Instruction manuals, pie">
Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Topic 2 Operasi Kerja Penyenggaraan

Unduh sebagai ppt, pdf, atau txt
Unduh sebagai ppt, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 14

OPERASI KERJA-KERJA PENYENGGARAAN

OPERASI KERJA-KERJA PENYENGGARAAN


Operasi kerja hendaklah ke arah mencapai objektif penyenggaraan. Segala perancangan dan perlaksanaan yang dibuat berasaskan polisi, sumber-sumber yang ada dan kaedah yang bersesuaian.

KAEDAH PERLAKSANAAN KERJA-KERJA PENYENGGARAAN

Pertama: Kakitangan Dalaman (in-housed/direct labour)


Menggunakan pekerja tetap yang diberi gaji bulanan untuk membuat kerja-kerja penyenggaraan.

Kakitangan Dalaman (in-housed/direct labour) (Samb.)


Spesifikasi Tugas untuk Kakitangan Dalaman (inhouse/direct labour)

Perlu meliputi perkara-perkara berikut: bilangan, nama bangunan alamat atau lokasi nombor rujukan jadual penyenggaraan nombor rujukan spesifikasi tugas kekerapan penyenggaraan keperluan tenaga kerja seperti tukang kayu, batu dan cat maklumat lengkap mengenai kerja yang perlu dibuat pemeriksaan dan tindakan. keperluan peralatan khusus lukisan kerja, panduan dan spesifikasi prosidur keselamatan yang perlu diikuti.

Kakitangan Dalaman (in-housed/direct labour) (Samb.)


Sumber Kerja
Tiga (3) sumber utama iaitu:1) Pekerja memahami objektif kerja bermotivasi berkemahiran Berkesan

Pengurus hendaklah mempunyai kelayakan teknikal yang mencukupi dan juga memahami pekerjanya.

Kakitangan Dalaman (in-housed/direct labour) (Samb.)


2) Bahan Samada dari simpanan/setor atau dari pembekal mengenalpasti keperluan bahan untuk pembelian Susun-atur (untuk memudahkan kerja) sistem rekod stok bahan yang baik Objektif pembelian bahan: Kualiti yang betul Masa yang betul Sumber yang betul Kuantiti yang betul Harga yang betul 3) Peralatan/jentera Penyenggaraan banyak melibatkan kerja-kerja pembaikan kecil adalah baik mempunyai peralatan bekerja berbagai guna dan mudah dibawa.

Kaedah Perlaksanaan Kerja-kerja Penyelenggaraan (Samb.)


Kedua: Khidmat Kontrak (contract service/out-sourced) Menggunakan syarikat luar yang mempunyai pekerja sendiri untuk membuat kerja-kerja penyenggaraan dan dibayar mengikut

persetujuan.
Kerja-kerja yang biasa menggunakan khidmat kontrak untuk menyenggara sistem-sistem telekomunikasi, penggera, peralatan interkom, lif barang dan penumpang, eskalator, penghawa dingin dan sistem kebakaran.

Khidmat Kontrak (contract service/out-sourced) (Samb.)


Kontrak Perkhidmatan: Kerja-kerja perkhidmatan yang dibuat adalah untuk memastikan bahawa peralatan atau sistem sentiasa berfungsi dan memenuhi kehendak pengguna serta pada kos yang minima yang boleh dibuat secara menyeluruh (comprehensive) atau asas (basic).

Kontrak perhidmatan menyeluruh meliputi: Pemeriksaan berkala. Perkhidmatan/servis mengikut keperluan wajib atau spesifikasi pengeluar. Berasaskan prinsip penyenggaraan pencegahan. Bertujuan untuk melanjutkan jangka hayat dan mengekalkan prestasi. Penjimatan kos dan kelewatan.
Manakala Kontrak Asas meliputi elemen-elemen yang memberi masalah yang lebih besar jika tidak diperiksa secara berkala dan tidak disenggara dengan baik. Contohnya kerja-kerja paip air dan elektrik.

Khidmat Kontrak (contract service/out-sourced) (Samb.)

Kontraktor-kontraktor untuk kerja-kerja penyenggaraan


Syarat-syarat:Kontraktor-kontraktor yang diambil hendaklah berdaftar dengan kementerian kewangan atau badan berkaitan juga dengan pihak organisasi dan mempunyai rekod prestasi yang memuaskan.

Pihak kontraktor perlu mengambil bahagian dalam sebutharga untuk kerjakerja seperti baikpulih, pembersihan bangunan, khidmat servis penghawa dingin dan potong rumput.

Khidmat Kontrak (contract service/out-sourced) (Samb.)

Faktor-faktor Pemilihan kontraktor melalui sebutharga: Harga Tawaran Kewangan Pengalaman Bilangan projek semasa Jentera dan peralatan yang dimiliki Jumlah Kelulusan kakitangan kontraktor Rekod prestasi Nota: Harga yang rendah tidak seharusnya dipilih dan ditawarkan. Perlu dipertimbangkan beberapa faktor lain yang lebih berpengaruh.

Terdapat juga kontraktor-kontraktor ditawarkan kontraktor dengan kaedah negotiation.

ALIRAN KERJA (PROJEK KECIL/BESAR)

Permohonan cadangan dari pengguna/Aduan kes

Menerima cadangan/Aduan

Membuat lawatan pemeriksaan awalan

Menyediakan laporan dan cadangan

Kerosakan/Projek Kecil

Kerosakan/Projek Besar
Bersambung

Bersambung Bersambung

Sambungan

Kerosakan/Projek Kecil
Buat sendiri Penyediaan buruh, alat dan bahan Pembaikan Laporan/Rekod Khidmat kontraktor dilantik Penyediaan spesifikasi dan anggaran kos Pembaikan/ Penyeliaan

Kerosakan/Projek Besar
Menyediakan kertas cadangan dan anggaran kos
Kelulusan Lembaga Mengumpul maklumat terperinci, membuat pemeriksaan dan perbincangan dengan pengguna Menyediakan spesifikasi dan lukisan Penyediaan dokumen Panggilan sebutharga/Tender Pemilihan kontraktor Pembinaan/Penyeliaan

Khidmat Kontrak (contract service/out-sourced) (Samb.) Kebaikan Menggunakan Khidmat Kontrak:


belanjawan boleh anggarkan dengan lebih tepat. Sesuai untuk kerja-kerja besar atau banyak. Boleh jadi lebih ekonomi berbanding kakitangan sendiri. Pihak kontraktor sendiri bertanggungjawab mengambil baru, melatih, membayar gaji dan menghentikan pekerja. Selesai masalah antara pihak pengurusan dan kesatuan pekerja. Tidak perlu membeli atau menyewa peralatan khusus. Tidak perlu menambah bilangan kakitangan untuk melakukan lebih kerja. Khidmat kontrak yang khusus lebih berupaya menyelesaikan kerja-kerja kecemasan.

Khidmat Kontrak (contract service/out-sourced) (Samb.) Keburukan Menggunakan Khidmat Kontrak:


Kos mungkin terlalu tinggi untuk piawaian kerja yang setara. Melemahkan kuasa pihak pengurusan untuk mengawal kualiti kerja. Pihak pengurusan kehilangan kawalan ke atas operasi kerja. Mungkin berlaku kelemahan dalam kerja-kerja penyeliaan. Kontraktor mempunyai kecenderungan menggunakan bahan kurang bermutu. Spesifikasi kerja hendaklah lengkap dan jelas. Masalah kepada keselamatan Sukar menentukan kesalahan kontraktor yang membuat kerja yang tidak betul.

Nota:

Anda mungkin juga menyukai