Kertas Kerja Program RBT
Kertas Kerja Program RBT
Kertas Kerja Program RBT
KERTAS KERJA
BENGKEL ARTIKEL JAHITAN
TAHUN 5
TARIKH
06 NOVEMBER 2023 (ISNIN)
TEMPAT
DEWAN SUPERBb
( 9:45 pagi – 1:15 petang )
ANJURAN
PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI,
SK PUSAT BUKIT BESAR
2.0 PENGENALAN
Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun 5 bermatlamat melahirkan murid
yang berpengetahuan, menguasai kemahiran asas dalam mereka bentuk dan
berkebolehan mengaplikasikan teknologi asas, mengamalkan asas keusahawanan serta
mempunyai nilai atau sikap yang positif ke arah membentuk murid yang kompetitif, kritis,
kreatif dan inovatif. RBT memberi fokus kepada empat domain iaitu apresiasi reka bentuk,
aplikasi teknologi, pembuatan produk dan penilaian reka bentuk produk seperti dalam.
Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran melalui aktiviti mereka bentuk dan
menghasilkan produk yang bermakna.
Semoga program yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan nilai tambah kepada
murid-murid dan guru-guru sebagai pemangkin dalam menghargai dan menghayati hasil
produk yang mempunyai nilai estetika di samping boleh menerima kritikan secara positif
dan mengamalkan nilai-nilai murni semasa melaksanakan aktiviti.
3.0 MATLAMAT
Matlamat utama perlaksanaan program ini adalah untuk mengetengahkan Pembelajaran
Berasaskan Projek yang merupakan satu model aktiviti bilik darjah yang berbeza dari
kebiasaan. Pendekatan aktiviti pembelajaran ini mempunyai jangka masa yang panjang,
mengintegrasikan pelbagai disiplin ilmu, berpusatkan murid dan menghubungkaitkan
amalan kehidupan sebenar.
1
4.0 RASIONAL
Melalui program yang telah dirancang, murid akan memperolehi pengetahuan dan
kemahiran semasa menyediakan sesuatu projek, mampu meneroka atau membuat kajian
terhadap projek melalui pelbagai sumber maklumat yang relevan.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Murid berupaya untuk mengaplikasi kemahiran menggunakan peralatan dan bahan
yang sesuai dalam menghasilkan sesuatu produk;
5.2 Murid dapat menghayati dan menghargai sesuatu reka bentuk sedia ada bagi
mendapatkan cetusan idea dalam menghasilkan reka bentuk yang lebih efisien;
5.3 Murid dapat menghasilkan reka bentuk produk yang lebih efisien melalui proses reka
bentuk yang sistematik;
5.4 Murid berupaya membuat penilaian berterusan proses penghasilan reka bentuk
sesuatu produk;
5.5 Menyuntik minat murid dalam kemahiran kerja bertukang sendiri dalam menghasilkan
produk yang bermakna; dan
5.6 Meningkatkan apresiasi dan minat murid dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi.
6.0 SASARAN
Semua murid Tahun 5 SK Pusat Bukit Besar.
Lebih 80% daripada semua murid dapat melibatkan diri, mengaplikasi pengetahuan yang
diperolehi serta memanfaatkan bahan-bahan sokongan pembelajaran, seterusnya
2
menghasilkan artikel jahitan yang kreatif, kemas, bernilai dan bermakna berdasarkan
lakaran.
8.0 MISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
9.0 VISI
Melestarikan Sisitem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
11.0 PELAKSANAAN
Murid-murid akan diberi penerangan melalui slaid dan bahan sokongan yang diedarkan.
12.0 BAHAN
12.1 Bahan akan diberikan kepada murid-murid yang terlibat.
3
Setiausaha : Cikgu Wan Zahuda binti Wan Su
AJK : Cikgu Faizul Azeli bin Yaakub
Cikgu Asmadi bin Ali
Cikgu Zainal bin Razak
14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
4
15.0 PENUTUP
Adalah diharapkan melalui program ini, murid-murid akan dapat membina pengetahuan
sendiri atau konsep baharu secara aktif berdasarkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan
pengalaman yang diperoleh sepanjang menjalani aktiviti yang dirancang.
Selain itu, diharapkan juga agar usaha sebegini akan dapat menjadi pemacu kepada
usaha melahirkan murid yang berpengetahuan, menguasai kemahiran asas dalam mereka
bentuk dan berkebolehan mengaplikasikan teknologi asas, mengamalkan asas
keusahawanan serta mempunyai nilai atau sikap yang positif ke arah membentuk murid
yang kompetitif, kritis, kreatif dan inovatif.
Disediakan oleh :
…………………………………………….
(NUR SYUHADA BINTI SAIDY)
Ketua Panitia Reka Bentuk dan Teknologi
SK Pusat Bukit Besar
Disemak oleh :
…………………………………………….
(ROHANA BINTI HAMZAH)
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SK Pusat Bukit Besar
Disahkan oleh :
5
Disahkan oleh :
…………………………………………….
(DZULHAIMI BIN MUDA)
Guru Besar
SK Pusat Bukit Besar