Lab Report Individu Penyenggaraan 3 Fasa
Lab Report Individu Penyenggaraan 3 Fasa
Lab Report Individu Penyenggaraan 3 Fasa
LAPORAN TEKNIKAL
NAMA PELAJAR
SAFINAH BINTI ABU TALIP (CB160053)
SEKSYEN 1
NAMA PENSYARAH DR.NURHANIM SAADAH BINTI ABDULLAH
NO UJIKAJI 03
TAJUK LAPORAN THREE PHASE AC MOTOR (Maintenance and Repair)
KOD KURSUS BBV30203
NAMA KURSUS ELECTRICAL MACHINE
JUMLAH (50%)
1.0 PENDAHULUAN
2.0 TEORI
Motor Induksi tiga fasa merupakan motor arus ulang alik yang paling banyak digunakan
dalam dunia industri. Ia dikenali sebagai motor induksi kerana arus rotor motor ini bukan diperoleh
dari suatu sumber elektrik, tetapi merupakan arus yang terinduksi disebabkan adanya perbezaan
relatif antara putaran rotor dengan medan putar.
Selain itu, motor induksi boleh berfungsi sebagai sebuah transformer, iaitu apabila stator
sebagai primer yang statik, manakala rotor sebagai gegelung sekunder yang berputar. Motor
induksi tiga fasa berputar pada kecepatan yang pada dasarnya adalah malar, bermula dari tiada
beban sehingga mencapai keadaan beban penuh. Kecepatan putaran motor ini dipengaruhi oleh
frekuensi, dengan demikian pengaturan kecepatan tidak dapat dengan mudah dilakukan terhadap
motor ini. Walaupun demikian, motor induksi tiga fasa mempunyai beberapa kelebihan, iaitu
sederhana, rekabentuk yang kukuh, murah berbanding motor 3 fasa yang lain, mudah dalam
melakukan penyenggaraan dan baikpulih.
3.0 PROSEDURE
1. Sebelum kerja penyenggaraan dan baikpulih kerosakan motor AC tiga fasa
dilakukan, persediaan untuk membuka motor perlu dilakukan seperti;
3. Kerja-kerja membuka setiap bahagian motor dilakukan dengan berhati-hati dan cermat.
Kesemua Blot dan Nat pada penutup hadapan dan penutup kipas ditanggalakan. Keputusan
penyelenggaraan dicatat pada borang rekod rombak rawat motor.
Bahagian bilah kipas Lip seal pada bahagian tengah Terdapat grease yang
diperiksa bilah kipas dikeluarkan bagi telah kesal di bahagian
membolehkan bilah kipas ditarik shaft bilah kipas
keluar
5. Penutup peti punca (terminal box) dibuka. Peti punca dibersihkan dan sambungan untuk kabel
yang longgar diperiksa. Jenis sambungan kabel diperhatikan. Ujian penebatan untuk kabel
dan gegelung dilakukan menggunakan Meggar dan Multimeter. Keputusan penyenggaraan
dicatat pada borang rekod rombak rawat motor.
7. Bahagian stator motor dikeluarkan dari badan motor. Lilitan gelung motor diperiksa samada
bebas dari grease, minyak dan kekotoran. Lilitan gelung dibersihkan. Ruang udara (air gap)
antara gegelung dan rotor diperiksa dan ditentukan ia tidak tersumbat. Acid an rotor diperiksa
pada bahagian permukaan. Bagi bahagian alas pula, ia diperikasa untuk calaran (scoring),
kelancaran ia berputar dan jika perlu grease baru perlu dimasukkan. Kesemua keputusan
penyenggaraan dicatat pada borang rekod rombak rawat motor.
Rotor dikeluarkan dari dalam Jenis rotor dikenalpasti dan
badan motor keadaan rotor diperiksa
(berkarat)
Serial no 1507D0240103
Model BA7124
Heartz 50Hz
Phase 3 Phase
RPM 1370
Weight 6.9kg
V Hz HP kW rpm A
5. Nyatakan pemeriksaan yang perlu dibuat apabila sebuah motor AC 3 fasa menjadi
lampau panas
Uji geganti lebihan beban dan laraskan semula jika perlu. Kurangkan beban mekanikal
mengikut keupayaan motor.
Periksa punca bekalan dan naikkan voltan mengikut kadaran.
Pastikan punca sambungan adalah kemas dan voltan bekalan di imbang semula.
Periksa litar jika ada litar terbuka.
Pastikan peredaran udara disekitar motor beredar dengan baik dan pastikan sesekat
tidak tersumbat.
Cuci bersih saluran penyejuk dan pastikan ia tidak tersumbat.
6. Apakah tindakan yang perlu diambil jika suhu ambient sebuah motor AC tiga fasa
meningkat?
Rujuk carta tindakan mekanikal tertentu untuk kesan punca lebihan beban. Kurangkan
beban kepada peringkat yang boleh dikawal.
Periksa nilai voltan pada belitan nama. Naikkan voltan kepada peringkat yang
diperlukan dengan beberapa cara.
Periksa dipunca sambungan serta ketatkan sambungan yang tidak kemas.
Sistem pelinciran dibersihkan dan grease baru dimasukkan ke dalam alas.
Jika terdapat lititan terbuka lilitan baru pada motor hendaklah dilakukan.
Jika rotor dan stator bersentuhan, perbetulkan kelawasan antara rotor dan stator
mengikut nilai tersebut.
Pastikan alas digandingkan dengan yang baru.
Periksa geseran alas dimotor serta pelinciran alas (bearing lubrication). Periksa
pelurusan couling antara motor dengan mesin.
Bandingkan beban yang dikadarkan dengan beban yang sebenar, keatas mesin ayng
dipandu (pam, pemampat, dsb). Kurangkan beban. Jika ini tidak boleh dilakukan,
gantikan dengan motor yang lebih besar.
8. Apakah tindakan yang perlu diambil jika peranti perlindungan beban lampau motor
terbuka?
Ini disebabkan oleh Medan electromagnet digelung lemah atau tiada, tindakan yang perlu
diambil bagi motor yang mempunyai kawalan kelajuan periksa perintang jika terdapat
setting yang tidak betul atau ada kerosakan. Periksa gelung medan untuk mengesan liatr
terbuka serta sambungan dawai yang longgar atau putus. Selain itu, ia juga disebabkan
Beban melebihi daya kilas mula motor. Jadi, gantikan dengan suatu motor yang boleh
menanggung mula dan ketika kendalian.
6.0 PERBINCANGAN
Semasa melakukan ujikaji ini, Senggaraan rutin telah dilakukan pada beberapa
bahagian motor seperti pada badan (Frame) Motor dengan membersihkan bahagian motor
dan memeriksa kerosakan mekanikal (Mechanical Damage) serta bilangan bolt and nat
pada tapak (Holding Down). Pada bahagian ini, terdapat kekurangan bolt pada motor.
Seterusnya Peti Punca (terminal Box) dibersihkan dan diperiksa untuk sambungan longgar
serta ujian rintangan penebatan dan keterusan juga di lakukan. Hasil keputusan ujian
dicatat dalam borang rekod rombak rawat. Selain itu, pemeriksaan juga dilakukan pada aci
dan rotor dengan memeriksa keadaan permukaan rotor dan air gap antara rotor dengan
stator. Pada bahagian kipas motor, bilah kipas diperiksa sama ada retak atau tidak serta
perlu dibersihkan daripada debu kekotoran. Seterusnya, alas diperiksa pada bahagian
permukaan dan grease yang kesal perlu dibersihkan. Grease baru dimasukkan mengikut
kesesuaian kerana masukan grease yang berlebihan sebab ini boleh menyebaabkan
pemanasanalas.
7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, tujuan pemeriksaan dan penyelenggaraan motor adalah sangat
penting bagi menjaga kebolehfungsian sesebuah mtor tersebut supaya motor dapat
dikendalikan dengan cekap.Seterusnya menghasilakan keluaran yang baik. Selain itu,
tujuan pemeriksaan dan penyelenggaraan motor ini juga adalah bagi tujuan keselamatan
dan mencegah kerosakan yang kritikal kepada motor tersebut. Sekaligus dapat
mengurangkan kos pembaikan
8.0 RUJUKAN
Cros, J., Viarouge, P., Chalifour, Y., & Figueroa, J. (2004). A new structure of universal
motor using soft magnetic composites. IEEE Transactions on Industry Applications,
40(2), 550-557.
Mirafzal, B., Skibinski, G. L., Tallam, R. M., Schlegel, D. W., & Lukaszewski, R. A. (2007).
Universal induction motor model with low-to-high frequency-response characteristics. IEEE
Transactions on Industry Applications, 43(5), 1233-1246