Cabaran Titas
Cabaran Titas
Cabaran Titas
CIRI-CIRI TAMADUN
Penempatan Kekal
- Kehidupan secara menetap (corak hidup lebih sistematik)
- Perkembangan yang berlaku memberi peningkatan pengeluaran
- Kemajuan dalam bidang:
i. Pertanian (penanaman & penyimpanan makanan)
ii. Perternakan binatang
iii. Penciptaan peralatan baru (cangkul)
iv. Penggunaam teknologi (sistem pengairan)
Kehidupan Berorganisasi
- Merangkumi aspek sosial, ekonomi & politik
- Mampu atur cara hidup manusia (stabil & makmur)
- Sistem sosial masyarakat awawl berbentuk piramid & bersusun lapis
- Raja, Bangsawa, Rakyat Bebas & Hamba
Sistem Pemerintahan
- Memudahkan menjalankan perntadbiran sebuah masyarakat yang besar dan kompleks
- Raja & pemimpin sering menggunakan unsur magis (dakwa diri sbg wakil tuhan > utk dpt
mengiktirafan sbg ketua pemerintah)
- Sistem perundangan diwujudkan ( panduan pd masarakat > kekal aman dan makmur)
Pengkhususan Pekerjaan
- Pengkhususan Kerja wujud disebabkan peningkatan produktiviti manusia
- Menghasilkan kemakmuran & kestabilan politik yg membawa peningkatan &
perkembangan ekonomi
- Sistem barter digunakan lalu wujud perdagangan
- Aktiviti perdagangan yang berlaku, wujudnya pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi &
budaya.
Bahasa Arab:
- Berasal dari perkataan Arab; Mudun dan Madani
- Tamadun juga dikaitkan dengan perkataan Arab, Madana (tinggi budi bahasa
@ pembukaan bandar).
- bermaksud tinggi budi bahasa dan kesopanan tingkah laku.
Bahasa Inggeris:
- Tamadun dipanggil Civilization
- Civilization berasal dari perkataan Greek; Civitas (bandar)
Pandangan Barat
- M.A.J Beg – pencapaian manusia – kota, skrip, kesenian, seni bina, agama,
undang-undang dan politik
- Edward L. Farmer – satu unit budaya yang merangkumi norma-norma sosial,
tradisi dan institusi yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
- Arnold J. Toynbee – suatu pemikiran dan gaya kebudayaan yang melahirkan
institusi politik, undang-undang, kesenian, kesusasteraan, agama dan akhlak.
Pandangan Islam
- Tamadun meliputi perkembangan lahiriah dan rohaniah (unsur penting utk ukur
tahap ketamadunan sebuah msyk.
- Menurut Syed Naquib Al-Attas, tamadun merupakan pencapaian tahap tatasusila
yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.
- Pandangan Syed disokong oleh Richard Sullivan bahawa unsur rohaniah sangat
penting dalam konsep tamadun
SOALAN 2
TAMADUN ISLAM
Islam mula diperkenalkan kepada manusia pertama iaitu Adam a.s. Ia merupakan
pemberitahuan dan peraturan yang diwahyukan oleh Allah S.W.T.
Tamadun Islam telah muncul dan menempa kegemilangan yang tiada tolok
bandingnya lantaran kesyumulan dan kesepaduan Islam itu sendiri yang menjadi intipati
kepada Tamadun Islam. Akhirnya Tamadun Islam telah berjaya mendepani zaman dan
menjadi rujukan kepada pembinaan tamadun manusia sehinggalah ke hari ini.
SYED NAQUIB AL-ATTAS - Keadaan kehidupan insan yang mencapai taraf kehalusan
tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.
Semua perkara adalah halal kecuali yang diharamkan oleh nas (Quran dan
Sunnah).
Semua perkara yang tidak menyeleweng dan tidak haram, begitu juga dengan
kemajuan yang tidak bertentangan dengan Islam dianggap ‘islamic’ dan diterima
Islam.
Tamadun Islam dicipta dan dimiliki oleh semua orang. Kemajuan ciptaan orang
bukan Islam boleh diikuti selagi tidak bertentangan dengan Islam. Sebaliknya
pembangunan ciptaan umat Islam sendiri tidak boleh diterima sekiranya ia
bercanggah dengan Islam.
Tamadun Islam tidak tertakluk pada masa tertentu, bangsa tertentu atau daerah
tertentu. Budaya Arab tidak semestinya menjadi ikutan bangsa-bangsa lain,
orang Melayu masih boleh memakai pakaian bercirikan kemelayuan dan org
Cina yang bercirikan kecinaan selagi menutup aurat dan sesuai dengan akhlak
Islam.
Kedatangan Islam bukan bererti menghapuskan nilai-nilai lama yang sedia ada
dan menggantikan dengan yang baru. Islam menghapuskan hanya nilai-nilai keji
dan menggantikan dengan yang mulia, memperbaiki kepincangan dan
mempertahan nilai-nilai lama yg baik.
SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM
1. AL-QURAN
Mukjizat yang menerangkan tatacara bagaimana manusia yang diamanahkan
oleh Allah SWT sebagai khalifah bagi membentuk serta mentadbir alam sejajar
dengan kehendak Allah SWT.
2. HADIS (SUNNAH)
Menjelaskan dan menerangkan perkara berkaitan perintah dan larangan Allah
SWT di dalam Al-Quran.
3. AKAL FIKIRAN
4. PENEMUAN BARU
5. PENYEMPURNAAN SEMULA
Kitab Al-Quran
Merupakan kitab samawi terakhir bagi manusia selepas turunnya Taurat, Zabur
dan Injil.
Keistimewaan Al-Quran:
Kandungan Al-Quran:
1. Akidah; Membebaskan manusia dari kongkongan kebiasaan dan pemujaan
sesama makhluk/berhala kearah pemikiran yang bebas luas dan pemujaan
kepada yg maha agung – 6 prinsip (Rukun Iman): Percaya kepada Allah,
Malaikat, Kitab-Kitab, Rasul-Rasul, Hari Akhirat, Qadha dan Qadar (Untung baik
dan buruk dpd Allah).
2. Ibadah 5 prinsip (Rukun Islam); Syahadatain, Solat, Puasa, Zakat & Haji.
3. Akhlak; membangunkan keperibadian yg membawa kepada keharmonian hidup
sejagat.
4. Syariah (peraturan); memastikan kemaslahatan hidup dan keadilan sesama
makhluk - antaranya; undang-undang kekeluargaan, ekonomi, kemasyarakatan
& kenegaraan.
(i) perkara yg disuruh; prasyarat kepada kesejahteraan dunia & akhirat, (ii) Perkara yg
dilarang; menjejaskan kesejahteraan.
As-Sunnah (Hadis)
Akal Fikiran
1. Satu unsur sangat menonjol pada penciptaan manusia ialah akal fikiran yang
menjadikan insan makhluk istimewa berbanding yang lain sehingga layak
menggalas amanah sebagai khalifah di bumi. Islam memandang tinggi akal
fikiran kerana ia sumber segala ilmu malah banyak disebut dalam al-Quran.
2. Keutamaan akal fikiran ini ditegaskan Rasulullah s.a.w dalam dalam satu hadis
daripada Ibnu Hibban, maksudnya: "Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat
setahun.”
3. Al-Ghazali berkata, akal itu mulia dan menjadikan manusia mulia. Melalui akal,
manusia mendapat ilmu. Ibn Khaldun bersetuju akal fikiran (quwwah natiqah)
membezakan antara manusia dengan makhluk lain.
SOALAN 3
DEFINISI
KEPENTINGAN
JENIS-JENIS INTERAKSI
Geografi, misalnya,
Interaksi yg berlaku di Asia Tenggara. Pengaruh Hindu-buddha serta
kedatangan Islam memberi dampak yg mendalam thdp kebudayaan dan cara
hidup.
Keluasan dan pemisahan antara msyrkt kerana faktor geografi dpt
mewujudkn interaksi antara dua budaya yg berbeza. Cthnya, tamadun India
yg dibahgikn kpd India Utara dan India Selatan yg berbeza dari segi fizikal,
bahasa, budaya dan amalan keagamaan. Pertembungan budaya yg dikongsi
bersama telah melahirkan tamadun India.
Perdagangan, biasanya Tamadun yg terlibat dgn perdagangan bersifat lebih
terbuka kerana memperoleh pengalaman berinteraksi dgn tamadun lain.
Misalnya,
Melaka sbg pusat perdaganan (1400-1511)
Interaksi antara China dgn negara Eropah melalui saluran perdagangan
‘Jalan Sutera”.
Kepimpinan, pemimpin yg mendorong berlakunya interaksi positif.
interaksi tamadun Islam dgn Yahudi dan Kristian pada zmn Nabi Muhammad
s.a.w. berhijrah ke Madinah. Perlembagaan Madinah digubal utk memberi
perlindungan antara orang Islam dan bukan Islam
Perisitiwa keruntuhan Kesyogunan Tokugawa dan pemulihan Meiji thn 1868
telah mbwa perubahan kpd tamadun Jepun. Maharaja Meiji mperkenalkn
dasar pemodenan dgn menghantar pelajar ke sebarang laut dan mengambil
pakar dari negara barat utk mengajar kemahirkan kpd rakyat Jepun.
Agama dan Budaya
Tamadun Islam di Andalusia yg mengekalkn kuasanya selama 700 thn yg
mana kebanyakan penduduknya beragama Yahudi dan Kristian.
Agama Buddha diperkenalkn di China kurun pertama masehi. Menterjemah
kitab-kitab agama Buddha drod bahasa Sanskrit dan Pali ke bahasa Cina.
INTERAKSI DI M’SIA
KESAN INTERAKSI
i. Alam sekitar
- Hidup secara harmoni dgn alam sekitar merupakn satu prinsip yg diterima oleh
semua agama.
- Islam: alam sekitar sbg anugerah Tuhan dan manusia dipertanggujwbkn sbg
khalifah.
- Hindu :alam sekitar dilhat sbg ‘Divine Power’
ii. Keluarga
- Falsafah tdn tradisional menekankn persoalan moral dan akhlak sbg dasar
sesebuah kerajaan.
- Raja sbg pemimpin kerajaan dihormati krn sifat saksama dan adil.
- Ciri kepimpinan menjadi fokus penulisan tokoh-tokoh falsafah dlm semua
tamadun.
v. Kegiatan ekonomi
- dimensi inner being penting dlm konsep pendidikan Islam, Kristian, Hindu dll.
SOALAN 5
ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU
Terdapat 3 teori mengenai kedatangan Islam ke Tanah Melayu iaitu:
Secara umumnya terdapat tiga teori utama tentang bagaimana cara kedatangan Islam
dan tarikhnya iaitu sama ada melalui pedagang dan mubaligh Arab atau pedagang
India atau pedagang Cina.
Hamka pula menyatakan bahawa ahli sejarah Sir Thomas Arnold mengandaikan
kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah pada abad pertama Hijrah berdasarkan
wujud hubungan perdagangan antara saudagar-saudagar Arab dengan Kanton dan
Ceylon.
Sacad Syukri pada tahun 1971 berpendapat bahawa Islam telah bertapak di kepulauan
Melayu sebelum tahun 1188 yang bersamaan tahun 577 Hijrah. Ini berikutan penemuan
wang siling dalam bentuk tulisan al-Mutawakkil dan al-Julus Kelantan pada tahun
tersebut yang menunjukkan bahawa pemerintahan Islam telah wujud di bawah
kepimpinan al-Mutawakkil.
Menurut Wan Husain Azmi, orang Arab telah mengenali Tanah Melayu sejak
zaman kerajaan Bani Umayyah (dari tahun 661 sehingga tahun 679, iaitu pada
zaman pemerintahan Muawiyyah Abi Sufyan). Kerajaan Bani Umayyah
dikatakan telah merancang untuk menghantar armadanya ke Tanah Melayu
pada tahun 674.
Ada ahli sejarah lain pula menyatakan pendapat yang paling berasas iaitu melalui
pedagang Arab secara langsung semenjak kurun pertama hijrah lagi iaitu sekitar abad
ke-7 dan ke-8. Pandangan beliau disokong oleh sarjana tempatan yang telah
menetapkan tarikh kedatangannya pada sekitar abad ke-7, 8 dan ke-9.
Dalam konteks Tanah Melayu, seperti halnya dengan peringkat lain alam Melayu,
sarjana tempatan dan sarjana Barat telah memberikan tarikh yang jauh berbeza.
Menurut Syed Muhammad Naguib al-Attas, tarikh yang tercatat pada batu bersurat di
Kuala Berang, Terengganu, iaitu 4 Rejab 702 Hijrah yang bersamaan dengan 22
Februari 1303 menjadi bukti kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah pada abad ke-
14 atau lebih awal daripada itu.
Seterusnya Abdul Rahman Abdullah pada 1990 berpendapat Islam sampai ke Tanah
Melayu pada tahun 30 Hijrah iaitu pada zaman Khalifah Uthman Affan (644-656
Masihi).
Masyarakat Melayu ketika itu secara umumnya mudah menerima istilah-istilah Arab
dalam kehidupan seharian mereka. Sehubungan itu kita berasa yakin untuk
menggunakan faktor ini sebagai asas kukuh dalam pembelajaran bahasa Arab di
Malaysia.
Secara teorinya, jika perbendaharaan kata dan istilah Arab mudah diterima, diguna
pakai dan dijadikan sebagai sebahagian daripada bahasa Melayu sejak berzaman
maka sudah tentu masyarakat Melayu sekarang ini mudah untuk mengikuti pengajaran
dan pembelajaran bahasa Arab
SOALAN 6
Pendidikan.
Istana adalah merupakan pusat kegiatan dan penyebaran agama dan ilmu
pengetahuan.
Semua golongan tanpa mengira kedudukan sosial berpeluang untuk mendapat
dan mempelajari ilmu pengetahuan, terutamanya ajaran agama Islam.
Munculnya golongan intelektual terutama alim ulama di beberapa pusat
tamadun Islam dengan karya-karya utama mereka seperti sastera kitab.
Institusi pendidikan yang ditubuhkan adalah seperti:-
Madrasah.
Pondok.
Masjid-masjid.
Surau-surau.
Pesantren.
Kehidupan.
Sultan akan menerima nasihat daripada golongan alim ulama dan mufti
termasuk dalam melaksanakan undang-undang syariah terhadap masyarakat.
Bagi institut pendidikan, sultan adalah dikenali sebagai ’Khalifah Allah di bumi”
atau Khalifaftullah fil- Ardhi bagi menggantikan sistem beraja berteraskan
kepada pengaruh kosmologi Hindu-Buddha.
cara makan. Iaitu menggunakan tangan ketika makan.
cara perpakaian. Contohnya pakaian Melayu.
cara bergaul. Contohnya menghormati orang yamg lebih tua ketika bercakap.
SOALAN 7
Pilih beberapa orang tokoh tamadun Islam dan nyatakan sumbangan mereka
kepada tamadun Islam.
1. Ibnu Sina
Avicenna (barat) – ahli falsafah & tokoh perubatan.
Karyanya diterjemahkan dlm bhs Latin oleh Gerard Cremona kurun ke-12.
Menjadi rujukan utama universiti di Eropah kurun ke-17. Karyanya dicetak 16x (15
Latin & 1 Hebrew).
Aspek Tauhid (ketuhanan) t’pengaruh oleh Aristotle & Plato “Tahafatu al-
Falasifah”.
Eropah lainnya.
sepuluh jilid.
lengkap.
2. Ibn Khaldun
Menuntut ilmu agama & akli serta bhs Arab. Mengajar & memegang jawatan
penting di Tunis, Algeria, Maghribi & Mesir. Antara jawatannya :
i. Ahli Persuratan di Istana fas
Karyanya :
ii.Al-Ibar wa Diwan.
sosiologi
3. Imam al-Ghazali
Berketurunan Parsi & hidup di sekitar Perang salib- t’kenal dalam bidang
falsafah akhlak.
Dasar budi pekerti manusia terbahagi kepada 3 sebab asas iaitu akal, hawa
Menulis beberapa buah buku falsafah yang antaranya dalam bidang ’logika’,
4. Al-Biruni
Sarjana agung kurn ke-10 M & pakar dalam astronomi, sejarah & bahasa.
5. Al-Khawarizmi
Penterjemah karya Greek dan menulis beberapa buku seperti. Hisab al-Jabr
wa al-Muqabalah
Sumbangannya :
i. Nombor
ii. Al-jabar
iii. Geometri
iv. Trigonometri
v. Astronomi
Apakah ciri-ciri permodenan yang berjaya dilakukan oleh Maharaja Meiji di zaman
pemerintahannya (1897-1912).
Langkah seterusnya yang telah di ambil kira oleh Maharaja Meiji ialah untuk
memodenkan angkatan tentera darat dan laut.
Angkatan Tentera Laut telah di tubuhkan pada tahun 1872. Sewaktu penubuhan
Angkatan Tentera Laut, Jepun sudah memiliki sebanyak 17 buah kapal tentera laut.
Pada tahun 1876, kapal laut besar telah di beli dari Britain dan ini dapat menguatkan
lagi kekuasaan Tentera Laut Jepun. Sementara itu, pegawai tentera laut dari British di
ambil sebagai jurulatih Tentera Laut.
Bukan itu sahaja. 10 tahun kemudian, dalam tahun 1904/1905, tentera Jepun
telah menentang tentera Russia untuk berebut Manchuria. Keadaan ini mengejutkan
pihak barat kerana tidak menyangka kekuatan Jepun telah meningkat dalam masa yang
amat singkat. Ini semua adalah hasil kemajuan teknologi tentera Jepun. Negara Jepun
telah membangun dari segi ketenteraan dari sistem feudal ke konsep peperangan
moden dalam masa kurang dari 30 tahun. Jepun telah berajaya menjadi sebuah negara
kuasa besar di rantau Asia ketika itu.
Sementara itu, dari segi perhubungan pula, perkhidmatan kereta api telah di
perkenalkan. Kerja pembinaan landasan kereta api telah di mulakan pada tahun 1872.
Dengan adanya perkhidmatan kereta api, telah memudahkan system pengangkutan
untuk penumpang dan juga barangan ekonomi. Pada tahun 1872, landasan telah di
bina untuk menghubungkan Tokyo dan Yokohama. Dua tahun berikutnya, 1874, ianya
telah di sambung ke Kobe, Osaka dan Kyoto. Landasan terakhir yang di bina ketika itu
untuk menghubungkan Kyoto dan Otsu di bina pada tahun 1880. Landasan itu telah di
bina sepenuhnya oleh jurutera-jurutera Jepun. Menjelang tahun 1881, Jepun telah
mempunyai landasan kereta api sejauh 26 batu.
Pendidikan
Kemudian, pada tahun 1886, pelajaran sekolah rendah telah di tetapkan kepada
8 tahun dan sekolah menengah selama 4 tahun. Selain itu, wujud juga sekolah tinggi
yang menawarkan bidang pengajian perubatan, ketenteraan, pelayaran, pertanian,
perdagangan dan perikanan.
Selain itu, kerajaan Jepun juga telah membawa masuk sebilangan besar pakar
dari luar untuk mengajar kemahiran kepada rakyat Jepun. Mereka di bayar gaji oleh
kerajaan Jepun.
Pada tahun 1886 juga telah di tubuhkan Universiti Di Raja Tokyo. Universiti ini
merupakan pusat pengajian yang tertinggi di Jepun ketika itu. Universiti ini
menyediakan sekolah latihan dalam perkhidmatan awam dalam bahagian urusan
pentadbiran, pusat pendidikan dan juga pusat penyelidikan. Universiti ini menekankan
pelajar-pelajarnya supaya mematuhi hormat terhadap Maharaja dan negara. Pelajar-
pelajarnya di ajar berdasarkan sistem pendidikan barat dan menekankan pendidikan
moral yang di sadur dari etika Kung Fu Tze.
Selain daripada pendidikan dalam negeri, ada juga pelajar-pelajar yang di hantar
ke luar Jepun untuk belajar ilmu sains dan teknologi baru dari barat.
Undang – undang
Kesusasteraan
Selain itu, jika sebelum ini di zaman Tokugawa, agama Kristian telah di
haramkan. Tetapi, di zaman Meiji, sebalikya pula yang berlaku. Agama Kristian telah di
terima masuk semula. Ianya telah berkembang di Jepun dengan pembinaan pusat-
pusat keagamaan di Nagasaki (Khatolik Roman), Yokohama (Presbyterian) dan
Hakodate (Ortodoks Greek) pada tahun 1870an. Selain itu, mubaligh-mubaligh Kristian
yang berhijrah ke Jepun juga membuka sekolah-sekolah agama Kristian dan
menerbitkan risalah-risalah agama Kristian. Tetapi, tidak semua rakyat dapat menerima
kemasukan semula agama Kristian. Dengan itu, muncul pula beberapa persatuan yang
berfahaman nasionalis seperti Nippon – sin (The Japanese) dan Persatuan Cara
Agung, Agama Kebangsaan Jepun (Nippon Kokkyo Daido-sha). Peratuan-persatuan ini
beranggapan bahawa agama Kristian akan menghapuskan ciri-ciri kebudayaan Jepun.
Tidak seperti ajaran-ajaran Buddha dan ajaran Konfusiusme. Matlamat persatuan-
persatuan ini adalah untuk meyanjung dan mengangkat martabat tradisi serta warisan
negara dengan mengenepikan pengaruh kebudayaan Barat. Walaupun begitu, Jepun
kini telah mempunyai 130 buah gereja di seluruh kepulauan Jepun.
Ekonomi
Perindustrian
Selain daripada kilang pembuatan senjata, kerajaan Jepun juga telah membina
kilang sutera, kapas, benang, simen dan juga kaca.
Dasar Kewangan
Politik
Perlembagaan baru telah di perkenalkan dan sistem politik berparti juga turut di
perkenalkan. Pada tahun 1868, carta Pengakuan Lima Artikel telah di perkenalkan
dengan memberi penekanan kepada penubuhan dewan perhimpunan, kebebasan
bermastautin dan pekerjaan, penghapusan kelas keturunan dan hubungan kebudayaan
dengan barat. Untuk melaksanakan carta ini, langkah awal telah di ambil. Iaitu dengan
menubuhkan Majlis Negara yang merupakan badan yang paling berkuasa dalam
negara. Idea untuk mengadakan perhimpunan oleh yang dipilih oleh rakyat juga
mendapat sambutan yang baik.
Media Cetak
Dari segi teknologi percetakan pula, kemajuan dari segi kemudahan timbul hasil
daripada keperluan untuk menyediakan notis-notis oleh Jabatan Kerajaan. Di samping
itu juga, pengguna mesin cetak turut di gunakan oleh pihak gereja untuk menerbitkan
risalah-risalah Kristian untuk diedarkan kepada orang ramai.
Kebudayaan
Dari segi kebudayaan, beberapa perubahan telah berlaku dalam konsep seni
lukis, seni muzik, seni drama dan beberapa aspek yang lain. Seni lukis tradisional
Jepun telah di perbaharui dengan penggunaan warna-warna yang lebih terang dari
kebiasaannya. Dari segi seni muzik pula, pengaruh muzik barat mula meresapi
kebudayaan Jepun. Banyak pring – piring hitam boleh di dapati dan muncul pula
konsep tarian barat. Selain itu, di zaman ini juga, seni drama Kabuki mula di pandang
tinggi dan mendapat pengiktirafan yang tinggi. Tidak seperti zaman Edo, Kabuki adalah
persembahan untuk golongan kelas bawahan (saudagar-saudagar) sahaja. Di zaman
Meiji, Kabuki adalah satu bentuk hiburan yang mendapat tempat di setiap lapisan
masyarakat.
SOALAN 9
Thn 1997, bil penduduk China b'agama Islam 17 juta di daerah Xin Jiang. Islam
pernah mengalami zaman kegemilangan dan kegelapan.
Sejarah Kedatangan Islam di China
3 teori iaitu :
I. Rekod sejarah Dinasti Tang - dibawa oleh pendakwah Islam yg diketuai ole
Saad Abi Waqas semasa pemerinthn Maharaja Yung-Wei. Tidak ditentang krn selari
dgn ajaran Konfusius. Buktinya masjid dibina di Ch'ang-an.
II. Islam dibawa pd zmn Thai Sung – org Islam pertama tiba di China ialah Abu
Hamzah Ibn Hamzah (sepupu nabi). Bersama 3000 org 7 menetap di kwsn San Gan
Foo.
III. Dakwah Islam mula disebarkn oleh Saad ibn Lubayd yg tiba di Canton thn
630M. m’bina Masjid Kwang Tah Se.
P’binaan makmal kaji bintang semasa Dinasti Yuan. Salah seorg tokoh
astronomi ialah Tcha-ma-Lou-Tin (Jamaludin) dr Parsi. M’cipta 7 alat astronomi
& m’terjemahkn nama bintang dr bhs Arab ke bhs China.
Dinasti Tang & Sung, kaedah pengiraan Arab (Xiyi Lishu) d’perkenalkn.
II. Kesusasteraan
Wang dai Zing – m’harmonikn sastera China dgn niali-nilai Islam. Antara
karyanya ialah ‘Penjelasan Benar Mengenai Agama Sebenar (Islam) &
Pengajian Tinggi (Qing Zhen)’.
Yusuf Ma Zhu – karyanya ‘Arah Islam’.
M’wujudkn sistem pentadbiran ketenteraan b’asaskn Islam oleh Ahnan Da. Mahir
dlm m’buat meriam dan gun-powder.
Laksamana Cheng Ho (Muhammad Ma Ho) - m’getuai armada laut China
belayar ke Selatan dan Barat utk m’nunjukkan kekuatan tentera China.
SOALAN 10
TUGASAN ISL
Tamadun India mempunyai hubungan yang kuat dengan agama. Dengan contoh-
contoh yang jelas, bincangkan kenyataan ini.
Tamadun India wujud antara tahun 2500-1800 S.M. Selepas tempoh ini
tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan
orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat
Lembah Indus.Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan
permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah
lahirnya agama Hindu.
Agama Hindu mempercayai wujudnya beberapa tuhan dan tuhan mereka juga
mempunyai 3 fungsi iaitu mencipta (Brahman), memelihara (Vishnu) dan membina
(Siva). Di samping itu, agama Hindu juga mempercayai hukum karma di mana ianya
berhubungkait dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas
mati. Agama Hindu ini pernah mencapai zaman kegemilangan di zaman Gupta 320-520
M. Agama ini percaya bahawa tuhan mempunyai enam aliran ,iaitu Saivisme,
Vaishnavisme, Saktham, Ganapathyam, Kaumaramdan Saura. Sejak zaman empayar
Maurya, agama ini telah menjadi agama yang penting dan memaparkan dominasi
golongan Brahmin. Agama ini mendapat saingan daripada agama Buddha terutamanya
semasa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka. Kegemilangan agama Hindu
muncul pada masa empayar Gupta.
Penganut agama Hindu juga mempercayai Hukum Karma yang bersabit dengan
kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula
adalah bergantung pada Karma dan tujuan hidup pula adalah untuk mencapai Mosyak,
iaitu kebebasan mutlak. Sesiapa yang mencapai tahap ini akan bersatu dengan Tuhan
dan tidak akan lahir lagi ke dunia. Oleh yang demikian, seseorang itu perlulah berbuat
baik semasa hidupnya agar Moksyak dapat dicapai.
Semasa tamadun India, mereka juga menganut agama Buddha. Agama Buddha
dikatakan lahir dari akar kata bodhi yang bermakna hikmat yang dalam takrif
selanjutnya menjadi buddhi atau bermaksud nurani. Pendekatan Buddha juga dikenali
sebagai 'yang beroleh Nur' Selain daripada itu, terdapat sesetengah pendapat yang
menyatakan bahawa Buddha bermakna 'Yang Sedar' atau 'Yang Cemerlang'. Kesemua
panggilan ini diperoleh daripada pengasas agama ini iaitu Siddhartha Gautama
Buddha, juga dikenali sebagai Sakyamuni Buddha atau Tathagata yang bermakna
‘telah memperoleh kebenaran’. Sewaktu berusia 35 tahun beliau telah memulakan
pertapaan di bawah pokok pipal di pinggir bandar Gaya yang diperintah Magadha
bernama Bribisava dalam usaha beliau untuk mencari kebenaran. Atas usaha ini beliau
telah memperoleh kesedaran kerohanian yang sempurna dan menyampaikan
ajarannya.
Kemunculan agama ini sering dianggap sebagai satu penentangan kaum Ksytria
terhadap pengaruh golongan Brahman. Kawalan yang kian bertambah dan dominasi
golongan Brahman dalam kehidupan masyarakat serta pegangan terhadap sistem
kasta yang rigid telah dijadikan asas kepada kemunculan Buddha. Kemunculan ajaran
Buddha telah mengetengahkan pembaharuan dan pengubahsuaian terhadap agama
Hindu. Ini kerana secara jelas Buddha tidak menolak keseluruhan falsafah Brahanisme.
Ia hanya menolak beberapa upacara agama yang dilakukan oleh Brahmin, tidak
bersetuju dengan sistem kasta dan melihat penyembahan sebagai bertentangan
dengan falsafah asas agama Hindu seperti konsep karma dan samsara diterima oleh
Buddha.
Ajaran Dhamma merangkumi empat kebenaran mulia dan lapan jalan betul.
Empat kebenaran mulia iaitu Dukka, Samudaya, Niradha dan Marga. Dukka ialah
penderitaan, kesengsaraan. Samudaya pula adalah punca kepada penderitaannya di
mana keinginan, nafsu dan sebagainya. Niradha pula ialah penghapusan penderitaan
dengan memadamkan api keinginan di hati sementara Marga pula ialah cara
memadamkan api keinginan termasuklah melalui kepercayaan yang betul, tujuan yang
betul dan sebagainya.
Ajaran Buddha turut menekankan keperibadian mulia dan moral yang tinggi bagi
membebaskan diri dari keburukan. Antara kemuliaan yang dituntut termasuklah tidak
menjalankan upacara pengorbanan yang melibatkan darah, tidak memuja Brahma
(Phra Prom) dan sebagainya. Ini diikuti dengan renungan (samadhi) kesedaran (Prajna)
dan mencapai Samabodhi atau mengetahui kebenaran sepenuhnya dan terakhirnya
akan mencapai nirvana. Nirvana merupakan suatu keadaan di mana sesuatu makhluk
melepasi segala ikatan dengan duniawi. Oleh kerana agama Buddha tidak
mementingkan konsep ketuhanan maka seseorang Buddha itu akan hanya mencapai
nirvana dengan menggunakan Buddha sebagai teladan atau mencapai peringkat
Buddha atau keagamaan.
Ajaran Buddha juga didapati telah menyerap dan digunakan oleh agama Hindu.
Ini dirujuk secara khusus kepada alhimsa atau menolak penyeksaan serta pembunuhan
semua makhluk hingga kemudiannya melahirkan apa yang dikenali sebagai Vegetarian.
Konsep ini menjadi satu konsep yang penting dalam agama Hindu dan dilihat sebagai
sumbangan Buddha kepada dunia kerohanian.
Tamadun Islam
Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta
cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-
Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia.
Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada
Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya
melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.
Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah
mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur
Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan,
astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti
Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi
Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah
membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.
Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi
sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap
tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam
lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap
bangsa. Namun tamadun barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih
tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal ahklak insan terbiar. Beberapa persoalan
adakah tamadun barat yang bangkit daripada tamadun Islam boleh di sama erti dengan
tamadun Islam.
[Kenapa suasana maju tidak terjadi di alam Melayu
Kenapakah suasana maju dan cemerlang itu tidak terjadi di alam Melayu walaupun
Islam dan ilmu-ilmu dari dunia Islam Timur Tengah telah dipelajari sejak abad ke-13
lagi? Cubalah bandingkan hakikat ilmu di Nusantara dan di Eropah itu bagi mengenal
pasti apakah yang menyebabkan orang Melayu terbelakang atau mundur, walhal
daerah Nusantara ini bukan seperti Antartika. Nusantara adalah daerah yang subur dan
kaya dengan pelbagai hasil bumi dan pertanian.
Ilmu pengetahuan dari Timur Tengah yang dibawa ke alam Melayu bukanlah seperti
yang terjadi di Eropah. Eropah menerima ilmu-ilmu dari dunia Islam sewaktu umat Islam
berada dalam kekuatan dan kemajuan. Sebab itu ilmu-ilmu yang disifatkan sebagai
"akademik" itu berkembang pesat di Eropah dan akhirnya mereka maju.
Nusantara mewarisi suasana yang lemah dan mundur justeru kerajaan-kerajaan Islam
di Timur Tengah telah jatuh ke tangan bangsa Tartar. Pada tahun 1258 ataupun abad
ke-13, Kota Baghdad telah ditawan oleh bangsa ganas Tartar tersebut. Kumpulan-
kumpulan Sufi kemudiannya mengambil peranan menjaga Islam.
A H Johns dalam eseinya, "Ahli Sufi dan Karya Penulisan Sejarah" (Muslim Mystics and
Historical Writing) mengungkapkan apa yang telah disebutkan oleh Gibb tentang hal
kejatuhan ini:
Maksudnya setelah berlaku serangan bangsa ganas itu, orang-orang Sufi telah muncul
dan berfungsi menyelamatkan Islam. Dan mereka ini mengembangkan aktiviti mereka
ke wilayah-wilayah yang lebih luas. Para sufi pengembara telah melakukan
pengembaraan hingga ke Nusantara. Mereka berjaya menyebarkan Islam kepada
penduduk Nusantara dalam semua lapisan masyarakat. Berkat dan keistimewaan
mereka telah menyebabkan berlaku perkahwinan dengan wanita tempatan, maka
bertambah luaslah kegiatan pengislaman.
Mengikut Prof Naguib, tariqat Naqsyabandiah adalah antara yang terbesar. Selain
daripada tariqat ini ada lapan lagi tariqat yang besar. Tariqat-tariqat itu ialah
Qadariyyah, Rifaiyyah, Syadiliyyah, Chistiyyah, Syatariyyah, Ahmadiyyah, Tijamiyyah
dan Alawiyyah (Naguib, 1963, 32).
Daripada sembilan tariqat ini terdapat banyak lagi organisasi yang lain. Ia bermula
dengan 14 jenis tariqat kemudian berpecah lagi kepada 163. Jadi kalau dicampur
dengan yang asal, menjadikan 177 tariqat, tetapi yang masih kekal hingga ke hari ini
berjumlah 76 jenis tariqat sahaja (Abu Hassan Sham, 1980, 75).
Sarjana Sastera Melayu Klasik dari Rusia Vladimir I Braginsky dalam pendahuluan
untuk bukunya, Tasawuf dan Sastera Melayu mengungkapkan bahawa di Nusantara ini
tasawuf telah diserap masuk ke dalam kehidupan umat Melayu: "Sejak akhir abad ke-
14 terutama sekali abad ke-16-17, tasawuf selalu memainkan peranan yang sangat
penting dalam sejarah, agama dan budaya di kawasan Melayu — Indonesia yang maha
luas itu.
Cukup dikatakan bahawa bentuk Sufi ternyata bentuk yang paling sesuai dengan
mentalitas rakyat-rakyat di dunia kepulauan itu, bagi tersebar luasnya Islam di kalangan
mereka. Semangat toleransi yang menjadi kelaziman dalam tasawuf mazhab Ibn Arabi
yang agung itu serta juga kecekapan dan kefasihan mubaligh-mubaligh sufi yang tahu
jalan-jalan menuju hati, baik para intelek dan aristokrat yang terpelajar mahupun rakyat
jelata, sangat mempermudahkan bagi masuknya agama Islam ke dalam semua lapisan
masyarakat. (1993, xi)
Amalan-amalan sufi ini adalah pada peringkat untuk menebal keyakinan dalam hati dan
menjalinkan keakraban yang tinggi dalam konteks hubungan intim dengan Tuhan.
Selain itu ilmu-ilmu asas Islam seperti Fekah, Tauhid, al-Quran dan al-Hadith serta lain-
lain terus dipelajari. Pelajar-pelajar Melayu-Indonesia yang mendapat didikan di Makkah
dan Madinah pada musim haji atau selepas musim haji kembali ke Nusantara dan
mengembangkan ilmu-ilmu itu kepada masyarakat setempat. (Azyumardi Azra, 1995,
17). Samudra Pasai (1280-1400) adalah tempat penulisan kitab-kitab agama dan
kesusasteraan Melayu. Melaka (1400-1511) juga menampilkan hal yang serupa,
ditambah lagi dengan cerita-cerita hikayat pahlawan-pahlawan agung seperti Hikayat
Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah yang dibaca untuk memulihkan
semangat orang-orang Melayu untuk menentang Portugis pada 1511.
Aceh (1511-1650) memaparkan para sultan yang berminat kepada agama. Pusat
pengajian agama didirikan. Sewaktu pemerintahan Sultan-sultan Iskandar Thani, Sultan
Iskandar Muda dan Sultan Safiatuddin, ilmu pengetahuan khasnya agama dan tasawuf
berkembang pesat. Lahir di sini pujangga Hamzah Fansuri, Samsuddin al-Sumatrani,
Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel, Bukhari al-Jauhari dan lain-lain. Hamzah
Fansuri terkenal dengan buku-buku tasawuf aliran Wujudiah.Suasana yang serupa lahir
di Johor-Riau (1650-1800). Raja-raja Riau juga berminat pada ilmu pengetahuan
agama dan kesusasteraan. Bandar Penyegat menjadi pusat pengajian Islam dan
banyak menerbitkan buku-buku bidang itu. Raja Ahmad, ayah Raja Ali adalah seorang
yang sangat gemar pada ilmu agama. Raja Ali Haji adalah antara keluarga diraja yang
menjadi alim dalam bahasa dan agama terutamanya usuluddin dan tasawuf.
Penentangan yang keras memang ada di lokasi-lokasi serangan yang terjadi, tetapi
sejarah memaparkan umat ini kalah lalu tanah air yang subur ini dijajah. Sebab utama
di sini ialah bangsa asing itu memiliki kecekapan yang lebih tinggi berbanding dengan
kebolehan umat Melayu di daerah ini.Inilah persoalan yang perlu diperhatikan, bahawa
citra Islam yang tiba di kawasan kita pada abad ke-13 itu adalah citra Islam yang sudah
lemah dan mundur. Tidak seperti yang terjadi di Eropah di abad pertengahan, seperti
yang telah disentuh di atas. Ilmu-ilmu yang mengalir ke Eropah meliputi ilmu-ilmu yang
mampu memajukan pemikiran dan pencetusan gagasan-gagasan saintifik seperti
falsafah, matematik, fizik, perubatan, etika, psikologi, politik, astronomi, kimia, optik, dan
muzik.
Ilmu ini diambil dan dipelajari secara serius di Eropah, iaitu di pusat-pusat pengajian
tinggi yang telah disebutkan di atas. Sebaliknya setelah umat Islam parah diserang dan
ditawan oleh bangsa Tartar dan Baghdad jatuh ke tangan mereka pada tahun 1258,
maka ilmu yang disebutkan itu tidak sampai ke sini. Ilmu yang tiba bukanlah dari
Baghdad, Harran Iskandariyah, Antiokh iaitu kota-kata intelek dan saintifik, sebaliknya
dari Makkah dan Madinah. Dua kata ini adalah kota agama yang penting dalam Islam
dan ilmunya juga adalah ilmu-ilmu agama dalam gugusan usuluddin dan syariah serta
kaya dengan amalan tasawuf. Jadi inilah ilmu-ilmu yang dipindahkan ke Nusantara.
Umat ini "maju" hanyalah dalam konteks yang terhad. Perkembangan rasionalisme dan
saintifik yang disebutkan oleh Naguib juga adalah dirujuk dalam perkembangan-
perkembangan ini dan dari sudut perubahan dari Hinduisme-Buddhisme kepada Islam
bukan seperti yang berlaku di Eropah di abad pertengahan.
Ilmu-ilmu yang mampu menjana kemajuan dalam erti yang lebih luas tidak sampai ke
daerah ini. Oleh itu kita terkebelakang hingga kini. Penjajahan yang berlaku hanyalah
menambah parah pada situasi masyarakat yang sudah lemah!
SOALAN 13
Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan
kepada Allah sebagai teras utamanya. al-qur’an dan sunnah Rasulullah S.A.W sebagai
teras pegangan dan rujukannya. Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah
(perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan
pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang
berkualiti dan negara yang cemerlang
Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar
masing-masing. Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit,
bangsa, kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama. Amanah pula bermaksud
menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya. Ini
bersumberkan dari al-qur’an dan hadis Nabi SAW. Dalam al-qur’an Allah SWT
berfirman. Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance)
dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap,
adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik,
maju, dan dirahmati Allah.
Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang
berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan inovatif.
Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan
positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi
memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan Negara. Jiwa merdeka harus mampu
melakukan pilihan dan membuat saringan serta bersikap terbuka terhadap faktor dari
luar lingkungan budaya dan tradisi yang tidak bercanggah dengan nilai etika dan
sejagat yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan tamadun mengikut acuan
kita sendiri.
Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek ekonomi turut sama diberi keutamaan
oleh Islam. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif memberikan satu
pendekatan yang menggabungkan kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang
berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai
dengan perkembangan ekonomi di dalam negara dan diperingkat antarabangsa.
KEHIDUPAN BERKUALITI
Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu diberikan kepada
setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti.
Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi
nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung dalam
matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Oleh itu tidak boleh berlaku
penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina.
Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-
undang.
Satu daripada perinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya
keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti negara tersebut. Dalam rangka
meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan agama perlu
dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur.
Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan,
keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan
bangsa itu terhormat dan disegani
PEMELIHARAAN ALAM SEMULAJADI
Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi
juga hubungan manusia dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati oleh
manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia
dengan alam tabii. Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai kecenderungan
untuk menguasai dan mengekploitasi alam tabii secara berlebihan dengan
menggunakan sains dan teknologi. Natijahnya, keseimbangan alam semula jadi tidak
dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global, ribut taufan,
hujan asid, pencemaran udara, air dan darat, kepupusan tanaman, habitat dan
sebagainya semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan
oleh aktiviti manusia.
KEKUATAN PERTAHANAN
Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan
ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri, fizikal dan
spiritualBangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri dan
negara dari dicerobohi. Untuk itu mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan yang
terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan negara dan bukan untuk menyerang dan
menguasai bangsa dan negara lain. Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan,
keamanan dan keselamatan negara yang membolehkan proses pembangunan
dilakukan secara berterusan.
SOALAN 14
Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan
kepada Allah sebagai teras utamanya. al-qur’an dan sunnah Rasulullah S.A.W sebagai
teras pegangan dan rujukannya. Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah
(perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan
pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang
berkualiti dan negara yang cemerlang.
Dari segi konsepnya, Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif yang
memberi penekanan menyeluruh terutama kepada pembangunan masyarakat masa
kini. Secara khususnya, Islam Hadhari akan menjadi penggerak dan garis panduan
kepada rakyat dengan memperlihatkan warisan dan ketamadunan Islam yang sedia
wujud sebagai pemacu ke arah kecemerlangan dan kegemilangan sesuatu bangsa itu.
Di bawah prinsip rakyat berjiwa merdeka, penekanan dan pendekatan yang hendak
digunakan haruslah dihalusi secara mendalam bagi mengelakkan timbulnya salah
faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sesebuah negara yang
komposisi rakyatnya berbilang agama dan bangsa seperti Malaysia tercinta ini.
Tambahan pula, majoriti rakyat di negara ini terdiri daripada bangsa melayu yang
beragama Islam. Seiring dengan perlancaran konsep Islam Hadhari pada tahun 2005
yang lalu, pelbagai persediaan dan langkah telah dan sedang dilaksanakan.
KEHIDUPAN BERKUALITI
Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri dan negara dari
dicerobohi. Untuk itu mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan yang terkini bagi
tujuan mempertahankan diri dan negara dan bukan untuk menyerang dan menguasai
bangsa dan negara lain. Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan
dan keselamatan negara yang membolehkan proses pembangunan dilakukan secara
berterusan.Perubahan suasana politik dunia global masa kini dan tekanan serta
penghinaan yang dihadapi oleh sebahagian umat manusia menuntut kita menguasai
kekuatan ketenteraan dan keupayaan mempertahankan diri. Negara perlu
diperlengkapkan dengan rancangan serta program jangka panjang untuk menyemai
rasa hak dan tanggungjawab membela kemuliaan maruah diri, bangsa dan negara.
Pendekatan Islam Hadhari akan berusaha memperkasakan umat supaya mereka
berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.
TUGASAN SEMASA PENSYARAH MENJALANI AKTIVITI RASMI
SOALAN 1
MANUSIAKONSEP
ASAS TAMADUN
FAHAM AGAMA
ISLAM FAHAM MANUSIA
FAHAM TUHAN FAHAM ALAM
FAHAM AGAMA
FAHAM MANUSIA
FAHAM ALAM
Untuk memastikan keharmonian hidup manusia dan alam, Allah telah menggariskan
hubungan yang sepatutnya wujud antara manusia, alam dan Allah.
Hubungan manusia dengan para nabi sekadar untuk mengambil petunjuk dan
teladan daripada aktiviti dan tingkahlaku mereka iaitu sunnah, mematuhi ajaran
mereka dan mencintai sifat-sifat mereka yang unggul dan bukannya hubungan
perhambaan dan penyembahan.
* Permohonan dan doa hanya kepada Allah kerana makhluk tidak berkuasa dan
lemah kerana ia juga makhluk yang dicipta seperti manusia.
* Menjadikan rasa kecintaan dan rindu kepada Allah sebagai matlamat kehidupan
dan sumber kenikmatan.
HUBUNGAN MANUSIA SESAMA
Ukuran dalam masyarakat Islam merupakan taqwa disamping berbuat baik sesama
manusia.
Manusia merupakan sebahagian daripada alam sejagat, tetapi berada pada kedudukan
yang istimewa.
Manusia mempunyai akal dan pancaindera yang sempurna.
Manusia boleh mengambil manfaat daripada makhluk lain di alam ini.
Manusia wajib memelihara alam semesta ini.
Manusia bertanggungjawab terhadap haiwan:
• Beri makanan dan minuman, khususnya haiwan yang dipelihara. Sabda Rasulullah:
“sesiapa yg tidak mengasihani tidak akan dikasihani”.
• Mengasihani haiwan. Rasulullah marah apabila melihat orang menjadikan burung
sebagai sasaran panah mereka (untuk tujuan permainan bukan utk dimakan), katanya:
“Allah melaknat orang yang menjadikan sesuatu yang mempunyai roh sebagai
sasaran”. (Bukhari&Muslim).
• Tidak menyiksa binatang. Sabda Rasulullah: “Seorang wanita dimasukkan ke dalam
neraka disebabkan seekor kucing yang dikurungnya hingga mati, wanita itu akan
dimasukkan ke neraka kerana kucing itu tidak diberi makan, tidak diberi minum dan
tidak dibiarkan memakan binatang-binatang tanah”.(Bukhari).
Islam membenarkan membunuh haiwan sebagai ganti makanan dengan syarat pisau
penyembelihan benar-benar tajam, atau membunuh kerana haiwan itu menimbulkan
bahaya kepada manusia. Pembunuhan itu mesti dengan cara yang tidak menyeksakan.
TUJUAN ALAM SEMESTA
Kesimpulannya manusia dengan fitrah dan tabii semulajadi akan tunduk serta
akur kepada Allah sebagai pencipta sekalian alam, termasuk diri manusia sendiri.
SOALAN 2
Perkahwinan
Perdagangan
Pembesar tempatan
Bahasa
o Mahayuddin Hj. Yahya menegaskan Islam bertapak di tanah Melayu pada abad
1H/7M. Daerah Islam pertama; utara Sumatera, kerajaan Islam pertama;
Thomas Arnold; Aceh terawal iaitu 674M
-Apabila mereka sampai di tanah melayu banyak pedagang arab ketika itu
berkahwin dengan rakyat tempatan.Ini juga antara cara bagaimana islam
berkembang di tanah melayu.
LAKSAMANA CHENG HO
Ma Sanbao yang cergas dan pandai telah disukai oleh maharaja dan
dianugerahi nama Cheng Ho oleh maharaja.
Merah dan pantai timur Afrika dan telah melawat lebih 30 buah
negara dan kawasan di Asia dan Afrika dalam 7 kali pelayaran itu.
Bersama dengan kulit, direndam juga bahan rami, kain bekas, dan
jala ikan. Setelah menjadi bubur, bahan ini ditekan hingga tipis dan
sekarang.
- Cai's paper (known as Cai Lun paper) was light and thin, strong
12 dan 13.
- Konon kaisar amat girang atas penemuan Cai Lun, dan Cai Lun