Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

8 Novel

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 148

KAJIAN 8 BUAH NOVEL

TINGKATAN EMPAT DAN


TINGKATAN LIMA
ZON DI MALAYSIA

Nama: Nurin Qashrina Binti Mohamad Aizal


No Maktab: PB190231
Kelas: 4 Razzi
Homeroom: Ustaz Faisal
Nama Guru: Cikgu Norakma
ISI KANDUNGAN

1.PENGHARGAAN
2.PENGENALAN SETIAP NOVEL
2.1. CERITA SECARA RIINGKAS TENTANG NOVEL
2.2. BIOGRAFI SETIAP PENULIS
2.3. KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL
3. SINOPSIS LAPAN NOVEL
3.1. LIMA SINOPSIS KESELURUHAN
3.2. SINOPSIS SETIAP BAB
4. LIMA KEKUATAN SETIAP NOVEL
5. LIMA KELEMAHAN SETIAP NOVEL
6. LIMA CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
7. RUJUKAN
7.1. RUJUKAN LAPAN NOVEL
7.2. TUJUH RUJUKAN LINK WEB
Penghargaan
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja folio ini dengan penuh sukses.
Dikesempatan ini saya ingin menghadiahkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Norakma,selaku
Cikgu bagi matapelajaran Bahasa Melayu kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau
kepada saya untuk menyempurnakan tugasan penting ini.
Ucapan penghargaan juga ingin saya berikan kepada para rakan seperjuangan kerana telah
banyak menghulurkan bantuan mahupun kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan baik sekali.
Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian
hulurkan teramat saya hargai. Biar jasa jadi kenangan.

Sekian, terima kasih


Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
-Pengenalan-
-Cerita ringkas-
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib merupakan komsas tingkatan 4.
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat
keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai
Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban.
Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama
42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Novel Leftenan Adnan
Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup
berjuang sehingga ke hujung nyawa.
-Biografi penulis-

Abdul Latip bin Talib yang juga sinonim dengan panggilan Pak Latip dilahirkan di Kampung
Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2hb Jun 1954. Kini menetap di Jelebu Negeri
Sembilan. Beliau seorang penulis sepenuh masa yang menulis sajak, cerpen, rencana, drama
televisyen dan novel. Sebanyak 20 buah novel kanak-kanak, remaja dan dewasa telah
diterbitkan. Sejak tahun 2007, beliau lebih banyak menumpukan pada penulisan novel sejarah
dengan Syarikat Penerbitan PTS, kini lebih 30 buah novel telah dihasilkan.
Beliau telah menerima pelbagai anugerah, antaranya Sayembara Cerpen Berunsur Islam,
Sayembara Cerpen Perpaduan, Hadiah Sastera Utusan dan Sayembara Cerpen dan Puisi Negeri
Sembilan, Sayembara Menulis Novel Sarawak 2005, hadiah sayembara menulis novel sejarah
Johor 2007, Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 dan 2007 serta Pingat Khidmat Cemerlang
Masyarakat (PMC) oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2007.
Dalam senarai 'Top 100 Penerima Royalti Tertinggi Bagi Jualan 2011 PTS', beliau menduduki
tempat pertama dalam senarai tersebut. Pada tahun yang sama, jualan buku-buku beliau yang
mengkompilasikan beberapa novel yang telah diterbitkan iaitu Imam-imam yang Benar,
Khalifah-khalifah yang Benar dan Perang-perang yang Benar telah mencecah lebih sejuta ringgit.
Dua yang pertama daripada tiga kompilasi novel itu pula tersenarai dalam 'Top 10 Judul Buku
Paling Tinggi Sepanjang Tahun 2011 Berdasarkan Perolehan Ringgit'.
Selain terlibat dalam bidang penulisan, Pak Latip juga aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan
kemanusiaan. Beliau gigih dalam kempen membantu masyarakat Islam Kemboja yang daif.
Melalui laman Facebook beliau, Pak Latip berusaha meminta masyarakat dan peminat beliau
untuk menyumbangkan wang bagi membantu minoriti Muslim Kemboja. Antara bantuan yang
dihulurkan melalui dana yang dikumpul adalah bantuan persekolahan, elaun kepada guru-guru,
menderma naskhah-naskhah Al-Quran serta membina perigi di kampung Trapiang Bralit dan
Ratanatkiri, Kemboja.

-Kulit hadapan dan kulit belakang-


-Sinopsis-

-Sinopsis keseluruhan-

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa berlegar-legar sekitar watak utama, iaitu Adnan. Pada
peringkat awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil. Beliau
dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal, Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu
masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah
yang luasnya sekadar cukup makan sahaja. Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak
Milah, iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak, iaitu Adnan, Ahmad, dan
Amarullah. Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi.

Sewaktu masih kecil, Adnan merupakan anak yang rajin membantu keluarganya dan taat akan
perintah orang tuanya. Walaupun usianya baru mencecah sepuluh tahun, setiap pagi Adnan akan
pergi ke kebun getah untuk membantu orang tuanya menoreh getah. Selain itu, dia mengerjakan
sawah bendang.

Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan keturunannya kerana
khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi orang buruan Inggeris.
Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan. Semangat patriotik yang dimiliki
oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau
senantiasa menekankan peri pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara
sendiri. Para penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya
hidup dalam kemiskinan. Nasib orang-orang Melayu terpinggir dan tidak terbela. Pak Saidi tidak
mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya. Pak Saidi memiliki keazamanan yang tinggi
terhadap masa depan anak-anaknya. Pengetahuan Pak Saidi tentang sejarah tanah air dikagumi
oleh penduduk kampungnya.

Sejak kecil, Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawab memberikan didikan terbaik untuk
anak-anaknya. Pak Saidi mahukan anak-anaknya berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah air.
Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat dibangunkan.
Pihak penjajah sememangnya tidak suka orang- orang Melayu menjadi pandai. Atas dasar itu,
Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-anaknya mendapatkan ilmu pengetahuan di sekolah
aliran Inggeris. Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang
khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian, dan seterusnya menjadi
murtad.

Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran Inggeris. Di sekolah, Adnan terkenal sebagai pelajar
yang rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman- teman dan juga guru-
guru sekolah. Adnan menyatakan cita- citanya untuk menjadi askar. Setelah tamat persekolahan,
dia diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun begitu, bidang
perguruan bukanlah minatnya. Cita-citanya hanyalah satu, iaitu untuk menjadi askar. Adnan
terpilih menjadi askar dalam temu duga yang diadakan di Port Dickson. Adnan berkahwin
dengan Sophia.

Adnan membawa isteri dan anak-anaknya ke Singapura. Namun, Adnan terpaksa menghantar
anak-anak dan isterinya pulang ke kampung apabila mendengar berita Jepun akan menyerang
Singapura.

Pada Sabtu 6 Disember 1941, suatu persidangan telah berlangsung di Manila yang dihadiri
pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British. Laporan perisikan menyatakan
bahawa angkatan laut Jepun telah belayar menuju ke Asia. Risikan mendapati sekurang-
kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur, kapal penjajap, dan kapal
pembinasa sedang menuju ke Laut China Selatan. Hal ini merupakan isyarat yang jelas bahawa
Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.

Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan askar Jepun
dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941. Pada hari
pertama askar Jepun mendarat, mereka telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu
oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang pantai. Pada hari kedua, kapal-kapal perang
Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai menyebabkan banyak askar terkorban.
Askar Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun. Namun begitu,
pada hari yang ketiga, Askar Melayu yang sedang bertempur diarahkan supaya berundur. Askar
Jepun akhirnya berjaya mendarat di Kelantan setelah tiga hari bertempur.

Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis serangan askar
Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat laporan bahawa tentera Jepun akan mendarat di Kota Bharu,
Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai. British juga menghantar dua
buah kapal perang, iaitu Prince of Wales dan Repulse untuk mempertahankan Tanah Melayu.
Malangnya, kedua-dua buah kapal perang kebanggaan British itu berjaya ditenggelamkan oleh
kapal terbang Jepun yang melakukan serangan kamikaze. Berita tenggelamnya dua buah kapal
perang itu telah mengejutkan British sekali gus melemahkan moral dan semangat askarnya.

Pihak Inggeris percaya bahawa kubu pertahanannya di Singapura kebal. Malah Inggeris yakin
bahawa kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh askar Jepun. Dalam
pertempuran di Kelantan dan di Singapura, askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152 orang askar Melayu, termasuk 7 orang pegawai
Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai askar Melayu
yang terkorban itu termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi. Beliau bersama-sama 42 orang
anggotanya telah berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Pada 15 Februari 1942, askar
Jepun berjaya menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran yang hebat. Akhirnya, British
terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.

-Sinopsis setiap bab-

Sinopsis bab 1

Darah Pahlawan

Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama
keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang
sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan Amarullah.
Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga
memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di
Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebahkan cerita itu kerana sentimen ‘siapa
yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah ( British) tidak suka
kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya
hasil bumi daripada Tanah Melayu.
Sinopsis bab 2

Kampung Sungai Ramal

Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung
Sungai Ramal Dalam bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di kampung
menjadi kelam-kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun sedang
menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala rumah
pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering
membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah. Selepas tersedar Adnan ke kebun getah membantu
ayahnya, setelah solat Zohor gilirannya pula turun ke sawah.

Sinopsis bab 3

Harapan Seorang Ayah

Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi loceng
basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-anaknya yang
sedang berlatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan membawakan
minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka gemar bermain
perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak mahu
mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab walau ketika
membantunya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anaknya tidak pernah dikecewakan.
Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan meminta ayahnya membuat senapang
kayu pula

Sinopsis bab 4

Dusun Durian Di Tanah Perkuburan

Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan. Pak Saidi
yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab itulah dusun
itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan menyebabkan
orang kampung menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu menyedekahkan
buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan bahawa asal usul dia dan ibu
Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan bahawa dia pernah membantu Dol
Said Pahlawan Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak
memandang serong. Pak Said menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh British dengan
baik sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan bagaimana British
boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sejak itulah orang Melayu menentang penjajahan
British bukan melalui senjata tetapi melalui politik.

Sinopsis bab 5

Harapan Seorang Ibu

Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula
Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adanan menyatakan hasrat
untuk mulai bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju kalau Adnan
bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi
berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah
agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang
kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi
menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris. Pak
Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-tiga
orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya akur dengan
kehendak Pak Saidi.

Sinopsis bab 6

Guru Besar Steward

Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung yang
tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun Pak
Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap
pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat
memakai baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi. Walaupun sudah bersekolah di
sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam
agar anak-anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap anak-
anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya supaya tidak
mempedulikan apa-apa yang dikatakan oleh orang lain.

Sinopsis bab 7

Mereka Tidak Mengerti

Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya di
sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan Pak
Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak menghantar
anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka masih berdegil.
Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya anak Abu
yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk kampung. Abu berasa marah
dengan kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk
Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.

Sinopsis bab 8

Seteguh Karang

Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan getah,
Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil tindakan
terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi tidak
mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak melanggar
undang-undang. Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak bersekolah di
sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa yang berjaya
supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia marah dengan British
tetapi dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak Karim yang
perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di tangan merekalah nanti Negara
akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungi oleh Tuk Ketua kampung, Lebai Pian
dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia menyekolahkan Adnan di sekolah
Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga akan membantu memantau anak-anak
mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi
walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.
Sinopsis bab 9

Anak-Anak Kampung

Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris. Adnan
menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa
Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah Inggeris
kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia lupa agama dan tidak berubah
walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi malamnya dia tetap belajar mengaji
dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita tentang cita-cita apabila
besar nanti. Adnan yang mahu menjadi askar supaya dapat mempertahankan Negara dari
serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak dikenali.
Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupun ada seorang
yang mengena belutinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak Saidi. Pak
Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia memberitahu isterinya mungkin Nordin
salah seorang lembaga yang datang pada malam tempoh hari dan dibaling beluti oleh Adnan. Di
sekolah Adnan mendapat pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta pendirian yang tetap
menjadi askar yang dinyatakan kepada Cikgu Anderson.

Sinopsis bab 10

Masuk Jawi Basikal Baharu

Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk
Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari luar.
Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu apabila
dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia tersenyum
selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada hari yang
dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.
Sinopsis bab 11

Yakin Boleh

Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia seronok
belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan pagi dengan
pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya Adnan yang
bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak berminat kerana
syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy serta
beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama
dalam pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat Adnan walaupun
ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat kepada
Adnan dan bertambahlah berkobar-kobar Adnan kerana mereka berjanji akan hadir pada hari
pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi juara, Ah Chong mendapat tempat kedua
manakala Nizam mendapat tempat ketiga.

Sinopsis bab 12

Jaguh Kampung

Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan
pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas
hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh
Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak
muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang
dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana
beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan.
Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan bertinju
dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah setelah
mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka
tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan ayahnya.

Sinopsis bab 13

Darah Muda

Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di sekolah
Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi seorang
askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu. Semenjak kecil Adnan gemar
mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk
menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula
bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama dalam kalangan guru-guru.

Sinopsis bab 14

Askar Melayu Diraja

Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-anak
muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi tentera.
Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang
bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam
pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon
tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak
bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita
anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.

Sinopsis bab 15

Buku Bertemu Ruas

Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem latihan
ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori barang dari
Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi
tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke rumahnya.

Sinopsis bab 16

Perwira

Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan mental
bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan yang
mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling menggembirakan hati
Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah
pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar
ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat
menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah lama
ditinggalkan.

Sinopsis Bab 17

Kehidupan Baharu

Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan
pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai
upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat
sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia
berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama Sophia Pakih Muda

Sinopsis Bab 18

Berhari Raya Di Kampung

Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga
orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi
perempuan itu meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir
Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir
Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.Mereka hidup
bahagia.

Sinopsis Bab 19

Perang Dunia Kedua

Apabila berlaku Perang Dunia 2, dan Jepun Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu maka
Leftenan Adnan menghantar keluarganya enorah ke kampung mereka di Kajang. Ini merupakan
masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak
mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat
Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang. Sekembalinya ke
Singapura, Adnan mula mengaturkan persiapan. Askar Melayu dan tentera British bekerjasama
membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai ketua yang
menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-jaga.

Sinopsis Bab 20

Bukit Candu

Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir Panjang
juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka mempertahankan
satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa British mahu
mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang Candu kepunyaan
Inggeris. Mereka pun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut kawasan yang pentig.
Di situ ada penduduk kampung yang tidak mahu berpindah. Adnan memerintahkan supaya
dibina kubu. Setelah kubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong. Keesokan harinya
bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah
penduduk yang enggan berpindah. Mereka tidak Berjaya mengajak penduduk kampung
berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah memperketat kawalan dan mencadangkan pasukan
pengawal kampung. Adnan gembira apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan
bahawa semua ahli keluarganya dalam keadaan selamat. Sebenarnya askar British, Nepal dan
India juga tidak berminat untuk meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah
yang harus mempertahankan tanah air.

Sinopsis Bab 21

Di Ambang Perang

Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir Thomas
Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu
dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit. Mereka
menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura. Cadangan Laksamana
Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak
British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya
penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka
bersetuju untuk berpindah. Kalam keadaan yang genting itu, dua enorah cuba menceroboh rumah
penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar, kedua-
dua enorah tersebut Berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan salah seorang
daripada mereka ialah Samad.

Sinopsis Bab 22

Hati-Hati Yang Resah

Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pangkalan tentera
di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan diri pada
sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya Kapten Rix
datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhirnya Pegawai
Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan yang dipantainya.
Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila cuaca enorah
reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera Jepun hilang dari
lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan. Tentera Britsih
mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di Bukit Candu dan
Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang sama, Tijah
memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan termenung dan gelisah. Sophia
begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.

Sinopsis Bab 23

Bermulanya Sengketa

Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang.
Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan
memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai
perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana
tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam enorah tentera Laut
dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu.

Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam enorah tentera. Namun ibunya tetap risau
sekiranya berlaku peperangan. Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya
sambil memberi kata-kata perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.

Sinopsis Bab 24

Perangkap Tidak Mengena

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak enorah pantai yang dipertahankan oleh
pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan enora British mula membedil sepanjang
kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan
pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra
mula menembak enorah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha
pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi
tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap
tentera Jepun yang mula mendarat di pantai dan membunuh banyak askar Jepun termasuk
komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan
musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu:
“Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh
kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di
pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka”. Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan
serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai
kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat. Dalam pertempuran secara
berhadapan, tentera Jepun enorah menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan
penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai
terbuka dihujani tembakan enora British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk.
Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke
hadapan dan membolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan
supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.

Sinopsis Bab 25

Gagalnya Operasi Matador

Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pangkalan Tentera British
di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk
Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops
Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang
dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudah pun
mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British di
situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan.
Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta Api
Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak musuh
tidak dapat menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang Pengkalan
Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera Jepun enorah menawan
Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun menempatkan askarnya di Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa. Tentera British menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai
sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang merupakan kapal Jepun pertama yang
ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan tentera British di
Butterworth dan juga di Kuantan., Alor Setar dan Sungai Petani.

Sinopsis Bab 26 : Serangan Bertali Arus

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa
yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebanggaan British HMS
Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan. Walau
bagaimanapun pergerakan kapal perang itu enorah dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah
pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang British
itu. Akhirnya dua buah kapal perang British enorah ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11
Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan
tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyerang tentera
Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom
Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun mereka tersalah
sasar dengan membuat serangan terhadap kawasan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun
bergerak ke Jitra. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk
memberikan lalukan kepada tentera infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion
Punjab dan Gurkha. Walau bagaimanapun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah
mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut
tersemadi di dasar laut. Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.

Sinopsis Bab 27 : Perancangan Dua Jeneral

31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun. Mereka
yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-mana. Akibat
tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di
Tanah Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap
paling kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir Robert
Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall.
Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.
Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan Tambak
Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun
memerhati gerak tentera British. Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan
kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang
tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh
mempertahankan Tanah Melayu

Sinopsis Bab 28 : Pertempuran Demi Pertempuran

3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral Yamashita
menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian utara Singapura
berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya memusnahkan enora-
tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan artileri Jepun pula menyerang
Pangkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera Jepun dipindahkan ke
Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara Singapura berlangsung
sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa memindahkan kapal terbang
Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah pentadbiran dan kawalan
menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen Askar Melayu bersungguh-
sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang masih bersemangat untuk
bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan anggotanya tetap akan berjuang
hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota pasukannya tidak ramai tetapi dia
percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi mampu memberikan tentangan sengit kepada
musuh.

Sinopsis Bab 29 : Terus Berjuang

Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pangkalan. Petang itu
Penghulu Deraman daripada pengawal kampung datang bertemu Leftenan Adnan untuk
menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang tentera
Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah pengintip
Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu Penghulu
Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam keesokannya
mereka Berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang pengintipnya mati
ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera Jepun menambahkan
kebimbangan Jeneral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik serangan dengan
menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar Melayu. Setelah
beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun berundur semula
ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah. menggusarkan Leftenan
Adnan. Apatahlah lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaja askar Melayu mempertahankan
Pasir Panjang.

Sinopsis Bab 30 : Serangan Balas

Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh,
mereka enorah menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila
dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anggotanya bersiap
sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur
diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara kedua-dua
pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu.
Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani. Namun
tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera Jepun.
Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak membantu
tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang. Tentera Jepun
menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh yang ditawan. Adnan tidak sedap hati kerana
dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera Jepun yang
menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.

Sinopsis Bab 31 : Biar Putih Tulang


Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut hingga
musnah. Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera Jepun
sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah tiba-tiba
dihujani dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian kapal terbang Jepun
menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit Candu masih
kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan semakin genting kerana
musuh menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya meninggal dunia.
Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-mula tadi Adnan
memerintahkan supaya jangan berundur dan mengalah. Penghulu Deraman, Deris dan Haji
Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan sebagaimana janjinya.

Sinopsis Bab 32 : Tumpah Darah Perwira

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom
tangan dan senjata . Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis Gun. Dalam
kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. Tetapi,
mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya
pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh
orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan
semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersungguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah
kerana keberaniannya menentang musuh sehingga ramai yang terkorban telah enorah menawan
Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan
Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat
kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris enorah kemudian mereka
berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam
tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan enorah. Kejadian itu dilihat
oleh Koperal Yaakob

Sinopsis Bab 33 : Jatuhnya Kota Singa

Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah kalah, Haji
Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu
telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana
terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula
yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang
yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Koperal Yaakob pun menceritakan kehebatan
askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung
mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.

Sinopsis Bab 34 : Darah Mengalir di Sungai Ramal

Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang. Mereka
mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak akan
bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan.
Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang tentera
Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di
tanah Melayu

Sinopsis Bab 35 : Perjuangan Belum Berakhir

Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan
Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk
kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi,
pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh
ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah
akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu
diperintah semula oleh British. Rakyat telah enorah memulakan kehidupan baru dengan
mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan enorah
getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula,
Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di
sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah
berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka
telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia.
-Lima kekuatan novel-

Kekuatan yang pertama ialah sikap berjuang untuk tanah air yang ada di dalam diri Leftenen
Adnan dapat menginspirasikan para pelajar untuk sentiasa menyemaikan sikap tersebut di dalam
diri agar dapat menyemarakan semangat pratiotisme di kalangan masyarakat. Kekuatan yang
kedua ialah sikap Leftenen Adnan yang mempunyai sikap ringan tulang dan berdedikasi untuk
belajar dapat menjadi teladan kepada murid-murid supaya memberikan motivasi kepada pelajar
untuk terus berusaha dalam pembelajaran. Kekuatan yang ketiga ialah penceritaan yang
berdasarkan sejarah yang benar dan dapat dijadikan pengajaran oleh pembaca muda agar tidak
mengulanginya semula dalam mempertahankan negara. Kekuatan yang keempat ialah sikap Pak
Saidi yang menyayangi anak-anaknya , meluangkan masanya dengan mereka dan kesanggupan
beliau untuk menghantar Adnan ke sekolah inggeris supaya Adnan mendapat pembelajaran yang
cukup. Kekuatan yang kelima, penceritaan yang menarik untuk pembaca.

-Lima kelemahan novel-

Kelemahan yang pertama ialah startegi yang lemah sewaktu apabila Jepun menyerang askar-
askar melayu di pantai dan tidak bersiap sedia dengan startegi yang lain kerana lalai dan
mempunyai tahap konfiden yang tinggi tanpa menghiraukan kesan disebaliknya.. Kelemahan
yang kedua ialah novel ini agak panjang bagi pembaca yang membuatkan pembaca berasa bosan
dengan ceritanya. Kelemahan yang ketiga ialah terlalu banyak babak ngeri yang terdapat di
dalam novel ini seperti di dalam bab 32 yang memberitahu bagaimana tentera Jepun membunuh
Leftenen Adnan dengan cara yang sangat ngeri dan keji. Kelemahan yang keempat, plot cerita
yang meningkan kepala pembaca kerana plot yang lari sedikit dari cerita yang akan membuatkan
pembaca keliru dengan perkara yang berlaku. Kelemahan yang kelima ialah Said yang
membelot dan mengkhianati orang kampung kerana beliau merupakan pengitip Jepun yang
membuatkan tentera melayu kalah.

-Lima cadangan penambahbaikan-

Cadangan yang pertama ialah penulis perlu memperbaiki plot cerita yang lari sedikit dari cerita
supaya lebih mudah difahami oleh pembaca. Cadangan yang kedua ialah penulis boleh
meringkaskan cerita ini agar ceritanya tidak kelihatan terlalu panjang supaya pembaca tidak
berasa bosan untuk membacanya. Cadangan yang ketiga ialah penulis boleh mengurangkan
babak ngeri atau potong babak tersebut sebelum diterbit kerana perisitiwa tersebut sangat seram .
Cadangan yang keempat ialah British boleh membuat startegi yang lebih baik berbanding startegi
ini. Cadangan yang kelima ialah penulis boleh membuatkan cerita ini tidak panjang supaya
pembaca muda dapat menambah ilmu pengetahuan mereka.

Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

-Pengenalan-

-Cerita secara ringkas-

Mikrocip itu berupaya menjadi penerima isyarat dan mentafsirkan kepada arahan, dan seterusnya
menggerakkan anggota tubuh Farisha untuk bertindak balas. Ia adalah hasil daripada kajial yang
mengambil masa lebih 20 tahun. Mungkin kerana teknologi itu, ada pihak yag ingin memlikina,
lantas menceroboh masuk sistem Dinara dan menanam virus di situ. Dan mungkin kerana
teknologi itu juga, Dinara bakal lumpuh.

-Biografi penulis-
Dayang Noor (Noor Aziza Sulaiman, lahir pada 1974 di Pahang, Malaysia) ialah seorang penulis
novel Bahasa Melayu sambilan. Beliau memiliki ijazah dalam Kejuruteraan Elektronik dan
Komputer dan kini bekerja sebagai Eksekutif IT dengan salah satu syarikat penyepaduan sistem
IT terbesar di Selangor, Malaysia. Beliau telah menulis 2 buah novel fiksyen pulpa dalam bahasa
Melayu – Jerat (2011) dan Hilang (2012). Dia tinggal di Selangor, Malaysia bersama suami dan
3 anak lelaki.

-Kulit depan dan kulit belakang-

-Sinopsis-

-Sinopsis keseluruhan-

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa disedari,
Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji DNA gadis itu.
Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana Azraai (abang Farisha)
telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa bersama-sama Shida.
Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu dengan
Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa
hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Aqram memperkenalkan
Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang
penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat
kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam
tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.

Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida
memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan oleh
Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada Farisha.
Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus
projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr.
Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta
pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang
menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida
mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft
Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.

Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala
secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle Seng,
pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua orang yang
kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian, Farisha
mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena
serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.

Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram mendapatkan
Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun Shida tidak tahu
apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shida sebagai
pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidak berjaya
sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan
Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya.
Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu.
Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia
bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.

Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr.
Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan tindak
balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah sedar. Di
suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya
Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan
mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal.

Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha
memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa Farisha keluar
dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karl melalui sesi
bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke
dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalam perjalanan
ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah
silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan
identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang diseksa oleh
Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani proses seperti Shida
tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab semakin tegang
apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia.
Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn
berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui
telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun
tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara
dengan menggunakan komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah
membongkar rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung
Farisha. Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.

Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan
Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam. Wasiat
terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di
Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl
masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl
(Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.

Bab 1

Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai berlepas
Lapangan Terbang Senai. Farisha memerhatikan seorang wanita yang sedang berbicara dengan
seseorang melalui telefon bimbitnya. Suaranya kedengaran agak tinggi beberapa kali. Suara
wanita itu sedikit sebanyak menimbulkan kejengkelannya. Di dalam pesawat, Farisha dikejutkan
dengan sapaan seorang pemuda yang meminta untuk duduk di sebelahnya. Farisha teringin untuk
berbual lanjut tetapi kelopak matanya terlalu berat. Lelaki itu kelihatan segak dan mengenakan
seutas jam tangan yang kelihatan begitu aneh. Lelaki itu perasan Farisha sedang
memerhatikannya lalu menjelaskan yang jam tangan itu sebenarnya pusat kawalan
elektroniknya. Farisha sampai ke apartmennya lalu cuba membuka pintu dengan mengimbas kad
pintarnya namun gagal. Farisha merenung kaca segi empat di sebelah jeriji pintu, rupanya sudah
agak berlainan. Dia berasa hairan. Dia menekan interkom untuk menghubungi teman
serumahnya, Shida. Rupa-rupanya, sistem keselamatan rumahnya baru sahaja ditukar oleh abang
Farisha , Azraai. Azraai telah memasang ‘retinal scanner’ dan menyambungkan interkom
rumahnya dengan rumah Azraai. Farisha mengeluh kecil.

Bab 2

Farisha mulai gelisah menanti Rosman. Rosman berjanji untuk mengambilnya untuk ke Hotel
Renaissance menghadiri Simposium Persatuan Penggodan Antarabangsa. Rupa-rupanya kereta
Rosman rosak dan dia meminta Farisha menaiki monorel. Sampai ke tempat simposium itu,
Farisha disambut oleh sebuah robot penyambut tetamu. Robot penyambut tetamu membawa
Farisha ke tempat duduk. Ratusan peserta simposium sudah bersedia mendengar ucaptama.

Farisha bertemu semula dengan pemuda yang duduk di sebelahnya dalam pesawat. Dia
memperkenalkan dirinya sebagai Aqram. Aqram bekerja di Sot Lab, Cyberjaya. Farisha agak
terkejut apabila Aqram menawarkan satu projek mini di Soft Lab untuk Farisha dan Rosman.
Farisha berjanji akan memikirkannya dan akan menyatakan keputusannya melalui e-mel. Dia
perlu bertanya abangnya, Azraai dahulu. Sebenarnya Aqram mempunyai tujuan lain. Pen yang
dihulurkan kepada Farisha untuk menulis alamat e-mel tadi merupakan ‘penetrator’ alat yang
boleh menerobos ruang minda Farisha. Selepas Farisha memegang pen tersebut, Farisha berasa
kepalanya berdenyut-denyut.

Bab 3

Farisha menghantar satu e-mel kepada Aqram pada malam itu juga, selepas selesai sesi
bengkel yang ketiga. Aqram membalas e-mel tersebut 10 minit kemudian dan menetapkan masa
dan tarikh untuk pertemuan seterusnya. Farisha membaca e-mel tersebut berulang kali kerana
tidak percaya akan bekerjasama dengan syarikat gergasi IT di Malaysia.Esoknya Farisha dan
Rosman ke Soft Lab untuk membincangkan projek mini yang ditawarkan. Farisha berkenalan
dengan Dr Maxi, salah seorang yang penting di situ. Farisha diberikan projek bernilai RM1.5
juta dan perlu disiapkan dalam masa empat minggu. Farisha dikehendaki untuk menggodam tiga
kelompok komputer Soft Lab. Farisha berasa agak musykil dengan tawaran tersebut dan
meminta masa untuk mempertimbangkan tawaran tersebut. Farisha turut diperkenalkan dengan
saintis yang menjadi pelopor Soft Lab iaitu Karl. Karl terbaring di katil dan dirawat oleh
jururawat dalam sebuah bilik khas yang dilengkapkan dengan peralatan seperti sebuah wad
hospital. Dr Maxi memberitahu Karl telah 3 tahun menderita kerana sakit kanser usus. Walaupun
sakit, Karl masih aktif dengan projek penyelidikan. Projek terbaharunya ialah Dinara iaitu sistem
yang akan digodam oleh Farisha.

Bab 4

Farisha berjumpa abangnya untuk meminta pendapat tentang projek mini di Soft Lab. Abangnya
memberi galakan supaya dia menyahut cabaran tawaran tersebut. Esoknya Farisha ke Soft lab
bersama teman serumahnya Shida yang kebetulan ada temu janji di tempat yang sama.

Farisha disambut oleh Aqram yang kemudiannya menunjukkan pejabat Farisha di Soft Lab.
Farisha berasa terharu kerana kelengkapan yang disediakan sungguh di luar jangkaannya. Aqram
meneruskan perbualan dengan sesi penerangan tentang projek yang akan dijalankan oleh Farisha.
Farisha mulai jelas dengan tanggungjawabnya untuk menggodam dan mengukuhkan sistem
Dinara. Sewaktu minum tengah hari, Shida berjumpa Farisha dan memberitahu dia mendapat
tugas untuk menulis rencana dan biografi Dinara dengan bayaran RM40 ribu. Pada masa itu juga,
Aqram, Dr Maxi dan Khairul Anwar bertemu daan berbincang di bilik perbincangan Soft Lab.
Khairul memberi laporan tentang Shida dan Aqram memberi laporan tentang Farisha. Dr Maxi
terenyum dan berpuas hati. Dr Maxi menyatakan Shida perlu berada bersama-sama Farisha dan
mungkin akan menjadi ‘back up’ jika sesuatu terjadi kepada Farisha.

Bab 5

Hari pertama Farisha bertugas di Soft Lab disambut oleh Alia. Alia membawa Farisha ke pejabat
dan menerangkan penggunaan alatan di pejabat tersebut. Farisha terlopong mendengar
pembentangan Alia yang sangat lancar, tenang dan fasih tentang IT. Farisha berasa kagum dan
hairan kerana dia tidak nampak Alia mengerdipkan mata sejak tadi. Sewaktu makan tengah hari
bersama Shida, mereka bertukar-tukar cerita tentang pengalaman hari pertama di Soft Lab. Shida
ada menimbulkan cerita tentang Alia yang dirasakannya agak pelik terutamanya kulit muka dan
bulu keningnya. Mungkin Alia ada membuat pembedahan plastik. Farisha menegur mulut
celupar Shida. Selepas makan tengah hari, Farisha menyambung sesi perbincangan dengan
Aqram. Sepatutnya Aqram menerangkan 25 slaid kepada Farisha, tetapi hanya satu sahaja yang
sempat diterangkan. Farisha menimbulkan terlalu banyak persoalan dan berjaya mengesan
kelemahan Dinara.

Bab 6

Farisha terlewat sampai ke pejabat kerana mengalami mimpi ngeri malam tadi. Alia menyambut
di muka pintu pejabatnya. Farisha teringat mimpinya tentang gagak, burung hering dan harimau
bintang. Bulu romanya merinding tiba-tiba. Dia berasa pening. Alia menawarkan diri untuk
mengurut kepalanya. Farisha bersandar di kerusi dan Alia mengurut kepala dan tengkuknya.
Rasa mengantuk menguasai Farisha dan akhirnya dia terlelap.

Ketika itu dua jarum mudah lentur keluar dari kepala kerusi dan mula mencucuk kiri dan kanan
tengkuknya. Tiba-tiba Farisha terdengar namanya dipanggil. Di bilik yang lain Dr Maxi, Aqram
dan Khairul Anwar sedang memerhatikan sebuah layar besar yang memancarkan imej Farisha
dan Alia. Farisha sedang berkomunikasi secara bawah sedar dengan Karl yang koma. Ketika itu
Alia mendengus dan terjerit pekik tidak puas hati. Dr Maxi cuba mententeramkan Alia tetapi
tidak berjaya. Akhirnya Aqram mematikan suis di belakang tengkuk Alia. Serta merta Alia
berdiri tegak dan kaku.
Bab 7

Rosman, Shida dan Farisha berbincang di pejabat lama mereka, Secured Shell. Mereka bertiga
membincangkan kontrak yang telah disediakan oleh bahagian perundangan Soft Lab. Shida
sangat diperlukan kerana dia mempunyai asas undang-undang. Perbincangan terpaksa
ditamatkan kerana Farisha sakit kepala. Esok malamnya, Farisha ke rumah abang Azraai kerana
dijemput untuk makan malam. Farisha menegur abangnya yang kelihatan sedikit kurus. Selepas
makan malam, Azraai memberitahu ada dua berita penting yang ingin disampaikan kepada
adiknya. Farisha marah dan akhirnya menangis apabila mengetahui abangnya merahsiakan sakit
yang dialaminya iaitu sakit jantung. Berita kedua yang lebih menyakitkan Farisha apabila dia
mendapat tahu yang dia hanyalah anak angkat. Abang Azraai memberikan satu fail plastik
mengandungi dokumen penting tentang latar belakang Farisha. Sepanjang malam Farisha
menangis dan tidak dapat melelapkan mata.

Bab 8

Farisha pengsan di pejabat. Alia terpinga-pinga dan cemas. Dia takut jika dia dituduh
menyebabkan Farisha pengsan. 10 minit kemudian ambulans tiba dan membawa Farisha ke
hospital. Aqram dan Khairul Anwar mendapatkan Shida untuk bertanya jika Farisha sakit. Shida
terkejut dan menyatakan Farisha tiada sebarang sakit. Pesanan ringkas dari Dr Maxi. Doktor
yang merawat Farisha meminta dia rehat di hospital beberapa hari. Aqram menyimpan telefon
bimbil di dalam saku. Aqram dan Khairul Anwar duduk diam dan berpandangan sesama sendiri
sambil menanti kepulangan Dr Maxi. Pukul 4.30 petang Shida dipanggil ke pejabat Dr Maxi. Dia
ditanya jika tahu apa-apa tentang penyakit Farisha. Dr Maxi juga bertanya jika Farisha
mengandung. Shida tergelak kerana Farisha belum berkahwin dan tiada teman lelaki. Tiba-tiba
Shida teringat projek mini Farisha yang mungkin terlepas ke tangan orang lain.

Bab 9

Dr Maxi berbincang dengan Aqram dan Khairul Anwar. Dr Maxi berpendapat mungkin Farisha
keletihan selepas melalui 3 sesi berkomunikasi dengan Karl. Mereka mula memikirkan Plan B.
Shida akan menggantikan tempat Farisha. Tidak mudah untuk Dr Maxi membuat keputusan
kerana Shida tidak sebagus Farisha. Ada banyak prosedur perlu dilakukan untuk menggantikan
tempat Farisha. Masalah utama ialah cara mereka hendak meyakinkan Karl untuk berkomunikasi
dengan Shida. Karl telah menulis amanah, jika berlaku apa-apa kepadanya, hanya Farisha sahaja
yang boleh menyiapkan tugasannya. Mikrocip yang tertanam di tubuh Farisha telah direka khas
oleh Karl untuk menyalurkan pemikirannya kepada wanita itu. Karl menggunakan kaedah itu
sebagai satu kaedah telepati supaya dia boleh berhubung dengan Farisha. Di rumah, Shida mula
menyelongkar peti ais. Dia mencari jika ada sebarang ubat-ubatan yang dimakan oleh Farisha.
Hanya dua botol ubat gastrik. Shida tergerak untuk masuk ke bilik Farisha dan mencari jika
Farisha ada menyembunyikan ubat di dalam bilik. Tiba-tiba Shida terpandang almari baju. Gerak
hatinya kuat untuk membukanya. Perasaan bersalah menerpa. Dia tidak sepatutnya menceroboh
bilik Farisha tetapi Shida terpaksa. Dia ternampak fail plastik yang diikat dengan tali berwarna
coklat. Isi fail itu sangat mengejutkan Shida.

Bab 10

Pagi itu di arkib Soft Lab, Shida semakin teruja untuk mengetahui kisah Medina. Dia semakin
leka membaca buku laporan nipis bertajuk ‘Medina’. Shida tertarik untuk mengkaji tentang nama
ini kerana dia mendapati nama Medina telah dipadamkan daripada kebanyakan laporan kerja
penyelidikan. Acap kali Medina menjadi pembantu penyelidik kepada Karl. Ternyata seluruh
Soft Lab dibayangi oleh Karl. Shida mengeluh. Shida tidak perasan Alia datang ke belakangnya
kerana asyik membaca. Alia memberitahu Shida yang Dr Maxi memanggilnya ke bilik Makmal
B. Shida terkejut tetapi tidak bertanya soalan lagi. Apabila sampai di makmal, Aqram dan Dr
Maxi sudah menunggu. Belum sempat Shida bertanya apa-apa, Alia menekupkan kedua-dua
belah tangannya ke muka Shida. Selepas itu Shida tidak ingat apa-apa lagi. Shida tersedar
apabila Aqram mengejutkannya daripada tidur dan menyatakan sudah jam 2 petang. Aqram
menyuruh Shida makan tengah hari dan akan berjumpa semula pukul 2.30 petang di pejabat
Farisha. Shida tidak pasti adakah benar Alia ada memanggilnya tadi ataupun dia bermimpi.
Petang itu, di bilik Farisha. Shida mendapati Aqram, Dr Maxi dan Khairul Anwar sudah
menunggunya. Dr Maxi memulakan penerangan dan meminta Shida menggantikan tempat
Farisha. Shida terkejut kerana dia bukanlah seorang yang pakar dalam bidang teknikal. Dr Maxi
menenangkan Shida dan memintanya hanya mengikut arahan. Shida akan dibawa ke alam bawah
sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Situasi yang mereka saksikan adalah agak aneh.
Pergerakan tubuh Shida menunjukkan seolah-olah dia mengalami mimpi ngeri. Suis dimatikan
dan sesi ditamatkan apabila Shida mula membantingkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan.

Bab 11

Azraai melawat Farisha di hospital. Farisha ingin tahu nama ibu kandungnya. Ibu kandungnya
bernama Marilyn, wanita Portugal. Tiada rekod tentang nama bapa kandungnya. Farisha
bersyukur kerana dia diserahkan dan membesar dalam keluarga Islam. Perbualan dua beradik
terganggu apabila Farisha mengatakan dia bertemu ibunya dalam tidurnya. Azraai terkejut lantas
menyatakan Farisha dalam bahaya dan perlu dibawa keluar segera. Farisha ingin bertanya lanjut
tetapi dia tahu abangnya tidak suka dibangkang atau dipersoalkan. Azraai membawa adiknya
jauh dari Kuala Lumpur. Mungkin ke Kulai. Dalam perjalanan, Azraai menerangkan sebab-sebab
dia tidak membenarkan Farisha bertemu dengan ibunya. Ibu bapa Farisha merupakan orang yang
sangat taksub dengan sains dan sanggup mengorbankan anak sendiri demi sains. Pada masa yang
sama di pejabat Farisha, Shida sedang meronta-ronta dan berguling-guling di lantai. Nafasnya
kencang dan matanya terbelalak beberapa ketika. Karl telah menguasai jasad Shida. Perdebatan
berlaku antara Karl dengan Dr Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Karl tidak mahu Shida
menggantikan tempat Farisha. Farisha perlu dibawa segera ke Soft Lab. Sementara itu, dalam
perjalanan Farisha mengaduh kesakitan. Dia minta abangnya mencara ubat di dalam begnya.
Ketika itu juga cermin kereta mereka diketuk oleh dua lelaki berkaca mata hitam. Azraai
terpaksa membuka cermin tingkap apabila mereka mengacukan muncung pistol ke muka Azraai.
Dua lelaki itu membawa lari Farisha.

Bab 12

Azraai mulai cemas apabila Farisha dilarikan. Dia menghubungi Rosman untuk membantunya.
Azraai tidak sempat untuk menjelaskan situasi sebenar kepada Rosman yang kebingungan.
Mereka terus memecut kereta menuju ke Seremban. Dua lelaki yang menculik Farisha ialah
Farid dan Amin. Mereka berdua merupakan orang suruhan Marilyn, ibu kandung Farisha. Dalam
kereta, Farisha masih pengsan. Marilyn cuba berhubung dengan anaknya secara bawah sedar.
Perbualan itu dirakamkan. Dalam perbualan itu, Farisha meronta-ronta dan tidak mahu berjumpa
dengan ibunya. Sementara itu, di pejabat Farisha keadaan Shida agak terkawal. Namun
ingatannya terganggu dan bercampur aduk dengan ingatan Karl. Karl telah memindahkan
ingatannya selama 2o tahun ke dalam otak Shida. Alia berbual-bual dengan Shida. Alia
dahulunya ialah isteri Karl bernama Rusmina. Dia menjadi isteri derhaka kerana tidak mahu
mengikut Karl meninggalkan agama. Karl menyeksanya sehingga cacat. Walau bagaimanapun,
Rusmina tidak dibiarkan mati. Sebaliknya Rusmina diberikan nyawa baharu, wajah baharu dan
personaliti baharu yang dikenali sebagai Alia.

Bab 13

Dr Haris, doktor yang merawat Karl memaklumkan keadaan Karl kurang stabil. Aqram meminta
beberapa minit lagi untuk menamatkan sesi komunikasi bawah sedar antara Shida dan Karl. Alia
menyedari Karl telah menguasai tubuh Shida. Karl ( dalam tubuh Shida ) minta agar ikatan
tangannya dibuka kerana dia telah mendapat ilham untuk menghapuskan virus yang menyerang
Dinara. Jari jemari Shida pantas menari-nari menaipkan beberapa baris program di terminal
kawalan Dinara. Belum selesai tugasnya, tiba-tiba datang seorang wanita dan dua lelaki berdiri
di muka pintu. Medina?! Dr Maxi dan Alia terkejut. Shida menghentikan tugasnya menyahaktif
virus dan terpaksa berdepan dengan Medina. Farisha yang tidak tahu apa telah berlaku, terkejut
dengan suara Shida yang berubah. Farisha turut tertanya-tanya kenapa orang di pejabat itu
memanggil ibunya ‘ Medina’. Medina @ Marilyn membuka rahsia 26 tahun lalu. Karl ialah bapa
kandung Farisha. Sejak Farisha kecil, bapanya telah menanam implan beberapa kali di dalam
tubuh Farisha tanpa ubat bius. Farisha juga telah diberikan berjenis-jenis ubat untuk
menjadikannya kanak-kanak genius. Kaki Farisha longlai apabila mengetahui kebenaran asal
usul dirinya. Dalam keadaan tegang itu, Dr Maxi menerima panggilan daripada Dr Haris yang
mengatakan Karl sedang nazak. Aqram dan Khairul Anwar menamatkan sesi Shida dan Karl.
Medina membentak agar diberikan peluang bercakap dengan Karl. Dia tidak tahu Karl sedang
nazak. Semua orang bergegas ke rumah agam Karl, di Puchong. Keadaan semakin genting,
Farisha minta penjelasan daripada Aqram.

Bab 14

Farisha berdepan dengan saat-saat yang paling hiba. Dia akan bertemu dengan ayah kandungnya
dalam keadaan yang tidak dijangka. Karl terbaring dan aktiviti otaknya semakin menurun.
Setiap orang diberikan peluang untuk bertemu secara berseorangan dengan Karl. Tepat jam 7
malam, Karl menghembuskan nafasnya. Alia meraung, Medina hanya teresak-esak. Farisha
hanya terkedu. Wasiat terakhir Karl, agar mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka.
Selepas Subuh hari Ahad, upacara itu disempurnakan oleh berpuluh-puluh orang pekerja Soft
Lab. Farisha berasakan cinta Medina dan Karl sungguh aneh, walaupun bersaing dan salin
mencabar tetapi Medina masih sayang akan Karl. Dalam perjalanan pulang dari upacara itu,
Aqram beriringan dengan Shida dan Farisha. Tetapi Aqram dan Farisha berasa pelik dengan
sikap Shida. Dia mula berfalsafah seperti Karl. Aqram berasa sesuatu yang tidak kena kerana
tiba-tiba Shida ketawa panjang dan garau. Aqram merenung tepat ke mata Shida dan mendapati
Karl berada di dalam tubuh Shida. Farisha berlari ketakutan dan mendapatkan Medina.

-Lima kekuatan novel-

Kekuatan yang pertama ialah jalan cerita yang menarik dan futuristic kerana penggunaan IT
yang luar biasa dan tidak dapat dijangka ramai. Kekuatan yang kedua ialah mini Soft Lab yang
merupakan projek untuk menggodam sistem dinara dan mereka mempelawa Farisha untuk
membantu mereka. Kekuatan yang ketiga ialah cinta Medina dan Khai kerana walaupun bersaing
dan saling mencabar tetapi Medina masih sayang kepada Karl yang aneh bagi Farisha. Kekuatan
yang keempat ialah selepas Farisha mengetahui yang bahawa ayahnya iaitu Karl dan apa yang
telah Karl lakukan kepaadanya. Kekuatan yang kelima ialah plot cerita yng tersusun dan menarik
untuk pembaca muda.

-Lima kelemahan novel-

Kelemahan yang pertama ialah novel ini tidak realtisik seperti novel yang lain. Kelemahan yang
kedua ialah cara penulisan di dalam novel ini memeningkan pembaca terutamanya pembaca yang
berada di lingkungan sekolah menegah. Kelemahan yang ketiga ialah penamat cerita yang tidak
memuaskan hati pembaca seperti, Karl yang disangka mati itu telah hidup kembali di dalam
badan Shida yang membuatkan pembaca keliru dan memikirkan ia tidak masuk akal. Kelemahan
yang keempat ialah Sikap Karl yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang bapa yang sanggup
merisikokan anaknya sebagai bahan uji kaji dengan menanam implan beberapa kali di dalam
tubuhnya tanpa menggunakkan ubat bius dan memberikan pelbagai ubat-ubatan kepadanya
supaya dapat menjadikan anaknya genius. Kelemahan yang kelima novel ini menunjukkan
kelicikan robot yang berjaya memperdayakan manusia dan peristiwa yang berlaku ini dapat
menjadikan pengajaran kepada pembaca.

-Lima cadangan penambahbaikan-

Cadangan yang pertama ialah penulis boleh membuatkan cerita ini lebih realistik. Cadangan
yang kedua ialah penulis perlu menulis penamat tersebut dengan dramatik atau penamat yang
baik selain daripada Karl hidup kembali di dalam badan Farisha yang tidak masuk akal.
Cadangan yang ketiga ialah penulis perlu memperbaiki cara penulisan kerana penulisan ini
membuatkan pembaca kurang faham dengan jalan cerita. Cadangan keempat ialah penulis boleh
menulis jalan cerita yang menimbulkan saspens kepada para pembaca. Cadangan kelima ialah
penulis boleh menarikkan perwatakan setiap watak di dalam novel ini.

Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

-Pengenalan-

-Cerita ringkas-

Dari jendela terkuak yang Jalan menghadap jalan, Lili mengaut beribu pengalaman yang
menerjah dari luar. Juga menghadam makna hidup dari isi rumah yang penuh sejarah. Cerita
datuk yang teguh memaut tradisi, kisah nenek yang mengembara mengutip kematangan usia;
semuanya mencantumkan keinginan Lili untuk mengetahui falsafah di sebalik jendela itu.

-Biografi-
Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah. Alhamdulillah
sepenuh masa hamba Allah. Mendapat pendidikan sehingga Sarjana Pengurusan Kewangan,
pernah berkhidmat sebagai juruaudit, pengurus kewangan dan penasihat kewangan di beberapa
buah syarikat pembinaan dan konsultansi. Pernah berkhidmat di Tak Community Collegge
sebagai tenaga pengajar separuh masa program budaya Asean 2012-2013. Bermula tahun 2016
memilih untuk bekerja secara freelance (tapi hal ini ternyata menambah kesibukannya terhadap
kerja hakiki) supaya boleh menulis pada bila-bila masa yang disukai dan melakukan perkara lain
yang lebih bermanfaat selain bekerja keras hanya untuk membayar bil dan cukai-cukai. Ahli
Badan Bahasa dan Sastera Sabah serta ahli seumur hidup Penulis Nasional (PENA). Menjadi
pembimbing dan mentor bagi MPR peringkat negeri Sabah, bengkel penulisan novel dan cerpen
anjuran unit Penerbitan DBP cawangan Sabah.

-Kulit muka hadapan dan belakang-

-Sinopsis-

-Sinopsis keseluruhan-

Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-sama ibu dan bapanya di Kuala
Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di
kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan perasaan
hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.
Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan dirinya lebih
tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang pertama yang
membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Sejak
belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih kepada cara perubatan
moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka yang masih muda.

Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua
berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada ataupun
membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam perjalanan ke
kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi
bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.

Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah. Anak Che
Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka mencuri dan terlibat
dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari bandar, dia telah
ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak diketahui dan telah
ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.

Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat yang
berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan anak-
anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang tidak
bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk berubat dengan
datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga pulih. Setelah
pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan sejarah kedatangan mereka ke situ
dan rahsia jendela yang menghadap jalan.

Sinopsis Bab 1

Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di
kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili
tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga
hati ibunya.

Sinopsis Bab 2
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan mengandang
dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh. Dari Kuala
Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam perjalanan. Di dalam
bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-
buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti
Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang
tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina
atau kacukan.

Sinopsis Bab 3

Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili sedang
menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula oleh
pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya
untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang
Rashid untuk pulang.

Sinopsis Bab 4

Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang luas
terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar.
Menurut nenek datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung
bersama-sama dengan masyarakat kampung.

Sinopsis Bab 5

Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula datuk
begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit
secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan
penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak
hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek
menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan
tradisional yang belum tentu kepastiannya.
Sinopsis Bab 6

Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang
terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian
nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya
isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk
dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau
nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan.
Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah
kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.

Sinopsis Bab 7

Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak
menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akhrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha,
ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah
berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika ini saiz
badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya
mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya yang begitu terkenal
di Pekan Sentosa ini. Lili merasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya
dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.

Sinopsis Bab 8

Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu menguji Lili
tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui
bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca daripada
kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang Tuk
Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran keluar
negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga terlupa segala-galanya.
Sepanjang berada di kampung Lili merasa keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di
dusun yang dikutip oleh Abang Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan
bahawa berlaku kekecohan di surau kerana William cuba dipengaruhi penduduk-penduduk
kampung supaya tidak mempercayai pengubatan tradisional disamping memujuk supaya
menjualkan tanah bagi tujuan membina rumah sewa.

Sinopsis Bab 9

Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat
dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah
memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah
masjid.. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau berbanding
membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Disamping itu juga, Danel telah
menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan tradisional.
Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk menyakinkan
penduduk-penduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk menerima
hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan kaedah
perubatan moden, kerana semua bahan-bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden
supaya penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa
berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.

Sinopsis Bab 10

Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih ramai
penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh
dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang diberikan itu belum
tentu dapat menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak dapat
menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata-kata datuk boleh
diterima pakai oleh penduduk-peenduduk kampung termasuk William, malah Berjaya
mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan
menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang
untuk membangunkan tanah penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan
antara penduduk sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.
Sinopsis Bab 11

Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik sahaja
masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk membaca
kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung, tanda menahan
kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah mencapai lebih
tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan secawan kopi
untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa
secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk
dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk semula dan
datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita, namun berdasarkan soalan-
soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak
ketahui.

Sinopsis Bab 12

Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-penduduk kampung. Sama ada ingin
mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk- penduduk
kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang
alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan surau
lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana bimbang
kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah
kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti
bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan
seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke
rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki tua
melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan
pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus
menghantar Lili pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja
sampai ke rumah Lili ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan
seorang perempuan.

Sinopsis Bab 13
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala Lumpur.
Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada
menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk
memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan
berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya, datuk
menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk menenangkan fikirannya. Keesokan
harinya datuk menyusun barang-barang lama yang bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-
henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan
ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi
terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan
Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan itu
tidak berjawab.

Sinopsis Bab 14

Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada
kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah
mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili
berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka
merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik
dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan
terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal
berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.

Sinopsis Bab 15

Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha
memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil kerana
memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabaran tersebut. Datuk
masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah pergi
mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya datuk
pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-
akar kayu dan daun-daun hutan.
Sinopsis Bab 16

Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di
hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tetiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-
buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek.

Datuk menyambut kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku
sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang.
Mereka bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh
Lili dan Geetha sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji
kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek Lili.
Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan
untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang Lili, terserempak
dengan adengan kejar-mengejar beberapa orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili
mungkin kenal pemuda-pemuda tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik
sahaja tiba di rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut
oleh Datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan datuk dengan
Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan terutamanya
pisang.

Sinopsis Bab 17

Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara panjang
lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar- besaran di
Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan
tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah
berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian
perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh
menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan disamping boleh menyembuhkan pelbagai
penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa
gatal akibat gigitan nyamuk.

Sinopsis Bab 18
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang
pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat
diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili yang ternampak
juluran ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili menemaninya ke
pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek. Mereka ke pekan
menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam bas, Danel
memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.

Sinopsis Bab 19

Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua biji
burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit darah
tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan masakannya
sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa pengetahuan Lili.
Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran. Mereka singgah di
pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili merancang untuk singgah
ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai
menyusuri jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja
sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang
lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah yang sering
menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam yang
dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat
perculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah.

Sinopsis Bab 20

Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang
menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat
persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-
penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan
merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan
dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah dan pecah rumah.
Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut ibunya sendiri, juga orang-
orang kampung menyumpah-yumpah supaya anaknya ditangkap dan dimasukkan ke dalam
penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah nenek menyambut kepulangan Lili dengan tangisan
kerana bimbang akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang
menimpa Lili.

Sinopsis Bab 21

Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah keluarga
yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita nasib mereka
dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk- penduduk kampung
merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa simpati dengan
keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat yang
diperolehi dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negetif dan menyedihkan. Oleh itu,
Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus
dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan
pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili
memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas faktor
keselamatan.

Sinopsis Bab 22

Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-
penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili
bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya
merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah
Che Jah, Lili dipersilakan disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah
menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah
lagi, Haziq semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah
dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul
bebas dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon
maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas
telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk
dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di rumahnya, dia tidak
menolak pelawaan itu.
Sinopsis Bab 23

Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga
memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kekadang boleh
mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masuh belum selesai
dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah merupakan
seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-anaknya, tetapi
juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk Seman ialah suka
berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa
kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan perbuatan
Seman yang tersalah mendidik anak- anak dalam membina keluarga bahagia.

Sinopsis Bab 24

Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di
puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita dari
datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau telah
menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang Rashid lebih
suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga
dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang penting
ilmu-ilmu agama ditegakkan.

Sinopsis Bab 25

Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah surau
atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih selamat
tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu berkomunikasi
dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang dimasak sendiri
dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan harga minyak
petrol dan disel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua
penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya.
Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli
Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah
menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan dibelasah
oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk perwatakan
Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala
Lumpur seminggu lagi.

Sinopsis Bab 26

Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah masjid
dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli
keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat dan lebih member
tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak membantu, seperti
menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga mereka
bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung terletak di bawah
tanggung jawab Danel sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.

Sinopsis Bab 27

Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang Rashid
pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada
sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah.
Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku. Sebaik-
baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang.
Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba- tiba seorang pemuda jatuh
terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik
angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan
mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya
berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana
tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.

Sinopsis Bab 28

Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan
perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan
isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk
meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan
pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam
usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk
kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai
penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga.
Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian
warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada
Kak Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan oleh pihak
berkuasa.

Sinopsis Bab 29

Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi oleh
Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan
balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan
menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang
dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk
meengadakan pertemuan dengan penduduk- penduduk kampung.

Sinopsis Bab 30

Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan dengan
penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak pak busu pada hari Jumaat nanti.
Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga
Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah
Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.

Sinopsis Bab 31

Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah
pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi
berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang cukup
lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan rawatan
mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang dengan keputusan
datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka
berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-
undang.
Sinopsis Bab 32

Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki
angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan
lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu
yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah, penduduk-
penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua penduduk kampung
berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat
dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung
tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah.
Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia
hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.

Sinopsis Bab 33

Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai raya.
Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak
berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq.
Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar
ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan
mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos
rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk
kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq
dihantar ke hospitan untuk mendapatkan rawatan.

Sinopsis Bab 34

Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang datang
memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka.Datuk pula dituduh cuba
melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili.
Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk terlibat
dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula
menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek rumah
kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah- tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan,
penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari
keletihan dan mampu tersentum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis
syabu sehingga system tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan
membantunya sehingga pulih.

Sinopsis Bab 35

Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke Kuala
Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh semua
penduduk dan ketua kampung.

Sinopsis Bab 36

Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung dan
akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan
pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang
jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman penjajahan
hinggalah ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela menghadap jalan.
Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal dari Tanah
Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap
berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula
akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap
Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui tentang
jendela menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis artikel tentang pisang.

-Lima kekuatan novel-


-Kekuatan yang pertama ialah datuk yang arif tentang herba-herbaan yang terdapat di kampung
dan handal mengendalikan perubatan tradisional yang telah digunakan berdekad-dekad oleh
masyarakat dahulu. Beliau mengubati orang di kampung beliau dan masyarakat kampung amat
kagum dan hormati datuk kerana ilmunya yang hebat dan juga membawa kebaikan di kampung.
Kekuatan yang kedua ialah novel ini juga menceritakan tentang keadilan untuk orang yang
ditindas, seperti, Che Jah bersetuju untuk mengheret suaminya ke muka pengadilan selepass apa
yang telah suaminya lakukan kepada beliau. Kekuatan yang ketiga ialah memberikan informasi
tambahan tentang kebaikan dan fungsi pisang di dalam kehidupan seharian yang dapat mengajar
pembaca tentang perkara yang baharu. Kekuatan yang keempat ialah novel ini dapat memberikan
kesedaran kepada pembaca bahawa keganasan rumah tangga amatlah berbahaya kepada diri dan
keluarga, novel ini juga telah menyatakan antara punca sebab belakunya keganasan rumah
tangga. Kekuatan yang kelima ialah terdapat kesan pengaruh rakan sebaya yang dihadapi oleh
Rafiq dan Haziq, pembaca boleh mengambil peristiwa tersebut sebagai pengajaran dan
mengelakkan diri mereka dari terjebak.

-Lima kelemahan novel-

-Kelemahan yang pertama ialah novel ini mempunyai jalan cerita yang perlahan yang
membuatkan pembaca berasa bosan dan tertunggu dengan perkara yang akan jadi. Kelemahan
yang kedua ialah datuk menceritakan kenapa adanya jendela menghadap jalan di akhir cerita
yang membuatkan pembaca tertunggu-tunggu namun tetapi jawapannya agaklah tidak dapat di
jangka. Kelemahan yang ketiga ialah cerita yang bercampur-campur dan sangat rawak. Sebagai
contoh, tentang kubah masjid, keganasan rumah tangga dan penculikan. Kelemahan yang
keempat ialah penulis menyatakan bahawa Lili merupakan seorang gadis yang bijak namun
tetapi, penulis tidak menerangkan atau menunjukkan di dalam cerita ini. Kelemahan yang kelima
ialah watak yang wujud di dalam novel ini seperti Geetha dan Danel hanya untuk memberikan
nilai murni dan pengajaran kepada pembaca.

-Lima cadangan penambahbaikan-

Cadangan yang pertama ialah penulis perlu memperbaiki jalan cerita dengan meletakkan
peristiwa yang dramatik agar dapat menarik perhatian pembaca. Cadangan yang kedua ialah
penulis juga perlulah memperbaiki plot cerita supaya lebih tersusun dan tidak mengelirukan
pembaca. Cadangan yang ketiga ialah penulis perlu menulis novel dan kekal terhadap motif
tajuknya tanpa menukar-nukar ceritanya yang membuatkan pembaca berasa bosan dan keliru
dengan jalan cerita. Cadangan yang keempat ialah penulis boleh meletakkan peristiwa yang
berkaitan dengan watak supaya dapat membuktikan perwatakan yang dinyatakan oleh penulis itu
diyakini betul. Cadangan yang kelima ialah penulis perlulah membuat watak berfikiran rasional
tentang kubah masjid tersebut seperti peristiwa orang kampung yang tidak boleh menyelesaikan
masalah tersebut walaupun masalah tersebut mampu diselesaikan.

Pantai Kasih karya Azmah Nordin


-Pengenalan-

-Cerita ringkas-

"Kita sudah berusaha bersungguh-sungguh dengan memberikan perkhidmatan yang terbalk


kepada pesakit itu. Sebagai seorang doktor, kau sepatutnya lebih faham tentang hal itu." pintas
Doktor Uwang. serius. "Dan lagi. sama ada berjaya ataupun tidak sesuatu operasi, hanya Tuhan
yang tahu. Hanya Tuhan yang menentukan segala-galanya."

"Saya kira, adalah sangat tidak wajar jika kita menyalankan Tuhan atas perkara yang bukan-
bukan, jika yang melakukan kesilapannya ialah manusia itu sendiri," balas Raiha, hilang sabar.
"Jadi. tindakan kau menyoal aku dengan perkara yang bukan-bukan, wajarlah ya?" tingkah
Doktor Uwang. "Tidakkah kau sedar, perbuatan kau sekarang sama sahaja macam
mempertikaikan kewibawaan aku sebagai seorang pakar bedah?"

-Biografi-

AZMAH NORDIN dilahirkan di Kulim, Kedah Darul Aman pada 10 Januari 1958. Kini, beliau
bermastautin di Sabah semenjak tahun 1973. Pada tahun 1985 Azmah Nordin mula melibatkan
diri dalam dunia penulisan dan giat menghasilkan karya-karya dalam genre cerpen dan novel
termasuklah novel kanak-kanak, remaja dan dewasa. Sehingga hari ini, beliau telah banyak
menghasilkan karya. Yang berikut ialah karya-karya yang telah dihasilkan oleh Azmah Nordin.

-Kulit buku hadapan dan belakang-


-Sinopsis-

-Sinopsis keseluruhan-

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi
mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya,
yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu
Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang
tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada
X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan
mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.
Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.

Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata
mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun
pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di
institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan
klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang
dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan
sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin
tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai
mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan untuk
mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-
kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya.
Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan
yang berhampiran dengan pusat rawatan itu. Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor
yang profesional, Raiha tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan
menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan
untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.

BAB 1

Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
menghadapi masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi perjalanan
hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang untuk
membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha berasa
curiga mengapa pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit pada
tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya, namun
Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama kepada
pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu
memuaskan semua pihak, sebaik mungkin dan seboleh mungkin telah mencurigakan kredibiliti
doktor idolanya itu. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya
terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz sebagai suami.
Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia memberikan bantuan kepada Doktor
Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya yang membentak
apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang
Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan profesional berpendapat
bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah kurang tepat dan akan menyebabkan
kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap larangan ayahnya supaya bidang pakar
pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak
berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang. Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang
banyak pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan
sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan gaji yang
lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia
berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap aku janjinya sebelum in
menyesakkan dadanya dan tidak adil terhadap dirinya seterusnya membakar semangatnya hingga
rentung. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada malam yang menggemparkan itu.
Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya juga
kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu
sukar dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir
tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang
sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayangi dengan prasangka. Sehingga jururawat Ariana
yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut diteguri kerana asyik
bergayut di telefon sahaja. Atas permintaannya sendiri dia tidak bertugas pada sebelah pagi
sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak perlu dilaksanakannya memberi
peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan Raiha.

BAB 2

Doktor Uwang berpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada
orang gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulu pun dihantar
belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok
untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang
berpendapat anaknya itu tidak harus pulang langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan
Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang doktor
berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang
menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan
asalnya berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun akur
dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK. Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya
sama seperti Raiha yang ada kalanya seperti memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia
berpendapat bahawa untuk mendapat kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan
alat perubatan. Doktor Uwang juga sering mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan
kepala lututnya namun belum sempat membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh
sebab dia kurang sihat untuk melakukan pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas
itu diserahkan kepada Raiha. Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha
mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali
sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati

terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angkuh dan
beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor
Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan
sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatannya juga turut dibayangi
oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.

Sinopsis Novel Pantai Kasih Bab 3

Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika itu.
Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang.
Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati
serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran
dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan
pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali
cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaanya begitu. Dia terbayang kembali
peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran kematian anak
perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah
doktor itu. Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur
dan menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang
kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak
berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai penawar
kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh
tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana
kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah
dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut. Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya.
Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya tentang punca kematian anaknya juga tentang
keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha
juga teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan
mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpuca daripada Doktor Sadiz
menyebabkan sanak saudara yang selama ini menyokongnya semakin berundur dari hidupnya.
Raiha juga teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat
kelas menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan

berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit
adalah salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah
lama antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia
menghilang selepas kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama
menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor.

Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan
bahawa Raiha sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga
meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha. Namun
Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa adalah barang
kemas miliknya hasil titik peuhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati
sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak
bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat elit.

Sinopsis Pantai Kasih bab 4

Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam milinya yang terletak tidak jauh dari
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam misteri
kematian anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia di
apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang
membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa
nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu
kawasan di hulu lubuk dalam daerah Ranau. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang
melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam muncul. Raiha ingat ketika dia mengandungkan
bayi hasil persenyawaan sperma suaminya itu. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz
supaya menggugurkan bayi yang sedang dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut
tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan
menyebabkan dia malu dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang
cacat. Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum
dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau
panggilannya ‘Ayu’. Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di
Pusat Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat
jelas. Dia berharap selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang.
Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang
akan rungutan dan kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan
yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini. Doktor
Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang mempersoalkan
kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul hingga keenam kalinya
itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk
memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke
ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang
membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil menonton rancangan
‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan
disaksikan di hadapan matanya sendiri. Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul
seorang pesakit lelaki yag pernah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.
Dengan garangnya pesakit itu membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia
bingkas ingin memanggil Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia
mencadangkan Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut
sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan
tidak dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengaja mahu
menipu. Felicia juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko
yang terpaksa dihadapi oleh pesakit. Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit
itu tetapi pesakit itu digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan
Felicia terjelopok, namun itu hanyalah hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat
muka suasana menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Novel Pantai Kasih Bab 5

Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang
mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari
ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh
seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang,
begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan penggantian sendi
pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka menggangu hasratnya untuk mengaut
keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Doktor Uwang yang menghabiskan masa
menikmati kehangatan kelab malam sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam
yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan
mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah itu.
Tiba-tiba wanita-wanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim
Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka
dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan
tangannya ngilu yang amat sangat. Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba
menganggu kredibilitinya selama ini. Hal ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik
farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad
menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor
Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad
bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu.
Dalam keadaan separa khayal dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya,
Sister Felicia didapati terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan
bahawa dia tergelincir di situ.

Sinopsis Novel Pantai Kasih Bab 6

Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya
bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang menghantar
pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam
perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz
mendapati pintu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa
aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz
bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya. TIdak sampai lima minit
kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut. Doktor
Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan keretanya
sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor Uwang menawarkan diri untuk
membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi
tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk
pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas
selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan
pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka
memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor
Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya
menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Uning Siro dan panggilan
tersebut amat penting. Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut
dan tidak tenteram. Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang
sehingga terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat
yang sama membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila
Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam
ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak
Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan apa
sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi
tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia,
dia tidak sepatutnya melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah
kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam preawatan itu. Mengasari
orang yang memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta
Felicia supaya tidak mengulanginya lagi. Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan
telefon itu memintanya datang segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke
sana sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang
tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar
bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram
dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari
apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Sinopsis Pantai Kasih Bab 7

Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih begitu
tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai mempertikaikan
kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang
sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus
Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang
musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya
diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak
hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia
berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya. Felicia juga
jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib sekelas yang berjaya
menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan peristiwa hitam
yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat jirannya yang
mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga
tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui
dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-
rakan sekolah. Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat
batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti
seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor
muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya
itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu. Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat
Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk
tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan
antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang
dihuni oleh Unong SIron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia
kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia
menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa
mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat
panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang
tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain
turut juga menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai
Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak
fikirannya, Raiha berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.

Novel Pantai Kasih Bab 8

Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti. Lamunannya
terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan anaknya
selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak
berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama
apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong
yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya
berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan
ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatahlagi ingatan terhadap
sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.
Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi
ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan
menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk menenangkan
penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu
Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan
anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal
keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan
bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan
meminta penceroboh itu ke hospital tersebut Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron
menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah
universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester.

Sinopsis Novel Pantai Kasih Bab 9

Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di
dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng
memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan
pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga terimbas
kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke
atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekaipun bukanlah salahnya. Dia juga

terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi
dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh
badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini. Doktor
Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas
menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah apabila
mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak perempuannya. Dia juga
teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol selepas itu dan berhenti di
sebuah rumah tumpagan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak
lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di
situ. Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana
wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu
bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah
sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah
urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop
sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada
penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang
sepatutnya sesuai menangani kes anak peremuan tua itu. Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang
tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan
membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang
keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan
tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang memngekori lori
minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu
trafik. Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat
seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya
kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-
pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelematkan nyawanya dan
melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelengan tangan dan
lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut. Akhirnya
Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan
membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi
saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri
terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia
turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut.
Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

-Lima kekuatan novel-

Kekuatan yang pertama ialah kisah hidup doktor yang menjadi inspirasi murid-murid untuk
mendorong diri mereka ke bidang perubatan agar dapat melahirkan lebi banyak doktor yang
berkaliber di kalangan masyarakat dan memajukan negara dari segi perubatan. Kekuatan yang
kedua ialah penamat cerita yang bagus dan tidak dijangka oleh pembaca. Kekuatan yang ketiga
ialah penulis menjelaskan tentang pembedahan yang dilakukan dengan bagus dan teliti supaya
pembaca dapat menambah ilmu pengetahauan yang baru. Kekuatan yang keempat ialah memberi
pengajaran kepada pembaca supaya bertanggungjawab dengan amanah yang diberi dan tidak
mangambil wang secara suka-suka. Kekuatan yang kelima ialah personaliti watak utama yang
baik iaitu Raiha bagus untuk dicontohi oleh pembaca muda.

-Lima kelemahan novel-

Kelemahan yang pertama ialah jalan cerita yang menyatakan bahawa seorang doktor pergi ke
kelab malam yang merupakan teladan buruk kepada para pembaca and pelajar kerana perkara ini
dapat mempengaruhi pelajar bahawa itu perkara yang biasa dan di normalisasikan oleh seorang
doktor. Kelemahan yang kedua ialah penulisan cerita yang berulang seperti, penulis kerap
menulis peristiwa yang berlaku kepada anak Raiha. Perkara ini membuatkan pembaca berasa
bosan dengan jalan cerita. Kelemahan yang ketiga ialah cerita mempunyai banyak konflik yang
tidak sesuai kepada pembaca muda kerana mempunyai unsur-unsur negatif. Kelemahan yang
keempat jalan cerita yang susah untuk difahami kerana penulisan novel tersebut tidak jelas.
Kelemahan yang kelima ialah cerita ini mempunyai unsur seksual yang tidak sesuai untuk
pembaca bawah umur kerana dapat menjejaskan pemikiran pembaca dengan perkara yang
negatif.

-Lima cadangan penambahbaikan-

-Cadangan yang pertama ialah mengurangkann konflik di dalam novel supaya novel ini sesuai
untuk pembaca muda agar peristiwa di dalam buku tidak mempengaruhi pemikiran pelajar
dengan perkara yang negatif. Cadangan yang kedua penulis perlu tidak menulis tentang gaya
hidup yang tidak sihat dan buruk kepada pandangan masyarakat supaya dapat mengelakkan
daripada pembaca mengamalkannya. Cadagan yang ketga ialah penulis perlu tidak menulis unsur
seksual di dalam novel kerana novel ini merupakan novel untuk pembaca semua umur kerana
unsur tersebut merupakan perkara yang negatif. Cadangan yang keempat ialah penulis perlu
menerangkan jalan cerita dengan lebih jelas supaya pembaca tidak keliru. Akhir sekai penulis
perlulah mengurangkan penulisan yang berulang di dalam cerita kerana pembaca akan berasa
bosan.
-Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip-

-Pengenalan-

-Cerita ringkas-

Songket Berbenang Emas mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan
disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga
menganggu tumpuannya terhadap peperiksaan yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya. Apabila ibunya dirawat di Hospital
Permai, dia terpaksa keluar asrama untuk mejaga adik-beradiknya. Tekanan bertammbah kerana
hubungan dia dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke
sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah diecemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan, Hadiah atas
kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan ialah kejayaannya untu melanjutkan pembelajaran di
Jepun dan pertunangan dengan Azhari.

-Biografi-

Novel ini merupakan karya Khairuddin Ayip yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Beliau telah
menghasilkan pelbagai karya kreatif seperti novel remaja, cerpen dan sajak. Hasil
penglibatannya dalam penulisan kreatif, beliau telah memenangi beberapa anugerah seperti
tempat pertama dalam peraduan menulis Novel Kanak-Kanak DBP pada tahun 1987 dengan
karya Sayang Disayangi. Selain itu, beliau juga berjaya mendapat tempat pertama dalam
peraduan menulis Novel Remaja DBP pada tahun 1990 dengan karya Songket Berbenang Emas.

-Kulit buku hadapan dan belakang-


-Sinopsis-

-Sinopsis keseluruhan-

Novel Songket Berbenang Emas menceritakan tentang seorang anak sulung dan pelajar bernama
Dahlia yang menghadapi kesusahan dalam keluarganya. Beliau merupakan seorang pelajar yang
cemerlang dan disenangi oleh rakan-rakan sekolah tetapi tumpuan terhadap pelajarannya
terganggu akibat masalah keluarga. Ibunya, Saleha dimasukkan ke Hospital Permai kerana
menghadapi masalah mental manakala ayahnya telah dipatuk ular dan perlu dimasukkan ke wad
hospital selama beberapa hari. Adiknya pula, kurang minat untuk belajar kerana terpengaruh
dengan rakan-rakan. Dahlia juga terpaksa keluar daripada asrama untuk melakukan kerja-kerja
rumah dan menjaga adik-adiknya. Walaupun terdapat banyak dugaan dan musibah yang dihadapi
oleh Dahlia, beliau kekal tabah. Tekanan hidup Dahlia bertambah apabila hubungannya dengan
Azhari depandang serong oleh jirannya. Dahlia juga berani terjun ke sungai untuk
menyelamatkan Said tetapi dicemuh kerana usahanya gagal untuk menyelamatkan Said. Satu
hari, adik Dahlia iaitu Abu Bakar telah menjumpai dua biji telur ayam berwarna hitam yang
mengandungi paku , cincin akek, butiran pasir dan jarum semasa membersihkan kawasan rumah
mereka. Selepas peristiwa tersebut, Saleha beransur pulih dan dibenarkan untuk pulang ke
rumah. Nek Kiah tidak lagi membenci dan menghina keluarga Dahlia dan insaf apabila melihat
liku-liku yang diharungi mereka. Dahlia terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dan
selamat ditunangkan dengan Azhari.

Sinopsis Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti

Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah, Dahlia
berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu
Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak lengkap.
Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu
bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu
memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos
nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan
merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu
keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.

Sinopsis Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh

Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan
sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari. Aton
juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka tinggal di
asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya masih ada.
Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”. Sewaktu sampai di
rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati memberitahu emak
mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan
memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis. Dahlia
telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk
membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang. Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di
kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap sendirian dan tidak mempedulikan
panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga
tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis. Tiba-tiba, ayahnya Embong muncul dan
bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah
emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di
tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan ayahnya supaya
mendapatkan bantuan orang kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.

Sinopsis Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami

Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya sama
ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki
dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu
adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan dan
kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih seperti
sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya. Nek Kiah
memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia memberitahu, beliau terpaksa berbuat
sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan keluarga Dahlia kerana
mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-
anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung
Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka
adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah
melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.

Sinopsis Bab 4: Dibuai Kenangan Indah

Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali pantun
yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu.
Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti keadaan
keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki diri sendiri
dan keluarganya. Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi
Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham
orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh ayahnya yang menyuruhnya
pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan
adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan
masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang
menjadi punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan
masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. Embong mengimbas
kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan
keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak
seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai
cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa isterinya pernah memberitahu
bahawa sejak belakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga
sering terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah. Embong dikejutkan oleh
suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu Dahlia doktor memaklumkan
emaknya hanya runsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada
Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan
perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah
kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia
yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred
tiga dalam SPM.

Sinopsis Bab 5: Kata Setajam Pedang

Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada
hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia
tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari Ahad
itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim
iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani,
warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca
kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu. Dahlia tidak dapat
menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak, Anggerik dan ayahnya. Siti
Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul 2:00 petang untuk
membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia memberitahu dia
tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di hospital. Pada petang itu,
Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya macam-macam.
Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke hospital untuk
berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman
memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru.

Sinopsis Bab 6: Ditelan Arus Deras

Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah menyalahkan
nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya bertanyakan
emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul dengan
perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek
Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai
raya. Dia memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh
syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena. Nek Kiah telah
mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda pangkah supaya
hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak
percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Tiba-tiba
Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang dibawa
arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah
menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk kampung
itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu
membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi
malangnya Said telah tiada.

Sinopsis Bab 7: Berbudi Berbalas Nista

Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas itu,
Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton
mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan
Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar kata-kata Aton.
Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah
pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau
yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang mempersoalkan
kematian Said dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya. Namun, Embong
tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh. Dalam perjalanan pulang ke rumahnya,
Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba
menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia menangis setelah pulang dari rumah
Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong pergi memotong buah kelapa sawit
di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia
sedang memasak di dapur dalam keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh
hati Embong kerana sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan
bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya.
Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa
sebesar paha melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa
itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan
Embong panik.
Sinopsis Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan

Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar apabila
terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa
Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah
Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-kata
untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati bertindak
sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila. Dahlia
menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan
menyenangkan kehidupan mereka. Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia
ketakutan. Embong kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya
membuang ular itu. Embong membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang
dengan maut untuk menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk
mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari
rumah dan pergi memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia
memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup
mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda
Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.

Sinopsis Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa

Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya
untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke
klinik. Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah
dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha
sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal usulnya. Seman mencadangkan agar
tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari
pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah itu yang
dapat dijual dengan harga RM15,000 .

Sinopsis Bab 10: Selamat Tinggal, Asrama Puteri !


Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu bahawa
dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu Salwani
meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat bulan sahaja.
Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan. Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang
memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik
Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah
berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus
dengan cemerlang dalam STPM.

Sinopsis Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak

Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal.
Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong
berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di
Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia balik
kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong mengatakan nanti
Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai.
Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk meminjam
daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan suka
membantunya.

Songket Berbenang Emas Bab 12:Air Mata Menitis di Hospital Permai

Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya. Doktor
Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan ingin
mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga menjelaskan
kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan. Doktor Ridhuan memanggil
Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16. Dahlia terkejut kerana Azhari
bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja sementara di situ baru dua minggu.
Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari pergi melawat
emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan Dahlia sebagai pengutip
hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi
dari situ.

Sinopsis Songket Berbenang Emas Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan

Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang lelaki.
Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia memberitahu
keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat. Apabila Dahlia
melihat ayahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara sebenar. Dahlia tidak
mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula, Mawar akan menghadapi
peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya bahawa dia telah keluar dari
asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang kambingnya. Embong terkejut apabila
melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.

Sinopsis Songket Berbenang Emas Bab 14: Hilang dari Kandang

Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila mendapat
tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing itu menjadi
harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong meminta Tauke
Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing kepada Tauke Lim
kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik orang lain. Dahlia
teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui keadaan emaknya.
Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya
mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu.
Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.

Sinopsis Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman

Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong sangat
berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga. Walau
bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur.
Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia.
Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong menyerahkan
keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas itu, Embong
bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh
seekor ular di pahanya.

Sinopsis Songket Berbenang Emas Bab 16: Bisa Ular Tedung

Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan ayahnya,
Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan
hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat
Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam SRP. Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia
terserempak dengan Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang
pengsan semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian, Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi
abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia
tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran. Pada petang itu,Nek Kiah
dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah
itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek
Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di
hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan neneknya.

Sinopsis Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera

Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya yang
banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih dirawat di
hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak
boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa Abu
Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik adiknya, dia
terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut apabila
dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular.
Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual
tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka
perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang
keputusan.

Sinopsis Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit

Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu bas
di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut Seman,
Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya. Tauke Lim
berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah tidak mengalami
masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia.
Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan
menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia
terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di
depan pondok bas tersebut.

Sinopsis Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu

Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya yang
memerlukan penjagaannya. Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang
sedang mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib
bersedia untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian,
Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai
hubungan Najib dan Dahlia. Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan
Nek Kiah memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut
telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.

Sinopsis Songket Berbenang Emas Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit

Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek
Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia
sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan
itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan
mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu, Nek Kiah pulang ke
rumah. Dahlia memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban
ayahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke
universiti. Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk
membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat
terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.

Songket Berbenang Emas Bab 21: Hijrah Remaja Harapan

Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai raya
untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan malam nanti.
Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan barang-barang
untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan hal ini kerana
kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar
mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji
Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah
menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang
sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman. Dahlia terus pulang
ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia memberitahu telah
banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk ayahnya dan memberitahu
dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.

Songket Berbenang Emas Bab 22: Kain Merah yang Reput

Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang datang
daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah. Abu
Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya. Sewaktu mengemas barang-
barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang hampir reput membalut dua
biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir, dan dua batang paku.
Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad dengki terhadap keluarga
mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh
Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya
menyimpan perasaan dendam. Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan
di rumahnya atau di mana-mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah
pergi ke rumah Nek Kiah dan didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah
menghalaunya.

Sinopsis Songket Berbenang Emas Bab 23: Sinar Kebahagiaan

Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak
lebih daripada itu. Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya
telah pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada bersama-
sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam
keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.

Sinopsis Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan

Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-anak
dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit. Pada
hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar memaklumkan
jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-barang untuk berpindah
ke balai raya. Embong dah ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah ke balai raya.
Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan
penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada
hikmah yang tersendiri.

Sinopsis Songket Berbenang Emas Bab 25: Inilah Kampungku!

Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong sekeluarga
tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga tidak lagi
menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu. Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah
masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit
Haji Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan
prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu
dan bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup
bermasyarakat. Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan
mereka telah bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan
parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan
Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia,
rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.

Sinopsis Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan

Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya. Dahlia
hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya. Selepas tamat peperiksaan,
Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawannya. Dahlia juga
memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk
bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.

Sinopsis Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman

Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. Pemilihan
Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya
dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di Universiti
Malaya selama enam bulan. Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin
pertunangan mereka. Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia
akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.

Sinopsis Songket Berbenang Emas Bab 28 : Koi-bito

Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya.
Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia. Dahlia teringat kembali
kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan –kawan Dahlia dan Cikgu
Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul
5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin risau.
Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman
menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang diberi
oleh Tauke Lim sebanyak RM300. Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang
jauhnya kira-kira 17 kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan
memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat
sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas
berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui
maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di
mana-mana pun.

-Lima kekuatan novel-

- Kekuatan yang pertama ialah sikap baik hati Dahlia yang menyelamatkan Said walaupun
dicemuh oleh orang lain, pelajar dapat mencontohi sikap ini kerana sikap ini merupakan tauladan
yang baik bagi semua. Kekuatan yang kedua ialah semangat kerjasama orang kampung yang
baik hati membantu membina rumah Embong selepas bencana banjir dapat menjadi contoh yang
baik kepada pembaca dan masyarakat kerana mereka dapat mengaplikasikan amalan ini di dalam
kehidupan seharian. Kekuatan yang ketiga ialah pengorbanan seorang gadis untuk keluarganya
yang amat menyentuh hati pembaca kerana beliau sanggup melakukan segala yang dia mampu
untuk membantu keluarga tercinta. Kekuatan yang keempat ialah plot cerita yang tersusun dan
menarik bagi pembaca kerana mudah untuk difahami oleh pembaca. Kekuatan yang kelima ialah
novel ini mempunyai nilai murni dan pengajaran yang tidak terkira yang boleh membuatkan
pembaca mengambilkannya sebagai perkara yang positif.

-Lima kelemahan novel-

Kelemahan yang terdapat di dalam novel ini ialah penceritaan yang perlahan yang membuatkan
pembaca berasa bosan dan kemungkinan besar pembaca tidak dapat menyambung pembacaan
tersebut. Selain itu, terdapat unsur sihir di dalam novel ini seperti Abu Bakar terjumpa kain
merah yang hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin
akik, butiran pasir, dan dua batang paku. Hal ini merbahaya kepada pembaca muda. Seterusnya,
pembinaan plot yang terlalu panjang kerana sesetengah pembaca akan berasa malas untuk
membaca apabila ceritanya yang terlalu panjang. Kelemahan yang keempat ialah penduduk yang
memandang serong kepada keluarga Dahlia yang sepatutnya tidak patut berlaku dan
dirnomalisasikan di kalangan masyarakat. Akhir sekali, novel ini mempunyai dialog kosong
yang banyak dan membuatkan perbualan tersebut hanya sebagai bualan kosong.

-Lima cadangan penambahbaikan-

Cadangan penambahbaikan yang dapat saya berikan ialah penulis wajarlah meringkaskan cerita
supaya tidak kelihatan terlalu panjang agar pembaca muda lebih tertarik. Selain itu, penulis boleh
menolak unsur sihir tersebut dari buku . Seterusnya, penulis boleh menulis cerita yang dramatik
dan saspens berbanding dengan penceritaan yang perlahan dan tidak menarik. Kemudian, dialog
di dalam novel ini boleh dimenarikkan lagi dengan menambahkan info atau penceritaan yang
dramatic supaya dapat menarik perhatian pembaca. Akhir sekali, menambahkan nilai murni dan
mengaplikasikan nilai murni di dalam novevl ini supaya dapat menjadi pengajaran kepada
pembaca.
Tirani karya Beb Sabariah

-Pengenalan-

-Cerita ringkas-

Novel Tirani hasil karya Beb Sabariah bukan sekadar novel yang sarat penceritaannya tetapi
turut mennyelitkan warna budaya dan resam massyarakat setempat khususnya etnik Sarawak.
Keunikan etnik Sarawak. Keunikan etnik Sarawak diketengahkan oleh pengarang menerusi
usaha gigih watak utamanya, Waheeda untuk mempromosikan induustri pelancoongan. Watak
utamanya sentiasaa gigih menongkah arus modenisasi dan ntityba untuk mencipta kejayaan.
Segala peradaban dan Susila budaya bangsanya dan dilindungi.

-Biografi-

BEB SABARIAH atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung Pusa,
Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road Kuching
beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas atau diploma dari Maktab Perguruan Rajang
Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu. Beliau mula aktif
dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana
kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab
Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).

-Kulit buku hadapan dan belakang-

-Sinopsis-

-Sinopsis keseluruhan-

Waheeda menguruskan Tajau Emas, sebuah inap desa pelancongan di Sarawak. Waheeda
mahukan penampilan yang lebih menarik memandangkan dia kekurangan dari segi paras rupa.
Waheeda mengambil keputusan menjalani pembedahan kecantikan di Silicon Medical Centre,
Singapura. Waheeda menumpang di rumah pangsa yang dihuni rakan baiknya Bazilah. Ibunya,
Raidah datang semasa prosedur pembedahan dijalankan. Hubungan mesra dengan Bazilah ntity
tergugat kerana tunang Bazilah, Dr. Zahari memberi perhatian istimewa kepadaWaheeda,
terutama selepas pembedahan ntity. Waheeda kemudian bekerja sebagai pegawai perhubungan
awam di Flamingo Resort supaya dia terus berada di Singapura untuk rawatan susulan. Waheeda
disuruh oleh majikannya, Halloway, untuk memasuki pertandingan ratu pelancongan. Waheeda
muncul sebagai johan kerana busana tradisi Sarawak serta kecantikannya memikat perhatian juri.
Di Flamingo, Waheeda berkenalan dengan Zahid, anak Datuk Yasser, pemilik Seri Gading yang
bekerjasama dengan Tajau Emas. Mereka akhirnya bernikah walaupun ketika acara merisik
Waheeda tidak dapat hadir kerana hidungnya runtuh semula. Pada mulanya, pasangan
itumenikmati kebahagiaan, tetapi disebabkan kecuaian Waheeda menjaga tingkah laku, seperti
bersalam dengan bukan mahram,serta melayan pelanggan lelaki dengan mesra. Zahid cemburu
sehinggalah dia melafazkan talak satu, dua tahun setelah mereka dikurniakan Izzati yang didapati
tidak seiras dengan Waheeda dan juga dirinya. Zahid menuduh Waheeda yang bukan-bukan
hingga Waheeda menjalankan ujian DNA padanan Zahid dengan Izzati, tetapi Zahid
menganggap Waheeda berpakat dengan pakar ntityb. Waheeda tertekan dan terpaksa menjalani
rawatan secara Islam di Kajang. Di situ dia bertemu semula Lais, rakan sekerja di Singapura.
Bapa saudara Lais, Pak cik Aziz mengalami strok setelah dia ntity diisytihar muflis akibat
pengkhianatan pekerja chaletnya di Cameron Highland. Waheeda bersetuju mengambil alih
Chalet Iwana-Iwani yang memiliki 67 buah bilik, lalu dijenamakan semula sebagai Chalet Aya-
Sajidah. Di situ, kebetulan pula Zahid yang sudah tempang, serta tidak lagi berupaya
menghasilkan benih zuriat akibat kemalangan, datang berkunjung. Waheeda masih marah, tetapi
Izzati yang sudah berusia 20 tahun nyata gembira.

Sinopsis Novel Tirani Bab 1 – Melontar Puing Duka

Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan
diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu dengan kecantikan.
Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si
Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat
ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora
terhadap kawan-kawannya dapat diredakan. Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan
sibuk telah mematikan lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan
persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan
Nani untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay
ini adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan
bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain
makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi
ke dusun buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu,
pelancong juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan
tugasannya untuk memajukan lagi homestay itu.

Sinopsis Novel Tirani Bab 2 – Dayang Muda

Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun
Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan ntityb budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir. Kehadiran
para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di sebalik kehadiran
pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan
Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan ntity. Hasrat ini telah dinyatakan kepada
ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana bercanggah dengan hukum
agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya.
Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor
monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda
kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk
mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara
Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan ntity
dengan menggunakan kepakaran di Singapura.

Sinopsis Novel Tirani Bab 3 – Katarsis

Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi
ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke
pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka
agak ntity tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya
tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi.
Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya
sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak bercerita
tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang semuanya
mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandar
raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut
perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia. Mereka sempat sampai ke lapangan
terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak
menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis. Sesampainya di
lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah Bazilah iaitu kawan satu
university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di
Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

Sinopsis Tirani Bab 4 – Semarak Api Semarak Hati

Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandar raya
Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya
untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang
berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah
yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah
dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di rumah
kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang ntity peristiwa-peristiwa
semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia.
Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari.
Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan di Hospital Sultanah Aminah,
Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan
yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia
berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya. Waheeda dan Bazilah sudah berada
di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini, Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda
telah menyerahkan dokumen perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan
semua yang diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.
Novel Tirani Bab 5 – Doa Selamat

Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya.
Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada
ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang
bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di
situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke
Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak
bala. Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah
sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya.
Tiba-tiba ibunya sudah berada di depan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan
menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah
juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya. Pada keesokan pagi,
Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan
menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah
memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah.
Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan
wajahnya.

Sinopsis Novel Tirani Bab 6 – Metamorfosis

Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan .Operasi ini diketuai oleh
Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes (Dr.Rushdi). Di dalam
bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani pembedahan itu demi
kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12 jam. Waheeda berasa
sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang menunggu di luar bilik
pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama ibunya selepas membayar bil
pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk
merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah,
dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical
dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan
kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.

Sinopsis Tirani Bab 7 – Ke Pulau Sentosa


Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama
rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca
buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam di situ. Jenis
tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon yang mengingatkan
Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada
Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya. Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr
Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr
Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-
sama berkongsi pengalaman dan pandangan.

Novel Tirani Bab 8 – Hadiah Alam

Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani
yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek.
Persoalan ini menjadi topik perbualan yang antara mereka berdua. Pada malamnya, sebelum
tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi tentang
dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan Waheeda
kepada kehebatan bangsanya dan kampung halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah
menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia
(MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya
bersama-sama rombongan tersebut. Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek
perhotelan yang dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan. Waheeda teringat
semula akan chalet ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk
Yasser. Waheeda memasang tekad untuk ke Chalet Tajau Emas.

Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temu duga
pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri
dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur
pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana
Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

Sinopsis Bab 9 – Wajah Pesono


Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah
mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu,
Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas.
Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di
kafe, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex
kepadanya. Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda
sedar sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang
mesra dan seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa.
Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin
menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu
memang benar. Dengan ntity ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo
Resort. Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat
yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura
dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh,
kebudayaan ntityba Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan. Dalam pada merangka
program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan
Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo
Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan.
Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji
kecantikan Waheeda. Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui
perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

Sinopsis Tirani Bab 10 – Senyum Sepuluh Ela

Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah,
cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan
Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana
kerana beberapa isu ntityb terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas
keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan
perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan
perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid. Selepas
menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. Seterusnya
Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan
Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan
Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan
mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu. Waheeda tidak sabar untuk
menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan
membibitkan sesuatu yang bermakna. Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati
yang sibuk memberi idea tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan
Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu
memakai fesyen yang berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh
Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.

Sinopsis Bab 11 – Orang Rumah Sebelah

Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan


bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri
Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut Di Flamingo, berita
kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada semua. Detik-
detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya
Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr.
Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah
sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.

Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan
dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini
diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan
Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.

Tirani Bab 12 – Bidadari dari Langit

Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah digelar
Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu
dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas yang
diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibuk mengurus
hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana Di Sri Gading, Zahid sering menunggu
panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus
berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agakdan
mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun
Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir. Kesibukan
persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan mereka
sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak
berapa sihat dan sering selesema. Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari
doktor di klinik panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih
berlarutan. Selepas bersin berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu
menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.

Sinopsis Novel Tirani Bab 13 – Mati Hidup Semula

Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah ntityba pelancongan yang
semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana
rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta.
Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat
bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin
Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya
gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga
bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi.
Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya
iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas cara Kong dan Halloway
melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati. Majlis pertunangan yang sepatutnya
berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser.
Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan
Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di
SMC untuk menerima rawatan. Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia
mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir
marah kepada isterinya Raidah dan telah menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka
tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang
mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses
rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walau
bagaimanapun, proses tersebut dilakukan oleh Dr Rushidi. Sesampainya Zahid di Flamingo,
Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana
proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan
antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila
Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria
bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selesema yang agak teruk. Zahid
tenang.

Novel Tirani Bab 14 – Bagaikan Puteri

Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada
Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah.
Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan
Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris,
Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh
meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama
muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50
orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah
berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas
acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan
kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama
dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan
mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-
dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira

Sinopsis Tirani Bab 15 – Hidup Ranggi

Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang
menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung awan.
Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini
telah digambarkan oleh semasa dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga
memuji pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa
kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua
bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, juga terkenang
kehidupannya semasa berada di luar negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya boleh
mencairkan hati wanita. Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang
cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak
sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat. Dalam dua minggu bergelar pengantin baru,
keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana
membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.

Sinopsis Bab 16 – Mimpi Lain-lain

Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak memberi
gambaran ntityb kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan
menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun
depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang
datang ke Sarawak nanti. Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan
Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi, khususnya sektor pelancongan.
Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR,
singkatan daripada Nasuha Abdul. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan
dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu.
Sepanjang pagi tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, ntit menanti isterinya,
Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun, Waheeda tidak
muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan
masing-masing. Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah
dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat
tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda
beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid. Zahid perasan
apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya. Kecantikan serta
keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula,
Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan
baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung
antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari. Waheeda cuba
membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana ayahnya suka berkebun
manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat
dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.

Sinopsis Novel Tirani Bab 17 – Konflik

Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya
seolah-olah manusia apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri Gading-Tajau
Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda
sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu. Waheeda banyak terkenangkan masa-
masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini
juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini
mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup
terhibur mendengar luahan rasa anaknya. Di samping itu, Waheeda masih memikirkan
perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal
tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat
yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung
kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin, tumpuan kerja, kerenah suami dan
macam-macam lagi. Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap
Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid.
Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan
peristiwa semasa di SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda. Pada malam itu, Waheeda
berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudah pun tidur apabila
Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan
kenangan dalam kenangan yang melingkari hidupnya. Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa
dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah
faham bahawa keresahan dan identiti bayi hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.

Novel Tirani Bab 18 – Dilanda Nostalgia

Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan
Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa izin
yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway.
Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda.
Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin mereka
menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung Pada waktu inilah, Halloway dan Dr
Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti
Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi. Zahid melenting di hujung talian telefon
sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati
Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan ntity untuk
menonton bola. Nostalgia pada peringkat awal begitu bagi pasangan Waheeda dan Zahid
terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda
mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas
melihat suaminya yang terlalu cemburu. Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini
menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan
suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya.
Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya. Waheeda bangun sebelum ntity menyinari
bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada
tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama
pasukan BRP bagi menyiasat kes seorang kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan
Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar
cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan
bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa
kehadiran Zahid.

Bab 19 – Bagaikan Bongkah Batu

Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital
Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa
Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya
dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk
kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa. Sebaik Datin Hazirah meninggalkan
bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu
tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah
berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya.
Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.
Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal
Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini,
Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah
membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui
maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan. Di rumahnya, Waheeda tidak
sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu
membersihkan ntity. Dia membaca berulang kali demi untuk memberi kefahaman tentang ujian
DNA. Di bilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan
Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama dengan hidung
Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda.
Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan
rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya. Sejak belakangan ini,
kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke
Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating,
datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda. Raidah berasa senang dan terus ke bilik
Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai
terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat
diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan
dan kaunseling.

Tirani Bab 20 – Ke Pusat Rawatan Islam

Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada Waheeda
bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut. Lais
juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ
bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo
Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron
Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahaannya.
Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan
Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan
nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan
kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang
dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat
cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah
mendapat nasihat daripada Dr. Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi,
Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah
berubah dan tidak murung lagi. Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang
berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia
menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-
Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.

Bab 21 – Sinar Di Hujung Terowong

Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya
Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani
sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana
penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat
untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron
Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku dan urusan
dengan Bank Rakyat berjalan ntity. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk
tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan
Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh
Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan
anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan

Sinopsis Bab 22 – Bagaikan Air Gunung

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan
melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya mancung.
Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak
semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan
Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan
dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet
Iwana-Iwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar
negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari
gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais
melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.

Novel Tirani Bab 23 – Sejuk-sejuk Tropika

Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Café Iwani. Sambil menghirup
kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada
Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran
anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya
menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula
sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui
bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh
menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa
berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.

tiba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong yang
menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-
siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan
antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan
mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju
untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk
ke kafe. Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman
Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di
situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang
menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak
mewarisi wajah mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang
tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah
ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor
mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar terkedu.
Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid, seseorang
pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia bekerja di sana
dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati
dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia memandang
wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama
Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan
menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.

Sinopsis Novel Tirani Bab 24 – Kama Hati

Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku
kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah, bulu
matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah ntity dirinya dan
gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat
menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti
anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada
pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati
dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal,
sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini
dirindunya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan
bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20
tahun. Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan
sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah
kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya
memaafkan ayahnya.
-Lima kekuatan novel-

- Kekuatan yang pertama ialah memperkenalkan budaya Sarawak supaya dapat menarik
perhatian pembaca dan secara tidak langsung, pembaca dapat mempelajari budaya-budaya yang
terdapat di Sarawak. Kekuaan yang kedua ialah mempromosikan sektor pelancongan di Sarawak
kepada para pembaca agar dapat membantu ekonomi pelancongan di Sarawak. Kekuatan yang
ketiga ialah Waheeda yang ingin memakai baju tradisional Sarawak ke pertandingan
antarabangsa yang boleh membuat pembaca terpukau dan bangga dengan semangat beliau untuk
memperkenalkan budayanya ke orang luar. Kekuatan yang keempat ialah sikap Waheeda yang
peramah dan baik boleh menjadi sebagai contoh yang baik kepada pembaca muda. Kekuatan
yang kelima ialah amalan yang suka membaca di dalam diri Waheeda mampu menarik perhatian
pembaca untuk membaca lebih banyak buku dan mewujudkan masyarakat yang suka membaca

-Lima kelemahan novel-

-Kelemahan yang pertama ialah cerita novel ini jauh daripada tajuk utama yang penulis mahu
tekankan iaitu mempromosikan budaya Sarawak namun tetapi penulis menekankan kisah hidup
Waheeda yang perit. Kelemahan yang kedua ialah keputusan watak utama yang tidak masuk akal
yang menerima bekas suaminya yang telah menceraikan Waheeda kerana anak mereka tidak
dapat mewarisi kecantikannya. Kelemahan yang ketiga ialah sikap buruk suami Waheeda yang
cemburu buta dan menuduh Waheeda curang dengannya tanpa siasat, perkara ini dapt
mengakibatkan kerutuhan rumah tangga. Kelemahan yang keempat ialah novel ini menunjukkan
contoh yang tidak baik bahawa kita tidak akan dihormati jikalau kita mempunyai wajah yang
hodoh yang boleh membuatkan hati pembaca terguris dan berasa kurang yakin dengan wajah
mereka. Kelemahan yang kelima ialah watak utama yang ingin melakukan pemmbedahan plastik
terhadap hidungnya walaupun mengetahui bahawa ia melanggar hukum agama.

-Lima cadangan penambahbikan-

- Cadangan yang pertama ialah cerita novel perlu menekankan mempromosikan budaya Sarawak
serba sedikit . Cadangan yang kedua ialah penulis perlulah menulis watak utama tidak menerima
bekas suaminya selepas apa yang telah terjadi kepada Waheeda. Cadangan yang ketiga ialah
penulis perlulah mengurangkan tentang pergaduhan rumah tangga supaya pembaca tidak
memikirkan perkara tersebut merupakan perkara yang normal di kalangan masyarakat. Cadangan
yang keempat ialah penulis boleh menunjukkan contoh yang baik seperti sayang dengan diri
sendiri dan bersyukur dengan wajah yang diberikan oleh Tuhan kepada pembaca supaya dapat
menyebarkan kebaikan tentang sayang akan diri sendiri Cadangan yang kelima ialah penulis
tidak menerangkan tentang pembedahan rhinoplasty secara jelas kepada pembaca dan penulis
kurang pengetahauan tentang pembedahan tersebut.
Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

-Pengenalan-

-Cerita ringkas-

Ia bukannya tentanng mahu mengerakkan bintang-bintang di langit. Bintang-bintang memang


sedia ada di sana. Hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Pelik bukan? Sedikit
cahaya pula menutup deria mata. Begitu Tuhan mencipta deria manusia dengan penuh
keterbatasan agar manusia tidak leka denga apa-apa yang dilihat oleh deria.

-Biografi penulis-
Sri Rahayu Mohd Yusop, anak jati Tanjong Karang, Selangor telah menulis 13 buah novel
semenjak tahun 2001. Beliau telah memenangi hadiah dalam beberapa sayembara peringkat
nasional. Antara karya-karya beliau dalam genre fantasi dan sains fiksyen ialah Odisi Tanah
Kencana, Impuls/Roh, Equilibria dan Transgenik Sifar. Novel beliau yang bertajuk Bimasakti
Menari kini digunakan sebagai teks wajib Komponen Sastera Bahasa Melayu Tingkatan 5 di
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Melaka.

-Kulit buku muka hadapan dan belakang-

-Sinopsis-

-Sinopsis keseluruhan-

Novel Bima Sakti Menari mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di
Balai Cerap Sultan Salahuddin. Hafsa dikunjungi oleh pelajar dari Jepun untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal
kerana langit terlalu cerah. Beliau yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya
telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan
hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah
mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk
melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip
di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya.
Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad
Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar
populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan
Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di
bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia
mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa
dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim
mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula
menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik
cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen
minyak Petronas. Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa
cuba menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti
bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan
berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad
Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim. Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di
Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi
meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin
menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan
kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann
Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

Sinopsis Bimasakti Menari BAB 1 – JANJI SRIKANDI

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya
bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan
pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa
telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang
sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan
situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia
dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada
kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut,
Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung
bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya,
Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke
kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-
bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat.
Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria
kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan
agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

Novel Bimasakti Menari BAB 2 – WICHAM

Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap
Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan
janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal
dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut
untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya,
Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian
sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka
mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput
ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini
bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan
rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik.
Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh
menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.

Sinopsis BimaSakti Menari BAB 3: SUNGAI RAHSIA

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata
kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di
Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa
telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh
ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul
Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir
tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah.
Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan
jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan
hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga
tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul
Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari
Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang
cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak
pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian
yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu
hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat
dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil
memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi.
Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran
cahaya dengan senyap.

BAB 4: BUDIMAN

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan
oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir.
Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama
dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya,
Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung
Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle
yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu
peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah
diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan
warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor
yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala
Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak
dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut
namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk
menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak
terancang.

BAB 5: JIWA AYAHANDA

Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan beliau
di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek rumah Ikhtiar
TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau
mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham
Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas
isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya
bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah
Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan
Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika
mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam
sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya
kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah
bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.

BAB 6: CITA-CITA

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat
Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala
Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak
mengharapkan sebarang tindakan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-
undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah
tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin
melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk
menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan
peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah
bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal
yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta
mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di
Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa
bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-
kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat
kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid.
Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati
adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia
untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor:
Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 7: LELAKI KELIP-KELIP

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh
seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan
rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-
kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila
Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah
yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki
tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan
beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik
merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman
memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai
Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah
yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang
berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di
Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi
enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau,
cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa
ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-
kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi
kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon
maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.

BAB 8: BEBAS GRID

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang dilaksanakannya


kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman dan adiknya meneliti
rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah
mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa
membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar
grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per
lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap
grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan
kesedaran bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus,
manusia akan menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa.
Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad
Taufik menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut.
Namun begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik
emmpunyai misi penting yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad
Taufik mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik
menolongnya membawa kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

BAB 9: ZURIAT

Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit
gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang
kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah
membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir
perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama
ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan Maryam.

BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP


Muhammad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun begitu,
mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia
berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan
yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di
Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang tentang
pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi
memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka
berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan
Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan
wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut,
iaitu untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya
dan mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di
peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke
rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat
kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.

BAB 11: LEWAT SATU MELINIUM

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung, bukannnya


dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan Budiman ke
kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung. Berdasarkan pandangan
Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil menantikan kelip-kelip yang
mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik itu tentang jenis kelip-kelip
atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin
banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan
lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad
Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan
Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai
sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.
BAB 12: STRATEGI

Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat
pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala
Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan Kuala Selangor
sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.

BAB 13: DENDAM KEMBALI MEKAR

Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak
dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya.
Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh
lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri
Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan
membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi
mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.

BAB 14: GELAP DALAM TERANG

Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan
malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani
Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala
sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong
pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis
penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk
Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa
pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa
bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga
orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan
mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

BAB 15: KHIANAT

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam. Lorong
ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat tiga orang
lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang
pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya
di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi
mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah
di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar
Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu walaupun penyerang mengambil
barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai
suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa
Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

BAB 16: DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat Muhammad
Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang
berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa
meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad
Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka
mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar.
Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya,
Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia
bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih
berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut,
Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang
hitam bermanik Kristal.

BAB 17: JALAN YANG DITINGGALKAN

Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada di
hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian jenayah
biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik
tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut
bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk membuktikan
kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan Langit
Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui
perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan
Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 18: KERASUKAN

Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan pencerapan
yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak
samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul
Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia
dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya
dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.

BAB 19: SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL

Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik kristal.
Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di stesen
petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat kerongsang
yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin
menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan
alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih
seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van
tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but kereta.
Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi
yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenagkan
Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga
tidak sedarkan diri.

BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA

Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik
yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak
dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang
boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh
melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan
bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah
membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji
Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan
menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita
setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

BAB 21: LEGASI BAJU BIRU

Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut.
Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri
Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang
dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika
tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan
sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan telah
membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak
jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk
mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya
diselamatkan.
BAB 22: CINTA PEJUANG

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur
beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh
perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik
kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik.
Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke
kediaman orang tua Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu
mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad
Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.

-Lima kekuatan novel-

Kekuatan yang pertama ialah novel ini menceritakan keburukan pencemaran cahaya di langit
yang amat releven dengan konteks semasa dan dapat memberi kesedaran kepada pembaca.
Selain itu, novel ini juga menceritakan tentang keburukan pembinaan bangunan yang tidak
dirancang dengan teliti yang membuatkan pencemaran cahaya menjadi lebih teruk. Seterusnya,
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik yang berbalas hujah tentang mengembalikan populasi kelip
kelip. Pembaca dapat menambah pengetahuan mereka tentang kelip-kelip dan cara menjaga
populasi kelip-kelip. Kemudian, penceritaan yang baik dan sesuai untuk semua pembaca kerana
mudah untuk difahami. Akhir sekali, terdapat pengajaran yang bagus untuk pembaca muda
seperti pengajaran tentang pencemaran cahaya dan sebagainya.
-Lima kelemahan novel-

Kelemahan yang pertama ialah plot yang sedikit pantas yang membuatkan pembaca kurang
mengenali dan mendalami watak di dalam novel. Selain itu, cerita agak lari daripada tajuk.
Pembaca akan ingat novel ini akan ada banyak informasi berkaitan bintang, ternyata tidak, novel
ini lebih kepada tentang populasi kelip-kelip. Seterusnya, babak ngeri yang agak menyeramkan
bagi para pembaca seperti peristiwa, Muhammad Taufik dipukul dirusuknya sehingga tidak
meyedarkan diri. Kemudian, unsur hasad dengki di dalam perniagaan sehingga berlakunya unsur
penculikan yang merupakan contoh yang tidak bagus untuk pembaca muda. Akhir sekali, kulit
buku yang kurang menarik untuk menarik perhatian pembaca terutamanya pembaca muda.

-Lima cadangan penambahbaikan-

Cadangan penambahbaikan yang pertama ialah penulis boleh membuat plot cerita sedikit
panjang agar dapat meletakkan lebih banyak peristiwa saspens yang menarik. Kedua, penulis
boleh menulis tentang watak lebih mendalam agar pembaca dapat mengenali watak tersebut.
Ketiga, penulis boleh mengurangkan babak ngeri yang terdapat di dalam novel. Keempat,
penulis boleh menulis tentang bintang dengan lebih mendalam agar dapat menarik perhatian
pembaca muda yang menyukai tentang astronomi. Akhir sekali, penulis boleh mengurangkan
unsur jenayah di dalam novel ini supaya otak pembaca muda tidak terjebak.

Silir Daksina karya Nizar Parman

-Pengenalan-

-Cerita ringkas-

Lelaki bernama Abdullah bin Kayan begitu misteri dalam hidupnya. Sesuugguhnya Haiqal tidak
pernah bertemu, apatah lagi mengenali lelaki itu. Konflik keluarga telah membawa kepada
penceraian, lalu memisahkan Haiqal dengan ayah kandungnya itu. Sebuahh manuskrip lama
yang terbengkalai menyingkap rahsia yang sekian lama terpendam. Haiqal membultkan tekad
waktu sedar uminya pasti membantah. Dia perlu ke kampung halaman arwah ayahnya. Misteri
Abdullah bin Kayan perlu dirungkai.

-Biografi penulis-
Nizar Parman atau nama sebenarnya Md Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di
Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit
Raja, Batu Pahat, Johor, sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk
Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada
tahun 1992 dan seterusnya melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Kinta. Beliau terdorong
untuk menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan Negara dan
penulis tersohor tanah air semasa menuntut di sana.

-Kulit muka hadapan dan belakang-

-Sinopsis-

-Sinopsis keseluruhan-

Novel Silir Daksina dimulakan dengan mengisahkan kehidupan seorang remaja bernama Haiqal
Haqimi. Dia hidup bersama-sama ibu dan ayah tirinya. Pada suatu hari,Haiqal menerima sebuah
manuskrip lama yang di dalamnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya. Teruja dengan
kandungan manuskrip,Haiqal bertekad untuk menjejaki kehidupan arwah ayah kandungnya itu di
sebuah kampung di Batu Pahat,Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwah ayahnya
mendapat tentangan daripada uminya. Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya
tidak bahagia hingga mereka berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersama-samanya di Kuala
Terengganu malah ayah Haiqal,Abdullah bin Kayan tinggal kesepian dan keseorangan di Johor.
Novel ini terus berkembang apabila Haiqal membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi
mencari bapanya walaupun uminya melarang keras keputusannya, Uminya tidak mahu Haiqal
mengikut jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Walid pula tidak menghalang pemergian
Haiqal ke Johor malah berjanji akan mengirimkan wang belanja kepada Haiqal. Sesampai di
Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Sedikit demi sedikit
Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui penceritaan penduduk kampung di
situ. Bapa Haiqal seorang yang amat mencintai sastera. Semenjak ayahnya meninggal dunia,
Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting yang memperkenalkan tarian zapin. Novel ini
sampai ke puncaknya apabila Haiqal turut serta membuat persembahan zapin D’Pumama. Ketika
hari persembahan, Lazim telah ditimpa kemalangan dan Ong See Hwa yang menggantikan
tempatnya. Haiqal menari berpasangan dengan See Hwa. Sebilangan penduduk kampung berasa
terharu kerana terkenangkan arwah Abudullah bin Kayan. Dendam uminya terhadap Abudullah
bin Kayan telah melebur apabila umi datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan
Haiqal menari. Umi juga telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan mengaku kesilapan
memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya kerana darahnya turut mengalir dalam tubuh
Haiqal. Setelah beberapa bulan di Kampung Seri Purnama, Haiqal melanjutkan pelajarannya
dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 1

Tersingkap Rahsia

Haiqal sangat tertarik oleh sebuah mansukrip lama yang baru diperolehinya. Sudah seminggu dia
membaca dan membelek-belek manuskrip itu. Haiqal leka dalam alam Abdullah bin Kayan.
Nama itu pernah disebut oleh uminya tetapi uminya tidak mahu menceritakan lebih lanjut
tentang sejarah hidup Abdullah bin Kayan. Ketika Haiqal berusia enam tahun, dia mendapat tahu
bahawa orang yang dipanggil sebagai “walid” bukanlah ayah kandungnya. “Walid” atau Abdul
Fatah ialah ayah tirinya. Namun begitu, ayah tirinya tidak membeza- bezakan kasih sayang
antara Haiqal dengan adik tirinya; Nurul Aisyah. Ketika umi menerangkan bahawa Haiqal
bukanlah anak kandung “walid”, Haiqal berasa sangat sedih sekali. Umi memberitahu bahawa
ayah kandungnya tinggal berjauhan daripada mereka dan Haiqal akan tahu segala-galanya
apabila Haiqal sudah besar.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 2


Kisah Seorang Teman

Haiqal menemui Ratna di warung milik keluarga Ratna. Mereka berbual-bual tentang masa
depan masing-masing. Ratna bercita-cita untuk membuka restoran sendiri apabila keputusan
SPM Ratna tidak begitu baik. Haiqal pula meneruskan pelajaran ke tingkatan 6. Sekarang, Haiqal
sedang menunggu keputusan STPM. Haiqal sentiasa mendorong Ratna supaya gigih meneruskan
cita-citanya. Haiqal turut memberitahu bahawa tokoh-tokoh dunia seperti Abraham Lincoln juga
pernah gagal berkali-kali sebelum mencapai kejayaan. Ketika mereka berjalan-jalan di tepi
pantai, Haiqal telah menceritakan kisah manuskrip yang diterimanya beberapa hari yang lalu.
Alamat pengirim manuskrip itu sama dengan alamat yang tercatat di sijil kelahirannya iaitu
Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Pengirim manuskrip itu berbangsa Cina
yang bernama Ong See Hwa.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 3

Senaskhah Manuskrip Lama

Manuskrip lama yang menceritakan kisah Cikgu Nizam ini merupakan manuskrip yang diterima
dan dibaca oleh Haiqal. Manuskrip lama ini mengisahkan penduduk kampung Sri Purnama yang
aktif dalam aktiviti seni tradisional seperti zapin dan ghazal. Seni tradisional ini turut mendapat
tempat di hati Ai Ling; anak kepada Tauke Lim. Ai Ling minat menari zapin. Rakan-rakan
sebaya Cikgu Nizam seperti Roslan, Ramli dan Sudin juga gigih berlatih menari zapin.
Penduduk kampung Seri Purnama sering berkumpul di warung Pak Dolah. Cikgu Nizam memuji
Ai Ling yang mahir menari zapin. Hubungan bapa Ai Ling iaitu Tauke Lim dengan penduduk
kampung Seri Purnama adalah sangat rapat. Cikgu Nizam menggalakkan Ai Ling untuk belajar
menari zapin. Apabila Cikgu Nizam melihat Ai Ling, secara tidak langsung dia terkenang akan
anaknya; Aiman. Usia Aiman sebaya dengan usia Ai Ling. Hubungan kekeluargaan antara
keluarga Cikgu Nizam dengan keluarga Tauke Lim sangat rapat. Tauke Lim berasal dari Perak.
Rumah Tauke Lim dibina di atas tanah yang dibeli daripada ayah Cikgu Nizam. Sebelum ini,
tanah tersebut merupakan kebun getah. Ayah Cikgu Nizam mengupah orang untuk
mengerjakannya kerana dia sibuk mengurus kebun kelapa sawit. Emak Cikgu Nizam pula tidak
berdaya untuk mengerjakan kebun getah kerana tidak boleh berdiri lama akibat kemalangan.
Kemudian, Tauke Lim telah menyewa tanah tersebut daripada ayah Cikgu Nizam setelah
berhijrah ke Parit Raja. Ayah Cikgu Nizam berasa kasihan akan Tauke Lim kerana semua tanah
milik keluarganya di Perak habis dijual untuk membayar hutang abang Tauke Lim yang suka
berjudi. Ayah Cikgu Nizam dan Tauke Lim bersetuju untuk membahagi dua hasil daripada
kebun getah tersebut. Hubungan antara keluarga Cikgu Nizam dan Tauke Lim semakin rapat
sejak Tauke Lim menyewa kebun getah tersebut. Tambahan pula, Tauke Lim selalu membawa
ahli keluarganya berkunjung ke rumah keluarga Cikgu Nizam. Mereka selalu minum petang
bersama-sama. Tauke Lim seorang yang rajin. Pada waktu pagi, dia menoreh getah manakala
pada waktu petang, Tauke Lim akan mengelilingi kampung untuk membeli hasil-hasil kampung.
Sebagai contohnya, buah pinang, getah beku atau getah sekerap, biji kopi dan pisang. Kemudian,
dia akan menjualnya di bandar. Tauke Lim juga sentiasa membersihkan kebun getah yang
disewanya. Hasil kegigihan Tauke Lim, dia berjaya mengumpul wang untuk membeli setengah
ekar daripada kebun ayah Cikgu Nizam. Tanah yang dibelinya itu telah dijadikan tapak rumah.
Hubungan antara keluarga Tauke Lim dengan penduduk kampung Sri Purnama sangat rapat
sekali. Apabila ada majlis kenduri-kendara, dia pasti akan turut bersama-sama penduduk untuk
bergotong-royong. Tauke Lim juga sentiasa bermurah hati untuk menaja jamuan untuk setiap
majlis keramaian di kampung. Ketika ayah Cikgu Nizam masih hidup, dia menganggap bahawa
anak-anak perempuan Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri. Hidup
ayah Cikgu Nizam sunyi setelah kematian isterinya akibat darah beku di kepala. Pada suatu hari,
Cikgu Nizam telah menumpangkan Ai Ling dan Ai Ching ke sekolah kerana bateri kereta Tauke
Lim telah rosak. Cikgu Nizam mengajar di sekolah yang sama dengan Ai Ling. Tauke Lim
menghantar semua anaknya belajar di sekolah kebangsaan di kampung itu. Dia beranggapan
bahawa di mana-mana sahaja anak-anaknya boleh belajar asalkan mereka rajin. Pada setiap
minggu, Tauke Lim menghantar anak-anaknya ke kelas tuiysen bahasa Cina di pekan Parit Raja.
Cikgu Nizam mempelawa Ai Ling menaiki keretanya pada setiap hari tetapi Ai Ling tidak mahu
menyusahkan gurunya itu. Namun begitu, setelah Ai Ling berbincang dengan Tauke Lim, Ai
Ling telah menumpang kereta Cikgu Nizam untuk ke sekolah pada setiap hari. Ketika di bilik
guru, Cikgu Latifah yang terkenal oleh kegarangannya telah meluahkan perasaan. Cikgu Latifah
menyatakan kekesalannya terhadap sikap murid-murid yang tidak menyelesaikan kerja rumah
dan tulisan mereka juga tidak kemas ibarat “cakar ayam”. Cikgu Latifah turut menyatakan
bahawa golongan guru kerap dipersalahkan jika anak-anak murid tidak berjaya. Cikgu Nizam
menenangkan Cikgu Latifah dengan mengatakan bahawa orang luar tidak faham akan tugas guru
yang banyak. Cikgu Nizam turut berpandapat bahawa golongan guru perlu sentiasa bijak
mengatur tugas mereka. Berbeza dengan zaman dahulu, guru ibarat pakar rujuk. Apabila zaman
semakin moden dan golongan cendekiawan semakin ramai, banyak teori pendidikan telah
diwujudkan. Cikgu Latifah meneruskan kerjanya dan kadang kala dia membebel lagi. Dalam hati
Cikgu Nizam, dia kagum akan kesungguhan Cikgu Latifah yang sanggup pulang lewat untuk
membimbing murid-murid yang lemah dalam Matematik. Cikgu Nizam terus menjalankan
tanggungjawabnya sebagai ketua panitia Bahasa Melayu dengan menyelesaikan minit mesyuarat
panitia. Selain itu, Cikgu Latifah turut menyatakan bahawa Ai Ling tidak mahu ke perpustakaan
ketika waktu Pendidikan Islam. Ai Ling berminat untuk mempelajari Pendidikan Islam daripada
Ustazah Munirah. Ai Ling suka membaca buku kisah-kisah nabi dan rasul serta tokoh-tokoh
Islam. Ai Ling juga selalu bertanya tentang nabi-nabi kepada Ustazah Munirah, terutamanya
tentang Nabi Muhammad. Perwatakan Ai Ling berbeza dengan kakaknya. Apabila murid-murid
Islam membaca doa, dia akan turut serta menadah tangan untuk berdoa. Cikgu Nizam
mengambil peluang ini untuk cuba mengenali Ai Ling dengan lebih dekat.

(ii) Bateri kereta Tauke Lim telah digantikan dengan bateri baharu. Cikgu Nizam membantu
Tauke Lim memasang bateri tersebut. Cikgu Nizam menyuruh Tauke Lim supaya membeli
kereta baharu tetapi Tauke Lim tidak mahu kerana dia perlu berjimat untuk belanja persekolah
anak-anaknya. Pada masa yang sama, Tauke Lim tidak selalu jalan jauh. Kereta buruknya
digunakan untuk mengangkut hasil-hasil kampung untuk dijual di pekan. Jika Tauke Lim pulang
ke kampung di Kuala Kangsar untuk menziarahi emaknya, dia dan keluarganya akan menaiki bas
sahaja. Tauke Lim seorang yang suka bersederhana dan berjimat. Sebagai contohnya, dia
sentiasa berbaju lusuh. Cikgu Nizam jarang melihat Tauke Lim berbaju cantik kecuali ketika
Tahun Baru Cina. Setelah kereta Tauke Lim berjaya dihidupkan, Tauke Lim telah mengajak
Cikgu Nizam ke pekan untuk minum teh tarik mamak pada waktu petang. Ketika menikmati teh
tarik, Tauke Lim telah bersetuju dan membenarkan Ai Ling menumpang kereta Cikgu Nizam
untuk ke sekolah. Pada awalnya, dia tidak mahu menyusahkan Cikgu Nizam. Tauke Lim turut
menyatakan bahawa keluarga Cikgu Nizam telah banyak membantu keluarganya ketika mereka
susah dahulu. Tauke Lim berasa terhutang budi dengan keluarga Cikgu Nizam. Pada masa yang
sama, Cikgu Nizam turut mengucapkan terima kasih kerana telah menjaga kebun ayahnya
dengan baik. Tauke Lim tidak menghalang jika Cikgu Nizam mahu mengajar Ai Ling dan
menganggap Ai Ling sebagai anak kandungnya sendiri. Ketika minum juga, mereka berbual
tentang Aiman. Cikgu Nizam memberitahu bahawa keluarga isterinya seolah-olah tidak suka
Cikgu Nizam melawat Aiman. Tauke Lim meminta Cikgu Nizam bersabar. Tauke Lim yakin
bahawa Aiman akan datang mencari Cikgu Nizam apabila dia sudah besar nanti. Tauke Lim
percaya bahawa Cikgu Nizam merupakan seorang yang kuat dan tabah seperti ayahnya dahulu.
Tauke Lim turut menasihati Cikgu Nizam supaya jangan susah hati kerana penduduk kampung
sayang akan Cikgu Nizam. Sejak Cikgu Nizam kembali ke kampung, banyak aktiviti dapat
dijalankan. Sebagai contohnya, aktiviti zapin. Cikgu Nizam juga turut memuji Tauke Lim yang
banyak memberi sumbangan terhadap aktiviti yang dijalankan di kampung mereka. Pada waktu
malam nanti, Cikgu Nizam mempelawa Tauke Lim ke balai raya untuk menonton latihan zapin.
Tauke Lim menyatakan bahawa dia akan hadir kerana Ai Ling meminati tarian zapin. Tauke Lim
juga seronok melihat anak-anak muda gigih berlatih zapin.

(iii) Ketika di balai raya pada malam itu, Tauke Lim telah menyuruh Cikgu Nizam menari zapin.
Ai Ling berasa sangat gembira sekali apabila melihat Cikgu Nizam menari zapin. Selesai latihan,
Tauke Lim, Cikgu Nizam, Pak Haji Salam dan beberapa orang ahli kumpulan zapin berkumpul
di atas pentas. Mereka membincangkan persiapan majlis untuk menyambut kehadiran YB
Samsuri dan pegawai daripada Yayasan Warisan Negeri untuk mengkaji rentak zapin jincat yang
unik. Mereka hanya mempunyai masa seminggu sahaja lagi untuk berlatih. Kumpulan zapin
D’Purnama telah berkubur lebih dua puluh tahun. Mereka beranggapan bahawa kedatangan
pegawai dan YB Samsuri merupakan peluang kepada mereka untuk menghidupkan tarian zapin
jincat semula. Kumpulan zapin tersebut berkubur kerana beberapa orang ahlinya telah keluar
daripada kumpulan asal dan menubuhkan kumpulan baharu. Akhirnya, kumpulan baharu tersebut
juga mengalami kegagalan. Akibatnya, kumpulan zapin D’Purnama telah berkubur. Dalam
perbincangan itu, Cikgu Nizam telah diminta untuk menyiapkan atur cara dalam majlis itu nanti.
Tauke Lim menyatakan kesediaannya untuk menaja jamuan makan. Ketika semua orang sudah
pulang, Abang Bakir menyatakan hasratnya supaya Cikgu Nizam menyelitkan deklamasi puisi
dalam majlis itu nanti. Abang Bakir turut mencadangkan supaya Cikgu Nizam memilih murid-
murid sekolahnya yang berbakat untuk mendeklamasi puisi. Abang Bakir juga memberi
semangat kepada Cikgu Nizam supaya meneruskan bakatnya dalam bidang sastera. Abang Bakir
menasihati Cikgu Nizam supaya tidak merajuk lagi.

(iv) Cikgu Nizam berasa gembira apabila Ai Ling merupakan salah seorang peserta
pertandingan deklamasi puisi. Ai Ling menunjukkan minatnya terhadap puisi dengan membaca
buku puisi. Ai Ling membaca buku puisi sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan
mendeklamasi puisi. Cikgu Nizam telah mengajak Ai Ling datang ke rumahnya untuk berlatih
mendeklamasikan puisi pada waktu petang. Ai Ching telah menemani Ai Ling ke rumah Cikgu
Nizam. Ai Ling telah memilih sajak bertemakan kasih sayang terhadap ibu dan bapa. Ketika
Cikgu Nizam melatih Ai Ling mendeklamasi puisi, Ai Ching membelek-belek novel dan majalah
sastera yang diletakkan di atas meja. Kemudian, Ai Ching memilih senaskhah novel dan
membacanya sementara menunggu Ai Ling berlatih. Pada awal latihan, Ai Ling sukar untuk
mengawal pernafasannya perlahan-lahan. Cikgu Nizam mengajar Ai Ling supaya bijak
mengawal pernafasan kerana dapat mengurangkan perasaan gemuruh ketika berada di pentas.
Cikgu Nizam tetap memberi semangat kepada Ai Ling walaupun Ai Ling seolah-olah putus asa.
Akhirnya, Ai Ling berjaya. Dia berjanji akan datang lagi pada hari esok. Sebelum pulang, Ai
Ling mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Nizam kerana telah melatihnya. Ai Ching pula
telah meminjam dua buah novel. Cikgu Nizam berpesan kepada Ai Ching supaya jangan leka
membaca novel kerana Ai Ching perlu menumpukan perhatian dalam pelajaran dan
menyelesaikan kerja rumah.

(v) Ai Ling telah berjaya memenangi pertandingan deklamasi puisi peringkat tahap satu. Dia
berjaya menyampaikan sajaknya sehingga memukau semua murid yang menyaksikannya.
Kemenangan Ai Ling juga telah menjadi buah mulut penduduk kampung. Orang yang paling
gembira ialah Tauke Lim. Dia sanggup membelanja pelanggan-pelanggan warung Abang Dolah.
Ketika di warung, Tauke Lim menyatakan hasratnya untuk melihat Cikgu Nizam membaca puisi
di balai raya seperti zaman Cikgu Nizam muda dahulu. Pak Dolah turut menyokong cadangan
Tauke Lim. Pak Dolah berasa seronok jika para pemuda kampung berkumpul di balai raya
kampung mereka untuk berpuisi, berkompang, berseloka dan bergurindam. Jika khazanah bangsa
ini tidak diteruskan oleh generasi muda, khazanah ini akan pupus. Cikgu Nizam telah
menyatakan kepada Abang Bakir dan Roslan bahawa dia berhenti berkarya kerana jiwanya tidak
tenang setelah berpisah dengan isteri dan anaknya, Aiman. Karyanya ibarat tiada semangat. Oleh
sebab itu, Cikgu Nizam mengambil keputusan untuk berhenti berkarya. Dia juga sering berasa
rindu akan Aiman. Hanya potret Aiman yang dapat dijadikan penawar rindunya. Cikgu Nizam
seperti ayahnya juga yang menjadikan Ai Ling sebagai tempat untuk mencurahkan kasih sayang.
(vi) Perancangan untuk menjayakan persembahan zapin berjalan dengan lancar. Ai Ling
bersetuju untuk mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin. Sajak yang akan
dipersembahkan oleh Ai Ling ialah sajak yang ditulis oleh Cikgu Nizam sendiri. Ketika hari
persembahan, kawasan balai raya dipenuhi oleh penduduk kampung. Ai Ling telah
mendeklamasikan sajak dengan penuh bersemangat. Para penduduk yang hadir telah terpukau
dengan persembahan Ai Ling. Mereka memberi tepukan yang gemuruh kepada Ai Ling. Ketika
Ai Ling mendeklamasikan sajak, Cikgu Nizam telah membayangkan bahawa Ai Ling dan Aiman
sedang mendeklamasikan sajak bersama-sama. Tepukan yang gemuruh terhadap sajak yang
ditulis oleh Cikgu Nizam merupakan penghormatan yang tertinggi untuk dirinya. Persembahan
zapin bertambah meriah apabila YB Samsuri juga turut menari zapin dengan para penari zapin.
Majlis persembahan zapin itu berakhir pada jam 12.15 malam. YB Samsuri juga telah berjanji
akan memberikan perutukan wang ringgit kepada kumpulan zapin D’Purnama. Wang tersebut

akan digunakan untuk membeli peralatan muzik zapin yang baharu. Walaupun majlis sudah
tamat, penari-penari daripada Yayasan Warisan Negeri masih sibuk mempelajari cara-cara
menari zapin jincat, alip-alip daripada Abang Bakir, Wak Parmin dan Ramli. Kemudian, YB
Samsuri juga mengucapkan tahniah kepada Cikgu Nizam atas usaha gigihnya mengembalikan
kegemilangan tarian zapin di kampung Seri Purnama. Pada masa yang sama, beliau berharap
supaya Cikgu Nizam turut mengembangkan bahasa dan sastera di kampung itu. Beliau berharap
supaya Kampung Seri Purnama akan dijadikan perkampungan bahasa dan sastera.

(vii) Masa berlalu begitu pantas. Ai Ling kini sudah berusia 12 tahun. Cikgu Nizam menganggap
Ai Ling seperti anaknya sendiri. Tauke Lim dan Mak Cik Kim juga gembira apabila Cikgu
Nizam turut mengambil berat akan diri Ai Ling. Namun begitu, pada masa ini, Cikgu Nizam
sering mengalami sakit kepala. Cikgu Nizam sering berulang-alik ke hospital. Walau
bagaimanapun, dia tetap pergi ke balai raya untuk berlatih kompang dan zapin. Pada suatu
petang, Cikgu Nizam membawa Ai Ching dan Ai Ling berkunjung ke Pantai Punggur. Ketika di
Pantai Punggur, Ai Ling ingin tahu sama ada Cikgu Nizam mempunyai anak atau tidak. Cikgu
Nizam menyatakan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki yang menetap di Terengganu.
Umur anak lelaki Cikgu Nizam sebaya dengan umur Ai Ling. Hampir sepuluh tahun Cikgu
Nizam tidak menemui anaknya itu. Ai Ling menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan anak
Cikgu Nizam. Ai Ling mahu berkawan dengannya. Pada masa yang sama, Ai Ling turut
memberitahu Cikgu Nizam tentang arwah ayah Cikgu Nizam yang selalu memuji Cikgu Nizam.
Ayah cikgu Nizam sangat sayang akan Cikgu Nizam kerana kasih sayang yang diberikan oleh
Cikgu Nizam kepada ayahnya setanding dengan kasih sayang sepuluh orang walaupun Cikgu
Nizam hanyalah seorang anak tunggal. Ketika membiarkan Ai Ling dan Ai Ching bermain-main
di tepi pantai, Cikgu Nizam mengelamun sambil menikmati ketenangan ombak dan angin di tepi
pantai. Cikgu Nizam berharap supaya dia dapat menjadi manusia biasa yang berkeluarga dan
berbahagia selalu tetapi dia sentiasa menghadapi ujian dalam kehidupannya.

(viii) Kampung Seri Purnama telah dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kemerdekaan
peringkat mukim. Dalam bulan ini, program Berkampung Bersama Puisi akan dilancarkan.
Ramai penduduk di sekitar kawasan Batu Pahat berminat untuk menyertainya. Yang Berhormat
juga telah bersetuju untuk mendeklamasikan puisi pada malam perasmian nanti. Cikgu Nizam
pula semakin sibuk membuat persiapan di balai raya. Cikgu Nizam tidak mahu program itu

menjadi seperti “melepaskan batuk di tangga”. Ai Ling juga gigih berlatih mendeklamasikan
sajak. Pada masa ini, kesihatan Cikgu Nizam bertambah buruk. Cikgu Nizam hanya mampu
bergantung pada ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh doktor untuk menahan kesakitan yang
dialaminya. Cikgu Nizam menerima takdir Tuhan dengan tabah jika hidupnya akan berakhir
tidak lama lagi. Walaupun Cikgu Nizam menderita kesakitan, Cikgu Nizam berlagak seperti
biasa seolah-olah dia sihat. Ai Ling telah datang ke rumah Cikgu Nizam sambil membawa apam
balik untuk Cikgu Nizam. Ai Ling memberitahu bahawa dia telah menyelesaikan semua kerja
rumahnya ketika menunggu Cikgu Nizam habis bermesyuarat di sekolah. Cikgu Nizam telah
menunjukkan manuskrip yang sedang ditulis olehnya kepada Ai Ling. Cikgu Nizam telah
berjanji untuk memberikan manuskrip itu kepada Ai Ling sekiranya manuskrip itu siap ditulis.
Ai Ling menyatakan bahawa dia mahu menjadi orang pertama membaca manuskrip tersebut. Ai
Ling mendapati bahawa muka Cikgu Nizam pucat. Ai Ling beranggapan bahawa Cikgu Nizam
sedang sakit. Namun begitu, Cikgu Nizam menafikannya. Cikgu Nizam memberi alasan bahawa
dia hanya penat sahaja. Ai Ling juga mendapati bahawa fizikal Cikgu Nizam sudah berubah.
Urat-urat di kepala Cikgu Nizam sudah timbul dan tubuhnya juga sudah kurus. Walau
bagaimanapun, Cikgu Nizam tetap menyatakan bahawa dia sihat. Ai Ling juga bertanya tentang
Aiman kepada Cikgu Nizam. Ai Ling ingin tahu bila Cikgu Nizam akan membawa Aiman ke
kampung ini. Ai Ling ingin berkenalan dengannya. Cikgu Nizam ingin menceritakan masalah
yang dihadapinya kepada Ai Ling tetapi dia membatalkan hasratnya itu. Cikgu Nizam tidak
mahu melibatkan Ai Ling dalam masalah kehidupannya.

(ix) Sakit kepada yang dialami oleh Cikgu Nizam semakin kronik. Cikgu Nizam terpaksa
menahan kesakitannya itu dengan ubat yang dibekalkan oleh doktor. Pada masa ini, Cikgu
Nizam menyelesaikan semua tugasan sebagai guru di sekolah sehingga dia pulang lewat. Ai Ling
pula terpaksa menunggunya. Mujur Ai Ling memahami kesibukannya. Pada waktu malam,
Cikgu Nizam menunaikan solat sunat. Ketika ini, dia berasa bahawa dirinya dekat dengan Allah.
Kerinduannya terhadap Aiman semakin memuncak. Cikgu Nizam sentiasa membayangkan
wajah Aiman. Cikgu Nizam menatap potret kecil Aiman dan mendakapkannya ke dada. Cikgu
Aiman berharap Aiman datang menemuinya. Cikgu Aiman terus menangis teresak-esak.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 4

Desakan Hati

Haiqal tidak dapat membuat keputusan sama ada ingin ke Johor atau tidak. Haiqal yakin bahawa
uminya pasti tidak akan mengizinkan. Haiqal tidak pernah membantah keputusan uminya kecuali
sekali. Manuskrip yang dibaca oleh Haiqal mempengaruhinya untuk ke Johor. Haiqal merasakan
bahawa manuskrip yang dibaca olehnya merupakan kisah benar. Haiqal yakin bahawa si
penghantar manuskrip itu mempunyai sebab yang tersendiri dengan menghantar manuskrip itu
kepadanya. Pada malam itu, Haiqal telah keluar untuk bertemu Ratna. Perkara itu
menghairankan umi dan walidnya. Ketika bertemu Ratna, Haiqal memberitahu bahawa dia sudah
selesai membaca manuskrip tersebut. Haiqal beranggapan bahawa manuskrip itu menceritakan
kesunyian dan kesakitan yang ditanggung oleh ayahnya. Kandungan manuskrip dalam
manuskrip itu benar-benar merumitkan fikiran Haiqal. Dalam manuskrip itu, watak utamanya
ialah seorang penulis. Ratna membuat persamaan antara watak utama manuskrip itu dengan diri
Haiqal yang merupakan pelajar yang hebat dalam bidang sastera. Haiqal sering memenangi
pertandingan deklamasi puisi peringkat sekolah, johan menulis sajak dan cerpen peringkat
negeri. Namun begitu, umi tidak pernah berbangga akan pencapaian Haiqal. Kebencian umi
terhadap ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayahnya. Haiqal berasa bingung. Haiqal tidak
tahu cara untuk dia berhadapan dengan umi dan walidnya. Ratna memberi sokongan kepada
Haiqal. Ratna memberitahu bahawa jika niat Haiqal betul, Allah akan menunjukkan jalan
penyelesaiannya. Haiqal menyatakan bahawa uminya pernah kecewa dengan keputusan Haiqal
yang memilih kelas sastera apabila masuk ke tingkatan enam. Itulah kali pertama Haiqal berkeras
dengan uminya. Ratna menasihati Haiqal supaya memikirkan perkara tersebut masak-masak
sebelum membuat keputusan. Kemudian, Haiqal memohon diri untuk pulang kerana jam sudah
menunjukkan jam 12.00 malam. Haiqal tidak mahu umi dan walidnya bimbang.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 5

Rindu

Haiqal berasa terkilan kerana dia tidak mempunyai kenangan indah bersama dengan ayahnya.
Haiqal membelek-belek manuskrip itu sekali lagi. Haiqal ingin kepastian tentang watak Ai Ling
yang mungkin memiliki persamaan dengan individu yang bernama Ong See Hwa. Haiqal juga
ingin membuat andaian tentang watak Ai Ling yang mungkin watak rekaan ayahnya sahaja.
Suasana Kampung Seri Purnama terbayang-bayang di mata Haiqal. Bunyi kompang dan alunan
irama zapin seakan-akan kedengaran di telinga Haiqal. Zapin merupakan tarian terkenal di negeri
Johor. Haiqal hanya pernah menontonnya di televisyen sahaja. Haiqal tidak pernah memalu
kompang apatah lagi menari zapin. Berdasarkan manuskrip tersebut, Haiqal mendapat gambaran
bahawa ayahnya handal menari zapin. Perkara itu menyebabkan Haiqal berasa kagum akan
kehebatan ayahnya. Jika catatan dalam manuskrip tersebut benar, ayah Haiqal merupakan orang
yang hebat. Haiqal berasa rugi kerana dia tidak dapat hidup lama bersama-sama dengan ayahnya.
Dunia umi dan walidnya hanyalah butik dan kilang batiknya. Uminya mahu Haiqal mewarisi
perniagaan keluarga tetapi Haiqal tidak berminat. Haiqal hanya bekerja di kedai batik uminya di
Pasar Payang untuk memenuhi duit poket. Hanya adik tirinya, Nurul Aisyah yang menunjukkan
minat dalam perniagaan. Sewaktu ayahnya meninggal dunia tujuh tahun yang lepas, Haiqal tidak
dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi jenazah ayahnya. Ketika itu, Haiqal sedang
menduduki UPSR. Haiqal terpaksa ditenangkan oleh pengawas kerana dia menangis sepanjang
masa menjawab soalan peperiksaan. Haiqal berasa hairan kerana dia tidak tahu tentang masalah
yang dihadapi oleh ayah dan uminya sehingga menyebabkan mereka berpisah.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 6

Satu Ketetapan

Haiqal telah membuat keputusan yang muktamad. Haiqal ingin pulang ke kampung halaman
ayahnya di Johor walaupun dia tidak pernah ke sana. Haiqal menyatakan hasratnya kepada
Ratna. Hasrat Haiqal disokong oleh Ratna. Sebagai sahabat, Ratna hanya mampu mendoakan
Haiqal agar selamat sampai ke Johor. Ratna menasihati Haiqal supaya menjaga diri apabila
berada di tempat orang. Setelah solat maghrib, Haiqal menyuarakan hasrat itu kepada uminya.
Seperti jangkaan Haiqal, uminya melarang Haiqal ke Johor kerana ayahnya sudah meninggal
dunia. Uminya menyuruh Haiqal menerima kenyataan. Namun begitu, Haiqal berkeras untuk ke
Johor kerana dia perlu mengetahui asal usul ayahnya. Haiqal juga ingin melihat peninggalan
arwah ayahnya. Umi tetap berkeras melarang Haiqal ke Johor kerana uminya tidak mahu Haiqal
menjadi seperti ayahnya yang hanya hidup mengejar bayang-bayang. Uminya juga tidak mahu
memberikan wang kepada Haiqal sepanjang Haiqal berada di Johor. Ketika perbalahan itu, walid
cuba mententeramkan keadaan. Walid menenangkan Haiqal. Sikap keterbukaan walid
menyebabkan Haiqal tidak menganggap bahawa walidnya seperti orang asing. Haiqal memohon
maaf kepada walidnya atas kejadian perbalahan tersebut. Walid memberi keizinan kepada Haiqal
untuk ke Johor. Pada masa yang sama, walid berjanji akan memberikan wang perbelanjaan
sepanjang Haiqal berada di Johor.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 7

Perjalanan Yang Jauh

Haiqal memulakan perjalanan ke Johor dengan menaiki bas. Tayangan filem lucu di dalam bas
tidak menarik minat Haiqal. Wajah Ratna sentiasa bermain-main di mindanya. Ketika di stesen
bas, Haiqal berjanji kepada Ratna bahawa dia akan kembali ke Terengganu.Ketika Haiqal keluar
dari rumah, uminya langsung tidak menghantarnya. Hanya walid dan Nurul Aisyah sahaja yang
menghantarnya ke pintu pagar. Haiqal sempat menjeling ke arah jendela rumahnya tetapi ibunya
tidak kelihatan. Walid dan Nurul Aisyah mahu menghantar Haiqal ke stesen bas tetapi Haiqal
tidak membenarkan kerana bimbang akan menyakiti hati uminya. Sepanjang perjalanan, Haiqal
tertidur. Haiqal hanya tersedar ketika bas berhenti di RnR Kuantan. Haiqal memesan mihun sup
dan teh tarik. Walaupun Haiqal tidak berselera untuk makan, tetapi dia terpaksa menelannya
kerana perutnya lapar. Kemudian, bas meneruskan perjalanan ke Johor. Sepanjang perjalanan
tersebut, Haiqal hanya tidur sepanjang masa kerana dia tidak mahu menempuh perjalanan yang
terlalu panjang.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 8


Tiba Di Kampung

Haiqal sampai di stesen Batu Pahat tepat jam 5.30 pagi. Pada waktu itu, hanya kedai mamak
sahaja yang dibuka namun, Haiqal belum berselera untuk sarapan pagi. Haiqal menunaikan solat
subuh di bilik solat yang terdapat di stesen bas tersebut. Dengan bantuan seorang pengawal
keselamatan, Haiqal berjaya mendapatkan teksi menuju ke Kampung Seri Purnama. Pemandu
teksi tersebut memperkenalkan dirinya sebagai pak cik Salleh. Sepanjang perjalanan, mereka
berbual-bual. Pak cik Salleh sudah menjadi pemandu teksi selama sepuluh tahun. Memandu teksi
merupakan kerja samping pak cik Salleh. Pada waktu siang, pak cik Salleh menjadi tukang
rumah. Pak cik Salleh membuat dua kerja pada satu hari kerana dia mahu menampung
perbelanjaan persekolahan anak-anaknya. Pak cik Salleh menasihati Haiqal supaya melanjutkan
pelajaran ke peringkat ijazah kerana pekerjaan bergaji lumayan pada zaman moden ini
memerlukan ijazah. Sepanjang perjalanan itu juga, pak cik Salleh telah menunjukkan
pembangunan di kawasan Parit Raja yang dipenuhi dengan kawasan perindustrian. Kawasan ini
semakin maju apabila sebuah institusi pengajian tinggi awam telah dibina. Mereka telah sampai
di Kampung Seri Purnama. Namun begitu, Haiqal tidak tahu arah tujuannya kerana dia tidak
mempunyai alamat rumah ayahnya. Pak cik Salleh bersungguh- sungguh membantunya dengan
membawa Haiqal mencari penduduk kampung di situ untuk bertanya tentang kedudukan rumah
Abdullah bin Kayan; ayah Haiqal. Kesungguhan pak cik Salleh membuatkan Haiqal terharu.
Mereka berhenti di sebuah warung. Haiqal bertanya kepada penebar roti canai tentang rumah
arwah Cikgu Abdullah. Apabila Haiqal menyatakan bahawa dirinya ialah anak arwah Cikgu
Abdullah, penebar roti canai itu mempelawanya duduk. Haiqal diminta untuk menunggu
kedatangan Tauke Ong pada jam 7.30 pagi. Haiwal mempelawa pak cik Salleh untuk bersarapan
dengannya tetapi pak cik Salleh menolak kerana dia takut terlambat untuk pergi bertukang.
Kemudian, Haiqal membayar tambang kepada pak cik Salleh. Penebar roti canai
memperkenalkan dirinya sebagai Sakimin atau lebih dikenali sebagai Wak Min. Isterinya pula
dipanggil Mak Menah. Fikiran Haiqal terus bermain-main dengan soalan. Haiqal cuba
mengaitkan watak Tauke Lim dengan Tauke Ong. Haiqal tertanya-tanya sama ada Tauke Lim
dan Tauke Ong merupakan orang yang sama atau tidak. Ketika Tauke Ong datang bersarapan di
warung, Wak Min telah memperkenalkan Haiqal kepada Tauke Ong. Pelanggan-pelanggan lain
turut memerhatikan Haiqal. Tauke Ong menyatakan bahawa hajat arwah ayah Haiqal telah
tercapai. Selepas bersarapan, Tauke Ong berjanji akan membawa Haiqal ke rumah ayahnya.
Rumah tersebut dijaga oleh Tauke Ong. Haiqal berasa lega kerana dia mempunyai tempat untuk
bermalam. Tauke Ong telah menghantar Haiqal ke rumah ayahnya. Rumah itu bersih kerana
anak Tauke Ong, See Hwa mengemasnya dua hari sekali. Haiqal menyatakan kepada Tauke Ong
bahawa dia ke sini kerana manuskrip yang dihantar oleh Ong See Hwa. Tauke Ong
memaklumkan bahawa manuskirp itu telah diserahkan kepada Ong See Hwa dua hari sebelum
ayahnya meninggal dunia. See Hwa terlalu sayang akan manuskrip itu tetapi dia perlu
menyerahkan kepada pewarisnya. Ketika di rumah, Haiqal telah melihat sijil-sijil milik ayahnya;
Abdullah Kayan. Haiqal berasa bahawa ayahnya lebih hebat daripada watak yang digambarkan
dalam manuskrip tersebut.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 9

Pertemuan

Tauke Ong telah membawa Haiqal ke pekan untuk makan tengah hari. Ketika dalam perjalanan,
Tauke Ong menceritakan bahawa setelah kematian ayah Haiqal, dia telah diamanahkan untuk
menjaga kebun-kebun ayahnya. Tauke Ong akan menyerahkan kebun- kebun tersebut kepada
Haiqal. Pada masa yang sama, ayah Haiqal turut mewariskan wang simpanannya di bank untuk
Haiqal. Haiqal mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong kerana menjaga amanah ayahnya.
Tauke Ong memberitahu bahawa jasa keluarga ayah Haiqal kepada keluarganya sangat besar.
Tauke Ong berkata bahawa hutang budi keluarga ayah Haiqal tidak dapat dibayar sehingga mati.
Apabila sampai di kedai makan, Tauke Ong menurunkan Haiqal dan See Hwa di hadapan kedai.
Tauke Ong tidak turut serta kerana dia mempunyai urusan lain. Walaupun baru berjumpa, Haiqal
dan See Hwa mudah mesra. Haiqal seolah-olah mengenali See Hwa kerana perwatakannya
hampir sama seperti yang digambarkan melalui perwatakan Ai Ling. Mereka menikmati kari
kepala ikan yang pedas. See Hwa tidak kekok makan dengan menggunakan tangan. Kemudian,
See Hwa menceritakan tentang keenakan ikan haruan masak cili api yang dimasak oleh ayah
Haiqal. Pada waktu ini, Haiqal berasa sedih kerana tidak mendapat kasih sayang daripada arwah
ayahnya. Kasih sayang ayahnya telah dicurahkan kepada See Hwa. Selesai makan tengah hari,
mereka ke kedai buku berhampiran. See Hwa membeli novel kegemarannya. See Hwa dan
Haiqal meminati penulis yang sama seperti Shahnon Ahmad dan Shakespeer. See Hwa
mengatakan bahawa minat Haiqal dan arwah ayahnya adalah sama seperti peribahasa “ke mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Apabila Haiqal pulang ke rumah, dia berasa rindu akan
adik tirinya Nurul Aisyah. Masing-masing berbalas mesej untuk berkongsi perasaan rindu. Pada
masa yang sama, Haiqal turut berasa rindu akan Ratna. Haiqal sengaja tidak membalas mesej
Ratna kerana mahu membiarkan gadis itu tertunggu-tunggu

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 10

Pusara

Tauke Ong telah meminjamkan motosikalnya kepada Haiqal. Motosikal tersebut memudahkan
pergerakan Haiqal di kampung. Kemudian, Haiqal menunggang motosikal itu untuk menziarahi
pusara ayahnya. Ketika di pusara, Haiqal seolah-olah tidak mahu meninggalkan pusara ayahnya
kerana terlalu rindu akan ayahnya. Haiqal membaca surah Yasin untuk roh ayahnya. Selepas
menziarahi pusara ayahnya, Haiqal telah berkenalan dengan pak cik Bakar. Ketika itu pak cik
Bakar sedang memancing ikan. Pak cik Bakar merupakan orang yang rapat dengan arwah ayah
Haiqal. Ketika kali pertama pak cik Bakar melihat Haiqal, pak cik Bakar seolah-olah melihat
arwah ayah Haiqal. Pak cik Bakar mempelawa Haiqal untuk datang ke rumahnya bila-bila masa.
Rumahnya tidak jauh dari rumah Tauke Ong. Selepas bersolat magrib dan isyak di masjid,
Haiqal menuju ke warung untuk makan kerana dia belum makan lagi sejak petang tadi. Haiqal
dan Mak Menah berbual-bual tentang pelajaran dan pemuda-pemuda di Kampung Seri Purnama
yang majoritinya bekerja di kilang di pekan dan menunggu keputusan SPM. Ada empat orang
pemuda yang menganggur. Mak Menah memberitahu bahawa pemuda-pemuda di kampung ini
suka berlonggok dan bersembang. Ada juga yang suka menunggang motosikal ke sana ke mari
membuang masa. Keadaan itu tidak berlaku ketika arwah ayah Haiqal masih hidup kerana
banyak aktiviti boleh dilakukan. Pak cik Bakar telah datang ke warung diikuti oleh Haji Salim
dan Wak Arif. Mereka menyatakan bahawa golongan pemuda di kampung sudah tidak meminati
muzik dan tarian tradisional. Kumpulan zapin juga sudah tidak aktif selama 7 tahun. Selepas
kematian ayah Haiqal, seorang demi seorang orang ahli kumpulan zapin yang pandai menari
meninggal dunia. Ketika di warung, Haiqal berasa kagum dengan budaya sopan santun yang
diamalkan oleh golongan pemuda kampung itu. Mereka akan bersalaman dengan semua
pengunjung warung sebelum duduk di tempat masing-masing. Perbualan antara Haiqal dan pak
cik Bakar berterusan sehingga ke rumah pak cik Bakar. Perwatakan Haiqal sama seperti ayahnya
yang lebih suka berbual di luar rumah sahaja. Pak cik Bakar mengatakan bahawa ayah Haiqal
merupakan seorang yang tabah. Ayah Haiqal cuba untuk membawa Haiqal tinggal bersama-
samanya tetapi gagal. Haiqal menyatakan hasrat sebenarnya berkunjung ke kampung ini. Antara
hasratnya termasuklah untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah hidup ayahnya. Pak cik Bakar
memberitahu Haiqal bahawa hubungan antara ayah Haiqal sangat unik kerana ayahnya
menganggap bahawa See Hwa seperti Haiqal.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 11

Suasana Baharu

Haiqal sudah berada di Kampung Seri Purnama selama seminggu. Tauke Ong telah
menyerahkan wang simpanan dan wang hasil jualan kelapa sawit semenjak ayah Haiqal
meninggal dunia. Jumlah wang tersebut adalah banyak. Namun begitu, Haiqal memberitahu
Tauke Ong bahawa kehadirannya bukanlah untuk menuntut harta. Haiqal tidak mahu
kehadirannya di kampung itu disalah anggap oleh Tauke Ong. Pada masa yang sama, Haiqal
mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong kerana menguruskan harta peninggalan arwah
ayahnya. Tauke Ong memberitahu bahawa dia hanya menjalankan amanah arwah ayah Haiqal.
Tauke Ong juga memberitahu bahawa jasa keluarga ayah Haiqal sangat besar kepada keluarga
Tauke Ong. Sebelum meninggal dunia, arwah ayah Haiqal telah berpesan supaya menyerahkan
semua wang simpanan dan kebun kelapa sawitnya kepada Haiqal jika Haiqal datang ke
Kampung Seri Purnama. Tauke Ong juga telah menyerahkan pengurusan kebun kelapa sawit
peninggalan arwah ayah Haiqal kepada Haiqal. Pada mulanya, Haiqal mahu Tauke Ong
menguruskannya seperti biasa tetapi Tauke Ong tetap mahu Haiqal mengusahakannya. Haiqal
tidak tahu menguruskan kebun kelapa sawit. Oleh itu, Tauke Ong mahu Haiqal belajar
menguruskannya daripada Abang Bidin dan Abang Salleh. Apabila Haqal melanjutkan pelajaran,
barulah Tauke Ong akan mengambil alih semula tugas mengurus kebun kelapa sawit. Haiqal
telah berkenalan dengan Abang Bidin dan Abang Salleh ketika kali pertama Haiqal sampai di
warung. Abang Bidin dan Abang Salleh merupakan bekas tentera. Selepas bersara, mereka
sepakat untuk mengambil upah memetik buah kelapa sawit dan menguruskan kebun kelapa
sawit. Upah yang diambil oleh mereka dikiran berdasarkan jumlah tan buah kelapa sawit.
Semakin berat buah kelapa sawit, semakin banyaklah upah yang akan diperolehi mereka. Haiqal
telah bersetuju untuk mengupah Abang Bidin dan Abang Salleh kerana mereka mahir melakukan
kerja. Kebun-kebun yang dikerjakan oleh mereka juga bersih. Hampir seminggu Haiqal berada di
kampung Seri Purnama, Haiqal telah berkenalan dengan ramai pemuda di kampung itu.
Antaranya termasuklah Lazim yang sedang menunggu keputusan STPM seperti Haiqal. Bezanya,
Lazim belajar dalam bidang ekonomi manakala Haiqal belajar dalam bidang kesusasteraan
Melayu. Lazim bekerja di kilang tekstil di pekan sementara menunggu keputusan SPM. Pada
waktu lapang, Lazim memancing ikan puyu di sungai. Ikan-ikan puyu tersebut dikumpulkan di
dalam tempayan. Apabila ikan semakin bertambah, Lazim menjualnya di pekan. Ketika Lazim
bermalam di rumah Haiqal, Lazim telah bercadang untuk membawa Haiqal ke balai raya pada
esok petang kerana di sana kenangan ayah Haiqal sangat banyak. Asalnya, balai raya tersebut
adalah sunyi tetapi sejak kedatangan ayah Haiqal, balai raya tersebut semakin meriah dengan
aktiviti kebudayaan. Lazim juga memberitahu bahawa dia pandai menari zapin. Haiqal
menggunakan kesempatan itu untuk menyuruh Lazim mengajarnya menari zapin. Pada masa
yang sama, Lazim menyuruh Haiqal mengenali See Hwa dengan lebih dekat kerana See Hwa
ialah orang yang paling rapat dengan arwah ayah Haiqal. Selain itu, ayah Haiqal mencurahkan
kasih sayangnya kepada See Hwa. Selepas menunaikan solat subuh, See Hwa mempelawa
Haiqal untuk bersarapan bersama-sama dengan Tauke Ong di pekan. Mereka bersarapan di kedai
lontong Haji Halim. Lontong di situ benar-benar enak. Selepas Tauke Ong membayar harga
makanan dan minuman, dia sengaja membiarkan See Hwa dan Haiqal berbual-bual. See Hwa
berkongsi kisah hidupnya bersama-sama ayah Haiqal. See Hwa menyatakan bahawa sesiapa
yang rapat dengan ayah Haiqal, orang itu akan sentiasa beranggapan bahawa ayah Haiqal seolah-
olah masih hidup. See Hwa memberitahu bahawa dia bukanlah orang yang layak untuk ayahnya
mencurahkan kasih sayang. See Hwa juga yakin bahawa Haiqal benar-benar wujud pada masa
itu. Kemudian, Haiqal mengucapkan terima kasih kepada See Hwa kerana membahagiakan
ayahnya.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 12

Rahsia Balai Lama

Lazim dan See Hwa telah membawa Haiqal berkunjung ke balai raya. Di dalam balai raya,
terdapat sebuah bilik bacaan yang diusahakan oleh arwah ayah Haiqal. Menurut See Hwa dan
Lazim, bilangan buku di bilik bacaan tersebut semakin berkurangan kerana sebilangan peminjam
buku tidak memulangkan buku. Bilik bacaan tersebut adalah bersih dan kemas kerana See Hwa
secara sukarela datang seminggu sekali untuk mengemas bilik bacaan tersebut. Kemudian,
Lazim menunjukkan ruang pameran Abdullah Kayan. Di sini, Lazim melihat biodata ayahnya;
Abdullah Kayan. Biodata tersebut memaparkan sumbangan dan pencapaian arwah ayahnya yang
sangat hebat dalam bidang kesusasteraan. Selain itu, banyak gambar arwah ayahnya dipamerkan.
Lazim menyatakan bahawa arwah Abdullah bin Kayan sangat hebat dalam tarian zapin.
Kemudian, Lazim menunjukkan buku-buku yang ditulis oleh ayahnya tersimpan dalam bilik
bacaan tersebut. Haiqal ingin tahu maksud Aksara seperti yang tertulis dalam manuskrip
tersebut. See Hwa memberitahu bahawa Aksara ialah Akademi Sastera Rakyat. Idea untuk
menghidupkan kembali kumpulan zapin telah tercetus selepas kunjungan Haiqal ke balai raya
lama tersebut. Tanpa berlengah, Haiqal menyuarakan hasrat tersebut kepada pak cik Bakar, Haji
Salim dan Wak Arif. Haiqal menaruh harapan supaya mereka dapat membantu Haiqal. Haji
Salim memberitahu bahawa pemuzik tarian zapin masih hidup. Namun begitu, penari zapin yang
tinggal hanyalah tiga orang sahaja. Walau bagaimanapun, mereka sudah tua. Semangat yang
ditunjukkan oleh Haiqal sama seperti semangat yang ditunjukkan oleh arwah ayahnya dahulu.
Pak cik Bakar memberi cadangan supaya perkara ini dibincangkan terlebih dahulu bersama-sama
dengan ketua kampung. Pak cik Bakar memaklumkan bahawa cadangan Haiqal bukanlah
cadangan yang perlu dibuat secara sambalewa sahaja. Haiqal sudah berada di kampung Seri
Purnama selama sebulan lebih. Haiqal dilayan dengan baik oleh penduduk kampung. Haiqal
percaya bahawa jika dia bukan anak Abdullah bin Kayan, penduduk kampung tersebut akan tetap
melayannya dengan baik. Perasaan rindu akan Pantai Timur juga turut lahir dalam hati Haiqal.
Walaupun Haiqal selalu menghubungi Nurul Aisyah dan Walid, dia belum lagi menghubungi
uminya. Walid memberitahu bahawa uminya masih terkilan dengan tindakan Haiqal. Namun
begitu, Haiqal telah menetapkan niatnya untuk meneruskan usaha menghargai perjuangan
ayahnya. Pada masa yang sama, Haiqal juga mempunyai hak untuk menyayangi ayah
kandungnya sendiri. Haiqal berdoa supaya uminya akan memahami tindakannya pada suatu hari
nanti. Haiqal juga mengenali ayahnya daripada See Hwa. Gadis itu banyak menyimpan kenangan
bersama-sama dengan ayahnya. See Hwa juga menyimpan koleksi buku yang ditulis oleh ayah
Haiqal. See Hwa berjanji untuk meminjamkan koleksi buku tersebut kepada Haiqal.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 13

Sinar Harapan
Haiqal berasa lega apabila Haji Jamil iaitu Ketua Kampung Seri Purnama telah bersetuju untuk
mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
untuk membincangkan cadangan Haiqal untuk menghidupkan kembali kumpulan zapin. Pada
petang itu, Haiqal telah ke rumah Tauke Ong. See Hwa berjanji akan menyerahkan koleksi buku
yang ditulis oleh arwah ayah Haiqal. See Hwa menjalankan amanah arwah ayah Haiqal yang
mahu koleksi buku itu diserahkan kepada Haiqal. Puan Khei telah menyediakan pisang goreng
dan teh pada petang itu. Mereka minum petang bersama- sama. Haiqal berasa kagum akan See
Hwa yang bukan sahaja cantik, malah seorang gadis yang berbudi bahasa dan fasih berbahasa
Melayu. Ketika Tauke Ong pulang, dia menyertai Haiqal, See Hwa dan Puan Khei minum
petang. Kemudian, Tauke Ong memuji cadangan Haiqal yang mahu menghidupkan semula
kumpulan zapin di kampung itu. Walau bagaimanapun, Haiqal berasa bimbang jika cadangannya
akan menyusahkan penduduk kampung. Tauke Ong menasihati Haiqal supaya tidak berasa
bimbang kerana Tauke Ong sangat yakin bahawa penduduk kampung pasti akan bersetuju
dengan cadangan Haiqal. Jika cadangan itu tidak diterima, sudah tentulah warisan budaya itu
akan lenyap. Tauke Ong memberitahu bahawa ada beberapa orang anak muda di kampung itu
yang mahir menari zapin tetapi mereka malu untuk menunjukkan kebolehan mereka. Layanan
mesra yang diberikan oleh keluarga Tauke Ong terhadap diri Haiqal membuatkan Haiqal
membuatkan diri Haiqal berasa terharu. Haiqal juga tidak merasakan dirinya sebagai orang asing
apabila bergaul dengan keluarga Tauke Ong. Oleh sebab itu, Haiqal berasa selesa untuk
meluahkan masalahnya kepada See Hwa. Haiqal telah menceritakan masalah antara dirinya
dengan uminya. See Hwa mengerti akan masalah yang melanda Haiqal. See Hwa menasihati
Haiqal supaya tabah menghadapi dugaan itu. See Hwa menasihati Haiqal supaya tidak mensia-
siakan bakat menulisnya. Menurut kata arwah ayah Haiqal, orang yang mensia-siakan bakat yang
dikurniakan oleh Tuhan ibarat mengkhianati bakat itu. See Hwa memberi galakan kepada Haiqal
untuk terus menulis. Kemudian, See Hwa menceritakan kisah ayah Haiqal yang sentiasa
menjadikan See Hwa sebagai orang pertama yang akan membaca manuskrip yang telah siap
dikarang terutamanya mansukrip cerpen dan novel kanak-kanak. Haiqal menghabiskan masa di
kampung dengan melihat Abang Bidin dan Abang Salleh bekerja di kebun kelapa sawit. Selain
itu, Haiqal turut menghabiskan masanya membaca novel-novel dan antologi cerpen yang ditulis
oleh ayahnya. Apabila membaca cerpen yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal mendapati bahawa
cerpen yang ditulis bertemakan kisah keguruan, kehidupan masyarakat setempat dan
kebudayaan. Pada masa ini, Haiqal dapat menyelami jiwa ayahnya sebagai penulis. Haiqal
sangat mengagumi bakat menulis yang ada pada diri ayahnya. Tauke Ong juga sentiasa
mengajaknya mengelilingi kampung sebelah untuk meraih hasil tani penduduk-penduduk
kampung itu. Tauke Ong membeli hasil tani secara tunai. Menurut Tauke Ong, dia tidak suka
berhutang. Pada masa yang sama, berniaga perlu jujur. Ketika Haiqal asyik membaca, pak cik
Bakar datang ke rumah Haiqal untuk mengundang Haiqal ke balai raya. Mereka akan

bermesyuarat pada malam itu. Pak cik Bakar meminta Haiqal untuk mempelawa See Hwa dan
Tauke Ong untuk turut hadir dalam mesyuarat itu. Haiqal menghitung hari keputusan STPM
yang akan diumumkan. Tempohnya tinggal sebulan sahaja lagi. Haiqal tidak pasti ke mana arah
tujuannya selepas ini. Uminya benar- benar mahu Haiqal meneruskan pelajaran dalam bidang
perniagaan malah uminya bercadang mahu menghantar Haiqal belajar di luar negara. Uminya
mahu Haiqal mewarisi perniagaan batik. Namun begitu, Haiqal lebih suka untuk menjadi guru
seperti arwah ayahnya. Haiqal bertegas untuk menjadi dirinya sendiri. Setelah bermesyuarat,
mereka telah membuat keputusan untuk menerima cadangan Haiqal yang mahu menghidupkan
kembali kumpulan zapin D’Purnama. Haji Jamil juga turut menyatakan bahawa usaha ini dapat
mengingati jasa-jasa Cikgu Abdullah yang besar terhadap Kampung Seri Purnama. Usaha Cikgu
Abdullah telah mengharumkan nama kampung Seri Purnama. Haji Jamil juga memaklumkan
bahawa Yang Berhormat Datuk Syaiful Azizi, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu jug
akan hadir sebagai tetamu kehormat. Dalam mesyuarat itu, mereka telah mengagih-agihkan
tugas. JKKK lelaki ditugaskan untuk mengetuai bahagian memasang balai, seranta, memasang
sistem pembesar suara manakala ahli JKKK wanita ditugaskan untuk menyediakan juadah
jamuan. Tauke Ong telah bermurah hati untuk menaja jamuan untuk majlis itu. Mereka
mempunyai masa hanya sebulan sahaja lagi untuk membuat persiapan. Setelah bermesyuarat,
mereka tidak terus pulang tetapi berbual-bual di bahagian beranda balai raya. Pak cik Bakar
memaklumkan bahawa balai raya ini merupakan pusat aktiviti kebudayaan dan sastera di
kampung ini. Pada masa yang sama, balai raya ini menyimpan banyak kenangan tentang
kumpulan zapin D’Purnama dan Aksara. Setelah Cikgu Abdullah meninggal dunia, usaha untuk
menghidupkan kumpulan zapin itu tetap dilakukan. Malangnya, masing-masing bagaikan
kehilangan arah tujuan lebih-lebih lagi ada orang kuat D’Purnama yang telah meninggal dunia.
Pak cik Bakar memberitahu bahawa sambutan terhadap Aksara sangat menggalakkan tetapi
setelah kematian Cikgu Abdullah, Aksara terbiar begitu sahaja. Cikgu Abdullah merupakan
orang yang sangat berpengaruh di kampung ini. Ketokohannya dalam bidang kesusasteraan
diiktiraf oleh kerajaan negeri.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 14

Mencari Keserasian

Haiqal banyak menghabiskan masa malamnya dib alai raya untuk persiapan persembahan zapin.
Balai dan pentas sudah dipasang di hadapan balai raya. Haji Salim yang sudah berusia masih
hebat memetik gambus. Wak Arif pula memalu gendang panjang dengan penuh bertenaga. Pak
cik Bakar dan dua orang rakannya memalu gendang marwas. Haji Salim menyanyikan lagu
Gholiyabu dalam bahasa Arab. Suara serak-serak garau Haji Salim sangat merdu untuk
didengari. Haiqal memberanikan diri bermain tamborin. Haiqal berasa seronok bermain
tamborin. Latihan zapin bertambah meriah apabila Wak Parmin, Abang Ramlan, Wan Seman
dan Haji Selamat turut menarikan zapin jincat. Tauke Ong menyuruh Haiqal mencuba untuk
menari zapin. Tauke Ong menyuruh Haiqal mempelajarinya daripada pak cik Bakar. Haiqal cuba
menolak kerana kehadirannya di sini bukan untuk belajar zapin tetapi dia ingin merasai suasana
suasana kehidupan ketika ayahnya masih hidup. Namun begitu, Haiqal terpaksa menerima
pelawan untuk belajar menari zapin apabila Pak Cik Bakar, Haji Selamat, Wak Parmin, Abang
Ramlan dan Wak Seman bersungguh-sungguh mahu mengajarnya. Haiqal bimbang kerana jika
Haiqal menolak sudah tentu mereka akan berkecil hati. Pak Cik Bakar mengajar Haiqal dengan
tekun. Gerakan Haiqal masih keras. Haiqal juga berasa penat. Sekarang, barulah Haiqal benar-
benar faham bahawa tarian zapin memerlukan kecergasan untuk menarikannya. Hampir pukul
12.00 tengah malam, barulah mereka bersurai. Sebelum pulang, mereka minum di warung Wak
Min. Di warung, Haiqal telah diajarkan tarian zapin secara teori. Haiqal mengakui bahawa tarian
zapin memang memenatkan tetapi sangat unik! Haiqal turut berasa kesal kerana anak-anak muda
di kampung ini seperti tidak meminati tarian zapin kerana tidak ada seorang anak muda yang
sudi menjengah walaupun mereka sudah mula berlatih beberapa hari yang lalu. Menurut Pak Cik
Bakar, anak-anak muda di kampung ini ibarat “hangat-hangat” tahi ayam, Sebagai contohnya,
kumpulan kompang yang dianggotai oleh anak-anak muda pun turut berkubur. Punca perkara ini
berlaku kerana tidak ada minat dalam diri mereka. Haiqal menerangkan bahawa dia suka tinggal
di kampung ini kerana kekayaan budayanya. Pak Cik Bakar memaklumkan bahawa ayah Haiqal
merupakan seorang lelaki yang tabah dan mempunyai keinginan luar biasa. Ayah Haiqal
sanggup berpisah dengan umi Haiqal kerana kecintaannya terhadap kebudayaan di kampung ini.
Arwah ayah Haiqal tidak mahu tarian zapin ini lenyap. Haiqal kemudiannya menceritakan kisah
yang tertulis dalam manuskrip tersebut termasuklah watak-wataknya juga. Haiqal bertanya
kepada Pak Cik Bakar sama ada See Hwa pandai menari zapin atau tidak. Sebenarnya, Haiqal
masih ragu-ragu sama ada Ai Ling yang terdapat dalam manuskrip ayahnya merupakan See Hwa
dalam dunia sebenar. Haiqal juga tidak pasti sama ada watak Ai Ling merupakan imaginasi
ayahnya sahaja untuk menguatkan jalan cerita atau watak yang benar-benar wujud. Pak Cik
Bakar meminta Haiqal menggunakan peluang yang ada untuk mengenali See Hwa. Tauke Ong
mengatakan bahawa Haiqal mempunyai kebolehan semula jadi dalam tarian zapin walaupun
tarian Haiqal masih sumbang. Lazim yang sudah lama tidak menari mudah menangkap gerak tari
zapin itu semula. Haiqal berasa malu kerana dirinya menjadi tumpuan ketika berlatih zapin.
Sekarang, beberapa orang anak muda sudah mula melihat mereka berlatih menari zapin.
Walaupun mereka tidak bermain alat muzik atau menari zapin, kehadiran mereka merupakan
satu sokongan moral kepada kumpulan zapin D’ Purnama. Haiqal mengakui bahawa Lazim
merupakan seorang penari zapin jincat yang hebat. Haiqal yakin bahawa Lazim dapat
mengekalkan kumpulan D’Purnama. Namun begitu, Lazim tidak boleh bergerak seorang diri.
Lazim memerlukan sokongan daripada beberapa orang anak muda kampung itu yang mewarisi
kemahiran yang sama. Haiqal sering tidur lewat sejak akhir-akhir ini. Haiqal teringatkan kata
Lazim, Pak Cik Bakar dan juga manuskrip yang ditulis oleh arwah ayahnya. Haiqal perlu
mencari peluang untuk mengenali See Hwa. Namun begitu, Haiqal tidak mahu emosi See Hwa
terganggu tambahan pula See Hwa sedang belajar di kolej. Haiqal mengakui bahawa See Hwa
seorang gadis yang agak unik. Keunikan See Hwa disebabkan oleh dia membesar dalam
kelompok masyarakat Melayu dan hanya warna kulit sahaja yang menunjukkan See Hwa
berbangsa Cina. Pada waktu petang, See Hwa mengajak Haiqal bersiar-siar di tepi pantai.
Peluang keemasan ini digunakan oleh Haiqal untuk mengenali See Hwa dengan lebih dekat. See
Hwa memberitahu bahawa pantai tersebut menyimpan banyak kenangan bersama-sama dengan
arwah ayah Haiqal. Pantai ini juga sangat istimewa untuk arwah ayah Haiqal. Menurut See Hwa,
di pantai ini, arwah ayah Haiqal bercerita tentang diri Haiqal. See Hwa menambah, jika Haiqal
tidak pulang ke kampung ini, dia pasti akan ke Terengganu untuk mencarinya. Haiqal juga
menyatakan kehairanan tentang manuskrip tersebut yang tidak diselesaikan. Cerita dalam
manuskrip itu tergantung di pertengahan jalan. See Hwa memberitahu bahawa hanya arwah ayah
Haiqal dan Haiqal sahaja yang mempunyai jawapannya. Tugas See Hwa hanyalah
menyampaikan manuskrip itu kepada Haiqal. See Hwa memberitahu bahawa dia suka melihat
Haiqal menari. Menurut Tauke Ong, kehebatan Haiqal menari zapin sama seperti arwah
Abdullah bin Kayan. See Hwa meminta Haiqal untuk menari zapin dengan Lazim pada minggu
depan. See Hwa yakin bahawa orang kampung pasti akan menyukainya. Haiqal inginkan
kepastian sama ada See Hwa pandai menari zapin atau tidak. Namun begitu, See Hwa hanya
tersenyum sahaja dan tidak memberi apa-apa jawapan. Apabila hari beransur senja, mereka
berdua pulang ke rumah masing- masing.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 15

Tetamu Istimewa

Haji Jamil gembira apabila melihat persiapan yang telah dibuat oleh penduduk kampung. Pak
Cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif ialah orang yang paling sibuk pada malam itu. Haiqal juga
turut membantu. Haiqal menyusun kerusi-kerusi plastik manakala See Hwa mengemas bahagian
dalam balai raya agar kelihatan cantik dan berseri. Sebilangan penduduk kampung bergotong-
royong di belakang balai raya. Mereka memasak makanan untuk hidangan para tetamu pada
malam ini. Seminggu sebelum acara ini berlangsung, Haiqal telah memaklumkan kepada
walidnya tentang majlis pada hari ini. Haiqal meminta walid, umi dan Nurul Aisyah mendoakan
Haiqal dapat membuat persembahan yang terbaik. Ketika mereka sibuk membuat persiapan,
Lazim telah ditimpa kemalangan ketika pulang dari tempat kerja. Peristiwa itu hampir
mematahkan semangat mereka. Walaupun kecederaan yang dialami oleh Lazim tidak parah,
luka-luka di kakinya perlu dijahit dan sudah tentulah Lazim tidak dapat menari zapin pada
malam ini. Mereka perlu mencari pengganti Lazim dengan segera kerana tarian zapin akan
terjejas jika bilangan penari tidak cukup. Haji Salim mencadangkan supaya See Hwa
menggantikan tempat Lazim. Haiqal terkejut dengan cadangan itu. Haji Salim menyuruh Haiqal
memujuk See Hwa supaya menari zapin dengannya. Haiqal ragu-ragu dengan kebolehan See
Hwa tetapi Haji Salim memberitahu bahawa See Hwa ialah pengerusi kelab tarian tradisional di
kolejnya. Haiqal telah ke rumah See Hwa untuk memujuk See Hwa menari zapin. Haiqal terkejut
apabila See Hwa sedang menggosok pakaian zapin. See Hwa dan Lazim sebenarnya ingin
membuat kejutan kepada Haiqal. See Hwa dan Lazim akan menari zapin untuk dipersembahkan
kepada Haiqal. Rancangan ini ialah rancangan Pak Cik Bakar dan Haji Salim. Namun begitu,
rancangan itu tidak dapat dilakukan kerana Lazim terlibat dalam kemalangan. Haiqal
mempelawa See Hwa untuk menari zapin bersama-samanya. Haiqal benar-benar berharap
supaya See Hwa dapat menari zapin bersama-samanya. Persembahan zapin D’Purnama berjalan
dengan lancar. Haiqal dapat mempersembahkan tarian zapinnya dengan baik walaupun ada
perasaan gementar dalam hatinya. Beberapa orang warga emas yang mengalirkan air mata
apabila menyaksikan tarian Haiqal. Lazim juga turut hadir pada malam itu walaupun terpaksa
dipapah oleh rakan- rakannya. Ketika lagu Anak Ayam dimainkan, YB Datuk Syaiful Azizi
meminta Haiqal dan See Hwa sekali lagi menari berpasangan. YB sangat terpesona melihat
kelembutan gerak tari See Hwa dan Haiqal.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 16

Bermulalah Episod

Haiqal merasakan bahawa hidupnya sangat serasi di Kampung Seri Purnama. Haiqal turut
merasakan bahawa silir daksina (angin selatan) seolah-olah mendakap tubuhnya dan tidak mahu
melepaskannya. Haiqal perlu berani membuat keputusan. Haiqal tidak mampu untuk
membahagiakan semua orang tetapi dia juga tidak mahu untuk melakukan insan-insan yang
menyayanginya terutamanya umi. Haiqal telah membuat keputusan untuk meninggalkan
Semenanjung Malaysia. Haiqal telah melanjutkan pelajaran di sebuah university di Bumi
Kenyalang (Sarawak). Haiqal percaya bahawa dendam umi terhadap ayahnya telah hilang
apabila umi datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari zapin jincat
pada malam persembahan D’Purnama. Tambahan pula, umi mengajak walid ke kubur ayah.
Haiqal melihat umi menangis di kubur ayahnya. Umi telah sedar bahawa darah Abdullah bin
Kayan turut mengalir dalam tubuh Haiqal. Ratna telah menyepikan diri apabila Haiqal pulang ke
Terengganu. Sebenarnya, Ratna telah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan muda
yang sanggup menjadi rakan kongsinya. Ketika Haiqal mahu pulang ke Terengganu, Tauke Ong
sempat memberitahunya bahawa ada seseorang yang istimewa sedang menunggu Haiqal di
Kampung Seri Purnama. Tauke Ong berharap agar Haiqal kembali ke kampung Seri Purnama.
Haiqal tidak memberikan harapan dan dia hanya mampu tersenyum. Haiqal perlu menjadi seperti
ayahnya untuk menghidupkan Aksara kembali. Walau bagaimanapun, Haiqal sedar bahawa ilmu
dan pengalamannya belum cukup untuknya memimpin Akasara. Manuskrip lama milik arwah
ayah Haiqal masih berada dalam simpanannya. Kandungan manuskrip itu masih belum berubah.
Pada suatu malam, Haiqal menghantar pesanan ringkas kepada See Hwa. Haiqal memberitahu
bahawa dia akan mencari jejak Abdullah bin Kayan dan jika See Hwa benar-benar seperti Ai
Ling, Haiqal juga akan menjejakinya. Silir daksina (angin selatan) benar-benar mententeramkan
jiwa Haiqal.

-Lima kekuatan novel-

Kekuatan yang terdapat di dalam novel ini ialah penulis memperkenalkan tentang keindahan
tarian zapin dan ia merupakan tarian tradisional Johor kepada para pembaca supaya dapat
melahirkan lebih ramai pemuda yang sayang akan budaya tradisional. Selain itu, sikap
berdedikasi Haiqal untuk mencari ayah kandungnya amatlah menyentuh hati pembaca kerana ibu
dan ayahnya berpisah dan sewaktu ayahnya meninggal Haiqal tidak dapat melawat beliau kerana
sedang menduduki peperiksaan UPSR. Seterusnya, sikap baik Cikgu Nizam terhadap Tauke Lim
yang membenarkan Tauke Lim untuk menyewa tanah kebunnya selapas semua tanahnya dijual
untuk membayar judi di dalam manuskrip itu. Kekuatan yang keempat ialah novel ini
mempunyai jalan cerita yang baik untuk pembaca. Akhir sekali, terdapat pelbagai nilai murni di
dalam novel ini yang boleh dijadikan tauladan yang baik kepada pembaca.

-Lima kelemahan novel-

Kelemahan yang terdapat di dalam novel ini ialah kisah sebegini agak biasa diceritakan di dalam
dunia realiti atau di dalam drama yang membuatkan pembaca merasakan cerita ini mempunyai
konsep yang sama seperti cerita drama yang lain. Selain itu, cerita ini mudah dijangka oleh
pembaca. Kemudian, penceritaan novel ini kurang agak menarik berbanding dengan novel
tingkatan lima yang lain. Seterusnya, plot cerita yang kurang tersusun dan mengelirukan
pembaca sepeti manuskrip arwah ayah Haiqal. Akhir sekali, kulit buku yang kurang menarik
perhatian pembaca.

-Lima cadangan penambahbaikan-


Cadangan penambahbaikan yang pertama ialah penulis boleh menggunakan konsep penceritaan
yang lain untuk menarikkan cerita ini. Selain itu, penulis boleh menulis penamat yang tidak
boleh dijangka oleh pembaca supaya menjadi lebih menarik dan unik. Seterusnya, penulis boleh
memperbaiki penceritaan sedikit supaya tidak mudah untuk dijangka oleh pembaca agar
pembaca tidak berasa bosan. Kemudian, penulis boleh memperbaiki penyusunan plot cerita agar
kurang memeningkan pembaca. Akhir sekali, penulis boleh memperbaiki penulisan di dalam
manuskrip kerana ia agak memeningkan sedikit bagi pembaca.

RUJUKAN
-Addmath23, (januari 2018), https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/

-Cikgu Din (2021), Sinopsis Leftenen Adnan ,https://www.slideshare.net/ckgdin/sinopsis-


leftenan-adnan-242903058

-Wikipedia (2021), Biodata Abdul Latip Bin Talib,


https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Latip_bin_Talib

-Amazon (2021), Biodata Dayang Noor,


https://www.amazon.com.mx/Dayang-Noor/e/B006X7T0GE
%3Fref=dbs_a_mng_rwt_scns_share

-Goodreads(2012), Sinopsis Di Sebalik Dinara,


https://www.goodreads.com/book/show/16544951-di-sebalik-dinara?
ac=1&from_search=true&qid=kZGovz0iDe&rank=1

-Cikgu Muzz (2020), Sinopsis keseluruan Di sebalik Dinara,


https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/12/sinopsis-novel-di-sebalik-dinara.html

-Ayahuda (2015), Sinopsis Di Sebalik Dinara setiap bab,


https://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2015/01/sinopsis-di-sebalik-dinara-bab-6-bab-10.html

-Cikgu Amin (2016), Sinopsis Jendela Mengahadap Jalan setiap bab,


https://arifbahasamelayu1.blogspot.com/2016/01/jendela-menghadap-jalan-
sinopsis.html#:~:text=Jendela%20Menghadap%20Jalan%20%28Sinopsis%20Mengikut%20Bab
%29%20Bab%20Satu.,kampung%2C%20namun%20terpaksa%20berpura-pura%20demi
%20menjaga%20hati%20ibunya.

-Goodreads (2009) , Sinopsis Jendela Menghadap Jalan,


https://arifbahasamelayu1.blogspot.com/2016/01/jendela-menghadap-jalan-
sinopsis.html#:~:text=Jendela%20Menghadap%20Jalan%20%28Sinopsis%20Mengikut%20Bab
%29%20Bab%20Satu.,kampung%2C%20namun%20terpaksa%20berpura-pura%20demi
%20menjaga%20hati%20ibunya.

- Cikgu GK (2016), Sinopsis keseluruhan Jendela Menghadap Jalan,


https://noveljendelamenghadapjalan.blogspot.com/2016/12/sinopsis.html
-Mesra didik (2017), Sinopsis keseluruhan Pantai Kasih,
https://mesradidik.blogspot.com/2017/04/novel-pantai-kasih-sinopsis-keseluruhan.html

- Umiwish (2016), Sinopsis setiap bab Pantai Kasih,


https://umiwish.blogspot.com/2016/02/sinopsis-novel-pantai-kasih-bab-1-9.html

- Wikipedia (2018), Biodata Azmah Nordin,


https://ms.wikipedia.org/wiki/Azmah_Nordin#:~:text=Azmah%20Nordin%20merupakan
%20seorang%20pengarang%20buku%20di%20Malaysia.,rendah%20dan%20menengah
%20dalam%20aliran%20Melayu%20dan%20Inggeris.

-MuinMohsein (2015), Biodata Khairuddin Ayip,


https://muinmohsein.blogspot.com/2015/12/novel-songket-berbenang-emas.html

-Anonymous (2016), Sinopsis setiap bab songket berbenang emas,


https://kosongket.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai