka yang bertempur
  2. mereka yang bersembahyang
  3. mereka yang bekerja (kaum bangsawan, golongan paderi, dan petani).

Secara teori, terdapat imbangan antara golongan rohaniah dan golongan sekular, dengan lapisan ketiga membekalkan keperluan untuk dua lapisan yang lain. Bagaimanapun, komun-komun bandar merupakan suatu perkembangan yang menyimpang daripada susunan tersebut. Justera, kedua-dua Gereja dan Raja berasa campur baur terhadap pembangunan komun. Daripada satu segi, mereka bersetuju bahawa keselamatan dan perlindungan daripada kaum bangsawan yang tidak mematuhi undang-undang adalah sesuatu yang baik untuk orang umum tetapi daripada segi yang lain, komun mengganggu susunan sosial semasa. Mengikut adat resam, hanya kaum bangsawan dibenarkan bertempur, tetapi para pedagang bandar hanya merupakan pekerja dan bukan pahlawan. Tambahan lagi, cara komun untuk memeliharakan keamanan adalah melalui ugutan membalas dendam, dengan Gereja mempunyai cara tersendiri untuk memastikan keamanan, misalnya cara gerakan Peace and Truce of God. Kaedah mata untuk mata dan keganasan mendatangkan keganasan yang digunakan oleh komun umumnya tidak dapat diterima oleh Gereja atau Raja. Justera, kaum bangsawan dan golongan paderi kekadang menerima perkembangan komun dan kekadang tidak. Salah satu kes yang termasyhur tentang sebuah komun ditindas lalu mencetuskan pemberontakan bandar berlaku di Laon, sebuah bandar Perancis, pada 1112.

Komun luar bandar

Perkembangan komun luar bandar Zaman Pertengahan berasal lebih daripada keperluan untuk bekerjasama mengurus tanah sepunya, berbanding dengan keperluan untuk mempertahankan diri. Pada waktu apabila pemerintahan pusat menjadi sangat lemah, komun-komun biasaya dibentuk untuk memastikan keselamatan jalan raya (Landfriede) di wilayah masing-masing demi membolehkan perdagangan.

Komun Zaman Pertengahan yang paling berjaya mungkin merupakan komun yang terletak di lembah Alp di sebelah utara Genting St. Gotthard. Komun itu kemudian mencetuskan pembentukan Gabungan Switzerland Lama. Orang Switzerland banyak mengamalkan Bundesbrief, iaitu perikatan bertulis. Bagi setiap kanton baharu yang menyertai gabungan tersebut, sebuah kontrak yang baharu ditulis.

Selain daripada Eidgenossenschaft (perkataan Jerman untuk "gabungan") Switzerland, terdapat juga komun-komun Alp luar bandar yang serupa di Tyrol tetapi kebanyakan komun itu kemudian dihapuskan oleh Kerabat Diraja Habsburg. Komun-komun yang serupa juga berkembang di Grisons di Alp Perancis (Briançon), di Pyrenees, di Perancis utara (Forêt de Roumare), di Jerman utara (Frisia dan Dithmarschen), serta juga di Sweden dan Norway. Penjajahan ke atas Walser juga berkait. Komun-komun selatan Zaman Pertengahan mungkin dipengaruhi oleh pendahulu Itali tetapi yang utara (termasuk juga komun-komun Switzerland di sebelah utara genting St. Gotthard) mungkin berkembang dengan serentak, tetapi secara berasingan daripada komun-komun Itali. Bagaimanapun, hanya amat sedikit daripada komun-komun luar bandar Zaman Pertengahan mencapai Reichsunmittelbarkeit, suatu status yang menyebabkan mereka dikuasai secara langsung oleh raja atau maharaja. Kebanyakan komun masih merupakan taklukan pembesar feudal.[2][3]

Kemerosotan

Di Empayar Rom Holy, maharajanya selalu terpaksa menghadapi perebutan kuasa antara pesaing-pesaing yang berkuasa, baik putera-putera mahupun kota-kota dan komun-komun yang lain. Justera, para maharaja sentiasa melibatkan diri dalam perlawanan politik (bukan selalunya pertempuran) untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing serta kedudukan pemerintahan beraja empayar. Dalam dekri Golden Bull pada 1356, Maharaja Charles IV mengharamkan sebarang conjuratione, confederatione, dan conspiratione, khususnya perikatan kota (Städtebünde), tetapi juga liga berkaum luar bandar yang muncul. Kebanyakan Städtebünde dibubarkan, kekadang secara paksaan, dan bagi sebilangan yang dipulihkan, pengaruh politiknya merosot dengan ketara.

Lihat juga

Nota kaki

  1. ^ Christianity in the West 1400-1700 (Oxford 1985)
  2. ^ Im Hof, U.: Geschichte der Schweiz, Kohlhammer, 1974/2001. In German; ISBN 3-406-53601-8.
  3. ^ Schwabe & Co.: Geschichte der Schweiz und der Schweizer, Schwabe & Co 1986/2004. In German; ISBN 3-7965-2067-7.

Rujukan dan bacaan tambahan

Histories of specific communes are found under the names of their cities or locales.
  • Cantor, Norman E. 1993. The Civilization of the Middle Ages ((New York: HarperCollins)
  • Jones, Philip. 1997. The Italian City-State: From Commune to Signoria. (Oxford: Oxford University Press)
  • Lansing, Carol, 1992. The Florentine Magnates: Lineage and Faction in a Medieval Commune. (Princeton: Princeton University Press)
  • Sella, Pietro, "The Statutes of the Commune of Bugelle (Biella)" 1904. 14th century statutes of a Piedmontese commune (Latin and English translations), express the nature of the commune in vivid detail, productions of medieval society and the medieval personality.
  • Tobacco, Giovanni, 1989. The Struggle for Power in Medieval Italy: Structures of Political Rule, 400-1400,translator, Rosalind Brown Jensen (New York: Cambridge University Press)
  • Waley, Donald, 1969 etc. The Italian City-Republics (3rd ed. New York: Longman, 1988.)
  • Guelph University, "The Urban Past: IV. The Medieval City" A bibliography.

Pautan luar