Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Tamadun Islam

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 8

PENDAHULUAN

Pengajian ilmu berkaitan tamadun sebagai satu bidang ilmu dan pengetahuan, membicarakan teori, konsep-konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoretikal dan abstrak. Hal inilah yang membezakannya dengan pengajian sejarah. Tamadun yang lebih merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun daripada segi pencapaian, jatuh bangun, kemajuan serta kemunduran yang dialaminya. Dalam kata lain, ia secara ringkas berkaitan dengan kajian mengenai masa lampau. Oleh yang demikian, secara amnya pengajian ketamadunan tidaklah begitu terikat kepada batasan masa atau zaman manakala sejarah tamadun pula lazimnya banyak dibatasi oleh faktor masa. Ibn Khaldun atau nama sebenarnya, Abd al-Rahman Ibn Muhammad, seorang pemikir yang unggul dan berasal dari Tunisia. Beliau dianggap sebagai bapa sosiologi (ilmu yang berkaitan dengan tamadun manusia) yang mengasaskan teori peradaban. Beliau berpandangan bahawa kehidupan bertamadun adalah kehidupan bandar. Tambahan pula, menurut Ibn Khaldun, tamadun juga didirikan atas dasar semangat assabiah atau kekitaan yang melahirkan semangat tolong-menolong, toleransi dan kerjasama antara semua ahlinya.

Di antara karya beliau yang terkenal ialah Kitab Muqaddimah yang membicarakan berkaitan ilmu ketamadunan yang ditulis berdasarkan pengalamannya sendiri yang terlibat dalam politik dan pemerintahan. Dalam Muqaddimah, Ibn Khaldun menggunakan beberapa istilah bagi merujuk kepada kehidupan bertamadun: i. Umran bermakna kawasan yang didiami secara tetap, berkembang dan maju dalam bentuk perbandaran.

ii.

Hadharah bermaksud kehidupan di bandar yang penuh tatasusila, kesopanan dan berbudi pekerti tinggi.

Syed Naquib al-Attas pula menjelaskan maksud kehidupan bertamadun sebagai pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.

Berdasarkan Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan tamadun bermaksud kebudayaan, kemajuan, peradaban. Istilah tamadun sering kali 1

digunakan dalam menggambarkan kemajuan yang dicapai oleh manusia dalam kehidupan mereka, khususnya dari sudut kebendaan, dan perkembangan pemikiran yang tinggi.

Dari sudut bahasa, istilah tamadun berasal dari bahasa Arab dan kata dasarnya adalah din yang bermaksud agama, atau gambaran kehidupan beragama. Dari perkataan din maka lahirlah perkataan maddana, merujuk kepada pembukaan bandar serta perlakuan sopan dan halus. Pada kurun ke-19, istilah civilization mula digunakan di Eropah bagi merujuk kepada maksud ketamadunan dan peradaban hidup manusia. Civilization berasal daripada perkataan civitas, perkataan dalam bahasa Latin yang memberikan maksud bandar atau kota.

Manakala pada abad ke20, istilah madaniyyat dan tamadun mula diperkenal dan digunakan secara meluas. Farid Wajdi dan Muhammad Abduh mula memperkenalkan serta menggunakan istilah Madaniyyat bagi menggambarkan maksud ketamadunan. Jurji Zidan pula memperkenalkan istilah tamadun dalam bukunya Tarikh al-Tamaddun al- Islami (Sejarah Tamadun Islam). Istilah tamadun seterusnya diguna pakai sehinggalah sekarang.

ASPEK-ASPEK KETAMADUNAN ISLAM

I.

BERPAKSIKAN TAUHID

Al-Quran menjelaskan bahawa Allah adalah Pencipta, Penguasa dan Pemilik mutlak alam ini dan seluruh isinya (termasuklah manusia). Manusia hanya sebagai khalifah atau pemegang amanah yang tidak mempunyai kuasa mutlak. Manusia mesti mengikut ketetapan hukum-hukum Allah dan prinsip-prinsip yang menjadi asas hukum tersebut. Nilai kepercayaan, kepatuhan dan ketauhidan kepada Allah disalurkan melalui pengajaran dan bukti-bukti dari kejadian alam serta pengiktibaran daripada pemaparan sejarah lampau di dalam Al-Quran. Islam sesuai menjadi teras kepada tamadun kerana tidak memisahkan elemen dunia dan keagamaan. Akidah tauhid menjadi paksi kepada segenap aspek berkaitan soal ketamadunan.sama ada kemajuan dalam bidang-bidang kebendaan, penciptaan dan penemuan baru dalam teknologi, sosial, politik, ekonomi dan pendidikan. Semuanya merujuk kepada kebenaran Tuhan pencipta seluruh alam. Tidak ada satu pun yang bersifat keduniaan semata-mata. Sistem ekonomi sebagai contoh, adalah untuk kepentingan diri dan keluarga, di samping menolong masyarakat dan membantu kemajuan negara. Kita tidak boleh menindas, menipu, menzalimi atau memanipulasi kerana kegiatan ekonomi kita berpaksikan Tauhid, yakni mengikut perintah Allah. Demikianlah dalam aspek lain, selagi tidak ada pertentangan dengan kehendak Islam, maka kita membangun tamadun yang berpaksikan Tauhid. Nilai yang diiktiraf Islam ialah yang diredhai Allah dan bukan berdasarkan pertimbangan manusia.

II.

BERTERASKAN KEROHANIAN

Konsep kerohanian dalam tamadunIslam pula memberi maksud bahawa tamadun tersebut sentiasa mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep-konsep dasar dalam Islam dan sentiasa berharmoni dengan prinsip-prinsip agama. Antara konsep dasar dalam Islam adalah tauhid yang boleh difahami dalam dua maksud. Pertama ialah ia berkait dengan pandangan Islam terhadap kosmos. Segala yang terdapat

di dalam kosmos sama ada manusia, haiwan, tumbuhan dan juga planet adalah ciptaan Allah. Manakala yang kedua pula ialah segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah adalah dengan perancangan tertentu yang hanya diketahui olehNya. Kesemua ini menjadi bukti bahawa tamadun Islam tidak memisahkan antara ilmu wahyu dengan ilmu intelek. Malah,ilmu wahyu telah meletakkan kajian-kajian dalam konteks intelek ke tahap yang sewajarnya dengan sifat manusia itu sendiri. Sementara itu, konsep pengkhususan ilmu yang ditekankan dalam Tamadun Barat pula dilakukan kerana golongan yang terlibat dalam Tamadun Barat berpendapat bahawa bidang ilmu terlalu luas dan mustahil bagi seseorang itu boleh mengetahui semua bidang ilmu. Oleh itu, Tamadun Barat menjadi begitu menjurus. Ini adalah hasil dari kaedah turunisme yang disarankan oleh Rene Descartes (ahli falsafah Perancis dan dikenali sebagai bapa falsafah moden) dan Francis Bacon (ahli falsafah England). Kaedah ini menghendaki berlakunya pemisahan antara satu persoalan yang ingin ditangani dengan persoalan lain, dan masalah yang diselesaikan itu hanyalah masalah pokok semata-mata. Ini membawa kepada tanggapan bahawa Tamadun Barat itu bebas nilai, neutral dan objektif. Ekoran daripada kaedah ini juga, maka wujudlah golongan intelek dalam Tamadun Barat yang hanya mahir dalam bidang pengkhususan semata-mata. Golongan ini juga tidak ingin mengambil tahu bidang ilmu yang lain.

III.

BERSIFAT MENYELURUH

Semua aspek dalam tamadun Islam adalah penting dalam ajaran Islam itu sendiri. Di antara satu aspek dengan aspek lain saling berhubung kait dan saling bantu membantu kerana ia merupakan satu keseluruhan untuk mempertingkatkan kecemerlangan hidup ummah di dunia dan di akhirat. Misalnya: i. Aspek spiritual perlu kepada aspek material dan begitu juga sebaliknya. Yang mana kedua-dua aspek tersebut bertujuan sama-sama untuk melahirkan ummah yang berkeperibadian tinggi dan berwibawa.

ii.

Aspek individu perlu kepada aspek masyarakat dan sebaliknya kerana tiap-tiap manusia tidak boleh menyelesaikan sesuatu perkara tanpa bantuan masyarakat lain, begitu juga ianya disebut sebuah masyarakat kerana adanya individu. Sebagai contoh: untuk mendapat sebiji beras sahaja memerlukan penglibatan masyarakat, seperti: orang yang menanam, orang yang mengisar, orang yang menjual, dan seumpamanya.

iii.

Aspek dunia perlu kepada aspek akhirat dan sebaliknya. Jika manusia berjuang untuk kesenangan hidup di dunia semata-mata adalah tidak logis kerana setiap orang akan mati dan bermula hidup di akhirat pula. Sebaliknya manusia berjuang hanya untuk kesenangan hidup di akhirat semata-mata, ini juga tidak mungkin kerana sekarang kita berada di alam dunia. Oleh itu mengimbangi hidup kehidupan di dunia dan di akhirat adalah suruhan Ilahi SWT, sebagaimana firmanNya dalam surah Al Baqarah, ayat 201 sebagai berikut :

Pengertiannya: ". . Ya Tuhan kami! berilah kepada kami kebaikan di dunia dan kebahagian di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka. "

INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM DAN BARAT


Memang wujud interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat. Buktinya adalah semasa kegemilangan tamadun Islam di Andalus apabila telah menarik minat orangorang Barat. Antara contoh interaksi antara dua tamadun ini adalah : 1. Universiti Cordova di Andalus telah menarik minat pelajar di Barat untuk belajar di Andalus. 2. Kesediaan orang Barat untuk menguasai bahasa Arab yang menjadi bahasa pengantar dunia Islam ketika itu memudahkan lagi proses interaksi antara dua tamadun ini. 3. Malah bahasa Arab pernah diberikan kedudukan yang sama tarafnya dengan bahasa Latin yang menjadi bahasa rasmi di Barat. 4. Bahasa Arab juga menjadi bahasa pengantar pengajian ilmu perubatan. 5. Interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat juga berlaku apabila wujudnya Universiti Naples. Hal ini kerana universiti ini ditubuhkan untuk mengembangkan lagi sains Muslim ke Eropah. 6. Interaksi antara dua tamadun tersebut juga berlaku apabila karya Ibn Sina, iaitu alQanun fi al- Tib dijadikan sebagai sebahagian daripada sukatan pelajaran ilmu perubatan di Universiti Montpellier yang terletak di Perancis Selatan. KonsepdanperspektiftamadunIslamadalah berbeza dengan Tamadun Barat. Hal ini kerana, Tamadun Islam menekankan kesepaduan ilmu dan kerohanian, manakala Tamadun Barat menekankan kepada pengkhususan ilmu dan menganggap segala fenomena alam dapat dijelaskan melalui akal fikiran manusia tanpa pertolongan daripada Tuhan. Konsep kesepaduan ilmu dalam Tamadun Islam terserlah apabila kebanyakan daripada golongan sarjana Muslim yang terlibat memajukan Tamadun Islam ialah golongan yang menjadikan dan mengutamakan pengaji

PENUTUP
Prinsip kejayaan Rasulullah s.a.w. dalam membina sebuah negara yang gemilang sifatnya terletak pada kegigihan Baginda membentuk masyarakat yang teguh iman serta peribadinya. Jika kejayaan yang sama mahu dicapai oleh kita pada zaman yang serba mencabar ini, maka prinsip yang sama haruslah dijadikan pegangan. Maka dengan demikian, pengukuhan aqidah dan akhlak setiap individu perlu menjadi agenda utama perjuangan. Tumpuan dan perhatian sudah pastilah tertumpah pada anak-anak kecil dan yang muda remaja yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan. Golongan belia khususnya perlulah dipupuk dengan semangat juang yang tinggi untuk berusaha mencapai kejayaan serta kegemilangan demi menegakkan maruah agama, bangsa dan tanah air yang dicintai. Khusus bagi golongan remaja dan belia Islam, kita amat berharap agar mereka berpegang dengan matmalat dan wawasan hidup yang suci dan sebelum tangggungjawab kepemimpinan pada masa hadapan diserahkan kepada mereka, maka segala persediaan yang secukupnya perlulah diberikan. Dengan kata-kata lain, segala masalah yang berkaitan dengan golongan remaja dan belia ini seperti krisis keruntuhan akhlak haruslah diselesaikan secara tuntas. Untuk tujuan ini, mereka perlu diberikan pendidikan Islam secara komprehensif, akal mereka dibekalkan dengan semua cabang ilmu, tubuh mereka dilatih dengan segala kekuatan fizikal, roh mereka diasuh dengan kekuatan ibadah khusus serta umum dan akhlak mereka dipupuk dengan nilai murni lagi mulia. Jika semuanya ini dapat dicapai, maka mudahlah bagi negara melaksanakan perancangan membina peradaban menurut acuan serta bentuk yang ditentukan. Peradaban ini pula diharapkan menjadi contoh sehingga diturut jejak dan langkahnya sepanjang zaman

RUJUKAN
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun_Islam 2. Pengajian Islam, Oxford Fajar, Edisi Kedua, 2011 3. http://www.drsuhaila.com

Anda mungkin juga menyukai