Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

sayang

Daripada Wikikamus

sayang

Takrifan

[sunting]

sayang

  1. kasih, cinta, suka, gemar.
    • Contoh ayat: Tiada siapa sayangkan saya, saya tiada apa-apa kelebihan, saya juga tiada apa-apa ciri yang disukai kerana saya seorang yang berisi dan tidak cantik seperti wanita-wanita di luar sana.
  2. kasih, belas.
    • Contoh ayat: Saya berikan kasut saya kepada dia kerana saya sayangkan dia.
  3. terasa kesal.
    • Contoh ayat: Sayangnya kasut itu jatuh ke dalam parit.

sayang

  1. orang yang disayangi, kekasih.

Etimologi

[sunting]

Daripada bahasa/perkataan Melayu.

Kata terbitan

[sunting]
  • kesayangan:
    1. perasaan kasih sayang.
    2. amat disukai, dikasihi.
    3. perasaan kesal.
  • menyayangi:
    1. mengasihi, mencintai.
    2. berasa kesal, menyesali.
  • tersayang:
    1. amat disayangi.
    2. terasa kesal.
  • penyayang: orang yang kasih akan yang lain, pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan.

Sebutan

[sunting]

Kamus Dewan: sa·yang

Sayang

[sunting]

Terjemahan

[sunting]

Tesaurus

[sunting]
Sinonim
kasih.
Antonim
benci.

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.