Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

TANESH08

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN ASAS LUKISAN

KEJURUTERAAN

NAMA: TANESH A/L APPANA


NO IC: 081104011597
BATCH: SINGLE TIER BATCH 07
 PENGENALAN
Lukisan kejuruteraan merupakan lukisan garisan-garisan yang dibentuk
daripada ataupun dakwat.Garisan ini dibuat dengan menggunakan
peralatan lukisan kejuruteraan .Lukisan ini merupakan gambaran
sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci yang
disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan. Lukisan
kejuruteraan juga boleh digunakan untuk menyimpan atau merakam
rupa bentuk secara terperinci bagi alat-alat kegunaan,mesin,
perabut,rumah dan lain-lain lagi.

Lukisan kejuruteraan ataupun lukisan Teknik yang terpirinci juga akan


menjadi kegunaan dan panduan jurutera,jurubina dan tukang untuk
membuat sesuatu alat bagi kegunaan tertentu ataupun proses
pengeluaran di kilang-kilang.Proses pembuatan barang magapun
sesuatu produk yang lebih kompleks akan menjadi sukar sekiranya
lukisan kejuruteraan tiada untuk dijadikan rujukan.

Lukisan kejuruteraan mengandungi ciri-ciri tertentu dengan gaya


tersendiri dan dilukis mengikut peraturan yang telah
ditetapkan.Lukisannya terdiri daripada susunan berbagai jenis garisan
serta simbol tertentu dan lazimnya boleh difahami oleh mereka daripada
kejuruteraan yang sama.Contohnya,pelan rumah hanya boleh dibaca
dan difahami oleh kontraktor serta mereka di bidang pembinaan
bangunan sahaja.Ia secara tidak lansung menjadi Bahasa perhubungan di
kalangan jurutera,juruteknik,jurubina dan mereka dalam bidan yang
sama.Lukisan kejuruteraan yang baik hendaklah mempunyai ciri
kebolehhasilan semula yang baik,serta memenuhi spesifikasi lukisan dan
piawaian lukisan kejuruteraan yang telah ditetapkan
 OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir pembelajaran unit ini, pelajar akan dapat:-

1. Mengetahui ciri-ciri lukisan kejuruteraan yang baik.

2. Mempelajari kaedah untuk melakukan penghurufan dan


angka dengan betul

3. Mengenalpasti peralatan-peralatan yang terlibat di dalam


lukisan kejuruteraan.

4. Menbezakan jenis-jenis pensil dan kegunaannya .

5. Memahami jenis-jenis garisan dan kegunaannya.

6. Menguasai kemahiran mendimensi dalam lukisan


kejuruteraan.
KETEPATAN

Setiap lukisan kejuruteraan hendaklah dibuat dengan mengikut


ukuran yang tepat.Ini termasuk ketepatan ukuran saiz dan
menggunakan jenis-jesin garisan mengikut jenis pensel ataupun
sepertimana yang ditentukan.

TEKNIK MELUKIS
Lukisan hendaklah dilukis mengikut Teknik-teknik yang telah
ditetapkan termasuk teknik membina garisan , carra membentukk
objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami.

KEBERSIHAN LUKISAN
Setiap pelukisan haruslah menyemai dan menanam perasan untuk
menghargai lukisan yang dihasilkannya.Denganitu,pelukis akan
lebih berhati-hati semasa membuat lukisan dengan mengambil
kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian alatan
lukisan dalam memastikan kebersihan dan kekemasan lukisannya.

KEPANTASAN MENYIAPKAN LUKISAN

Amalan melukis dengan pantas dan dalam jangka waktu yang


tertentu akan menghasilkan seorang pelukis yang produktif dan
berkeupayaan tinggi.Namun aspek ini tidak seharusnya
mengenepikan ciri-ciri lukisan kejuruteraan yang memerlukan
kemahiran-kemahiran.
PENHURUFAN DAN ANGKA

Terdapat beberapa cara membuat penghurufan dan menulis angka yang


telah diperkenalkan dalam lukisan kejuruteraan.Sebagai pengetahuan
asas bagi pelajar kejuruteraan,hanya satu jenis pengurufan dan angka
sahaja yang akan ditunjukkan.Jenis ini adalah yang lazim digunakan
dan mudah ditulis.
KAEDAH PENGURUFAN DAN MENULIS
ANGKA

Huruf dan angka hendaklah ditulis bersudut tepat dengan garisan


datar.Jenis huruf dan angka condong boleh juga digunakan tetapi
mestilah sentiasa seragam dan tidak dicampuradukkan.Kaedah menulis
juga penting demi menjaga keseragamandan kekemasan huruf dan
angka yang ditulis.Pembahagian ruang hendaklah sesuai dengan
kandungan huruf dan angka yang hendak ditulis.Sebagai panduan untuk
menjarakkan huruf dengan seragam,batangkan huruf “I” diletakkan di
antara dua huruf.
PENGGUNAAN PENGHURUFAN DAN ANGKA
Penggunaan huruf dan angka mestilah berpandukan kepada syarat-
syarat ketebalan garisan yang telah ditetapkan oleh BS 308 seperti
jadual berikut:-

KETEBALAN PENGGUNAAN
5 mm atau 6mm Tajuk lukisan atau penerangan penting
3mm Dimensi atau nota penting
2mm Nota-nota tambahan

TEKNIK MENGHURUF CONDONG

Bagi huruf condong hendaklah mengikut teknik menghuruf telah


dicadangkan.Segala teknik membentuk huruf adalah sama dengan
teknik menghuruf tegak,Cuma berlainan sedikit iaitu huruf dibentuk
dalam keadaan condong.Kecondongan arah kanan dengan membuka
sudut 68.
Membentuk Angka dan Pecahan
Teknik membentuknya adalah serupa bagi angka condong dan tegak.
Bagi angka 3 dan huruf S kedua-duanya berdasarkan kepada bentuk
angka 8, yang mana pembentukannya berpandukan kepada dua bentuk
elips yang berlainan saiz di dalam satu petak angka. Angka 9 dan 6
adalah serupa tetapi dalam keadaan terbalik. Pembentukan angka 9 dan
6 ini berpandukan kepada angka 0 berbentuk elips.
Bagi keseluruhan angka pecahan pula saiz ketinggiannya hendaklah
dua kali ganda
Ketinggian angka biasa dan angka dalam pecahan 3/4 dari ketinggian
angka. Jika ketinggian angka 3mm maka ketinggian keseluruhan angka
pecahan adalah 6mm dan setiap angka pecahan pula berukuran 2mm.
Angka memangnya kerap digunakan untuk mendimensi lukisan.
Membentuk hendaklah berhati-hati dengan mengikut teknik yang betul
supaya ia jelas dibaca.

Anda mungkin juga menyukai