Nota Undand-Undang Di Malaysia
Nota Undand-Undang Di Malaysia
Nota Undand-Undang Di Malaysia
Undang-undang bertulis
1. Perlembagaan - Undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan badan legislatif , eksekutif
dan judisiari
2. Statut - Digubal sama ada dalam DUN atau parlimen
3. Akta - Diluluskan oleh parlimen selepas 1959 hingga kini
4. Enakmen - Diluluskan oleh DUN di Semenanjung Malaysia
5. Ordinan - Diluluskan oleh parlimen antara tahun 1948-1959 Diluluskan oleh Sabah dan
Sarawak / Diluluskan dalam masa darurat
6. Undang-undang Islam - Bahagian yang dikanunkan sebagai enakmen ( mahkamah syariah )
7. Undang-undang adat Sabah dan Sarawak - Dikanunkan di kedua- dua negeri
8. Ordinan Undang-undang adat bumiputera Sarawak 1946
9. Ordinan pemakaian undang-undang Sabah
10. Perundangan kecil ( subsidiari ) Peraturan/ perintah / surat lain diperbuat mengikut mana-
mana perundangan oleh Menteri / PBT dan sebagainya
Undang-undang tidak bertulis
- undang-undang adat , Undang-undang Islam , undang-undang lazim Inggeris , doktrin
duluan kehakiman
- mengambil undang-undang adat Melayu tradisional sebagai panduan
- terbahagi kepada 2 iaitu adat perpatih dan temenggung
- perpatih – diamalkan sejak abad ke 17, bersifat matriakal , pemerintahannya lebih bersifat
demokrasi , lantik pemimpin , selesai masalah secara muafakat
- adat temenggung- semenjak zaman kesultanan Melaka , bersifat patriokal ,pemerintahan
bersifat autokratik / raja berkuasa mutlak / menekankan soal hairaki dalam masayarakat
( raja / pembesar/ rakyat/ hamba )/ bermula dengan pengaruh hindu kemudian pengaruh Islam
- undang-undang adat Cina dan India- mengandungi soal perkahwinan , perceraian ,harta dan
sistem kekeluargaan
- undang-undang Inggeris – undang-undang lazim / common law
- keputusan mahkamah – doktrin duluan kehakiman
- undang-undang Islam – undang-undang yang tak dikanunkan / dijadikan sebagai enakmen
dan ordinan
2. Badan perundangan
- badan perundangan persekutuan – parlimen
- badan perundangan negeri –ada 13 buah DUN / tiada di WP KL , Labuan dan Putrajaya
- komponen parlimen – YDA , DN , DR
- komponen DUN – Yg Dipertua / raja dan DUN
- perbandingan YDA , Yg Dipertua negeri dan raja/sultan
Huraian
1. definasi undang-undang
- merupakan set peraturan sama ada dipersetujui umum atau dibuat melalui badan
perundangan ( badan statut) untuk melindungi , mengaturkan dan memelihara hak seseorang
serta mewujudkan keharmonian sosial
Undang-undang bertulis
- sumber utama undang-undang di negara ini
- diluluskan oleh badan
- contoh
- perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri
- akta - yang digubal oleh parlimen sejak september 1959
- enakmen – Undang-undang yang digubal oleh DUN kecuali negeri Sarawak
- ordinan – Undang-undang yang digubal oleh DUN Sarawak
- undang-undang yang digubal oleh Majlis Perundangan persekutuan antara 1946-1959
- undang-undang yang dibuat oleh YDA semasa perisytiharan darurat
- perundangan kecil
- undang subsidiari
- enakmen pentadbiran u Islam
- hanya digunakan jika tiada u bertulis dan tidak bercanggah dengan penerimaan masyarakat
- tidak diluluskan oleh badan perundangan
Contoh
- prinsip undang-undang lazim ( common law )
- keputusan mahkamah
- undang- Islam tidak bertulis
- Undang-undang adat ( Cina , India, Bumiputera , Perpatih , dan Temenggung
- Undang-undang Hindu
3. sistem undang-undang orang asli
- sebelum kedatangan kuasa asing , sistem undang-undang telah wujud di kalangan
masyarakat orang asli untuk menghukum orang yang melakukan kesalahan
4. adat perpatih
- dibawa masuk ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabau dari Palembang , Sumatera
pada abad ke 16
- diwariskan secara lisan melalui peribahasa dan puisi tradisional
- mengikut prinsip matriokal / nasab ibu
- memberatkan waris sebelah perempuan
- menyentuh hal tentang kuasa dan bidang pemerintahan mengikut susunan masyarakat ,
kaedah hukuman ganti rugi dan warisan harta
- tidak menggalakkan perkahwinan antara sepupu / galakkan antara suku / inter suku
- sistem pemerintahan lapisan masyarakat
-
Ketua negeri- Yang dipertian Besar/ Yamtuan Besar
Undang ( ketua daerah )
- Undang Johol
- Undang Jelebu
- Undang Rembau
- Undang Sungai Ujong
Lembaga ( ketua suku kaum )
Buapak ( ketua perut )
Mamak ( ketua keluarga )
- Lelaki berkuasa dalam keluarga saudara perempuan , hal ini menunjukkan bahawa kuasa
dan kebolehan lelaki masih dihormati
- orang yang pertama kali melakukan kesalahan diadili oleh kaum kerabatnya dan jika
bertaubat dia akan dibuang negeri atau dijadikan hamba abdi
- hukuman dikenakan bersifat mencegah
- pewarisan harta
- harta pusaka – harta perempuan yang diwariskan kepada keturunan perempuan
- Harta dapatan – harta orang perempuan yang didapati sebelum berkahwin
- Harta pembawa
- – harta suami yang dibawa ke dalam keluarga baru setelah berkahwin
- - apabila berlaku perceraian harta ini kekal menjadi milik pihak lelaki
- - jika lelaki tersebut mati harta ini diwariskan kepada anak perempuannya
- Harta sepencarian
- Harta suami isteri sesudah berumahtangga
- Jika berlaku perceraian harta ini dibahagi sama rata
- Akan menjadi harta pusaka apabila sepasangan suami isteri mati
- Jika seseorang wanita meninggal dunia tanpa anak , hartanya akan diwarisi oleh saudara
perempuannya
5. adat temenggung
- dibawa masuk dari Palembang , Sumatera
- mengikut prinsip patriarkal / nasab bapa
- banyak menyentuh hal kesalahan jenayah dan hukumannya , peraturan hamba abdi , warisan
tanah , hutang piutang dan peranan raja serta pembesar
- dipengaruhi oleh unsur Hindu dan Islam
- menggalakkan perkahwinan sepupu
- contoh adat temenggung ialah pada sistem pemerintahan Perak seperti di bawah :
Sultan
Raja muda
Raja dihilir
Raja kecil besar
Raja kecil muda
Raja kecil tengah
Raja kecil bongsu
( putera sultan yang memerintah )
- tahta kerajaan Perak disandang secara bergilir-gilir antara 3 buah keluarga iaitu keluarga
sultan , keluarga raja muda dan raja bendahara
- hukuman bersifat pembalasan dan lebih berat
- dalam kes jenayah , saksi adalah penting
- pembahagian harta adalah berdasarkan prinsip patriakal
- contoh buku – Hukum Kanun Melaka , Undang-undang Laut Melaka , Undang-undang
Pahang , Undang-undang Johor, Undang-undang 99 Perak
Perundangan kecil
- digubal oleh kerajaan tempatan
- hanya sesuai bagi kegunaan tempatan
- kelemahan – mungkin diluluskan sewenang-wenangnya oleh PBT dan tidak mempunyai
kawalan yang berkesan
Undang-undang subsidiari
- ditetapkan oleh seseorang menteri
- menteri diberikan kuasa untuk membuat undang-undang itu dibawah sesuatu akta
KEMASKAN LAGI