Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Memahami Butang Dan Mode Dial DSLR

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 12

PDT 213:Fotografi (Memahami Fungsi dan Asas-asas pengunaan kamera DSLR/SLR) Vol:1

Okay, sperti yang dijanjikan pada post yang lepas aku akan postkan entri pasal asas-asas pengunaan DSLR aite? So here it is, Tadaah. =D Owh sebelum tu, aku akan volume kan siri ni mengunakan header diatas, tapi masih lagi under tajuk besar What Does An Art Student DO the Series bagi memudahkan korang untuk browse antara tajuk ke tajuk. Apa yang aku tulis kt bawah ni semuanya dari ayat aku sendiri, x percaya? up to u lah nk percaya ke x nk tapi yang penting aku ikhlas menulis nk membantu. So dekat sejam gak aku mengarang ayat2 nih, lama dh tak menulis penulisan dalam bahasa melayu. sori kalau ade tersilap tatabahase ke or whatsoeverlah. So rujukan yang aku guna semestinya dari YouTube dan juga Buku Manual DSRL. Aku xde la tiru bulat2, ringkasan tu ade la kot. So anyways, here it goes Memahami Fungsi dan Asas-asas pengunaan kamera DSLR/SLR Sebelum kita meneruskan tutorial ini, apakah itu DSLR? Digital SLR atau SLR pada awalnya, bermaksud 'Single-Lens Reflex'. Ia adalah sebuah kamera yang mengunakan mekanisem khas dimana pengunaan cermin dan juga pentaprisim khas yang letakan di dalam kamera untuk mengalirkan sumber cahaya ke viewfinder kamera anda. Secara kasar, cahaya yang dialirkan dari cermin ke pentaprisim ke viewfinder kamera adalah sama jarak dengan apa yang anda lihat dengan mata anda sendiri. Selain itu DSLR juga berkebolehan untuk menukar lensa hadapan kamera mengikut kehendak dan juga situasi yang berbeza. Ini yang membezakan Kamera 'Point & Shoot' dan juga DSLR.

(Kamera DSLR)

(Kamera Point & Shoot) -Kita beralih ke topik asal. Ada 3 asas utama yang perlu difahami dan dikuasai dalam pengunaan kamera DSLR, iaitu 1) Aperture 2) Shutter Speed 3) ISO 3 asas utama ini sering berkait rapat antara satu sama lain dimana setiap fungsi-fungsi tersebut memainkan peranan masing-masing didalam kamera DSLR anda. Saya akan terangkan secara terperinci bagi setiap asas-asas tersebut.

1)Aperture - Aperture atau juga dimaksudkan pada pembukaan ruang rongga lensa kamera(Saiz pembukaan lensa). Aperture dibaca pada ukuran f-stop contoh f/1.8 atau f 5.6 .Semakin besar nilai aperture atau f (contoh f/22), semakin mengecil ruang rongga lensa. Semakin kecil nilai f semakin besar ruang pembukaan lensa (contoh f/1.8).

Apa fungsi nilai-nilai aperture ini? Semakin besar ruang pembukaan lensa maka lebih banyak cahaya akan memasuki ke sensor kamera anda dan semakin kecil maka kurang cahaya yang memasuki kamera anda. Seringkali disalah anggap jika nilai f-stop tinggi maka ruang pembukaan lens menjadi besar (contoh f/22). Harus di ingati bahawa lebih rendah nilai f-stop maka lebih luas pembukaan lensa. Apakah kesan dari pengunaan Nilai Aperture ini? Iaitu Depth of Field, ini akan diterangkan lebih lanjut pada post akan datang.

Lihat pada nilai f-stop pada setiap lens diatas. Bagaimana perbezaan nilai tersebut berfungsi 2)Shutter Speed -Penerangan secara kasar, Shutter Speed ialah jumlah masa atau saat pembukaan shutter di dalam DSLR anda. Untuk lebih mudah, Shutter Speed adalah waktu dimana sensor kamera anda menerima cahaya/melihat subjek setelah Shutter kamera dibuka. Durasi shutter kamera dibuka apabila setelah anda menekan butang trigger dikamera.

Baca shutter speed didalam kamera anda adalah seperti berikut, contoh 1/500, 1/15, 15, 3 dll. Saya akan berikan beberapa situasi untuk setiap bacaan shutter speed berbeza 1/1000- dibaca satu per seribu saat, ini adalah jumlah shutter speed yang tinggi dimana seringkali digunakan untuk mengambil gambar freeze motion atau gambar kaku didalam pergerakan yang banyak seperti sukan. Untuk mengambil foto freeze motion yang sempurna adalah disarankan untuk menetapkan nilai Shutter Speed anda 1/500 dan keatas. Namun dengan nilai shutter speed yg tinggi seperti 1/1000, jumlah cahaya yang akan memasuki ke sensor kamera anda adalah amat sedikit disebabkan detik pembukaan shutter yang amat pantas. Nilai yang tinggi disarankan hanya untuk outdoor shooting waktu pagi dimana terdapat sumber cahaya yang banyak.

Gambar seperti ini diambil mengunakan shutter speed yang tinggi 1-Dibaca dengan bacaan Satu saat, nilai shutter speed yang amat rendah seringkali digunakan didalam situasi atau keadaan bilik gelap/kurang sumber cahaya. Namun dengan nilai shutter speed yang rendah seperti ini akan menyebabkan foto anda menjadi kabur/blurry. Pengunaan Tripod amat disarankan jika mengunakan nilai shutter speed rendah bagi mengelakkan foto anda menjadi kabur. Ia berbeza pula jika objek itu bergerak kerana ia akan menghasilkan efek motion blur dimana objek itu kelihatan seakan-akan bergerak. Jika anda dapat menguasai Shutter Speed anda boleh menghasilkan imej-imej yang hebat dengan efek motion blur.

Hasil daripada nilai shutter speed yang rendah atau lambat menghasilkan efek motion blur

3)ISO -Definisi ISO adalah nilai kepekaan sensor kamera anda terhadap cahaya. Semakin tinggi nilai ISO anda maka lebih sensitif atau peka terhadap cahaya. Nilai-nilai ISO didalam kamera anda seringkali di gandakan pada 2kali nilai contoh 100, 200, 400, 800 ,1600, 3200 dan seterusnya. Namun nilai ini boleh di setkan secara detail pada DSLR Professional. Terdapat kelemahan pada pengunaan ISO ini iaitu Noise atau Grains. Ia bukanlah seperti sesuatu gangguan bunyi tetapi gangguan didalam foto seperti dot-dot kecil dan kekaburan jika foto itu di zoom lebih dekat. Noise akan lebih kelihatan pada nilai ISO yg tinggi, adalah disarankan untuk mengambil foto

dengan mengunakan ISO serendah yang mungkin agar kualiti gambar yang diambil lebih tajam dan berkualiti. Tetapi ini bukan satu keharusan kerana ada situasi dimana anda perlu menaikkan nilai ISO anda lebih tinggi atas dasar kekurangan sumber cahaya.

Contoh gambar yang mempunyai noise yang amat ketara. Gambar ini diambil mengunakan ISO 12,800

Ini adalah asas-asas yang perlu diketahui sebelum mengendalikan kamera DSLR anda, dan seharusnya anda perlu mengelakkan menguna mode FULL AUTO dan lebih mengunakan modmod manual sperti P (programmed mode) A atau Av (Aperture Priority Mode) S atau Tv (Shutter Priority Mode) dan juga M (Full Manual). Bagaimana menetapkan nilai2 itu semua? itu akan kita bincangkan pada entri yang akan datang. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai topik di atas (stakat ni, cuma part ni je yg aku tau, yg lain2 tu aku belum belajar lg weyh) boleh tinggalkan komen untuk memberi sebarang pertanyaan. Bertemu lagi di post akan datang.

Memahami butang dan Mode dial DSLR Seperti yang dijanjikan, pada tutorial kali ini saya akan terangkan kepada anda bagaimana ingin menukarkan dari mod-mod yang terdapat pada DSLR anda dan juga bagaimana ingin menukarkan nilai-nilai seperti aperture, shutter speed dan juga ISO. Klik disini jika anda ingin ke tutorial pertama http://zulfathiaqmar.blogspot.com/2011/06/pdt-213photography-fundamentals-and.html Sebagai permulaan, ini adalah screen pada DSLR yang akan memaparkan segala maklumatmaklumat tentang kamera anda.

Ini adalah contoh daripada Kamera SLR Canon, walaupun layout informasi untuk setiap jenama SLR berbeza namun format-format bacaan tidak akan lari dari apa yang dipaparkan pada gambar diatas.

Paparan pada Nikon D3100. Memandangkan anda sudah menyesuaikan dan sudah mengenal pasti dimana nilai-nilai yang anda perlu peka dan perihatin setiapkali sesi pengambaran, kita akan teruskan ke mod dial kamera.

Ini adalah mod dial tipikal yang seringkali digunakan hampir pada setiap Kamera SLR yang berada dipasaran. Namun ada sedikit perbezaan pada jenama tertentu seperti Canon dimana tulisan pada mod dial mempunyai sedikit perbezaan.

Mod dial SLR Canon

Mod Dial model Nikon

Disini saya telah perincikan maksud-maksud bagi setiap mod pada mod dial ini. (Klik pada gambar untuk zoom)

Pada tutorial ini saya akan mengulaskan mod-mod iaitu M (Manual), A/Av (Aperture Priority), S/Tv (Shutter=Priority), dan juga P ( Programmed Mode). Bagaimana pula pada mod-mod yang lain? Kerana mod-mod tersebut telah dipreset/ diaturkan secara automatik untuk setiap scene mengikut kategori dari segi nilai aperture, shutter speed dan juga ISO. Untuk lebih mudah, modmod tersebut dicipta bagi memudahkan photographer untuk set mod yang diingini bagi setiap situasi tanpa perlu bersusah payah untuk set secara manual. Mengapa perlu adanya mod manual jika ada mod-mod ini untuk memudahkan kerja? Kerana ada situasi tertentu dimana gambargambar tertentu tidak dapat diambil /dirakam mengunakan mod-mod tersebut, ini akan saya terangkan pada post akan datang.

1) Programmed Mode/ Semi-Auto mode (P)

Ia dikenali sebagai mod 'programmed' atau mod Semi-Auto kerana hampir keseluruhan Nilainilai pada kamera anda telah disetkan secara automatik oleh CPU kamera. Namun didalam mod ini anda masih lagi boleh menukarkan nilai ISO dan juga menukar White Balance untuk memudahkan atau memberi kepelbagaian dalam mengambil gambar yang diingini. Mod ini selalu digunakan untuk mengambil/merakam gambar-gambar kasual dan santai dimana anda tidak perlu risau tentang aperture dan juga shutter speed anda. Didalam mod ini, flash kamera anda tidak akan aktif, anda perlu menekan secara manual pada butang flash yang terdapat pada kamera anda untuk mengaktifkannya.

Butang flash Secara keseluruhan, mod ini anda tidak perlu risau untuk menetapkan nilai-nilai aperture atau shutter speed anda kerana kamera anda telah menetapkan kesemuanya untuk anda. Ia hampir sama dengan mod full Auto namun ini adalah langkah pertama anda untuk keluar dari mod full Auto bagi memudahkan kefahaman anda dalam mengunakan mod DSLR anda. 2) Shutter Priority/ Keutamaan Kelajuan Rana (S/Tv)

Dikenali sebagai mod Shutter Priority/Keutamaan Kelajuan Rana, ia adalah mod dimana anda mengawal nilai Shutter Speed kamera anda. Secara mudah ia adalah mod dimana anda mengawal kelajuan Shutter kamera anda mengikut kehendak anda, mengikut situasi kedaaan sekeliling. Mod ini sesuai digunakan jika anda ingin merakamkan gambar yang sedang bergerak laju atau sentiasa bergerak(constant movement) untuk mendapatkan imej kaku. ataupun ingin merakamkan motion blur pada waktu malam. Didalam mod ini, nilai aperture anda telah disetkan oleh CPU kamera anda mengikut kesesuaian keadaan. Nilai lain seperti ISO dan White Balance, anda mempunyai kebebasan untuk menetapkan nilainya. Secara keseluruhan mod ini digunakan pada situasi anda ingin menangkap imej yang sentiasa bergerak(constant movement) sama ada anda inginkan gambar kaku (Freeze Motion) ataupun efek pergerakan blur (Motion Blur). Anda tidak perlu khuatiri perihal nilai aperture anda kerana kamera anda telah menetapkan mengikut keadaan.

3) Apeture priority/Keutamaan Aperture(A/Av)

Dikenali sebagai mod Aperture priority/Keutamaan Aperture. Apa itu aperture? Seperti yang saya telah terangkan pada tutorial lepas, Aperture adalah pembukaan ruang pada lens kamera anda. Didalam mod ini anda telah diberi kebebasan untuk menetapkan nilai aperture kamera anda. Kebiasannya didalam mod ini digunakan untuk mengawal atau menguasai Depth of Field. Apa itu Depth of Field(DoP)? Secara ringkas, Depth of Field ialah jumlah objek yang didalam fokus kamera anda. Untuk memudahkan kefahaman anda, dibawah saya telah sediakan dua gambar berbeza.

F22

F5

Kedua-dua gambar diatas telah diambil mengunakan nilai aperture yang berbeza. Nilai aperture yang maximum (nilai sedikit) f5 telah mengakibatkan "shallow Depth of Field", ruang fokus

menjadi kecil. Gambar mengunakan f5 diatas kelihatan fokus pada objek sahaja, manakala latarbelakang telah menjadi amat kabur. Efek ini dikenali juga sebagai "bokeh" oleh kebanyakan photographer. bokeh bermaksud blur atau kabur didalam bahasa Jepun dan telah diguna pakai sebagai terma popular dikalangan photographer. Secara ringkasnya Aperture priority mod ini digunakan untuk menguasai DoF dan anda tidak perlu risau untuk menetapkan nilai Shutter Speed kamera anda kerana ia telah ditetapkan mengikut kesesuaian keadaan.

4) Manual mode (M)

Dikenali sebagai mod Manual, Ini adalah mod dimana kesemua nilai-nilai didalam kamera anda disetkan secara manual dari aperture, shutter speed hingga ke nilai ISO. Anda diberi kebebasan untuk mengawal sepenuhnya kamera anda untuk mendapatkan setting yang anda inginkan. Mod ini disarankan untuk memahami bagaimana kamera anda berfungsi dengan menetapkan nilainilai itu sendiri. Dengan cara ini anda akan memahami mengapa gambar ini gelap jika setkan Aperture and terlalu rendah seperti f22 atau shutter speed anda terlalu cepat seperti 1/200. Semua nilai ini berkait rapat dan seharusnya disetkan dengan betul untuk mendapatkan gambar yang sempurna. Bagaimana hendak menetapkan nilai Aperture dan Shutter Speed? Anda sudah mengetahui cara untuk menukarkan dari satu mod ke mod yang lain, dan bagaimana pula cara untuk menetapkan nilai-nilainya?

Ini adalah main dial/dial utama yang terdapat pada kamera anda. Di gunakan untuk menetukan nilai aperture, shutter speed kamera anda. Putarkan ke arah kanan untuk menambah nilai dan ke

kiri untuk mengurangkan nilai. Secara keseluruhan dial utama ini digunkan untuk pelbagai kegunaan dan kemungkinan ia berbeza bagi setiap jenama SLR berlainan.

Satu perkara yang anda harus ingati ialah apabila anda mengunakan mod manual, dial utama itu akan diguna untuk mengubah nilai shutter speed anda, dan jika anda hendak menukar nilai aperture anda harus menekan butang plus/minus (+/-) ev button pada masa yang sama memutarkan dial utama.

Ia mungkin berbeza bagi jenama SLR yang berlainan. Di sarankan anda melihat buku manual untuk rujukan lebih lanjut. EV button in juga digunakan untuk fungsi lain namun akan saya terangkan pada tutorial akan datang. Baiklah, anda telah sedikit sebanyak tahu tentang mod-mod yang ada pada kamera anda. Adalah digalakan untuk anda keluar dari mod Full Auto bagi memahami lebih lanjut bagaimana kamera anda berfungsi. Cara yang terbaik adalah 'trial and error' kerana dari pengalaman dapat menajamkan lagi ilmu anda tentang DSLR. Untuk tutorial akan datang saya akan terangkan pada anda tips-tips dan juga trick mengunakan mod-mod tersebut. Selamat Mencuba =D

Anda mungkin juga menyukai