Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

khazanah alam

dianugerahkan untuk kita menikmatinya....perlu dipelajari, diperbaiki dan dipelihara untuk diturunkan buat generasi seterusnya......tentunya kita tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang sebagaimana kita cuba menunding jari ke generasi sebelum ini......fikirkanlah.....

Wednesday, 9 November 2011

cekur -mardi

















Nama Saintifik: Kaempferia ariety L.

Penanaman:

Bahan tanaman boleh dibiakkan dengan menggunakan rizom matang yang mempunyai 3-4 tunas daun. Cekur boleh ditanam di atas batas dengan jarak tanaman 25 cm antara pokok dalam baris dan 20-25 cm antara baris. Pengutipan hasil hendaklah dijalankan pada 10-11 bulan selepas menanam dengan mengambil rizom yang matang. Kadar baja asas yang diperlukan ialah 10 t/ha najis ayam (NPK=4:4:3). Baja tambahan (baja yang sama) pada kadar 3 t/ha diberi setiap bulan sehingga bulan kelima. Potensi hasil kering adalah dalam lingkungan 7-10 t/ha.
Kegunaan: Rawatan untuk luka, penyakit reumatik, mempercepatkan bisul pecah, kelemumur, batuk, sakit pinggang, rawatan selepas bersalin, bahagian badan yang bengkak, sakit perut, penyakit barah pangkal rahim dan sebagai penyedap rasa.