Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Astro Arena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5630441 pada 01:34, 31 Julai 2022 oleh 36.76.171.200 (bincang) (Rancangan)
Ketersediaan
Terestrial
Malaysia myFreeviewSaluran 125 (HD)
Satelit
Malaysia Astro/NJOISaluran 801 (HD)
Media penstriman
Malaysia AstroAstro GO / On Demand
Malaysia Astrosooka

Astro Arena merupakan saluran sukan pertama berbahasa Melayu 24/7 untuk sukan tempatan nombor satu dan terbesar di Malaysia bersama dengan Astro Arena 3. Saluran ini dapat diikuti menerusi saluran 801. Astro menerusi Pakej Famili Astro bermula 26 Mac 2010. Ia juga merupakan saluran sukan pertama dipancarkan menerusi Astro di bawah Pakej Famili Astro.

Pada 19 hingga 30 Ogos 2017, Astro Arena 3 HD membuat liputan langsung Sukan Asia Tenggara Kuala Lumpur, Malaysia saluran pertama dalam negara.

Mulai 12 April 2021, Astro Arena 3 bertukar nombor saluran ke 803 untuk HD (dahulunya saluran Astro Arena 3 Saluran 803 untuk HD).

Mulai 15 September 2021, Astro Arena mula menyiarkan drama sukan pertama Malaysia yang bertajuk Kita Regu sehari sebelum perayaan Hari Malaysia pada 16 September 2021.[1]

Saluran Astro Arena bersiaran dalam siaran terestrial digital berdefinisi tinggi (HD) secara percuma menerusi saluran myFreeview mulai 1 Ogos 2022. Saluran televisyen ini bersiaran di saluran 125 myFreeview.

Saluran Astro Arena juga bersiaran serentak dalam versi definisi tinggi (HD) di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan menerusi saluran myFreeview mulai 1 Ogos 2022 dan saluran ini bersiaran serentak bersama dengan saluran Astro Awani, Astro AEC, Astro Vaanavil, Astro Hua Hee Dai, Astro Ria, Astro Warna, PRIMEtime, Astro Prima, Astro Shuang Xing dan Astro Oasis memulakan penyiarannya seiring dengan pelancaran satelit terbaharu Malaysia, MEASAT-3d pada hari yang sama.

Saluran SD ini ditamatkan di NJOI bermula 31 Julai 2022.

Astro Arena 2

Astro Arena 2 HD merupakan saluran sukan kedua berbahasa Melayu 24/7 untuk sukan tempatan nombor satu dan terbesar di Malaysia bersama dengan Astro Arena 3. Saluran ini dapat diikuti menerusi saluran 802 (HD). Astro mula bersiaran yang menggantikan FOX Sports 3 dan Astro Arena Radio yang akan menamatkan siaran di Pakej Famili Astro bermula Oktober 2021.

Ketersediaan
Satelit
Malaysia Astro/NJOISaluran 802 (HD)
Media penstriman
Malaysia AstroAstro GO / On Demand
Malaysia Astrosooka

Ranking

Astro Arena merupakan satu-satunya saluran sukan 24 jam sehari yang dapat diikuti oleh semua pelanggan Astro dari Ulasan Melayu dan Ulasan Inggeris (Astro Arena 2 sahaja), yang mana ia diletakkan dalam Pek Primary Astro.

Rancangan

Cogan kata

  • Nadi Sukan Malaysia

Lihat juga


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.