Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Teori Krumboltz

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 17

TEORI MEMBUAT KEPUTUSAN

KERJAYA:
TEORI PEMBELAJARAN
SOSIAL@TEORI KRUMBOLTZ
PENGENALAN
• Diasaskan oleh Kromboltz dan beliau
mengubah suai dan memperkembangkan
teori pembelajaran sosial yang diperkenalkan
oleh Albert Bandura
• Teori bertujuan untuk menjawab tiga persoalan
berkaitan dengan kerjaya:
1. Mengapakah individu memilih program-
program pengajian dan pekerjaan-pekerjaan
yang tertentu?
2. Mengapakah individu mengubah program
pengajian atau pekerjaan pada suatu masa yang
tertentu kehidupannya?
3. Mengapakah individu memilih beberapa aktiviti
pekerjaan yang berlainan pada suatu masa yang
tertentu dalam kehidupannya?
• Personaliti dan tingkah laku yang diperoleh oleh individu
pada asasnya adalah hasil daripada pengalaman
pembelajaran yang unik dan bukan disebabkan oleh
pengalaman semulajadi atau proses-proses psikik yang
berlaku dalam diri individu.
• Pengalaman pembelajaran mempunyai pertalian dengan
analisis kognitif yang berkaitan dengan peristiwa-
peristiwa yang kemudiannya dikukuhkan sama ada secara
positif atau negatif
• Akhirnya, pengalaman ini akan mempengaruhi
perkembangan kecenderungan kerjaya dan
kemahiran-kemahiran yang akhirnya memberi
kesan kepada pemilihan kerjaya individu.
Peranan Teori Dalam Pemilihan Kerjaya
• Teori Pembelajaran Sosial dapat membantu
menjelaskan bagaimana persepsi seseorang
terhadap perhubungannya dengan persekitaran
akan mempengaruhi fikirannya dan mempengaruhi
tingkah laku seterusnya.
• Proses ini dikenali sebagai proses pembelajaran
individu yang kemudiannya akan mempengaruhi
proses membuat kesimpulan umum atau
generalisasi yang sangat dititikberatkan dalam Teori
Pembelajaran Sosial Klasik
• Tiga bentuk atau jenis pembelajaran:
1. Pembelajaran pengukuhan @ instrumental
learning
2. Pembelajaran perkaitan @ associational
learning
3. Pembelajaran perwakilan @ vacarious
learning
Faktor-faktor Mempengaruhi Keputusan
Kerjaya
I. Pembawaan genetik dan kebolehan istimewa
II. Keadaan dan peristiwa-peristiwa
persekitaran
III. Pengalaman-pengalaman pembelajaran
IV. Kemahiran pendekatan tugas
Pembawaan genetik dan kebolehan istimewa

• Setiap individu mewarisi faktor genetik dari


ibu bapa dan datuk nenek mereka. Antara
yang diwarisi juga adalah kebolehan istimewa
• Faktor genetik dan kebolehan istimewa ini
berfungsi sebagai penggalak atau penghalang
sesuatu keputusan kerjaya
Keadaan dan peristiwa-peristiwa persekitaran
• Keadaan persekitaran kebiasaannya adalah di luar
kawalan seseorang. Ia termasuklah keadaan sosial,
budaya, politik, dan ekonomi
• Faktor iklim juga mempengaruhi pemilihan kerjaya
seseorang
• Mitchell dan Krumboltz (1996) mengkategorikan
faktor-faktor ini kepada 3 dimensi:
1)faktor sosial (perkembangan sains dan teknologi)
2)faktor pendidikan
3)faktor pekerjaan (lesen pendaftaran, kemahiran, ijazah)
Pengalaman-pengalaman pembelajaran

• Pengalaman pembelajaran yang berlaku sejak


zaman kanak-kanak sehingga waktu membuat
pilihan membentuk personaliti seseorang
secara beransur-ansur dan memainkan
peranan dalam keputusan yang dibuat
• Dua bentuk atau jenis pembelajaran:
1. Pembelajaran pengukuhan @ instrumental
learning – tanda (keadaan/SPM), tingkah laku
(berusaha @ tak) dan kesan (Kejayaan &
kegagalan)
2. Pembelajaran perkaitan @ associational
learning – individu membandingkan satu
pengalaman masa lepas yang bersifat neutral
dengan pengalaman masa kini yang bersifat
positif atau negatif
Kemahiran pendekatan tugas

• Bagaimana seseorang melakukan atau


melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya
• Sharf (2011) menjelaskan konsep ini berkaitan
dengan penetapan matlamat, penjelasan nilai,
menjana alternatif dan mendapatkan maklumat
• Uniknya ialah interaksi antara faktor genetik,
kebolehan istimewa, pengalaman pembelajaran
dan keadaan persekitaran menyumbang ke arah
kemhiran melakukan sesuatu tugas.
Proses Membuat Keputusan Kerjaya
I. Mengenal pasti masalah
II. Membuat pelan tindakan
III. Mengenal pasti nilai
IV. Mengenal pasti pilihan
V. Menilai kemungkinan hasil diperoleh
VI. Membuang pilihan secara sistematik
VII.Memulakan tindakan
Peranan Kaunselor
• Kaunselor boleh membantu melalui dua
kaedah:
1. Sebagai pemerhati yang bertindak memberi
maklum balas kepada klien
2. Sebagai perangsang serta pemberi maklumat
• Panduan untuk membantu klien
i. Meneliti andaian-andaian serta jangkaan setiap
kepercayaan yang telah diluahkan oleh klien
ii. Kaunselor boleh membuat konfrantasi terhadap
ketidakserasian kata-kata klien dengan tingkah lakunya
iii. Kaunselor juga boleh mengenal pasti dan
memberitahu klien halangan-halangan kepada
matlamat yang hendak dicapai. Keadaan ini
membolehkan klien menumpukan perhatian kepada
masalah yang sebenarnya
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai