Laporan Penuh Kajian Tindakan Azmi
Laporan Penuh Kajian Tindakan Azmi
Laporan Penuh Kajian Tindakan Azmi
2. Abstrak
4. Fokus Kajian
5. Objektif Kajian
6. Objektif Khusus
7. Kumpulan Sasaran
8. Pelaksanaan Kajian
10. Bibliografi
SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG
Assalamualaikum w.b.t.
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya,
maka dapatlah saya menjalankan dan menyempurnakan Kajian Tindakan pada kali ini.
Autisme adalah sebahagian daripada gangguan neurologi yang memberi kesan dan
menjejaskan komunikasi, interaksi sosial dan kemahiran kognitif. Ia juga dikenali sebagai
gangguan spektrum autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD), dan dikaitkan dengan
pelbagai ciri termasuk:
Aktiviti yang dilakukan secara berulang-ulang (cth. memusing tayar kereta mainan
tanpa henti
Penolakan luar biasa terhadap perubahan rutin harian
Tindak balas yang luar biasa terhadap sesuatu perkara seperti sentuhan (cth. tidak
suka dipeluk)
Ketidakupayaan untuk berinteraksi dengan orang sekeliling
Kebanyakan individu dengan ASD mempunyai masalah dalam komunikasi lisan (verbal
communication) dan komunikasi bukan lisan (non-verbal communication). Mereka juga
sukar untuk berinteraksi secara sosial. Atas sebab-sebab ini, terapi pertuturan-bahasa
merupakan bahagian utama rawatan atau terapi untuk kanak-kanak autisme. Terapi
pertuturan-bahasa membantu individu dengan ASD menangani pelbagai masalah yang
berkaitan dengan komunikasi.Apakah masalah umum bahasa, pertuturan dan komunikasi
yang dikaitkan dengan autisme? Autisme boleh menjejaskan perkembangan bahasa,
pertuturan dan komunikasi sosial dalam banyak cara.
Kajian ini dijalankan di sekolah autisme SK Pasir Putih Keningau. Objektif yang digunakan
ialah penggunaan muzik dan nyanyian dalam pembelajaran bagi murid autisme (speech
delay) dalam kategori ringan, murid didedahkan dengan lagu selama 5 minit dan selingan
selepas itu. Kerana pelajar akan hilang fokus selepas 5 minit. Kajian ini bertujuan untuk
menambah kosa kata dan tatabahasa pelajar demi meningkatkan kebolehan interaksi
mereka. Kaedah yang digunakan ialah pemerhatian dan ujian lisan. Pelajar yang terlibat
sebagai subjek kajian hanya 1 orang. Kesimpulan kajian penggunaan muzik dan nyanyian
amat membantu perkembangan seseorang pelajar terutamanya bagi pelajar autisme yang
sering hilang fokus dan hanya boleh fokus tidak melebihi 5 minit. Penambahbaikan yang
boleh dilakukan mungkin pada masa hadapan penggunaan lagu-lagu yang lebih dekat di
hati pelajar dan terdapat maskot tambahan bagi memastikan pelajar kekal fokus selepas 5
minit.
3. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Saya merupakan salah seorang bapa kepada kanak-kanak autisme dan subjek
ataupun simple kajian saya merupakan anak saya sendiri, saya mengalami banyak masalah
untuk membolehkan anak saya menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan
melengkapkan perkataan sebelum ini. Pelbagai cara saya lakukan untuk memastikan
peningkatan tatabahasa anak saya bertambah supaya mudah untuk dia bertutur, menyebut
dan melengkapkan perkataan. Tetapi asas bagi pertuturan merupakan tatabahasa dan
perbendaharaan kata yang baik bayangkan sukar untuk seseorang murid menyatakan
keinginanya sekiranya mempunyai perbendaharaan kata yang sangat kurang dan ini akan
menyukarkan orang dewasa dan rakan sebaya untuk faham apa keinginanya pada masa
tersebut. Sukar juga bagi guru-guru lain berinteraksi dengan kanak-kanak autisme yang
mempunyai masalah begini, hendak mengatakan perlu ke tandas atau lapar pun tidak dapat
sekiranya perbendaharaan kata murid tersebut kurang.
Melalui pemerhatian saya, anak saya tidak dapat menjelasakan keinginanya
dengan baik begitu juga dengan guru-guru yang mengajarnya.Dia lebih banyak diam dan
sukar untuk menjelasakan apa yang dia mahu pada sesuatu masa, selain fokus yang tidak
boleh lama lebih daripada 5 minit kerana kanak-kanak autisme ini mudah bosan sekiranya
tidak ada aktiviti yang boleh memberi sensasi kepada diri mereka. Kanak-kanak autisme
tidak boleh mengikuti aktiviti yang sedantri dan kurang aktif ini kerana berlawanan dengan
sifat mereka. Saya pernah menggunakan kaedah yang lain sebelum ini tetapi tidak berkesan
dan menyebabkan pertambahan tatabahasa dan perbendaharaan kata anak saya hanya
bertambah sedikit. Alhasil saya dan anak merasa penat serta saya hampir berputus asa
pada satu ketika. Antara masalah yang anak saya alami adalah tersenarai seperti di bawah:
Masalah dengan kemahiran perbualan termasuk hubungan mata (eye contact) dan
bahasa tubuh (body language)
Kesulitan memahami makna perkataan di luar konteks apa yang telah mereka
pelajari
Menghafal perkara yang didengari tanpa mengetahui apa yang telah dikatakan
Bergantung pada echolalia - mengulangi kata-kata orang lain sebagai cara utama
untuk berkomunikasi
Pemahaman yang sedikit mengenai makna perkataan atau symbol
Kekurangan bahasa kreatif
Oleh kerana cabaran-cabaran ini, seorang kanak-kanak dengan autisme mesti
melakukan lebih daripada belajar bagaimana untuk bercakap. Kanak-kanak ini juga perlu
belajar bagaimana menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Ini termasuk mengetahui
cara untuk melakukan perbualan termasuk membaca isyarat lisan dan isyarat bukan lisan
dari orang lain seperti ekspresi muka, nada suara dan bahasa tubuh. Saya perlu
memperbaiki kaedah yang saya jalankan untuk membantu anak saya supaya fasih bertutur
seperti kanak-kanak normal yang lain.
4. FOKUS KAJIAN
Masalah dengan kemahiran perbualan termasuk hubungan mata (eye contact) dan
bahasa tubuh (body language)
Kesulitan memahami makna perkataan di luar konteks apa yang telah mereka
pelajari
Menghafal perkara yang didengari tanpa mengetahui apa yang telah dikatakan
Bergantung pada echolalia - mengulangi kata-kata orang lain sebagai cara utama
untuk berkomunikasi
Pemahaman yang sedikit mengenai makna perkataan atau symbol
Kekurangan bahasa kreatif
Saya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah kekurangan tatabahasa serta
perbendaharaan kata murid autisme khasnya yang mengalami masalah speech delay iaitu
kelewatan dalam perkembangan anak yang melibatkan pertuturan mereka. Seperti murid
tidak dapat mengungkapkan sesuatu keinginan dalam ayat penuh dan tersusun, mereka
hanya boleh menuturkan perkataan ringkas contohnya ”papa azam makan” yang
sepatutnya ”papa azam mahu makan keran lapar”. Murid juga tidak dapat menyatakan
keinginan ataupun perasaan pada sesuatu masa contohnya ” Papa sakit ” sambil
memegang perut, sepatutnya ” papa azam sakit perut, azam belum makan” sambil
memegang perut. Murid juga perlu faham dengan tatabahasa ataupun perbendaharaan
yang baru dipelajari dan untuk membuatkan murid jelas perlu kaedah yang tidak
membosankan mereka, iaitu fokus mereka tidak lari. Saya maksudkan belajar sambil
memahami dan bergembira serta aktiviti tersebut perlu aktif dan mempunyai sensasi.
Dengan menggunakan nyanyian serta penggunaan lagu yang sesuai fokus murid
akan bertambah, selain aktiviti nyanyian yang diulang-ulang akan membuat murid hafal dan
terbiasa seta seronok dengan aktiviti tersebut. dan menambahkan keyakinan serta
meningkatkan minat murid terhadap pelajaran mereka.
5. OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid akan mencapai objektif berikut :
Objektif umum
Objektif Khusus
Kajian ini melibatkan 1 orang murid pendidikan khas , SK Pasir Puteh Keningau
Sabah. Murid berada di kelas tahun 3 cemerlang pada sessi 2023 , Murid merupakan anak
saya sendiri.
7.1Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan
terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut. Tinjauan yang telah dilakukan dengan mengutip data seperti
berikut.
Pemerhatian
Ujian Lisan
Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku anak saya (murid terbabit) semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung didalam kelas serta cara anak saya
berinteraksi diluar bilik darjah iaitu semasa berada bersama saya di rumah dan
didapati murid terbabit tidak mampu berinteraksi dengan normal iaitu menggunakan ayat
lengkap dan penuh. Murid lebih banyak mendiamkan diri dan meniru-niru perkataan ringkas
daripada apa yang murid dengar. Murid juga tidak dapat melengkapkan perkataan dengan
sempurna Tarikh laksana pertama pada 25 Februari 2022. Pemerhatian pertama telah
dibuat terhadap anak saya (murid terbabit). Untuk :-
Saya telah menjalankan ujian lisan terhadap anak saya (murid terbabit) pertama
sekali pada 28 Februari 2022. Sama seperti pemerhatian saya, murid lebih banyak
menggunakan bahasa sendiri yang hanya mampu difahami oleh dia , kebanyakanya
ditiru daripada bunyi-bunyi yang biasa didengar tidak semestinya ia sebuah
pertuturan.
Membuat bunyi (hum) atau bercakap seperti kartun atau seakan-akan menyanyi
Membebel (babble) dengan bunyi seperti perkataan atau bercakap bahasa alien
Menggunaan perkataan "bunyi" yang asing atau suara seperti robot
Seperti burung kakak tua (Parrot) atau sering mengulangi apa yang dikatakan orang
lain (atau disebut echolalia)
Keputusan pemerhatian dan ujian lisan pertama ( ujian Pra)
Borang Pemerhatian
Kelas : 2 Wawasan___________________
Tahun : 2022________________________
Tempoh : Februari 2022-Mei 2022________
Kelas : 2 Wawasan___________________
Tahun : 2022________________________
Tempoh : Jun 2022-November 2022_______
Keputusan ujian pemerhatian dan ujian lisan pertama yang telah dilakukan adalah seperti
ditunjukkan dalam borang senarai semak yang telah dilakukan sebelum ini seperti diatas,
didapati murid terbabit tidak dapat melepasi sasaran yang ditetapkan seperti dalam senarai
semak. Ujian lisan saya menggunakan pertanyaan tiga pertanyaan mudah dan ringkas.
Contoh pertanyaan
Dalam meningkatkan tata bahasa dan perbendaharaan kata serta ayat murid saya
menggunakan lagu-lagu ringkas yang mudah serta ”Cathcy” dan ”radio friendly” ”mesra
dengar” dibantu dengan visual daripada tablet,laptop dan televisyen. Penggunaan
pembesar suara ”speaker” juga digunakan serta mikrofon untuk memberikan keyakinan
kepada murid dalam menyanyi.
Aktiviti Nyanyian lagu 1 : Nyanyian lagu ringkas ”Johnny Johnny Yes Papa”(nursery rhyme)
dan lagu ” oh nana oh nana”( didi and friends).
Tarikh : 10 mac 2022 hingga 10 April 20222
Cara pelaksanaan
Aktiviti 1
Johny, Johny,
Yes papa?
Eating sugar?
No papa.
Telling lies?
No papa.
Open your mouth
Ha ha ha!
Lirik di modifikasikan
Oh, Nana, Na
Oh, Nana, Nana
Oh, Nana yang comel
Aduhai Nana, oh, sayang
Makin dipandang bertambah comel
Suasana indah di awal pagi
Menyiram pokok dengan riang
Berbuat baik, setiap hari sayang
Budi yang baik pasti dikenang
Oh, Nana, Na
Oh, Nana, Nana
Oh, Nana yang comel
Aduhai Nana, oh, sayang
Makin dipandang bertambah comel
Oh, Nana, Na
Oh, Nana, Nana
Oh, Nana yang comel
Aduhai Nana, oh, sayang
Makin dipandang bertambah comel
Tinggilah tinggi si matahari
Bersinar terang di pagi hari
Marilah, mari kita menari, sayang
Mari menari hiburkan hati
Oh, Nana, Na
Oh, Nana, Nana
Oh, Nana yang comel
Aduhai Nana, oh, sayang
Makin dipandang bertambah comel
Makin dipandang bertambah comel
Lirik di modifikasikan.
Cara Pelaksanaan:
Perbualan 1
Guru bertanya semula soalan-soalan ringkas kepada murid untuk berbual contoh
pertanyaan
Guru : Aza mapa dalam mulut ,open your mouth
Murid : Tiada apa-apa, Haa Haa ( murid membuka mulut )
Perbualan 2
Guru : Azam sedih kah Azam terhibur
Murid : Azam suka, Azam terhibur
Perbualan 3
Guru : Di langit ada apa Azam
Murid : Ada matahari, matahari panas terlampau.
Dalam menjalankan aktiviti 2 ini, saya dapati murid dapat mengaplikasikan lirik lagu
dan menyebut perkataan dengan mudah untuk penggunaan dalam aktiviti pertanyaan dan
perbualan dengan orang lain. Murid berulang-ulang menggunakan lirik dalam interaksi
menandakan murid faham dengan lirik serta boleh menggunakan dalam pelbagai situasi.
Ujian Pos
Ujian pos telah diberikan kepada murid terbabit untuk mengesan sejauh mana
keberkesanan aktiviti yang dijalankan dapat membantu penguasaan murid terhadap
kemahiran yang diuji. Ujian ini sama seperti ujian pra cuma lagu ditukar murid membuat
persembahan lagu dengan kostum lengkap serta aksi ditunjukkan.
Pada kali lagu yang digunakan adalah lagu tanggal 31 ogos , Rasionalnya sebab
memandangkan sambutan hari kemerdekaan yang baru-baru diadakan.
Keputusan ujian pos yang telah dijalankan adalah seperti ditunjukkan dalam senarai semak
di dibawah. Keputusan menunjukkan murid telah berjaya menambah dan meningkatkan
tatabahasa serta perbendaharaan kata, ini sebenarnya melepasi sasaran yang telah
ditetapkan.
Murid terbabit
Senarai Semak Tingkahlaku murid
Kelas : 3 Cemerlang__________________
Tahun : 2023________________________
Tempoh : Mei 2023-Julai 2023___________
Kelas : 3 Cemerlang__________________
Tahun : 2023________________________
Tempoh : Ogos 2023-September 2023_____
Berdasarkan Ujian Pos dan analisis yang telah dilaksanakan , saya dapati bahawa Kaedah
nyanyian dengan penggunaan lagu untuk murid Pendidikan Khas PPKI ini merupakan salah
satu kaedah yang sesuai dan dapat menarik minat murid Pendidikan Khas PPKI untuk
menguasai kemahiran berinteraksi, bertutur dan bersosial.
Hasil Kajian ini juga telah menunjukkan perkembangan murid Pendidikan Khas
PPKI dalam penambahan tatabahasa dan perbendaharaan kata dengan mudah. Mereka
telah dapat menuturkan ayat ringkas dengan lebih baik dan mudah difahami oleh orang lain.
Oleh itu , saya amat yakin dan ingin meneruskan penggunaan kaedah nyanyian
dengan penggunaan lagu pada perkara-perkara lain khasnya untuk murid-murid ataupun
kanak-kanak autisme yang menghadapi dilemma kelewatan bercakap ( Speech Delay ).
Saya juga amat berharap agar sentiasa mendapat sokongan daripada pihak sekolah, rakan-
rakan dan masyrakat sama ada daripada sumbangan idea dan juga kewangan bagi
membolehkan saya memberikan penambahbaikan dalam kaedah seperti ini. “Terapi muzik
boleh memainkan peranan signifikan dalam proses penilaian kanak-kanak yang menghadapi gangguan
komunikasi, kerana ciri muzik bukanlah verbal dan medium yang digunakan dalam sistem komunikasi
pra verbal “Wigram dan debeckar ( 2002 )
9. Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.
Sebagai lanjutan daripada kajian ini, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang
seterusnya iaitu penggunaan kaedah nyanyian dengan penggunaan lagu untuk memastikan
murid autisme ( Speech Delay) kelewatan bercakap, mahir dalam operasi tolak dan tambah
subjek matematik.
Saya akan cuba menambahkan lagi aktiviti yang lebih kreatif dimasa akan
datang ,supaya murid mudah faham serta seronok dengan kaedah sebegini iaitu kaedah
nyanyian dengan lagu sekiranya diizinkan Allah S.W.T. Sesungguhnya kaedah lagu dan
nyanyian ini sangat membantu seperti kata-kata hikmah ini “Something good about music when
Roskam, K. (1979). Music therapy as an aid for increasing auditory awareness and
improving readingskills. Journal of Music Therapy, 16, 31–42.
Wigram, T. (2002). Indications in music therapy: Evidence from assessment that can
identify the expectations of music therapy as a treatment for autistic spectrum disorder
(ASD). Meeting the challenge of evidence based practice. British Journal of Music Therapy,
16, 5–28.