TBL Merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Kalangan Murid Abad Ke21
TBL Merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Kalangan Murid Abad Ke21
TBL Merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Kalangan Murid Abad Ke21
0 Pengenalan
Baru-baru ini, bahagian pendidikan telah dikejutkan apabila keputusan pelajar Malaysia
dalam ujian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program
Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) tidak berada pada tahap yang memuaskan. Setelah kajian
dilakukan, punca keadaan itu ialah soalan kedua-dua ujian yang menjadi penanda aras tahap
pendidikan antarabangsa berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi iaitu bagaimana cara untuk
menggunakan sesuatu fakta dan bukannya sekadar mengingat sesuatu fakta. Pencapaian negara
dalam TIMSS dan PISA mempengaruhi kedudukan negara dalam ranking antarabangsa yang
sering digunakan sebagai satu indikator kualiti sistem pendidikan.
Sebagaimana yang kita telah maklum, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025, kurikulum pendidikan telah dilakukan transformasi dengan
memberikan penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang berupaya
melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif. Ini bermakna, melalui
kurikulum baru yang digubal berkaitan KBAT, pelajar tidak lagi hanya menghafal untuk
menghadapi peperiksaan tetapi tahu menggunakannya dan mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian. Walaubagaimanapun, sebenarnya KBAT telah wujud dalam kurikulum sebelum ini
tetapi ia dilaksanakan secara berfokus kerana konsep pemikiran itu hanya digunakan oleh pelajar
secara sendiri tanpa diberikan penekanan. Melalui KBAT, kita akan dapat menghasilkan modal
insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu
bersaing di persada dunia.
If we want students to develop the capacity to think, reason and problem solve, then we need to
start with high level, cognitively complex tasks(Stein & Lane 1996).
Pembelajaran berasaskan pemikiran (Thinking Based Learning) merupakan satu teori
yang unik apabila pengajaran kandungan (content) dan pengajaran kemahiran berfikir
disebatikan. Maka pembelajaran berasaskan pemikiran dapat menghasilkan serta memupuk
KBAT dalam kalangan pelajar. Kemahiran berfikir aras tinggi mungkin mudah untuk sebilangan
pelajar tetapi sukar untuk sebilangan pelajar yang lain. Tetapi sebenarnya, KBAT seperti
kebanyakan kemahiran lain, boleh dipelajari dan dengan latihan yang konsisten, kemahiran
kognitif pelajar dapat ditingkatkan.
Teori Konstruktivisme
Teori
menggunakan
kirinya
berdasarkan
Kedua-dua
bahagian
i. Kecerdasan linguistik
mempunyai
fungsi
hasil
terhadap
individu.
pengaruh
terdahulu
diajar di sekolah-sekolah.
tertentu.
kemahiran
bahagian
Otak
berfikir
kiri
berfikir
otak
ini
yang
mempunyai
dalam
bidang
ini
menganggap
pengalaman
kajian
ahli
sebenar.
psikologi,
proses
ahli
pembelajaran
Mengikut
di
bahawa
antara
dengan
Teori
pembelajaran
pembelajaran
dirinya
menggunakan
dikembangkan.
maklumat
secara
aktif
cara
yang
dengan
membanding
baru
dengan
Jadual 2.1
Pemikiran kritis adalah gerak balas terhadap idea-idea yang sedia ada dan
bukan penghasilan idea yang baru. Hasil pemikiran kritis adalah idea yang
yang asas untuk menganalisis sesuatu hujah supaya hujah itu dapat ditafsir
dan difahami dengan jelas. Analisis hujah perlu dibuat dengan terperinci,
Keputusan logik
Pemikiran kreatif pula ditakrifkan sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas untuk
mengembangkan atau mencipta idea atau hasil yang baru, estetik dan membina. Melalui
kemahiran berfikir secara kreatif . murid perlu menguasai kemahiran-kemahiran seperti menjana
idea atau jalan penyelesaian yang baru terhadap sesuatu situasi bermasalah, membuat inferens
dalam aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah, membuat hubung kait antara konsep-konsep yang
berbeza, meramal, membuat hipotesis, mensintesis iaitu menggabungkan idea, unsur-unsur item
dan fakta yang berasingan untuk menghasilkan satu gambaran yang menyeluruh, mengitlak iaitu
membuat pemerhatian dan rumusan dengan membuat pernyataan-pernyataan umum,
menganalogi iaitu untuk membuat perbandingan dan mencari persamaan antara konsep-konsep
yang berlainan, membuat gambaran mental di mana murid boleh membayangkan sesuatu yang
abstrak di dalam pemikirannya, merekacipta iaitu mencipta inovasi yang baru yang boleh
digunakan dalam proses pembelajaran. Dalam pembelajaran berasaskan pemikiran, dengan
menggunakan pemikiran secara kreatif, murid dapat dibentuk untuk mempunyai keberanian,
mempunyai imaginatif, perkembangkan idea dan berupaya mereka cipta.
Jadual 2.3 di bawah menunjukkan ciri-ciri utama pemikiran kreatif dalam pembelajaran
berasaskan pemikiran.
Keberanian
Imaginatif
Perkembangan idea
Reka cipta
baru.
Hasil pemikiran kreatif yang unggul adalah penghasilan idea yang baru,
iaitu reka cipta. Reka cipta juga dijalankan berasaskan proses sintesis
idea yang sedia ada, sehingga sesuatu yang asli diciptakan.
Jadual 2.3
baru atau asli. Pengajaran yang dapat melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi di dalam bilik
darjah hanya dapat dilakukan setelah guru berjaya mewujudkan pembelajaran tumpuan murid
dan dapat merancang kerangka pengajaran dengan mengintegrasikan kemahiran berfikir.
Seterusnya guru boleh memikirkan tentang strategi dan kaedah yang dapat menggalakkan
kebolehan kemahiran berfikir.
Maksud berfikir aras tinggi termasuk pemikiran kritikal, logikal, metakognisi dan kreatif.
Kesemua kemahiran tercetus apabila murid berhadapan dengan masalah yang tidak biasa
dihadapi, ketidakpastian, persoalan dan dilema. Kejayaan mengaplikasi kemahiran-kemahiran ini
akan membuahkan penjelasan, membuat keputusan, pencapaian serta hasil yang sah dalam
konteks pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh, serta dapat menggalakkan peningkatan
pemikiran aras tinggi di samping kemahiran intelektual murid.
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah "Keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu." [BPK 2013]
Dengan menggunakan KBAT, murid mampu memberi penjelasan, membuat keputusan,
menyelesai masalah, menginovasi, mencipta dan menunjukkan hasil akhir mengikut konteks
yang diperlukan. KBAT berfokus kepada pemikiran aras tinggi dengan memberi tumpuan kepada
mengaplikasi iaitu kebolehan menggunakan pengetahuan untuk menghasilkan sesuatu yang
baharu seperti menjalankan eksperimen dan membuat binaan, menganalisis iaitu mencerakinkan
atau menstrukturkan maklumat ke dalam bahagian yang lebih kecil, menentukan bagaimana
bahagian struktur keseluruhan atau matlamat berkaitan antara satu sama lain, menilai iaitu
membuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard melalui memeriksa dan mengkritik dan
mencipta iaitu menyatukan elemen untuk membentuk sesuatu (rekacipta) dengan menyusun,
menjana dan merancang atau menghasilkan semula elemen ke dalam corak atau struktur yang
baharu (inovasi).
Pengetahuan mendalam dan pencapaian objektif pengajaran berkait rapat dengan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). KBAT melibatkan transformasi maklumat dan idea oleh
murid. Ini berlaku apabila murid-murid menggabungkan fakta-fakta dan idea-idea untuk
mensintesis, membuat generalisasi, penjelasan, hipotesis yang membawa kepada kesimpulan dan
interpretasi. Dalam proses memanipulasi maklumat dan idea melalui kaedah ini membolehkan
murid menyelesaikan masalah dan menemukan makna baru terhadap apa yang dipelajari.
Kefahaman mendalam tidak boleh dicapai melalui aktiviti pemikiran aras rendah yang
berlaku semasa murid menerima atau menghafal maklumat, fakta dan menggunakan peraturanperaturan melalui latihan berulang semata-mata. Berdasarkan Taksonomi Bloom, penguasaan
dicapai apabila murid mempamerkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) berkaitan
pengetahuan yang diajar. Ini bermaksud sekiranya murid mempamerkan hanya kemahiran
berfikir aras rendah berkaitan tajuk bukanlah bermakna murid menguasai pelajaran. Namun
begitu, penguasaan pelajaran pada domain kognitif aras rendah masih penting kerana ia
merupakan pra syarat dan alat untuk penguasaan pengetahuan pada aras lebih tinggi.
Pada 1990, sekumpulan pengkaji telah mengemaskini Taksonomi Bloom untuk
memperbaiki kelemahan-kelemahannya dan mengambil kira perkembangan-perkembangan
bidang pendidikan dan psikologi yang berlaku pada separuh kedua abad ke 20. Menurut Clark
(2010), perubahan-perubahan pada Taksonomi Bloom ini menjadikannya alat yang lebih jitu
untuk perancangan kurikulum, penyampaian pengajaran dan pembelajaran dan perlaksanaan
penilaian. Taksonomi Bloom ini juga penting kerana turut mengambilkira perkembanganperkembangan pendidikan seperti pembelajaran konstruktivis dan pembelajaran terarah kendiri
serta kategori pengetahuan metakognitif. Melalui Taksonomi Bloom yang dikemaskini, dapat
dibahagikan kepada kemahiran berfikir aras rendah iaitu tiga domain dari bawah dan kemahiran
berfikir aras tinggi iaitu tiga domain dari atas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1 di
bawah.
Rajah 3.1
4.0 Murid-murid abad ke 21
Murid abad ke 21 merupakan murid yang celik dari segala-galanya tidak kira dalam
teknologi maklumat mahupun akademik. Murid abad ke 21 perlu memiliki aspek seperti murid
berupaya membuat hubung kait di antara subjek yang dipelajari dengan keadaan sekeliling, bijak
menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah, yakin untuk berkomunikasi terutamanya
kepada guru dan rakan-rakan di dalam bilik darjah, berani untuk mengambil risiko untuk belajar
dan membuat kerja yang diberikan oleh guru dan juga berani mencuba, dahagakan ilmu
pengetahuan dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu, mempunyai perasaan ingin tahu, bijak dan
kreatif menjana idea serta fleksibel, tidak pernah berputus asa, sentiasa mendengar dan membuat
refleksi di dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, berkemahiran
kritis dan mampu untuk menguasai kemahiran literasi, serta mampu berfikir sendiri dan
membuat inisiatif. Selain itu, murid abad ke 21 juga mampu untuk bekerja dengan orang lain dan
berusaha untuk membuat perubahan dan mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti
di dalam mahupun di luar bilik darjah.
Jadual 4.1 di bawah menunjukkan elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke
21 yang harus dikuasai oleh murid.
Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
Literasi Maklumat (Information Literacy)
Literasi Media (Media Literacy)
Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and
Technology) Literacy)
Fleksibiliti dan Mempunyai Keupayaan Menyesuaikan Diri (Flexibility and Adaptability)
Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)
Jadual 4.1
Melalui Jadual 4.1 di atas, kita telah melihat betapa pentingnya murid-murid mempunyai
kemahiran berfikir aras tinggi supaya mereka dapat menguasai semua elemen-elemen dalam
kemahiran abad ke 21. Justeru itu, melalui pembelajaran berasaskan pemikiran yang
menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi amat penting untuk dilaksanakan supaya murid
tidak
hanya
menerima pengetahuan
pendapat
semata-mata
tetapi
dengan jelas,
objektif, kreatif,
rasional dalam
semua situasi. Untuk mencapai hasrat ini, peluang bagi meningkatkan daya intelek perlu
diwujudkan supaya pemikiran yang kritis dan analitis akan menjadi salah satu aspek yang
penting dalam tiap-tiap aktiviti pembelajaran.
5.0 Peranan Guru Dalam Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran
Pengajaran di dalam bilik darjah banyak berpusatkan kepada guru dan menjurus ke arah
persediaan peperiksaan. Keadaan ini telah mendorong pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) memantapkan lagi usaha ke arah menghasilkan modal insan yang kreatif dan berinovatif.
Usaha ini adalah bagi menghadapi cabaran abad ke-21 yang memerlukan seseorang yang mampu
berfikir pada aras tinggi. Dengan itu, KPM telah bekerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia
(di bawahJabatan Perdana Menteri) melaksanakan program i-THINK dengan merintis 10 buah
sekolah di Malaysia yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir
dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar berinovatif.
Guru perlu mengubah cara mengajar dalam menerapkan konsep KBAT dalam pengajaran
dan pembelajaran seperti menggalakkan pelajar berfikir, menyoal bagi mencungkil idea pelajar,
memotivasikan pelajar, menggunakan aktiviti hands-on dengan lebih kerap, mentaksir untuk
pembelajaran dan berkomunikasi secara berkesan. Antara peranan guru ke arah menekankan
KBAT dalam kalangan pelajar ialah menggalakkan pelajar berfikir secara kritis, kreatif dan
inovatif. Contohnya, guru memastikan setiap pelajar melibatkan diri secara aktif dalam
pengajaran dan pembelajaran, guru memberi peluang pelajar berbincang, bertanya dan
memberikan pendapat, guru mempelbagaikan strategi pengajaran agar dapat menarik minat
pelajar dan guru mengemukakan soalan membina, memimpin, terbuka serta menggalakan
penaakulan serta berfikir pada aras tinggi.
Penggunaan strategi dan teknik yang pelbagai mampu melahirkan pelajar berfikiran
KBAT. Penglibatan pelajar secara langsung di dalam bilik darjah secara tidak langsung akan
melahirkan pelajar yang bersifat kritis dan kreatif. Penggunaan dan pemilihan metadologi
pengajaran dan pembelajaran
10
pelajar yang banyak bertanyakan soalan kerana melalui cara ini pelajar dapat membina rasa ingin
tahu (inkuiri), membina hipotesis, menerangkan dan menyelesaikan masalah. Selain itu, aspek
penting dalam teknik penyoalan ialah wait-time. Wait-time merujuk kepada masa yang
diperuntukkan kepada pelajar memberikan jawapan setelah soalan dikemukakan dan juga
merujuk kepada masa yang diambil oleh guru untuk respon terhadap jawapan pelajar selepas
pelajar berhenti bercakap. Dengan menambahkan wait-time, pelajar mempunyai masa untuk
berfikir dengan lebih teliti, lebih ramai pelajar yang cuba memberikan jawapan, menggalakkan
interaksi antara pelajar dan juga menambahkan bilangan soalan yang bakal ditanya oleh pelajar
supaya mereka lebih menguasai topik perbincangan tersebut.
5.2.2 Peta Minda
Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk
atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya
untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil sebagai huraiannya.
Penciptaan peta minda bermula pada akhir 1960-an oleh Tony Buzan yang kini digunakan oleh
jutaan individu di seluruh dunia. Tujuan peta minda adalah untuk membolehkan pelajar mencatat
nota dengan mudah, merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek
dan sebagainya, mengingat sesuatu dengan mudah, serta menggabungkan dan menyeimbangkan
kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. Melalui proses-proses ini, pelajar secara tidak
langsung membina kemahiran berfikir aras tinggi kerana ia menunjukkan cara pelajar
menguruskan idea secara kreatif, kritis dan inovatif.
5.2.3 Pengurusan Grafik
Pelajar sepatutnya digalakkan untuk menggambarkan apa yang telah mereka pelajari
melalui persembahan visual. Pengurusan grafik merupakan satu lagi kaedah ilustrasi atau lakaran
untuk menggalakkan pelajar melatih kemahiran berfikir. Ia digunakan untuk membantu dan
menguruskan
Tambahan pula, melalui pengurusan grafik , ia dapat menyedarkan individu tentang proses
pemikiran yang berlaku kerana pelajar dapat menyusun pengetahuan dalam satu muka surat
supaya hubungkait antara beberapa konsep dapat dinyatakan dengan jelas. Secara terperincinya,
pelajar perlu menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengurusan grafik kerana
11
melalui rekaan grafik, pelajar akan menjadi pemikir yang lebih baik, boleh menghubungkait,
boleh menjadi lebih kreatif dalam persembahan maklumat dan pengetahuan, boleh mencari
maklumat lebih daripada maklumat sedia ada, boleh membuat keputusan yang mempunyai sebab
dan paling penting boleh menjadikan proses pemikiran mereka terhadap pembelajaran lebih
jelas.
5.3 Guru menggalakkan pembelajaran koperatif
Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran
di mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil.
Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea,
saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan
menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru. Kebanyakan pelajar yang
mempunyai masalah kekangan dalam pembelajaran melalui sudut bahasa, akan memperoleh
manfaat melalui pembelajaran koperatif. Melalui kaedah pembelajaran ini, pelajar dapat
berbincang dan memberikan pendapat serta mendengar pendapat orang lain yang mungkin
mempunyai idea yang berbeza terhadap sesuatu maklumat. Hasil daripada perkongsian
maklumat dan pengetahuan, pelajar akan lebih mudah memahami sesuatu konsep. Kaedah ini
juga menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) iaitu pelajar akan mencuba
mempertahankan pendapatnya iaitu dengan mencari sebanyak fakta yang boleh supaya
pendapatnya lebih kukuh dan diterima. Kaedah pembelajaran ini memerlukan guru merancang,
mengendalikan dan melakukan penilaian yang tersusun dan paling penting pelajar telah mahir
mengenalpasti atau mengidentifikasi sesuatu persoalan atau masalah.
5.4 Mendedahkan cara pemikiran analitikal, praktikal dan kreatif
Guru sepatutnya menyediakan pelajaran harian yang dimasukkan dengan elemen
pemikiran secara analitikal, praktikal dan kreatif. Pakar psikologi Robert Sternberg telah
membangunkan kerangka kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang dinamakan Successful
Intelligence. Contoh pemikiran secara analitikal ialah membanding beza, menilai, analisis dan
kritikal. Contoh pemikiran secara praktikal ialah menunjukkan cara untuk menggunakan sesuatu,
cara mengaplikasikan sesuatu cara melaksanakan sesuatu. Contoh pemikiran kreatif ialah mampu
mereka cipta, berimaginasi, merencanakan dan mampu meramalkan jika soalan tersebut
12
dimanipulasi. KBAT berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan dalam
memori dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan sedia dan menjana maklumat untuk
mencapai sesuatu tujuan atau menyelesaikan sesuatu yang rumit. Guru boleh menggunakan
pendekatan pembelajaran berasaskan projek dalam membina pengetahuan pelajar untuk berfikir
secara analitikal, praktikal dan kreatif. Produk yang terhasil daripada projek tersebut akan
menunjukkan tahap pemikiran pelajar samada masih di tahap rendah atau tinggi. Guru juga
sepatutnya menggalakkan pelajar menggunakan analogi, simile dan metafora untuk menjelaskan
sesuatu konsep di mana guru menjadi pemudah cara dengan mendemonstrasikan kepada pelajar,
diikuti dengan melakukan dalam keseluruhan kelas dan seterusnya meminta pelajar mencuba
sendiri.
5.5 Guru menggunakan pendekatan metakognitif
Wellman (1985) menyatakan bahawa: Metakognitifi adalah suatu bentuk kognitif, proses
berfikir urutan kedua atau lebih tinggi yang melibatkan kontrol aktif atas proses kognitif. Hal ini
dapat didefinisikan sebagai berfikir tentang berfikir atau kognitif seseorang tentang kognitif.
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam metakognitif ialah pelajar berperanan secara aktif
dalam menghasilkan sesuatu makna dan kefahaman dalam pembelajaran kerana melalui strategi
metakognitif, pelajar merancang apa yang hendak dipelajari, memantau kemajuan pembelajaran
diri dan menilai apa yang dipelajari. Guru menyerapkan kaedah metakognitif dalam mengajar
supaya pelajar dapat berfikir strategi yang lebih sesuai untuk menguasai pelajaran baru. Antara
strategi
untuk
meningkatkan
metakognitif
ialah
pelajar
digalakkan
mencatat
dan
mengilustrasikan sesuatu pengalaman dalam buku log supaya melihat kembali persepsi asal
mereka dan membandingkan persepsi asal dengan keputusan baru, serta mencatatkan proses
pemikiran tentang strategi tersebut dan cara membuat keputusan.
13
berfikir aras tinggi menjelang abad ke 21. Antara cabaran dan halangan yang dihadapi guru
untuk membangunkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar ialah :
6.1 Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Kemahiran Berfikir
Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memberikan pendidikan kepada pelajarpelajarnya menerusi pelbagai pendekatan terkini. Jadi tahap pengetahuan guru dan persepsi guru
terhadap pengajaran kemahiran berfikir akan mempengaruhi dalam pengajaran. Tahap ilmu dan
kemahiran guru akan mempengaruhi minat dan keupayaannya untuk mengubah pengajaran dan
pembelajaran yang sedia ada ke peringkat yang lebih berkualiti dalam mengembangkan potensi
pelajar berfikir aras tinggi.
6.2 Matlamat Daya Pemikiran Pelajar Kurang Diberikan Perhatian
Dalam arus pendidikan perdana, kemahiran berfikir tidak diberikan perhatian sewajarnya
kerana pelajar didedahkan kepada fakta sesuatu mata pelajaran tetapi tidak diajar berfikir tentang
isi yang dipelajari. Pengajaran lebih ditekankan kepada penyampaian maklumat sebagai contoh
mengetahui apa tetapi mengabaikan cara menggunakan maklumat contohnya mengetahui
bagaimana. Keadaan ini telah menyebabkan pelajar terlalu bergantung kepada guru sehingga
menimbulkan tingkah laku malas memberi pendapat.
6.3 Kekangan Masa Kepada Pelajar Untuk Berfikir
Guru berpendapat bahawa pelajar perlu terlebih dahulu mengetahui semua fakta dan
konsep sesuatu matapelajaran sebelum mereka boleh digalakkan untuk berfikir. Tetapi apa yang
berlaku, setelah mengajar semua fakta dan konsep, masa pula tidak mengizinkan untuk
menggalakkan pelajar berfikir tambah-tambah lagi untuk soalan yang mempunyai aras tinggi.
6.4 Keutamaan Diberikan Kepada Penghafalan Fakta Dan Peperiksaan
Kebanyakan soalan dalam peperiksaan hanya menguji hasil pembelajaran yang mudah
seperti fakta-fakta dalam buku teks. Selain daripada itu, penekanan kepada peperiksaan
terutamanya peperiksaan piawai bagi keseluruhan pelajar di akhir tahun telah menyebabkan guru
lebih cenderung untuk melaksanakan proses pengajaran yang berpusatkan guru kerana kaedah
pengajaran yang berpusatkan guru terbukti lebih berkesan untuk menghasilkan pelajar yang akan
mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan (Toh, 2003). Guru enggan memberikan
14
berkesan.
Kerapkali
individu-individu
dikehendaki membuat
dan
isu.
keputusan
dan
kemahiran berfikir yang dipelajari semasa pengetahuan dikuasai merupakan sesuatu yang kekal
dan digunakan sepanjang hayat. Dengan adanya KBAT, pelajar berupaya mengecapi kejayaan
bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga di alam pekerjaan kelak. Guru merupakan
peneraju utama dalam menggalakkan dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam
kalangan pelajar. Oleh itu, guru harus terlebih dahulu memiliki beberapa ciri tertentu seperti
berfikiran kritis, kreatif, bersifat reflektif, proaktif dan mempunyai pengetahuan luas untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan pemikiran yang menggunakan
kemahiran berfikir aras tinggi.
Rujukan
1. N.S. Rajendran. (2008). Teaching & Acquiring Higher-Order Thinking Skills Theory &
Practice. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
15
2. R. Bruce Williams. (2003). Higher Order Thinking Skills: Challenging All Students To
Achieve. Corwin.
3. Poh Swee Hiang. (1997). Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif.
Kumpulan
Filosofiyyah Dalam Kalangan Guru. Kertas Ini Telah Dibentangkan Di Persidangan Majlis
Dekan Fakulti Pendidikan Di University Teknologi Malaysia, Johor Bahru, 7-9 Oktober
2012.
6. Abu Bakar Nordin. (2013, Januari). Kurikulum Kearah Penghasilan Kemahiran Berfikiran
Kritis, Kreatif dan Inovatif. Jurnal kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik.
7. S. Supramani. (2006). Penyoalan Guru: Pemangkin Pemikiran Aras Tinggi Murid. Jurnal
Pendidikan 2006, Universiti Malaya.
8. Bahagian Pendidikan Guru. (1993). Model Persediaan Mengajar Pengajaran
Pembelajaran KBKK. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
9. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2012). Putra Jaya: Kementerian
Pelajaran Malaysia.
10. Feden, Preston, D & Vogel, Robert, M. (2003). Methods Of Teaching : Applying Cognitive
Science To Promote Student Learning. Boston: McGraw Hill.
16