Mengikut definisi Kamus Dewan Edisi Keempat bagi perkataan ‘cergas’:
Cergas. 1. bertenaga dan giat (berkenaan orang, tubuh, otak, dan sebagainya), aktif: Aminah kanak-kanak
yang ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah;
3. banyak menjalankan atau terlibat dalam kegiatan dan sebagainya, giat, aktif: mengambil
bahagian ~ dalam aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yang ~; 4. banyak
kegiatannya menjual dan membeli (berkenaan pasaran saham); 5. (masih) mengeluarkan
wap dan lahar (berkenaan gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~;
mencergaskan 1. menjadikan cergas (tubuh, otak, dsb): senaman boleh ~ otak; 2.
menjadikan cergas (pantas, cepat), memantaskan, mencepatkan: mereka ~
pergerakan kaki dan tangan dalam latihan itu; 3. menjadikan cergas (giat, aktif),
menggiatkan, mengaktifkan: ~ kembali pergerakan Persatuan Belia di kampungnya;
4. menjadikan cergas (pasaran saham), membanyakkan kegiatan menjual dan membeli
saham; kecergasan 1. perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb): menjaga ~
fikiran dan badan setiap hari; 2. perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan,
kecepatan: ~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan
pengunjung-pengunjung ke pusat itu; 3. perihal cergas (giat, aktif), kegiatan,
keaktifan: ~nya dalam pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan;
4. perihal cergas (pasaran saham); 5. perihal cergas (berkenaan gunung berapi),
keaktifan.
Harap tidak lagi keliru perbezaan maksud perkataan 'cerdas' dan 'cergas'.
Gambar: Pemandangan di Pantai Kundor, Kota Bharu. Sekadar hiasan.
Kau pn copy semata-mata. Terangkan maksud dari pemahaman kau sebagai huraian. Ni kau pn copy pukimak kau saja
ReplyDeletePukimak oh dia
Delete