Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Minit Hem 4

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 4- 2022/2023

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BATU

Tarikh : 9 Februari 2023 Masa : 2.00 petang


Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : Encik Ahmad Zaki bin Zainudin ( Guru Besar)

Kehadiran :
1. Encik Ahmad Zaki bin Zainudin (Pengerusi)
2. Yang Mulia Raja Azuan bin Raja Hashim
3. Puan Nur Zurainy binti Awi
4. Puan Rosmaria binti Ab. Rahman
5. Puan Rabbiyatul Adawiyah binti Pairon
6. Puan Khotibah binti Ahmad Mohtasar
7. Puan Rafidah binti Mohd Khadli
8. Puan Zurina binti Mat Abu
9. Puan Norazmaria binti Mohd Zubir
10. Puan Azizah binti Zainal
11. Puan Mastura binti Mat Dagang
12. Puan Rosmidah Nuruhuda binti Ishak
13. Puan Nur Hidayah binti Ramli
14. Puan Nurul Liyana binti Muhamad Saberi
15. Puan Nurul Nadiah binti Azmi
16. Puan Faridah binti Ahmad
17. Encik Mazlan a/l Awang Tan
18. Puan Che Rosnimaliza binti Che Roslan
19. Puan Zulaikha binti Mohd Zuelig
20. Puan Armiza binti Mad Nor
21. Puan Nursyahirah binti Mohd Khadli
22. Cik Nur Izzati Farahin binti Jalaludin
23. Encik Ahmad Razury bin Mohamed
24. Encik Mohd Khairuddin bin Zakaria
25. Encik Zul-Fiqar bin Mat Yunus
26. Encik Mohd Rostam bin Abd Razak
27. Cik Liza binti Mohamed

Tidak hadir
1. Puan Norhidawati binti Ramli ( CRK )
2. Encik Azhar bin Ahmad ( Kursus )

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam dan bacaan ummul kitab.
1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kerjasama semua guru yang telah
menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dengan menyempurnakan amanah yang telah
dipertanggungjawabkan sepanjang sesi persekolahan 2022/2023.
Tindakan:Makluman semua
2 UCAPAN GPK HEM
2.1 Guru kelas diminta untuk mengemaskini APDM bagi bulan Februari dan membuat pengesahan
bulan terakhir bagi sesi 2022/2023.
2.2 Guru kelas juga diminta memastikan bilangan meja dan kerusi murid mencukupi bagi setiap
kelas mengikut sesi baharu.
2.3 Guru kelas juga diminta melaporkan keberadaan penyapu dan penadah sampah yang terkini.
2.4 Guru kelas juga perlu memastikan pendapatan penjaga murid telah dikemaskini dalam APDM
bagi memastikan murid tersebut layak menerima RMT dan KWAPM. Jumlah kelayakan
pendapatan isi rumah sebanyak RM1169 manakala per kapita RM310.
Tindakan : Semua guru kelas

2.5 Pada hari Jumaat selepas bacaan Yassin, semua murid dan guru berkumpul di dewan bagi
melaksanakan aktiviti gotong royong sebelum berakhirnya sesi 2022/2023.
Tindakan : Semua guru

2.6 Buku teks yang hilang perlu diganti dengan buku baru atau nilai yang sama dengan buku supaya
murid lain dapat menerima buku dengan secukupnya.
2.7 Orientasi Tahun 1 akan dilaksana pada 17 Mac 2023. Setakat ini, 50 orang murid telah mendaftar.
Pihak sekolah akan bersedia dengan menambah kekosongan 4 orang murid lagi.
2.8 GPK HEM juga memaklumkan jika ketua keluarga murid meninggal dunia, murid tersebut layak
untuk mendapat KWAPM kecemasan.
Tindakan Makluman semua

PELAPORAN UNIT HAL EHWAL MURID


3 3.1 LAPORAN UNIT PENGAWAS

3.1.1 Encik Rostam selaku penyelaras Badan Pengawas memaklumkan seramai 30 orang
pengawas telah dilantik bagi sesi baharu. Surat lantikan kepada pengawas telah diedarkan.

3.1.2 Puan Norsyahirah memaklumkan bilangan pengawas perpustakaan bagi sesi akan datang
adalah seramai 25 orang. Uniform pengwas perpustakaan telah di tukar dan telah dimaklumkan
kepada ibubapa murid.

3.1.3 Puan Rosmaria memaklumkan pembimbing rakan sebaya adalah seramai 11 orang dan
makluman uniform telah di maklumkan juga kepada penjaga.

3.1.4 Puan Rabbiyatul memaklumkan bagi Briget ICT akan dipilih dikalangan pemimpin kecil
sedia ada.

3.1.5 Puan Rosmidah memaklukan seramai 15 orang pengawas SPBT telah dilantik.
Tindakan : Makluman semua

3.2 LAPORAN BANTUAN DAN KEBAJIKAN

3.2.1 Puan Zulaikha memaklumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2023 telah
selesai diagihkan pada 18 Januari 2023. Seramai 342 orang murid terdiri daripada tahun 1 hingga
6 sesi 2022/2023 telah menerima kecuali seorang murid Tahun 1 bukan warganegara.

3.2.2 Bagi bantuan lain bilangan murid adalah seperti berikut:

Nama Bantuan Jumlah Penerima

KWAPM 122 Orang

JAKOA UNIFORM KOKO – 14 Orang

ALAT TULIS - 13 Orang

BAJU PJ – 101 Orang

YAYASAN PAHANG 89 Orang

RMT 217 Orang

PRIDE STUDENTS 133

3.2.3 Meminta semua guru kelas mengemaskini apdm bagi memastikan tiada murid yang cicir dari
menerima bantuan.
Tindakan : Makluman semua

3.3 LAPORAN SPBT

3.3.1 Puan Rosmidah Nuruhuda memaklumkan pemulangan buku teks sesi 2022 dan agihan buku
teks sesi 2023 telah dijalankan pada 8 dan 9 Februari 2023. Masih ramai murid yang tidak
membalut buku teks dan menghilangkan buku teks semasa proses penghantaran buku teks. Buku
aktiviti Bahasa Melayu Jilid 1 Tahun 1 dan 2 masih belum diterima dari pembekal.
Tindakan : Makluman semua
3.4 LAPORAN PROGRAM SUSU SEKOLAH
3.4.1 Cik Liza melaporkan jumlah penerima Program Susu Sekolah seramai 217 orang.
Pengagihan susu dibuat setiap hari kepada murid mengikut jadual.
Tindakan : Makluman semua

3.5 LAPORAN RMT

3.5.1 Puan Faridah meminta supaya guru bertugas mingguan untuk membuat laporan RMT dan
menghantar buku laporan kepada beliau atau GPK HEM sebelum cuti.
Tindakan : Makluman semua

3.6 LAPORAN BIMBINGAN KAUNSELING DAN MURID CICIR

3.6.1 Puan Rosmaria memaklumkan semua ujian psikometrik telah di jalankan bagi semua murid
tahun 5 dan 6. Manakala bagi murid tahun 4 ditangguhkan dahulu.

3.6.2 Saringan minda sihat telah dijalankan kepada semua murid tahun 5 dan tahun 6 kecuali yang
tidak hadir tegar.

3.6.3 Kaunselor mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru bagi Program Guru Penyayang.
Tindakan : Makluman semua

3.7 LAPORAN 3K

3.7.1 Encik Khairuddin memaklumkan bahawa program Kawad kecemasan kebakaran telah
dijalankan sekali secara dalaman sahaja.

3.7.2 Di maklumkan juga gotong royong telah di jalankan dengan pihak PIBG dan pihak luar 3 kali.
Tindakan : Makluman semua

3.8 LAPORAN DISIPLIN

3.8.1 Encik Razury memaklumkan setakat ini tiada kes-kes berat melibatkan disiplin. Antara laporan
yang sering di laporkan ialah pergaduhan kecil, ponteng sekolah dan mengejek. Kes besar yang
diterima setakat ini ialah menghisap vape di dalam kawasan sekolah dan membawa telefon tanpa
kebenaran.

Tindakan : Makluman semua

3.9 LAPORAN KANTIN

3.9.1 Puan Armiza memaklumkan setakat ini tiada rungutan diterima terhadap pengusaha kantin
baharu. Meminta guru memberi makluman jika terdapat sebarang masalah atau aduan.
Tindakan : Makluman semua

3.10 LAPORAN PPDa

3.10.1 Puan Azmaria memaklumkan setakat ini tangga PPDa telah disiapkan namun masih belum
sepenuhnya. Setakat ini tiada kes penyalahgunaan dadah kecuali menggunakan vape.
Tindakan : Makluman semua

3.11 LAPORAN KEDAI BUKU

3.11.1 Puan Armiza memaklumkan kedai buku telah di uabah lokasi ke bilik moral dan
mengucapkanterima kasih pada semua yang telah membantu.

3.11.2 Beliau memaklumkan senarai harga alat tulis dalam proses untuk di siapkan dan akan di
berikan kepada penjaga dalam cuti sekolah nanti
Tindakan : Makluman semua

HAL- HAL LAIN


4.1 Guru Besar meminta semua guru kelas melengkapkan fail peribadi murid dan
meletakkannya di rak fail di pejabat bagi memudahkan segala urusan jika ada
4 pertukaran murid semasa cuti sekolah.
Tindakan : Semua guru kelas

PENUTUP
5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dan
meminta semua guru terus bersemangat melaksanakan tugasan dengan penuh berdedikasi dan
5 amanah .
5.2 Mesyuarat diakhiri dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.05 petang

Disediakan oleh,

(RAFIDAH BINTI MOHD KHADLI)


Setiausaha Hal Ehwal Murid
SK Tanjung Batu 26680
Pekan, Pahang.

Anda mungkin juga menyukai