Research > History, umno dan USNO">
Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Bajau Semporna Magindora

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 7

BAJAU SEMPORNA

DILEMA BAJAU SEMPORNA DAN SEJARAH MIGRASI

Oleh : Asani Hj. Asalleh


Waris Legasi Magindora

Peribahasa Bajau :- ‘KUHAPUK DAPUNA BATU TIBUK MAG TAUH TAUH’- Asani Asalleh

Kepulauan Semporna

Sejarah pembentukan Mesyarakat Bajau Semporna,tulisan ini saya buat sebagai mengingati
sejarah Migrasi Mesyarakat Bajau ke Daerah Semporna dan menjadikanya sebagai Daerah
yang amat SEMPURNA kerana berlatarbelakangkan perbagai budaya didalamnya.Serta
keunikan zaman bagi mesyarakat Semporna.

1
BAJAU SEMPORNA

Sebelum BNBC (Company) British tiba di wilayah itu , sudah terdapat mesyarakat Bajau di
kepulauan Semporna yang dikenali Bajau Omadal.

Bajau Omaddal sudah menjadi Penduduk asal di kepulauan Semporna dan tidak berhijrah atau
migrasi dari mana mana kawasan diluar Malaysia atau Borneo kecuali dengan melalui
perkahwinan campur. Mereka telah berada dikawasan itu sebelum kedatangan BNBC ke
wilayah berkenaan yang dikenali sebagai DAERAH MAGINDORA , catatan dan buku buku
sejarah mengenai kewujudan mereka dikawasan itu ada dicatatkan oleh BNBC sejak
kedatangan mereka ke wilayah ini. Dianatara penempatan awalnya adalah Look di Pulau Bum
Bum ,Omadal dan Kulabebang di pesisiran.

Oleh kerana Bajau Omadal menentang BNBC (Company) British,maka altenatif mereka untuk
menguasai wilayah itu adalah Suku SAMA dari Phlippines Selatan bagi melaksanakan misi
mereka kearah penjajahan setelah mendapat hak melalui Perjanjian Pajak dari Sultan Sulu
pada 1881.

Pekan Semporna telah diteroka oleh BNBC (Company) pada 11 Mei 1887 selepas 7 tahun
mereka memperohi hak Pajak dari Sulu , Sebelum ini tidak ada menusia di kawasan ini yang
dikenali sebagai TONG TALUN oleh Bajau Omaddal.(Catatan ADA Pryer Isteri Gebenor British 1887).

Selepas BNBC berperang dengan Bajau Omadal 1884 dan 1885 BNBC mula menguasi
kawasan ini, langkaplah awal penguasaan mereka terhadap wilayah Magindora walaupun
belum menguasai Pulau pulau lain di Semporna sehingga 1903.

British memulakan penggunaan Term BAJAU di BORNEO Bagi mesyarakat ini sejak pada 1876
sementara Term SAMA masih diguna di philippines Selatan pada masa itu.

Bagi Mesyarakat Bajau Zaman ini dipanggil ‘Zaman Kastilah’ atau Zaman Kedatangan
Spanyol.

Zaman Kastilah adalah zaman mesyarakat Bajau bebas menjalankan aktiviti kehidupan harian
mereka tanpa ganggauan penjajah, aktiviti ‘Barter Trade’ atau tukar barangan berlaku seperti
biasa diantara Sulu dan Bulungan dimana Pulau Omadal telah menjadi pusat Entreport
diantara 2 wilayah Sulu dan Bulungan pada zaman ini.Sementara para Ulama dan mubalig
Islam terus bebas menyebarkan Islam di wilayah wilayah ini.

GELOMBANG MIGRASI BAJAU SEMPORNA TERBAHAGI KEPADA 7.

1. Migrasi PERTAMA : BNBC (Syarikat Piagam BRITISH) 1887.

Bermula dengan Pembukaan Pekan Semporna 1887 oleh mesyarakat Tawi-Tawi dan Suluk
yang diketuai oleh si TOONAH ( Bangsa China ) yang beristerikan 2 orang wanita
berketurunan Sulu, mereka membuka Pekan Semporna dengan memulakan pembukaan
‘wharf’ atau jambatan batu di Daerah ’Peaceful’ itu kerana tekenan Spainyol di Jolo
Phlippines Selatan masa itu. Suku Tawi Tawi yang di maksudkan mejoritinya dari Suku Bajau

2
BAJAU SEMPORNA

Simunul disertai mesyarakat Bajau Sibutu,Bajau sikubung,Bajau Balimbing,Bajau Bilatan


bongao.

Suku Bajau Simunul membuka perkampungan awal mereka di Pekan Semporna Kg. Simunul ,
Kg.Perigi, Bubul, Tampi2, Bugaya dan sebahagiannya ke Balung. Ada juga suku ini yang hijrah
ke Darvel Bay,Tambisan,Tg.Labian dan seterusnya ke Sandakan,kudat dan Brunei seawal
1887.

Mereka telah menguasai Pentadbiran British dari perbagai jawatan dari Kesalamatan, polis,
Marine, Pendidikan, JKR, Hospital , Kerajaan Tempatan atau Majlis Daerah dan lain lain Agensi
di Daerah Semporna, sementara Bajau Omaddal terus memincilkan diri dari BNBC.

Kumpulan suku Bajau Simunul tidak bercampurgaul dengan mesyarakat Bajau dari Pulau
Omadal mereka berkemuniti sendiri dan tinggal dikawasan Pekan Semporna, sementara suku
Bajau SIBUTU mejoritinya adalah keturunan China Campuran atau dikenali di Semporna
sebagai ‘Lannang’ berkerjasama dengan mesyarakat Bajau Simunul disana.

Zaman ini bagi mesyarakat Bajau Simunul Sebagai ‘Peacetime ’ atau Zaman aman.

‘Reverse Migration’ atau migrasi terbalik

Berlaku satu migrasi terbalik oleh Bajau Semporna antara 1941 – 1945 dimana mesyarakat
Bajau Semporna mejoritinya melarikan diri ke Philippine Selatan semasa penguasaan tentera
Jepun di Daerah Semporna dikawasan Tawi Tawi antaranya Simunul,Sibutu, Banaran,
Balimbing dan lain lain Pulau Tawi Tawi, mereka tidak pergi jauh hingga ke Jolo, kerana
Tentera Jepun sudah berada disana.

Zaman ini bagi mesyarakat Bajau dikenali Sebagai ‘Waktu Jepun’ atau Zaman Jepun.

2. Gelombang KEDUA 1946 – 1951 : Pentadbiran COLONY BRITISH

Selepas perang Jepun 1946, Penghijraan Gelombang kedua Bermula yang membawa masuk
Mesyarakat Philippines Selatan terdiri dari Suku Bajau dari Tawi Tawi seperti Suku Bajau
Banaran, Bajau Sikubung dan Suluk. Perlu difahami Kumpulan Gelombang kedua mula
bercampur dengan Bajau Omadal dan Tinggal di Pulau Pulau Semporna Sebagai Nelayan
yang mendapat kebenaran Khas dari penduduk asal BAJAU Omadal diantaranya Kg.Muntai
Muntai atau Labusai, Pantau Pantau,Tabak Tabak dan Gusung Melanta di Pulau Bum Bum
terdiri dari Suku Bajau Bannaran, Sementara Bajau Sikubung pula membuka penempatan di
Kg.Terusan, Bajau Balimbing dan Bajau Malassa di Kg.Egang-Egang, akhirnya perkahwinan
campur terjadi antara mereka dengan Bajau Omaddal.

Ada diantara mereka membuka penempatan di Pulau Bohey Dulang, Tatagan dan lain pulau
pulau di Daerah Semporna, Sekolah British mula dibuka dikawasan berkenaan seorang guru

3
BAJAU SEMPORNA

terulung dari suku Bajau Simunul Haji Mohammad Dara Langpad telah menjadi guru untuk
mengajar mesyarakat Pulau Pulau di Kepulauan Semporna.

Zaman ini bagi mesyarakat Bajau Simunul dikenali Sebagai ‘Zaman Liberation’ atau Zaman
Bebas.

3. Gelombang KETIGA 1951 - 1969 : PASCA KEMERDEKAAN

Kumpulan Dari Phlippines bertambah kerana menyertai kemerdekaan Sabah dan ada
diantaranya kerana mengikuti saudara mara yang sudah berada di Semporna. Gelombang ke 3
juga memperlihatkan perpindahan mesyarakat dari Indonesia kerana diburuh oleh kerajaan
Indonesia yang dilihat terlibat dalam gerakan bawah tanah disana dikenali sebagai
GEROMBOLAN Kahar Muzakar. Dizaman ini berlaku perkahwinan campur diantara
Indonesia,Philippines dan Bajau Omaddal, Mesyarakat Bugis adalah diantara mesyarakat yang
pindah ke Semporna pada gelombang perpindahan ini dan mereka telah diasimilasi sebagai
suku Bajau Semporna.

Mesyarakat Semporna dari segenap lapisan Bajau dari Pulau Legasi Magindora dan Kumpulan
Bajau Tawi Tawi Simunul,Sibutu,Banaran,Sikubung,Balimbing,Malassa,Bongao,Bilatan serta
Suluk telah bersatu untuk menyertai gabungan Malaysia semua suku kaum Bajau telah
menyatakan sokongan mereka untuk Merdeka melelui Malaysia yang menjadikan mereka
BAJAU SEMPORNA.
Zaman ini dikenali sebagai Zaman British dan Zaman Malaysia orang Bajau tempatan.

4
BAJAU SEMPORNA

4. Gelombang KE EMPAT 1970 - 1972 : PELARIAN POLITIK

Zaman ini RATUSAN RIBU mesyarakat dari Philippines Selatan lari dari Peperangan saudara
di Negara mereka dan kumpulan ini dikenali sebagai PELARIAN.Pada mulanya mereka
dikuarintin Balairaya Semporna yang terletak di pekan Semporna hari ini tapak itu telah
dirobohkan dan menjadi Taman Kanak Kanak seterusnya kumpulan ini diberikan kelonggaran
dengan pemberian Passpot IMM13 (Passpot Khas Palarian Phlippines).

Anak anak PELARIAN ini diberikan Pendidikan oleh Kerajaan Negeri Sabah walaupun kerajaan
Sabah masa itu memberikan ruang kepada mereka untuk tinggal dengan STATUS PELARIAN
yang dikawal khas oleh UN (United Nation) dibawah Program UNHCR Bangsa Bangsa
Bersatu.Kumpulan ini yang berjumlah ratusan ribu orang telah mengistiharkan diri dan identiti
mereka sebagai BAJAU SEMPORNA.
Bagi mesyarakat Bajau di Semporna Zaman ini dipanggi Zaman USNO atau pemrintahan
USNO

5. Gelombang KE LIMA 1976 - 1981 : PELARIAN EKONOMI

Hampir semua Pelarian dari Philippines dan Indonesia yang ada di Semporna mendapat KAD
PENGENALAN yang membolehkan mereka Bebas bergerak di pelusuk Negeri Sabah,Operasi
pemberian Kad Pengenalan melalui pintu belakang ini sukar diketahui kecuali mereka yang
terlibat namun perkara ini telah menyebabkan Mesyarakat Bajau Semporna Dilema kerana
kedudukan mereka telah menjadikan mereka memiliki STATUS yang sama seperti Bajau
Tempatan, Bajau Semporna menjadi menjadi BAJAU ROJAK selepas kumpulan Gelombang ke
4 mempunyai Hak sama rata dengan penduduk tempatan.

Oleh kerana tempat masuk dan laluan mereka adalah Daerah Semporna maka mereka
menganggap diri mereka berasal dari DAERAH SEMPORNA wal hal mereka adalah
PALARIAN PERANG dan PELARIAN EKONOMI yang mendapat KAD PENGENALAN Secara
songsang.Mereka telah menjadikan diri mereka sebagai penduduk Semporna dan Bajau
Semporna bagi menjamin identiti mereka sebagai Bumiputera Tempatan Negeri Sabah.

Jesteru itu Daerah Semporna mula dihuni oleh KUMPULAN BUMIPUTERA


songsang,sementara itu jumlah mereka hampir hampir mengatasi jumlah penduduk temtapan
yang menyebab krisis KEMPIMPINAN mula berpuak puak kerana berlatarkan Budaya yang
sangat asing antara satu sama lain.
Bagi mesyarakat Bajau di Semporna Zaman ini dipanggi Zaman Berjaya atau pemerintahan
kerajaan Berjaya.

5
BAJAU SEMPORNA

6. Gelombang KE ENAM 1981 - 1990 : KUMPULAN PENDATANG TANPA IZIN PTI.

Memendangkan kerancakan Ekonomi Sabah Zaman ini amat hebat dizaman Pemeritahan
Kerajaan Berjaya, ramai mesyarakat dari MINDANAO yang datang menyusup masuk ke Sabah
untuk mencari peluang pekerjaan.

Sementara pintu masuk yang menjadi sasaran mereka adalah Daerah Semporna, disini mereka
juga berpeluang untuk mendapat KPT secara songsang. Puluhan ribu KPT dikeluarkan dimana
rata rata kampung halaman mereka diletakan atas nama SEMPORNA,Secara Otomatik mereka
juga mengistiharkan diri mereka sebagai BAJAU SEMPORNA.

Kumpulan ini juga mendakwa diri mereka BAJAU SEMPORNA, Walaupun mereka bukan
BAJAU dari Daerah itu , ada diantaranya mereka bukan Islam dan Bajau tetapi oleh kerana
peluang menjadi Penduduk tempatan adalah Bajau maka mereka isthiharkan diri mereka
Sebagai Bajau dari Semporna.

Bagi mesyarakat Bajau di Semporna Zaman ini dipanggi Zaman PBS atau pemrintahan
Kerajaan PBS.

7. Gelombang KE TUJUH 1991 - 2000 : SEMPORNA ERA MELINIUM.

Pertambahan Penduduk Semporna berterusan kerana faktor politik dengan pengeluaran KPT
BARU dalam VERSI BARU yang bermacam macam , KPT Lepa-Lepa, KPT Bajau Laut yang
dikhaskan untuk Bajau Palauh telah disalah guna.

Pertambahan BAJAU PLASTIK SEMPORNA terus berlaku kerana kepentingan politik, Tagolog,
Bugis, Jawa,Pakistan, Phlipines dan indonesia Semua jadi Bajau PALAUH, Oleh kerana
mereka sudah mempunyai KPT dan layak menjadi pengundi serta jadi BUMIPUTERA maka
mereka melibatkan diri dalam politik dan mengistiharkan diri sebagai BAJAU SEMPORNA.

Akhirnya Bajau SEMPORNA sudah menjadi BAJAU ROJAK dan ROSAK oleh bermacam-
macam latar belakang budaya.Pihak berkuasa KUALA LUMPUR yang tidak mempedulikan apa
bakal terjadi kesan jangka panjang terhadap Bajau Semporna yang dihempit oleh kebanjiran
Bajau Bajau Pllastik ini.

BAJAU SEMPORNA PLASTIK tadi telah menjadi alat orang politik yang berkuasa untuk
menjadikan mereka sebagai FIX-DEPOSIT kepimpinan SEMPORNA kerana sipat mereka yang
tidak pentingkan tanahair.

Bajau Plastik menjadikan DAERAH SEMPORNA menjadi Daerah Kotor,Rosak,berpecah dan


tidak bermaya memertabat penduduk asal BUMIPUTERA Semporna.

6
BAJAU SEMPORNA

Kesimpulannya.

Bajau Semporna yang telah menjadi BAJAU ROJAK dan ROSAK angkara durjana pemimpin
politik yang pentingkan diri, telah menyebab Daerah menjadi mesyarakat yang berpuak puak
dan berlatarbelakang Budaya yang sangat aneh serta membawah kepada kehancuran Daerah
yang melahirkan LEGASI MAGINDORA.

7 PERINGKAT MIGRASI ke SEMPORNA telah menyebabkan berlakunya perpecahan Ideologi


diantara BAJAU SEMPORNA dan menjadi mangsa ekplotasi kepentingan Politik berbagai pihak
akhirnya menjadi sasaran semua kaum di Negeri ini sebagai Bajau THE TRABLE MAKER atau
BAJAU TAK SEMPURNA.

Amat unik mesyarakat Bajau semporna mereka mengenali mesyarakat mereka berdasarkan
zaman masing masing dan kenal antara satu dan lain.

peribahasa hanya ‘Jauhari Kenal Manikam’.

Dari zaman berzaman Bajau Semporna mempunyai zaman tersendiri bagi membezakan diri
mereka antara satu dan yang lain.

1.Zaman Kastila - Zaman Penjajahan Spanyol di Philippines


2.Zaman Peacetime - Zaman sebelum peperangan Jepun
3.Zaman Jepun - Zaman Jepun menjajah Asia Tenggara
4.Zaman Liberation - Zaman Selepas Perang Jepun
5.Zaman British - Zaman kedatangan Koloni British
6.Zaman Malaysia - Zaman Kemerdekaan
7.Zaman Usno - Zaman Kerajaan Usno Tun Mustapha
8.Zaman Berjaya – Zaman Kerajaan Kerajaan Berjaya Pimpinan Harris Salleh
9.Zaman PBS - Zaman Kerajaan PBS Pimpinan Joseph Pairin
10.Zaman UMNO - Zaman kerajaan UMNO Pimpinan Mahathir

Bagi Bajau Plastik dari Phlippines mereka hanya mengenali 2 zaman di Semporna iaitu Zaman
Si Harris dan Zaman Si Pairin sementara Bagi mesyarakat Indonesia di Semporna mereka
hanya mengenali Zaman Belanda dan Zaman Bung Karno.

Sementara penduduk asal semporna hanya sinonim dangan Zaman Malaysia.

Semoga tulisan ini akan memberikan kefahaman kepada kita semua dan menilai DILEMA
BAJAU SEMPORNA yang dianggap kumpulan Berpuak-puak serta tidak akan dan pernah
bersatu walaupun mereka semua menjadikan diri mereka sebaga BAJAU SEMPORNA.

- Sekian -

Anda mungkin juga menyukai