Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

1

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan 1.2 Takrifan

1.1 Pengenalan Perkhidmatan kaunseling merupakan sebuah bidang yang masih agak baru jika dibandingkan dengan sosiologi, ekonomi dan psikologi walaupun pengaruh kaunseling sudah dapat dirasakan oleh sebahagian masyarakat Sebagai seorang guru, kita tidak akan dapat lari daripada membantu dan membimbing murid khususnya mereka yang menghadapi masalah yang telah lama terpendam dan tidak pernah dapat dikendalikan yang melibatkan penyesuaian tingkah laku, emosi dan kognitif. Oleh itu dengan mempelajari serba sedikit tentang ilmu kaunseling, kami ssecara tidak langsung dapat meneroka, memahami, mengaplikasi dan menilai tentang peranan kami sebagai agen pembentukan kemanusiaan. Tugasan ini memuatkan maklumat secara ringkas tentang kebaikan kaunseling kelompok dan peranan serta implikasi kaunselor sebagai fasilitator dalam kaunseling kelompok. Isi kandungan yang ditulis menepati proforma Kursus Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak yang disediakan untuk bakal guru dan diharap tugasan ini dapat membantu guru pelatih yang akan menjadi guru kelak.

1.2 Takrifan Kaunseling Kelompok Secara semulajadinya manusia lebih bersedia bersama dalam kumpulan atau kelompok dalam usaha menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi. Melalui kelompok, seseorang individu dapat mencapai matlamat sendiri dengan berkongsi idea yang inovatif dan produktif (McClure, 1990). Manusia mungkin tidak dapat meneruskan kehidupan atau terus berkembang tanpa penglibatan kelompok atau kumpulan. Menurut Corey( Theory Practiceof Group Kaunseling) tujuan kaunseling kelompok ialah untuk mencegah dan juga pengubatan. Ianya mempunyai satu

matlamat yang tertentu seperti pembelajaran, kerjaya, masalah peribadi atau sosial. Kaunseling kelompok juga mementingkan perhubungan individu dengan ahli-ahli yang terdapat dalam kelompok tersebut. Biasanya, ahli-ahli dalam satu kaunseling kelompok mempunyai masalah yang sama dan matlamat yang ingin dicapai. Dalam usaha menjadikan kelompok kaunseling lebih berkesan, pemimpin kelompok perlu sedar tentang kekuatan dan potensi sesebuah kelompok. Pemimpin kelompok perlu merancang lebih awal dan sentiasa peka kepada tahap-tahap perkembangan kelompok. Pemimpin kelompok yang mempunyai pengetahuan mampu mengesan tahap perkembangan kelompok berkenaan. Di samping itu juga, pemimpin kelompok boleh memanfaatkan kemahiran yang ada untuk membantu perkembangan kelompok dengan lancar dan berkesan (Gladding, 1994). Hakikatnya, perancangan yang rapi dan intervensi yang strategik akan menjamin kejayaan sesebuah kelompok kaunseling. Sebagai guru yang akan berdepan dengan murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang, guru haruslah bersedia untuk menjadi guru pembimbing agar kaunselor kepada kaunseling kelompok kerana ia bukan saja menjimatkan masa tetapi juga dapat menyelesaikan masalah yang sama.

2.0 Tajuk Soalan


2.1 Persembahan grafik 2.2 Peranan dan implikasi

2.1 Jelaskan kebaikan-kebaikan kaunseling kelompok bagi membantu murid-muird di sekolah dalam bentuk grafik.

Kelebihan kaunseling kelompok


Menjimatkan masa terutama bagi institusi yang mempunyai kekangan masa dan kemudahan seperti sekolah, penjara dan pusat kesihatan mental. Dapat membuat perkongsian maklumat, pandangan dan meneroka nilai peribadi individu yang lain. Dapat menyelesaikan masalah yang sama di antara murid. Dapat mewujudkan satu sistem sokongan bagi ahli kelompok.

Sumber: http://alhakam-kaunseling.blogspot.com/2009/06/kaunseling-kelompok.html

Pertemuan dengan ahli yang lain yang mempunyai masalah yang sama dapat memberikan perspektif yang luas tentang masalah yang dihadapi.

Membolehkan seseorang itu untuk memahami bahawa masalah boleh dikendalikan dengan pelbagai cara.

Ahli lain boleh memberikan galakan dan sokongan emosi antara satu sama lain.

Dapat mengendalikan masalah yang melibatkan komunikasi dengan orang lain seperti fobia sosial.

Sumber: Buku Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak, Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin
5

Dapat mengurangkan bebanan kaunselor.

Dapat menyelesaikan masalah yang sama antara murid.

Murid mendapat kebebasan untuk meneroka masalah interpersonal dan bebas meluahkan perasaannya.

Murid boleh mendapat maklum balas yang positif dari ahli kelompok

Murid dapat mencuba tingkah laku baru dalam keadaan selamat.

Dapat memupuk perasaan saling percaya dan hormatmenghormati di antara klien.

Dapat mewujudkan satu sistem sokongan bagi ahli kelompok.

Dapat meningkatkan konsep kendiri murid.

Sumber: http://wwwujangbatulintang.blogspot.com/2010/10/kelebihan-dan-kelemahankaunseling.html

2.2 Sebagai seorang fasilitator kelompok, bincangkan peranan anda dalam mengendalikan peringkat orientasi dan implikasinya terhadap ahli-ahlI dalam kelompok tersebut. Fasilitator dalam kaunseling kelompok ialah kaunselor. Dalam kajian Liberman, Yalom dan Miles(1973) telah mengenalpasti peranan fasilitator yang asas iaitu: Merangsang (stimulate) emosi Mengambil berat Memberi makna (meaning attribute) Pelaksanaan tugas (executive function)

Merangsang emosi melibatkan perlakuan ketua yang berani meluahkan perasaan, sikap dan nilai diri dan bijak dalam mengutarakan soalan yang dapat mengalakkan ahli kelompok untuk meluahkan perasaan mereka. Mengambil berat pula adalah satu peranan kaunselor yang penting kerana ia melibatkan faktor melindungi, menjadi sahabat dan menunjukkan kasih mesra. Memberi makna pula ialah kaunselor menyediakan ahli untuk menerima dan memahami apa yang berlaku dalam kelompok. Pada masa yang sama, beliau menggalakkan ahli agar mengubah perlakuan kepada yang lebih diterima. Melaksanakan tugas pula melibatkan faktor seperti penentuan tempat pertemuan yang sesuai, mencadang atau menentukan peraturan dan normanorma yang harus dipatuhi oleh ahli-ahli kelompok, menentukan matlamat, masa dan etika kaunseling kelompok. Sebagai fasilitator kelompok, kita terpaksa memikul banyak peranan terutama ketika peringkat orientasi. Peranan fasilitator kelompok amat penting dan mampu mempengaruhi keberkesanan sesuatu kaunseling kelompok selain daripada

mempunyai implikasi kepada ahli kelompok. Peringkat orientasi ialah peringkat yang penting dimana ianya adalah fasa pengenalan atau peringkat permulaan.

Keberkesanan sesuatu kaunseling kelompok bermula di peringkat pemilihan ahli kelompok untuk memastikan semua ahli boleh menerima peraturan dan etika kelompok. Gandingan kedua-dua iaitu pemimpin kelompok dan ahli-ahli yang faham etika dan peraturan kelompok akan membantu ke arah pencapaian matlamat sesi kaunseling
7

kelompok. Kelompok kaunseling adalah bebas untuk berkembang tetapi masih bergantung kepada jenis masalah atau isu yang dibincangkan. Namun, ia perlulah mengambil kira aspek-aspek nilai, norma serta budaya masyarakat setempat. Disinilah letaknya peranan kaunselor kelompok untuk mempastikan semua ahli kelompok dapat menerima persetujuan ini dan pada masa yang sama berusaha dengan sedaya upaya untuk mencapai matlamat sesi kaunseling kelompok yang dijalankan. Kaunselor kelompok juga berperanan penting untuk menentukan ahli-ahli kelompok berjaya melakukan perubahan tingkahlaku mereka kearah yang lebih positif setelah selesai menjalani sesi kelompok kaunseling.Ahli-ahli kelompok juga berjaya melakukan perubahan tingkah lakumereka kearah yang lebih positif setelah selesai menjalani sesi kelompok kaunseling. Selain itu, pada peringkat orientasi atau permulaan juga, biasanay kaunselor belum mengenali ahli-ahli kelompok dan begitu juga dengan ahli-ahli belum mengenali satu sama lain. Jadi untuk mendapatkan kerjasama dari semua ahli-ahli, kaunselor perlu membentuk satu hubungan yang baiksupaya masing-masing mempunyai kepercayaan antara satu sama lain. Tugas membina hubungan yang istimewa adalah perlu pada peringkat orientasi dan kaunselor dianggap berjaya apabila dapat melaksanakan empat tugas yang berkaitan iaitu: Mewujudkan hubungan yang menggalakkan interaksi Menentukan matlamat awal kaunseling Menstruktur hubungan Membina kepercayaan

Pada permulaan proses kaunseling, biasanya ahli tidak begitu yakin dengan dirinya sendiri, kaunselor, kaunseling dan juga ahli dalam kelompok tersebut. Tambahan pula, terdapat klien yang tidak begitu pasti dengan masalah yang dihadapinya dan mungkin akan memberi respon yang tidak begitu memberangsangkan kepada kaunselor dan juga ahli yang lain. Sebagai kaunselor kita bertanggungjawab mewujudkan suasana atau keadaan yang akan memudahkan rasa keterbukaan, keikhlasan dan rasa mahu berkomunikasi. Ini boleh dilakukan dengan memberi sepenuh perhatian kepada ahli
8

kelompok dan menganggapnya sebagai seorang yang dihormati dan dihargai. Kaunselor juga harus memberikan respon yang sesuai dengan apa yang diperkatakan oleh klien. Contohnya, kaunselor menunjukkan air muka yang tenang, psoture atau cara duduk semasa melayan klien, kesungguhan ketika menjawab dan intonasi suara yang tidak mengancam. Klien datang berjumpa kaunselor atas beberapa sebab. Antaranya ialah untuk menyelesaikan konflik, menyelesaikan masalah atau meminta pertolongan untuk mendapatkan cara-cara menjadi seorang yang lebih berfungsi dengan lebih efektif. Terdapat klien yang menyedari dengan jelas akan masalahnya, tetapi ada juga yang kabur akan masalah yang dihadapinya, tentang mengapa dia berperasaan begitu, malah tentang kenapa dia datang berjumpa dengan kaunselor. Oleh itu, kaunselor haruslah memastikan bahawa ahli-ahli tahu apakah matlamat yang hendak dicapai pada akhir sesi kaunseling. Matlamat awal mungkin sama-sama bersetuju

menyelesaikan masalah yang dikemukakan pada waktu itu. Di samping itu kaunselor juga haruslah membantu ahli-ahli membuat penilaian diri sendiri, supaya ahli-ahli lebih memahami tentang diri masing-masing dan dengan ini diharap dapat mengenalpasti matlamat kaunseling yang lebih tepat. Pada peringkat orientasi juga, kaunselor berperanan untuk menstruktur hubungan bukan saja dengan ahli tetapi juga sesama ahli kelompok. Pada mulanya, ahli mungkin agak sukar untuk mengambarkan apa yang terjadi, bagaimana perubahan boleh berlaku dan meragui apakah semua itu akan dapat membantunya. Sebagai kaunselor, beberapa perkara perkara atau peraturan harus dipersetujui sebelum proses kaunseling dimulakan seperti akta kerahsiaan. Walaupun ini melibatkan beberapa ahli, kaunselor haruslah mengingatkan bahawa ahli-ahli dalam kelompok dilarang untuk menceritakan masalah atau isu yang dihadapi oleh ahli lain kepada orang luar. Berbeza dengan masalah mereka sendiri yang boleh diluahkan kepada orang lain.

Peranan Kaunselor Kelompok Menurut Terapi Adler Seorang fasilitator kelompok mempunyai banyak tanggungjawab dalam

kaunseling yang dikelolai beliau terutama ketika dalam peringkat orientasi atau permulaan. Pengelolaan fasilitaor dalam mengendalikan peringkat ini mempunyai banyak implikasi kepada ahli-ahli dalam kelompok tersebut. Menurut Adler, peranan kaunselor dalam kaunseling kelompok ialah sebagai fasilitator yang mencipta dan mengalakkan perkembangan suasana terapuetik dan sebagai model kepada ahli-ahli kelompok atau murid. Terdapat 4 fasa dalam proses kaunseling terapi Adler iaitu membina, mendiagnosis, menginterpretasi dan orientasi semula. Pada fasa pertama, kaunselor bertanggungjawab membina, mewujudkan dan mengekalkan hubungan terapeutik dimana hubungan antara kaunselor dan ahli-ahli kelompok diwujudkan. Kaunselor dengan pengalaman dan pengetahuan yang arif akan menyediakan suasana yang positif yang membolehkan klien merasa selesa, diterima dan dihormati sehingga menggalakkan ahli-ahli untuk menerangkan permasalahan dengan lebih spesifik. Jika kaunselor tidak mempunyai kemhiran menyediakan suasan yang kondusif, ahli-ahli akan cuba menyembunyikan personaliti mereka yang sebenar dan hanya menyatakan sifat-sifat yang dirasakan selamat dan diterima sahaja. Ini akan menjadikan pertukaran pandangan atau pendapat antara ahli menjadi terhad. Seterusnya, pada fasa kedua iaitu mendiagnosis, kaunselor menggunakan fasa ini untuk meneroka dan menyelami permasalahan ahli-ahli dengan lebih terperinci dimana kaunselor menemuduga ahli dari segi gaya hidup, sistem kekeluargaan dan sebagainya. Melalui interaksi dan motivasi, kaunselor dapat menghubungkaitkan maklumat yang didapati dengan konsep Adler yang menjelaskan tentang konstelasi keluarga, susunan kelahiran, ingatan awal dan yang lainnya. Antara teknik yang boleh digunakan dalam fasa ini termasuklah parafrasa, konforntasi, bertanya dan membuat andaian. Ini secara tidak langsung dapat membantu ahli-ahli dalam kelompok untuk bersifat lebih terbuka dalam komunikasi mereka dan pada masa yang sama memudahkan mereka untuk mencari satu persamaan dalam diri mereka.
10

Pada fasa yang ketiga pula iaitu menginterpretasi, kaunselor berperanan dalam melayan ahli-ahli dalam kelompok dengan adil dan saksama tanpa ada yaang berasa dipinggirkan. Kaunselor dan ahli dalam kumpulan akan membincangkan serta menganalisis dimana dengan cara ini, kaunselor dapat menyampaikan kefahaman, membina pemikiran positif dan celik akal dalam kelompok. Ini membolehkan perubahan kepada emosi dan tingkahlaku yang dikendaki. Ianya juga bertujuan supaya ahli dapat memahami mengapa mereka berkelakuan seperti yang mereka lakukan. Oleh itu, kaunselor perlulah mempunyai kemahiran melayan agar ahli-ahli berasa selesa dengan persekitaran kaunseling dan mudah untuk mereka berkongsi maklumat peribadi tentang emosi, perasaan, dan pemikiran mereka. Fasa terakhir dalam teori Adler ialah orientasi semula dimana ianya merupakan fasa kritikal dimana pada tahap ini kaunselor akan membantu ahli untuk memilih alternatif dalam membuat perubahan sikap dan pemikiran dengan sokongan, galakan dan halatuju yang bersesuaian dengan kehidupan ahli. Pada tahap ini juga, kaunselo boleh menyediakan suasana yang mencabar agar ahli lebih berani mengambil risiko dan membuat perubahan yang diinginkan oleh mereka. Sumber: http://www.slideshare.net/ash1771/kaunseling-kelompok-teori-adler-2012

11

3.0 Cadangan/ refleksi

12

Terlebih dahulu, saya ingin berterima kasih dan mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun mengalami beberapa kesulitan. Tidak dilupakan juga kepada Encik Borhan yang telah memberikan bimbingan kepada saya dan rakan-rakan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah bersengkang mata bersama-sama untuk menyiapkan tugasan ini dan sedikit sebanyak proses

perbincangan ini sedikit sebanyak telah mengeratkan lagi hubungan silaturahim kami. Tugasan ini telah diserahkan kepada kami ketika kami sedang menjalani praktikum fasa 3. Pada mulanya, kami telah dikehendaki untuk menghantar tugasan ini pada 15 Mac tetapi atas timbang rasa kedua-dua pensyarah EDU 3113 yang memahami kesibukan kami menjalani praktikum, kami diberi kelonggaran untu menghantar tugasan pada 18 Mac 2013. Ujian yang seharusnya dijalankan pada 14 Mac juga ditangguhkan pada 20 Mac. Sekali lagi, setinggi terima kasih kepada pensyarah bimbingan atas keperihatinan terhadap kesibukan kami menjalankan praktikum. Ketika penyerahan tugasan saya tidak dapat menghadiri taklimat tugasan kerana kurang sihat. Oleh itu saya terpaksa bergantung kepada maklumat yang disampaikan oleh rakan-rakan saya. Saya merasa sedikit sukar kerana ada maklumat yang kurang jelas dan banyak persoalan yang tidak boleh saya tanyakan sendiri dengan pensyarah pembimbing. Walaubagaimanapun, saya banyak membuat perbincangan dengan rakan dan mencari sendiri maklumat dalam internet. Salah satu lagi kesukaran yang sama hadapi ialah kekurangan bahan dari buku. Walaupun saya membuat rujukan daripada dua buah buku, tetapi maklumat yang terdapat dalam kedua-dua buku tersebut adalah lebih kurang sama dan tidak mempunyai variasi. Akhirnya, saya terpaksa banyak bergantung dengan maklumat daripada internet. Salah satu cadangan saya untuk memperbaiki tugasan ini pada masa akan datang ialah mungkin pensyarah boleh menambah satu tugasan tambahan seperi membuat demonstrasi kaunseling kelompok. Mungkin tugasan ini boleh dibuat secara kumpulan dengan guru pelatih yang lain atau mengaplikasikan kemahiran kaunseling yang dipelajari dengan murid. Ini akan memantapkan lagi kemahiran yang kami telah
13

pelajari disamping memberi kami pendedahan awal tentang perkhidmatan kauseling di sekolah. Kesimpulannya, saya berharap tugasan ini dapat membantu saya dan rakanrakan untuk mendapat pendedahan awal tentang bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah rendah. Sebagai guru, tidak mustahil kami akan diberi

tanggungjawab untuk menjadi guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. Selain itu, kaunseling juga akan dapat membantu kami untuk berhadapan dengan murid yang mempunyai pelbagai ragam. Sekian, terima kasih.

14

4.0 Penutup
4.1 Rujukan 2.2 Lampiran

15

Bibliografi 1) http://alhakam-kaunseling.blogspot.com/2009/06/kaunseling-kelompok.html 2) http://wwwujangbatulintang.blogspot.com/2010/10/kelebihan-dan-kelemahankaunseling.html


3) http://www.slideshare.net/ash1771/kaunseling-kelompok-teori-adler-2012

4) Buku Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak, Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin

16

Anda mungkin juga menyukai