Perang Saudara Lubnan
Perang Saudara Lubnan
Perang Saudara Lubnan
1 PENGENALAN
Lubnan juga turut dikenali sebagai ‘Switzerland Timur Tengah’ disebabkan oleh
kemajuan kewangannya.
Lubnan juga adalah merupakan kawasan yang didiami oleh manusia zaman Neolitik
yang telah wujud sejak 7000 tahun lalu. Pada awalnya, negara Lubnan ini pernah
dikuasai oleh beberapa buah kerajaan terdahulu seperti kerajaan Parsi, Rom,
Byzantine, Phoencia dan juga Arab.
Satu fenomena yang unik di Lubnan berbanding dengan negara-negara Arab di
Timur Tengah yang lain ialah kepelbagaian dalam masyarakatnya. Jika Iraq dan juga
beberapa negara teluk yang lain diwarnai dengan kewujudan dua mazhab utama
Islam, iaitu Sunni dan Syiah, di Lubnan pula bukan hanya sekadar mazhab, malah
agama dan kepuakan.
Majoriti rakyatnya adalah beragama Islam. Bagi masyarakat Islam, mereka terbahagi
kepada Syiah, Sunni dan Druze. Rakyat yang beragama Kristian terbahagi kepada
beberapa mazhab dan kepuakan seperti Maronite, Ortodoks Greek dan Katolik Greek.
Kepelbagaian agama, puak dan golongan di negara Lubnan ini telah menyaksikan
kerapuhan struktur. Tahun-tahun 1975 sehingga tahun 1990 telah menyaksikan
pergolakan dalaman Lubnan yang melibatkan pertelingkahan antara puak, antara
mazhab dan juga di antara agama. Lebih kurang 800,000 penduduk Lubnan
terperangkap dalam situasi yang memusnahkan struktur sosial kawasan kampung
dan bandar.
Orang-orang yang memperolehi manfaat dari kemajuan ekonomi Lubnan dan hidup
dalam kemakmuran dan kemewahan pada umumnya berasal daripada kelompok
kristian.
bagi pihak kaum muslim pula, mereka perlu berjuang lebih keras lagi untuk terus
membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan hidup.
Golongan maronite diberikan kesempatan untuk memperolehi pendidikan yang lebih
baik sehingga lahirnya golongan-golongan yang terpelajar dan mampu untuk
memegang jawatan dalam bidang ekonomi.
Keadaan ini menjadi semakin teruk lagi apabila sistem ekonomi liberal turut
dilaksanakan di Lubnan yang mana melalui pelaksanaan sistem ekonomi ini, negara
tidak banyak campur tangan dalam bidang ekonomi tetapi sebaliknya ekonomi
adalah bergantung kepada mekanisme pemasaran.
pemilik-pemilik modal akan dapat menguasai ekonomi dengan sesuka hati dan
menyebabkan mereka yang kurang mampu terpinggir dalam bidang ekonomi.
disebabkan oleh jurang ekonomi ini maka ia telah membangkitkan rasa tidak puas
hati dan telah membawa kepada meletusnya perang saudara di Lubnan.
3.1.3 Ketidakseimbangan kelas masyarakat dari segi sosial
• Perancis telah menetapkan satu dasar pendidikan bagi negara Lubnan dengan
memberikan banyak peluang kepada golongan kristian manakala bagi golongan yang
beragama islam mereka terabai dalam pendidikan.
• Ini menyebabkan jurang sosial yang sangat ketara antara golongan kristian dan
orang islam di mana golongan Maronite telah memonopoli bidang pentadbiran dan
ekonomi Lubnan dan orang islam kurang mendapat peluang.
• Kekurangan ilmu dalam pendidikan menyebabkan orang ilsam kurang mendapat
peluang dalam sistem pentadbiran negara.
• Masyarakat islam telah menghadapi diskriminasi dalam pendidikan akibat daripada
corak undang-undang pemerintahan yang dilakukan oleh Perancis dengan melalui
pemberian mandat.
• Corak pemerintahan perancis di Lubnan tidak sesuai kerana keadaan komposisi
kaum yang pelbagai dan pemerintahan lebih menyokong kepada masyarakat kristian.
Diskriminasi dalam pendidikan ini telah menyemarakan lagi kemarahan orang islam
dan menyebabkan tercetusnya perang Lubnan tersebut.
Semenjak tercetusnya Perang Arab–Israel pertama iaitu pada tahun 1948, maka
banyak rakyat palestin yang telah keluar daripada negara Palestin dan Lubnan
adalah merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelarian Palestin
tersebut.
Dianggarkan bahawa lebih daripada 110 000 orang pelarian Palestine berada di
Lubnan semenjak Perang Arab-Israel 1948 dan meningkat pada tahun 1967.
Kewujudan pelarian ini yang semakin lama telah meningkat telah menyebabkan
kebimbangan terhadap golongan maronite di Lubnan.
Pada tahun 1975, bilangan atau jumlah pelarian Palestin ke Lubnan menjadi semakin
ramai dan keadaan ini telah semakin mengukuhkan kedudukan PLO di Lubnan.
Keadaan ini semakin membimbangkan golongan kristian Maronite yang
sememangnya mahukan dominasi mereka berterusan di Lubnan.
Oleh itu, bagi mengekang isu tersebut, golongan Maronite (Phalangist) telah
menjalinkan kerjasama dengan Israel bagi mengekalkan dominasi mereka berterusan
di Lubnan.
Daripada kerjasama tersebut, maka Israel telah melancarkan serangan demi
serangan ke atas pendudukan rakyat Palestin di Lubnan dan sekali gus telah
membawa kepada operasi Litani
Kepelbagaian mazhab, puak serta agama yang wujud di Lubnan menyebabkan sering
berlakunya pergolakan dalam negara tersebut.
penduduk Lubnan yang beragama Islam untuk bangun menentang kerana
keengganan golongan Maronite untuk berkongsi kuasa pemerintahan.
Oleh itu, setiap mazhab atau kaum tersebut masing-masing telah menubuhkan
pasukan ketenteraan yang berasaskan kepada kaum dan juga persoalan agama.
kepelbagaian pertubuhan militar ataupun pasukan tentera ini di Lubnan telah
menyebebkan keadaan Lubnan semakin tegang kerana petelingkahan antara parti-
parti serta pertubuhan-pertubuhan pasukan tentera ini.
Pasukan ketenteraan LNM telah dipimpin oleh Kamal Jumlat yang mana beliau
adalah merupakan seorang Muslim Druze dan pertubuhan ini dianggotai oleh puak
Muslim seperti Syiah, Sunni dan juga Druze.
Tujuan penubuhan parti ini adalah sebagai salah satu daripada usaha yang dilakukan
oleh Kamal Jumlat untuk mewujudkan orde sosioekonomi yang lebih adil di Lubnan
dan juga sebagai usaha untuk mencapai persefahaman kebangsaan.
Pada tahun 1975 pula, sebuah lagi pasukan ketenteraan yang dinamakan sebagai
Lebanese Front juga telah ditubuhkan yang mana ia adalah merupakan sebuah
pertubuhan ketenteraan yang dianggotai oleh kumpulan Kristian Phalangist dan juga
parti Kata’ib.
Pasukan LF ini mendapat bantuan daripada Israel untuk menjatuhkan LNM ini dan
menyemarakkan lagi persengketaan masyarakat Lubnan.
Penubuhan pasukan ketenteraan yang berasaskan agama dan juga puak ini
menjadikan perang saudara Lubnan menjadi semakin sengit.
6.1 ANALISIS
Lubnan yang merupakan sebuah negara Arab yang menerima mangsa-mangsa daripada
Palestin adalah sebuah negara yang unik dan mempunyai kepelbagaian etnik dan kaum.
Penduduk di Lubnan ini masih majoriti penduduknya adalah Muslim yang terdiri daripada
tiga golongan Syiah, Sunni dan Druze. Manakala kristian pula merupakan penduduk kedua
terbesar yang terdiri daripada tiga golongan juga iaitu golongan Maronite, Katolik Greek dan
Ortodox Greek. Penduduk yang pelbagai dan masing – masing ingin menjadi yang terunggul
diantara yang lain menyebabkan masing berlumba – lumba untuk menunjukkan kehebatan
sehingga menyebabkan berlaku persengketaan yang berpanjangan dan akhirnya telah
membawa kepada peperangan yang berpanjangan di Lubnan turut dikenali juga sebagai
Perang Saudara Lubnan selama 15 tahun. Apabila dilihat dari sudut ekonomi, ini adalah
pencetus kepada Perang Saudara Lubnan yang selama ini hanya terpendam dalam sanubari
masyarakat masing-masing. Isu yang berkaitan dengan monopoli kerajaan terhadap
ekonomi nelayan menyebabkan masyarakat Muslim Lubnan tidak senang dengan dasar ini
dan melakukan demonstrasi dan mogok terhadap kerajaan. Peperangan yang berlaku
sesama masyarakat Lubnan ini menambahkan lagi masalah yang sedia ada seperti
peperangan terhadap Israel. Apabila dikaji faktor-faktor yang lain seperti masalah politik
yang sememangnya telah menjadi isu dalam masyarakat Lubnan terutamanya dalam
kalangan Islam dan kristian. Persaingan kuasa yang berlaku menyebabkan kehancuran
tanah air mereka sendiri dan persengketaan yang berpanjangan kerana tidak mahu
berkongsi kuasa yang dimonopoli oleh golongan Maronite. Perang Saudara di Lubnan turut
disebabkan oleh faktor kelemahan pihak pentadbiran oleh kerajaan Lubnan yang lebih
berpaksikan kepada usul mandate Perancis. Perancis merupakan negara barat semestinya
melebihkan pemberian kuasa kepada golongan Kristian Maronit telah mengundang rasa
tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Muslim. Perancis telah menetapkan satu dasar
pendidikan bagi negara Lubnan dengan memberikan banyak peluang kepada golongan
kristian manakala bagi golongan yang beragama islam mereka terabai dalam pendidikan. Ini
menyebabkan jurang sosial yang sangat ketara antara golongan kristian dan orang islam di
mana golongan Maronite telah memonopoli bidang pentadbiran dan ekonomi Lubnan dan
orang islam kurang mendapat peluang. Corak pemerintahan Perancis di Lubnan tidak sesuai
kerana keadaan komposisi kaum yang pelbagai dan pemerintahan lebih menyokong kepada
masyarakat kristian. Diskriminasi dalam pendidikan ini telah menyemarakan lagi kemarahan
orang islam dan menyebabkan tercetusnya perang Lubnan tersebut.
6.1 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, perang saudara yang berlaku di Lubnan ini telah berlaku dalam satu
tempoh masa yang lama dan sepanjang berlakunya perang saudara ini, ia telah
menyebabkan ramai nyawa yang telah terkorban dan pada masa yang sama juga, ia telah
menyebabkan berlakunya kemusnahan infrastruktur di bumi Lubnan itu sendiri. Selain itu,
sentimen keagamaan yang begitu kuat terutamanya dalam golongan kristian Maronite di
Lubnan menyebabkan meraka enggan berkongsi kuasa pemerintahan dengan golongan
muslim yang juga adalah merupakan penduduk majoriti di Lubnan. keadaan ini telah
membuka peluang kepada kuasa luar untuk mengambil peluang memasuki Lubnan dan
seterusnya menambahkan lagi keadaan huru-hara yang semenangnya sudah sedia wujud.
Keadaan ini akhirnya telah menjadikan Lubnan ini sebagai sebuah negara yang penuh
dengan konflik dalam suatu tempoh masa yang lama.
Rujukan
Internet
Buku
Bregman, Ahron dan Ei-Tahri (1998). The Fifty year war : Israel and Arabs. London : BBC
Book.
John L. Espacito(Terj). (2004). Buku Ancaman Islam: Mitos atau Realiti. Selangor:
MidModal Industries Sdn. Bhd.