Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Langkah Mengatasi Masalah Pencemaran Alam Sekitar

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

LANGKAH MENGATASI MASALAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Sejak akhir-akhir ini, pelbagai peristiwa yang melibatkan pencemaran alam sekitar senantiasa berlaku
dalam negara kita. Sikap sesetengah pihak mengambil mudah perkara seperti pembuangan sisa
toksik ke dalam sungai akan memusnahkan keseimbangan ekosistem yang kita nikmati hari ini.
Seperti peribahasa Melayu, bagai melepaskan batuk di tangga. Mungkin perkara seperti ini berlaku
kerana kurangnya didikan tetapi, pucuk pangkalnya adalah setiap sampah atau sisa pembuangan
wajib dibuang dengan cara yang betul. Peningkatan jumlah penduduk dalam negara telah
menyumbang kepada kadar pertumbuhan penduduk sekaligus menambah sisa pembuangan dan
sampah. Oleh itu, mari kita lihat langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi menangani masalah
pembuangan sampah.

Langkah pertama adalah dengan menguatkuasakan larangan penggunaan plastik secara


menyeluruh di seluruh negara. Untuk pengetahuan anda, plastik merupakan penyumbang utama
sisa-sisa sampah di dunia kerana ia memerlukan berpuluh tahun untuk dikompos atau mereput.
Tambahan pula, plastik lazimnya 经常 digunakan hanya sekali dan kemudian tidak mempunyai
fungsi dan dibuang merata-rata. Akibatnya, sisa plastik sudah menjadi ancaman kepada hidupan laut
kerana termakan atau lemas daripada kekurangan oksigen hasil daripada pengumpulan sampah di
permukaan laut. Justeru, langkah untuk mengharamkan penggunaan plastik bakal memberi hikmah
bukan sahaja kepada kita tetapi hidupan alam yang lain.

Selain itu, langkah yang boleh dilakukan bagi menangani masalah pembuangan sampah adalah
dengan mengamalkan kitar semula. Kitar semula ialah proses bahan buangan untuk menghasilkan
barangan baharu supaya boleh digunakan lagi. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan,
mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, membangun penggunaan tenaga, mengurangkan
pencemaran udara dan pencemaran air serta mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau
berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Antara bahan yang boleh dikitar semula
adalah kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Dengan peningkatan kuantiti penduduk
dunia secara amnya, sumber bahan mentah sudah pasti semakin berkurangan. Maka kita hendaklah
sedar dan mula bersikap minimalis atau bersederhana dalam kehidupan dan berbelanja secara
berhemat bagi mengelakkan pembaziran.

Di samping itu, setiap anggota masyarakat perlu sedar dan bijak berbelanja dalam membeli
barang keperluan. Elakkan membeli barang yang dipakai buang hanya setelah menggunakannya
beberapa kali sahaja. Kita sudah mencapai tahap di mana sumber bahan mentah semakin terhad.
Banyak produk yang mesra alam telah dihasilkan seperti beg, kasut dan juga peralatan elektronik.
Tetapi disebabkan kos yang tinggi dalam penghasilan barang mesra alam, ramai di antara kita enggan
untuk melabur demi kelansungan alam sekitar. Apa yang ingin disampaikan adalah kita perlu
berfikiran kritis dan menilai di antara keperluan dan kehendak. Perkara asas ini sedikit sebanyak akan
membentuk gaya kebolehan setiap individu dalam merancang kehidupan masing-masing. Seterusnya
mengurangkan pembaziran dan sisa pembuangan sampah berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

Akhir sekali, langkah yang boleh dilakukan di peringkat kerajaan pula adalah dengan membantu
agensi pengurusan sampah. Pihak berkuasa tempatan (PBT) seharusnya menjadi jambatan di antara
penduduk dan agensi pengurusan sampah di kawasan masing-masing. PBT wajar menjalankan
pemantauan berkala pada setiap bulan untuk melihat keperluan penduduk dalam menguruskan
pembuang sisa sampah. Dengan kerjasama yang baik dengan agensi pengurusan sampah, sudah
pasti tong-tong sampah dan jadual pengurusan dapat diselaraskan dengan keperluan penduduk
sekitar. Antara langkah yang telah dilakukan dan bernas untuk dikekalkan adalah penyediaan tong
sampah besar pada hari perayaan di mana selalunya banyak pembersihan dan sisa terhasil pada
waktu tersebut. Oleh itu, setiap anggota msyarakat perlu bertanggungjawab memastikan sisa
sampah yang dihasilkan dibuang secara betul.

Demikian adalah langkah-langkah yang wajar dilaksana bagi menjamin pembuangan sampah
dalam negara kita diurus dengan baik. Langkah bijak yang diambil hari ini tidak memberikan manfaat
kepada kita secara langsung tetapi memberikan peluang kepada generasi akan datang menikmati
sumber yang kita nikmati selama ini. Dengan pengurusan yang betul pasti isu pembuangan sampah
yang berisiko tinggi terutamanya dalam penularan kes denggi dan lain-lain dapat diselesaikan.
Pendekatan dasar-dasar kerajaan yang memastikan alam sekitar terjamin perlu diangkat dan
masyarakat menjadi pelaksana dalam menangani isu pembuangan sampah. Semoga minda
masyarakat kita sejajar dengan kecekapan pengurusan infrastuktur negara yang diiktiraf sebagai
infrastruktur kelas pertama.

Langkah Memajukan Industri Kecil dan Sederhana

Pada zaman pascakemerdekaan ini, industri kecil dan sederhana (IKS) di Malaysia merupakan
antara industri yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara. Menurut Perbadanan IKS
Malaysia, IKS bagi sektor pembuatan ditakrifkan sebagai firma 经商 yang mempunyai jualan
tahunan tidak melebihi RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.
Manakala bagi sektor perkhidmatan dan sektor lain, IKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai
jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75
orang. Kepentingan dan sumbangan IKS kepada kemajuan negara adalah mustahak maka, pelbagai
langkah harus dirangka dalam menambah baik industri ini.

Langkah pertama dalam memajukan IKS adalah dengan menawarkan pembiayaan 经费, geran,
pinjaman dan insentif 奖励 kepada pengusaha-pengusaha pada kadar yang menarik dan mampu .
Dewasa ini, pelbagai inisiatif telah ditawarkan oleh ramai pihak seperti kerajaan, kerajaan negeri dan
juga institusi kewangan. Pihak ini seharusnya mendekati pengusaha-pengusaha 经营 IKS dalam
memperkenalkan skim 计划 mereka dan memastikan mereka faham dengan tawaran dan pulangan
yang boleh mereka peroleh. Bagi pengusaha yang baru pula, mereka sebaiknya membandingkan
segala skim, geran atau insentif dan memohon pakej yang berbaloi 匹配 serta mampu bagi mereka
untuk membayar semula apa yang dijanjikan. Persis peribahasa, hendak seribu daya tak hendak
seribu dalih yang bermaksud sekiranya kita ingin melaksanakan sesuatu, kita hendaklah melakukan
segala yang diperlukan untuk berjaya mencapai apa yang dikehendaki.

Selain itu, IKS perlu mengalihkan 改变 teknologi pembuatan daripada tradisional kepada
moden. Penggunaan mesin yang berteknologi boleh meningkatkan hasil keluaran dan menjamin
kualiti yang baik, di mana ia amat mempengaruhi pemasaran untuk pembekalan yang berterusan.
Sebagai contoh pembuatan keropok yang menggunakan pembungkusan vakum lebih mendapat
kepercayaan pembeli sekaligus memudahkan penghantaran atau pun eksport kerana ia seiring
dengan produk multinasional yang lain. Penambahan infrastruktur dalam perusahaan adalah
berisiko namun ia adalah langkah untuk bersaing dan keuntungan boleh dicapai dalam jangka masa
yang panjang. Maka, perkongsian pakar perunding 顾问 dan khidmat nasihat 咨询服务 dalam IKS
adalah penting bagi menambah input dalam perusahaan 企业 yang dilaksanakan.

Di samping itu, IKS seharusnya mendekati universiti atau institusi pengajian tinggi dalam
penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan produk mereka. Hal ini kerana pada
pengamatan saya, tiada simbiosis berlaku antara sektor perindustrian dan sektor pendidikan. Perkara
ini yang mewujudkan situasi dimana graduan kurang mendapat peluang pekerjaan kerana keperluan
industri berbeza dengan kebolehan graduan. Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan mengenal
pasti masalah yang dihadapi atau inovasi yang boleh dilakukan dalam IKS dijadikan topik bagi projek
ilmiah mahasiswa dan mahasiswi. Mekanisme ini dapat membantu mahasiswa dan mahasiswi untuk
mempraktikkan teori yang mereka pelajari bersama idea baharu sekaligus membantu memajukan
produk yang dihasilkan oleh IKS seterusnya mampu menjadi produk yang berdaya saing diperingkat
antarabangsa.

Langkah lain yang boleh dilakukan dalam memajukan industri kecil dan sederhana ini adalah
dengan memperkasakan jenama produk. Jenama merupakan antara sudut penting yang perlu dilihat
oleh pengusaha bagi memastikan sasaran penjualan mereka berkembang dan diterima ramai.
Daripada nama produk, pembungkusan, cara pemasaran hinggalah kepada kualiti produk, pengusaha
dengan usaha sama pihak berkaitan seharusnya mempelajari formula terbaik bagi menghasilkan
produk bertaraf antarabangsa. Penjenamaan adalah penting kerana bukan sahaja meninggalkan
kesan pada pengguna tetapi ia membolehkan pelanggan mengetahui apa yang diharapkan dari
syarikat IKS. Ini adalah cara membezakan pengusaha IKS daripada pesaing lain dan membuktikan
produk IKS adalah pilihan yang lebih baik.

Kesimpulannya pelbagai inisiatif boleh dirancang dalam memajukan industri kecil dan
sederhana di Malaysia. Pembangunan IKS harus diberikan keutamaan kerana industri ini merupakan
sektor yang menyokong dan meningkatkan taraf perindustrian di Malaysia. IKS juga secara langsung
menambah kemajuan masyarakat setempat dengan peluang pekerjaan yang diberikan. Maka, setiap
pihak terutamanya pengusaha-pengusaha IKS perlu berani dalam melakukan anjakan paradigma 变
化转移 untuk membawa produk IKS mereka menjadi produk multinasional dan mampu berdaya
saing di peringkat global. Persis kata peribahasa Melayu, sehari selembar benang, lama-lama
menjadi kain. Usaha kecil yang dilaksanakan secara konsisten hari ini akan menjadi titik tolak 起始点
kejayaan pada masa hadapan.

KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Sains dan teknologi dilihat sebagai satu perkara yang prima dalam kehidupan manusia sejak
memasuki abad ke 21. Perkembangannya dilihat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan apabila kos
menggunakan teknologi semakin berpatutan dan dikomersialkan 被商业化 sesuai dengan
kehidupan manusia. Mungkin kehadiran teknologi pada zaman dahulu tidak mempunyai ekosistem
yang seimbang untuk disokong. Kini, perkembangan yang pesat dirai malah menjadi perlumbaan
antara negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Pelbagai manfaat yang diperoleh
kesan daripada perkembangan terhadap kehidupan manusia. Ada juga yang mendatangkan mudarat
tetapi sebagai masyarakat yang berminda kelas pertama, kita perlu membuang yang keruh 浑浊
dan mengambil yang jernih. Oleh itu, wajar untuk kita bincangkan apakah kepentingan sains &
teknologi dalam kehidupan manusia?

Antara kepentingannya adalah memudahkan komunikasi antara manusia. Dalam mendepani


领先 era globalisasi ini, kita dapat berhubung dengan semua manusia di segenap pelosok dunia
walaupun berbeza bahasa dengan adanya teknologi. Perbezaan bahasa yang sebelum ini perlu
mengambil masa yang lama untuk dipelajari boleh diselesaikan dalam beberapa saat sahaja.
Impaknya, pelbagai ilmu, budaya dan juga perkara-perkara lain dapat dikongsi dan dimanfaatkan
bersama-sama. Selain itu, kita juga dapat berhubung antara satu sama lain tanpa mengira masa dan
jarak pada hari ini dan kesannya bukan sahaja pada sektor ekonomi malah mengubah cara sosial
masyarakat masa kini. Misalnya, penggunaan aplikasi Whatsapp yang membolehkan kita menghantar
mesej atau membuat panggilan video kepada kenalan kita hasil daripada ciptaan teknologi dan
penggunaan sains yang difahami oleh manusia hari ini. Bak kata pepatah Melayu, lain dahulu lain
sekarang. Intihannya, perkembangannyamembuka ruang komunikasi antara manusia yang tidak
pernah dibayangkan pada zaman dahulu.

Di samping itu, hasil perkembangannya telah menyumbang kepada kemajuan industri


kesihatan secara global. Pelbagai ubat dan rawatan baharu yang dapat dihasilkan bagi merawat
pesakit-pesakit yang menghidapi pelbagai jenis penyakit. Ia juga membantu dalam mencegah
penyakit-penyakit berjangkit daripada menular dan mengorbankan ribuan nyawa manusia seperti
zaman dahulu. Kini, ianya telah menjadikan makmal perubatan sebuah institusi yang penting bagi
manusia untuk mengkaji dan mencari penawar kepada penyakit-penyakit yang memudaratkan
kehidupan manusia. Selain itu, kolaborasi antara sains & teknologi juga menyumbang kepada
obeservasi kesihatan kendiri apabila jam tangan pintar berjaya dicipta. Pemakai jam tangan ini dapat
melihat kadar degupan jantung 心跳声 yang memberi indikasi(petunjuk)kepada tahap kesihatan
seseorang individu. Sekiranya setiap individu dapat menggunakan jam ini dan menjaga kesihatan
secara kendiri, ia pasti dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera. Izharnya, pelbagai
manfaat dari sudut kesihatan yang kita peroleh hasil daripada perkembangan sains & teknologi. Kita
hendaklah menyediakan payung sebelum hujan supaya tidak kesal 苦恼 dikemudian hari.

Kepentingan lain yang ketara hasil daripada perkembangan sains & teknologi adalah
meningkatkan sektor pendidikan. Sebelum ini, pendidikan khususnya di peringkat tertiari
menggunakan kaedah yang mengambil masa yang lama kerana pelajar perlu menelaah 钻研/复习
dan mentafsir 分析 buku-buku yang berkaitan untuk menghasilkan laporan atau menyiapkan
tugasan. Tetapi dengan kemudahan Internet, pelajar boleh menyediakan laporan atau menyiapkan
tugasan dalam tempoh masa yang lebih pantas. manakal bagi pelajar di peringkat rendah,
pendidikan secara interaktif semakin diketengahkan supaya dapat menarik minat pelajar. Ia bukan
sahaja memberi kesan terhadap ilmu dan pengetahuan pelajar malah membantu mereka untuk
berfikir secara kreatif dan inovatif. Pada masa akan datang, tiada lagi pembelajaran yang
membosankan dan kanak-kanak dapat menikmati ilmu dan pengetahuan dalam bentuk yang mereka
sukai. Justifikasinya, dengan adanya perkembangan sains & teknologi maka pendidikan dapat
ditambah baik dan memberi kesan yang positif serta efisien kepada masyarakat. Hal ini demikian
kerana, laut yang ditimba tidak akan kering.

Pada waktu yang sama, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dapat direalisasikan
dengan perkembangan sains & teknologi. Saban hari kita disiarkan dengan berita bencana alam yang
menimpa 袭击/遭遇 kawasan tertentu seperti pembakaran hutan semulajadi, tanah runtuh, banjir
kilat dan ribut yang luar biasa. Para saintis telah pun menyatakan sejak beberapa tahun dahulu
bahawa ekosistem dunia menjadi tidak seimbang dek kerana ketamakan 贪婪 manusia mengejar
pembangunan tanpa memikirkan kesannya. Perindustrian, pembuangan sampah dan pelbagai lagi
masalah yang menyumbang kepada pemanasan global serta efek rumah hijau yang menggangu
ekosistem bumi. Maka, sains & teknologi adalah penyelamat kepada spesis manusia jika ingin terus
menetap di muka bumi ini. Ciptaan teknologi yang mesra alam dan alternatif kepada sumber boleh
diperbaharui perlu disokong supaya sumber alam yang tidak boleh diperbaharui, tidak dimusnahkan.
Tamsilnya, penggunaan kereta elektrik yang mengurangkan penghasilan karbon serta menggunakan
tenaga boleh diperbaharui. Tuntasnya, perkembangan sains & teknologi penting dalam mengekalkan
khazanah alam yang kita miliki hari ini demi masa hadapan kerana generasi hari ini hanyalah
menumpang sumber dan khazanah yang dimiliki generasi akan datang.

Kesimpulan kepada perbincangan di atas, sains & teknologi adalah komponen yang mustahak
dalam kehidupan manusia serta memainkan peranan yang penting dalam kelangsungan hidup
manusia. Sinergi antara dua komponen ini dapat membawa ketamadunan 文明 manusia ke satu
tahap yang lebih tinggi. Persis kata peribahasa Melayu, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya. Namun begitu, dalam mengejar kemajuan diharapkan usaha untuk memastikan ia
dimanfaatkan oleh segenap pelosok manusia tanpa mengira darjat atau latar belakang juga diberi
perhatian. Masih banyak negara yang ketinggalan dari segi aplikasi sains & teknologi. Sekiranya sains
& teknologi tersebut penting untuk kebajikan manusia seperti penghasilan air bersih dan pertanian
yang efisien maka ia wajar disokong serta diberikan secara percuma atas dasar kemanusiaan. Semoga
sains & teknologi menjadi komponen yang dimanfaatkan oleh manusia untuk kebaikan dan bukannya
kemudaratan.

Anda mungkin juga menyukai