Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

JMS 416 Gerakan Protes

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan

Protes di kalangan masyarakat Melayu pra kolonial dapat dilihat di dalam

pelbagai bentuk. Hal ini termasuklah protes secara agresif dan pasif 1. Protes dalam

bentuk mata pena seperti Musyi Abdullah, secara lisan dan sekiranya kezaliman

yang berlaku barulah kita lihat protes secara pemberontakan tercetus. Gerakan Protes

semasa Kolonial pula adalah bersifat penentangan atau pemberontakan kerana

ketidakpuasan hati pemerintah, pembesar atau penguasa tempatan malahan

masyarakat kerana sikap campurtangan pihak kolonial yang memonopoli perdagangan

atau mencampuri hal ehwal masyarakat. Campur tangan tradisi turun temurun

menyebabkan masyarakat melayu bangun menentang penjajahan pihak barat.

Campurtangan pihak British di dalam pentadbiran kerajaan negeri berlaku dengan

termetrinya Perjanjian Pahang-British di antara Sultan Ahmad dengan pihak British

pada 8 Oktober 1887.2Perjanjian ini membawa kepada perlantikan Hugh Clifford

sebagai penasihat British di Pahang.

Pada peringkat awal campur tangan British, Pahang dikehendaki menerima

seorang Wakil Konsul British yang disandang oleh Hugh Clifford. Bagi mengawal

pembesar , beliau telah mencadangkan supaya garis sempadan daerah ditetapkan

dengan jelas serta menetapkan bidang kuasa dan kedudukan mereka. Setelah itu

Pahang dipaksa menerima Sistem Residen oleh British setelah terlantiknya J.P.Rodger

sebagai Residen British pertama.Pemakaian Sistem Residen ini telah membawa

implikasi yang besar di dalam pentadbiran kerajaan negeri antaranya pembentukan

daerah,penghapusan sistem hamba dan kerah,sistem cukai dan berbagai-bagai

peraturan yang berkaitan dengan tanah. Akibatnya telah melahirkan bibit-bibit


1
Mohd Isa Othman, Gerakan Protes, dalam perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad ke-19 dan Awal
Abad ke-29, Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd 1999, halaman18.
2
W.Linehan, Ahistory of Pahang Vol XI, Kuala Lumpur, MBRAS,1973, halaman 112.
perselisihan di antara para pembesar Pahang dan Sultan Pahang dengan Residen

British.3 Perselisihan ini telah membawa kepada perasaan tidak puas hati dikalangan

para pembesar dan juga sebilangan besar rakyat biasa di Negeri Pahang.Rentetan

perselisihan tersebut maka tersetuslah gerakann protes secara terbuka terhadap pihak

British.

Gerakan Protes secara terbuka dan besar ini berlaku sekitar tahun 1891-1895

oleh sebilangan rakyat Pahang dibawah pimpinan tokoh-tokoh nasionalis

tempatan.Daerah Jerantut atau lebih tepat lagi Pulau Tawar adalah menjadi lokasi

terpenting gerakan protes Negeri Pahang terhadap penjajahan British.Pulau Tawar

adalah satu lokasi terpenting bermulanyanya “permuafakatan bersumpah” di antara

Sultan Pahang dengan para pembesar untuk melakukan penentangan bagi menghalau

penjajah.Pulau Tawar juga telah menjadi medan penentangan dan pembelotan para

pembesar Melayu sehinggakan kawan menjadi lawan,permusuhan dan pembunuhan

sebangsa dan juga lokasi pentempuran berdarah pejuang dan penjajah.

Tokoh-tokoh yang terlibat di dalam penentangannya terhadap pihak British

seperti Datuk Bahaman,Tok Gajah (Imam Perang Rasul),Mat Kilau,Mat Lela serta

lain-lain pahlawan Pahang.4 Keterlibatan tokoh-tokoh ini di dalam gerkan protes

peringkat tempatan yang menjurus juga kepada gerakan protes peringkat negeri

adalah disebabkan oleh beberapa faktor politik,sosial, dan ekonomi.Walaupun

gerakan protes ini menemui kegagalan dan kekuasan pihak British semakin kukuh

namun perjuangan menentang pihak British diteruskan oleh tokoh-tokoh kemudian

pada abad ke-20.


3
Haji Buyung Adil, Sejarahg Pahang,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa & Pustaka, 1984,halaman 285
4
Jurnal Muzium Angkatan Tentera Bil 1, Kuala Lumpur, Muzium Angkatan Tentera, 1984 , halaman
19

2
Mat Kilau Tokoh Gerakan Protes Di Negeri Pahang.

i. Latar Belakang Mat Kilau.

Mat Kilau b, Imam Rasul dipercayai dilahirkan di Kampung Masjid Pulau

Tawar pada tahun 1865. Ayah beliau ialah Imam Rasu atau Tok Gajah seorang

pembesar negeri Pahang. Ibunya pula adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut,

Burau. Beliau dijaga dan diasuh dengan begitu baik oleh ayahnya. Pada usia 12 tahun

beliau dihantar ayahnya ke Terengganu untuk belajar di sekolah pondok. Sesudah

tamat belajar, Mat Kilau kembali ke Budu dan Sultan berkenan menganugerahi

daerah Budu untuk ditadbirnya5.

Beliau bukan sahaja seorang yang tegas dan amat dikasihi oleh rakan serta

pengikut-pengikutnya malah mempunyai keistimewaan. Beliau kuat berpegang

kepada agama. Beliau boleh membaca Al-Quran dengan pelbagai lagu. Beliau juaga

boleh berzanji dan diikuti dengan dikir maulud. Beliau juga terkenal degan dikir

rebana yang lebih dikenali sebagai Dikir Pahang. Kemerduan suaranya menjadikan

beliau disanjung serta dikenali sebagai seorang pendikir terkenal di Pulau Tawar6.

Sewaktu kanak –kanak beliau suka bermain gasing kerana kepandaiannya,

beliau sentiasa menjadikan jurumudi iaitu pemangkah terakhir. Beliau selalu menjadi

ketua apabila perlawanan gasing diadakan. Setelah remaja Mat Kilau mengambil

bahagian dalam pertandingan berlaga buah keras. Disebabkan kuat kudratnya, maka

beliau dijadikan orang tukang hencang7. Hencangannya tidak pernah mengecewakan.

5
http://members.tripod.com/pas pulau tawar/matkilau.htm
6
Ibid
7
Ibid

3
Malahan kehebatannya teserlah apabila Sultan Ahmad berkenan mencemar duli ke

Pulau Tawar. Beliau juga gemar berburu. Beliau selalunya mengetui gerakan

pemburuan. Mat Kilau diiktiraf sebagai Tok Peran8. Oleh sebab itu beliau bukan

sahaja tahu selok belok pemburu malah telah memperolehi banyak pengetahuan selok

belok hutan.

Mat Kilau mengakhiri zaman bujangnya pada usia 20 tahun. Beliau

mengahwini seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, yang berasal

dari kampung Kedondong. Hasil perkongsian hidupnya beliau dikurnia tiga orang

cahaya mata.

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan amat disenangi. Beliau

menjadi pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Beliau mempunyai daya

pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di

Pekan , Hung Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengannya dan

Cliffrord berpendapat Mat Kilau mempunyai idea-idea yang baik dan boleh

dipercayai.9 Beliau juga amat disenangi setiap lapisan masyarakat. Pandangan dan

pendapatnya dapat mempengaruhi masyarakat serta berpandangan luas. Walaupun

beliau anak pembesar tetapi sentiasa berdampingan dengan masyarakat.

Setelah berkahwin, barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu

kebatinan. Beliau mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti parang dan

keris. Tentang ilmu kebatinan pula, beliau benyak menuntut ilmu kepahlawanan

8
Ibid
9
Ibid

4
hinggakan dipercayai boleh menghilangkan diri. Beliau banyak menuntut ilmu

daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak

dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali sebagai Haji Muntuk sebelum

berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang10.

ii. Penentangan Mat Kilau Terhadap Pentadbiran British di Pahang.

Penentangan dan perjuangan tempatan secara kekerasan dan bersenjata

bermula apabila pihak British yang diketuai oleh Walker dan Clifford den bantuan

beratus-ratus askar Sikh menyerang Mat Kilau bersama 60 orang pengikutnya di

Budu.Ketika itu Mat Kilau sedang dalam perjalanan menyerang markas British di

Kuala Lipis.Mat Kilau telah menggunakan taktik menggulingkan batu dan menyumpit

bertubi-tubi hingga ramai askar Sikh yang mati.11 Mat Kilau dan pengikutnya telah

berundur keBukit Kor setelah pihak British membakar pekan Budu.British telah

menghantar talibarutnya,Tok Kelana (pahlawan dari Perak) bersama-sama ratusan

askarnya untuk menyerang Mat Kilau.Mat Kilau telah dapat membunuh Tok Kelana

disana.Para pengikut Tok Kelana pula disuruh pulang oleh Mat Kilau.Apabila Tok

Kelana mati maka tamatlah kisah yang diberi nama oleh orang-orang Hulu Pahang

sebagai “Perang Budu”.12

Selepas itu, Mat Kilau dan para pengikutnya mengatur strategi di Batu Balai.

Mat Kilau meninggalkan Batu Balai lalu pergi ke Kuala Cheka untuk bergabung

dengan padukan Dato Bahaman.Di sana mereka bergabung membentuk satu pasukan

10
Ibid
11
Norizan selat , Pahang, Sejarah dan Budaya, Kuala Lumpur, United Selangor Press Sdn.Bhd, 2000,
halaman 131
12
Sumber Muzium Pekan Negeri Pahang, Mat Kilau b. Imam Rasul, halaman 1

5
untuk menawan Kuala Lipis.Maka berlakulah pertempuran yang hebat di Kuala

Cheka dan kawasan sekitarnya.Setelah beberapa lama bertempur dengan senjata yang

kurang,pasukan yang diketuai oleh Dato Bahaman dan Mat Kilau terpaksa berundur

ke Hulu Pahang.13Ketika ini Tok Gajah dan pengikut-pengikutnya telah bergabung

dengan Mat Kilau di Kuala Tembeling.Pada 22 Ogos 1892,Mat Kilau dan adiknya

Awang Nong telah mengundurkan diri pasukan Duff dan Panglima Garang Yusuf di

Kuala Atok di tepi Sungai Tembeling.14 Pada 23 Ogos 1892,Walker dan W.A.Wise

tiba di Kuala Atok tetapi Mat Kilau dan Awang Nong telah mengundurkan diri ke

Rueh.Di sini Mat Kilau dan TokGajah serta pengikutnya berundur lagi ke Tenggiling

dihulu Sungai Lebir dan kemudiannya menyeberang sempadan Kelantan.15

Pengunduran para pejuang Pahang ke Kelantan telah manamatkan buat

sementara waktu gerakan menentang British di Pahang.British telah menawarkan

pengampunan kepada para pejuang Pahang tetapi ditolak oleh mereka.Penolakan ini

adalah kerana British tidak menarik balik tawaran membunuh ke atas para pejuang

Pahang tersebut.Syak wasangka atas tawaran pengampunan itu dijelaskan dalam surat

Tok Gajah kepada Maharaja Perba Jelai;

‘….kami masih lagi ragu-ragu hendak balik ke Pahang kerana banyak khabar-

khabar angin yang dibawa dari Tembeling melalui Hulu Kelantan iaitu ,kerajaan telah

memberi senapang kepada orang-orang Kelantan bagi membunuh kami.Itulah

sebabnya,kami belum lagi pulang dan masih lagi dalam hutan.Negeri

Kelantan,Terengganu dan negeri-negeri lain telah ditutup kepada kamu berempat

kerana kerajaan telah mengeluarkan perintah supaya kami ditembak bila

13
Ibid, halaman 3
14
Norizan Selat, Ibid, halaman 130
15
Haji Buyung Adil, Ibid, halaman 310

6
kelihatan.Kerajaan telah menawarkan hadiah $1000.00 kepada sesiapa yang dapat

menangkap kami.Kami amat sedih dan hidup dalam bahaya.”16

Perjuangan Mat Kilau tetap tidak pernah berputus asa.Kemudian berlaku satu

perkembangan baru dalam perjuangan Mat Kilau,Dato Bahaman,Tok Gajah dan para

pengikutnya apabila mendapat perangsang dari Syed Abdul Rahman al-Idrus.Beliau

lebih dikenali sebagai Engku Sayid Paloh atau Tuk Ku Paloh. 17 Sebagai seorang yang

sentiasa mahu menambah ilmu,Mat Kilau telah berguru dengan Engku Sayid.Setelah

mendapat perlindungan dari Engku Sayid,maka pada 25 Mac 1894 barulah Mat Kilau

mengajak Dato Bahaman dan Tok Gajah serta pengikut mereka berkumpul dan

mengatur strategi di Paloh.Engku Sayid menggalakkan supaya Mat Kilau,Tok Gajah

dan Dato Bahaman mengambil daya usaha masuk ke Pahang dan menghalau British

dari Pahang.Engku Sayid telah membangkitkan semula perjuangan dikalangan

pejuang Pahang dengan menanam semangat “Perang Jihad”menentang kafir dengan

jaminan bahawa mereka akan kebal dan berjaya.18

Pada 12 Jun 1894 Mat Kilau dan lain-lain pejuang Pahang telah memasuki

Pahang,menghilir Sungai Tembeling sehingga sampai ke pekan Kuala

Tembeling.Dalam waktu tengahari pada 14 Jun 1894,Mat Kilau telah mengetui

serangan ke atas balai polis di Kuala Tembeling.Beliau dibantu oleh Dato

Bahaman,Mat Lela,The Ibrahim,Awang Nong dan Panglima Kiri telah melancarkan

serangan ke atas balai polis British di Kuala Tembeling.19Serangan ini menyebabkan

lima orang polis Sikh terbunuh dan pekan Kuala Tembeling dapat ditawan olen para

16
Jurnel Muzium Angkatan Tentera, ibid, halaman 24
17
Sumber Muzium Pekan Negeri Pahang, ibid, halaman 3
18
Haji Buyung Adil, Ibid, halaman 310
19
Jang Aisah Muttalib, Pemberontakan Pahang 1891-1895 ,Kota Baharu, Pustaka Aman Press,1972,
halaman 181

7
pejuang ini.Pada sebelah petangnya,Mat Kilau telah melancarkan serangan hendap ke

atas kubu British di Jeram Ampai dan menawannya.Mat Kilau dan para pengikutnya

telah membina kubu di sana.20Selepas itu Mat Kilau,Tok Gajah Dan Dato Bahaman

pergi ke hilir Kedondong untuk mengajak Tok Raja dan Panglima Garang Yusuf

menyertai perjuangan mereka tetapi gagal.Pada 28 Jun 1894 pasukan bersenjata dari

Perak dan Selangor telah tiba di Kuala Tembeling di bawah pimpinan Penolong

Penguasa Negeri-negeri Selat,Stewart,Lefetnan Kolonal Walker,Kapten Henry Talbot

dan Kapten Lyons. Tidak berapa lama kemudian kubu pertahanan Mat Kilau di Jeram

Ampai telah diserang oleh pihak British.Walaupun pejuang Pahang cuba melawan

akhirnya terpaksa mengundurkan diri.Di dalam pertempuran sengit itu,Penguasa Hulu

Pahang E.A.Wise telah terbunuh manakala bagi pihak Mat Kilau pula beliau telah

kehilangan orang harapannya Mat Kelubi.21

Mat Kilau,Tok Gajah dan Dato Bahaman serta para pengikutnya mengambil

keputusan untuk berundur ke Hulu Terengganu Dan seterusnya ke Hulu Kelantan.

Perjuangan gerakan protes tempatan oleh anak watan tempatan berakhir apabila Tok

Gajah meninggal dunia di Pasir Mering kerana sakit tua , Dato Bahaman meninggal

dunia di Siam kerana sakit perut. Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di

dada-dada akhbar Inggeris yang diterbitkkan di Singapura. The Free Press pula

memberitahu Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia

telah cedera di muka dan kepalanya. Lukanya amat parah dan banyak kehilangan

darah. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kialau oleh akhbar The Pree Press

keluaran 22 Oktober 1895, maka pendapat umum tamatlah sudah riwayat

Mat Kilau, akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui kecuali beberapa

20
Aruna Gopinath, The Pahang Rebellion XI, Kuala Lumpur, PURBA, 1987 , halaman 146
21
Norizan Selat, Ibid, halaman 136

8
orang sahabatnya seperti Mustafa b. Awang Mat (Jusuh Rimau), Pendekar Tok

Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris, maka

terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu

tempat.Akhirnya beliau bermastautin di Batu 5 Jalan Gambang. Semenjak 1930 Mat

Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya memakai

nama Mat Siam.

Dalam Bulan Disember 1969, Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang

pada itu memegang Kad Pengenalan 2044778 dan bernama Mohammad Ibrahim

memperkenalkan dirinya yang sebenar.Beliau bersetuju mengumumkan dirinya di

kampung kelahirannya di Kampung Masjid ,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26

Disember 1969 , Mat Kilau telah ke Masjid di Kampungnya untuk bersembahyang

Jumaat. Selepas sembahyang dan membaca Al-Quran beliau telah mengistiharkan

dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengistiharannya itu telah menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan

Negeri Pahang menubuh sebuah jawatankuasa untuk membuat penyiasatan dan

penyelidikan. Jawatankuasa dibentuk pada 8 Januari 1970 dengan perkenan Sultan

Pahang . Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan kesahinannya itu.

Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis bersamaan 6 Ogos 1970,

beliau disahkan sebagai Mat Kilau Pejuang Pahang oleh Menteri Besar Pahang Tan

Sri Haji Yahya Mohd Seth. Emapat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap

dirinya Mat Kilau meningggal dunia kerana keuzuran. Usianya dipercayai 122 tahun.

9
Beliau tak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya namun pemergiannya dan

pengorbanannya demi memertabatkan agama,bangsa dan negeri Pahang amat dihargai

dan disanjung.

Penutup

Gerakan protes Pahang telah berjaya menyekat kemaraan British dalam

melaksanakan dasar penjajahan mereka.Tetapi setelah tokoh-tokoh pejuang Pahang di

katakana ‘mati’,British melanjutkan usaha-usahanya untuk mendapatkan semula

kuasa eksekutif dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.Melayu.

Perjanjian Persekutuan 1896 maka sempurnalah Pahang diiktiraf sebagai tanah

jajahan British.

Kehilangan tokoh-tokoh pejuang Pahang ini maka berakhirlah perjuangan

gerakan protes tempatan dan negeri.Tetapi ini tidak bererti perjuangan mereka telah

berakhir,kerana Mat Kilau dan rakan-rakan sepejuangannya yang lain telah

menanamkan benih-benih semangat patriotisme untuk membela tanahair kepada anak-

anak kelahiran Pahang bahkan kepada semua orang.Semangat perjuangan mereka ini

telah dijadikan contoh dalam gerakan menuntut kemerdekaan selanjutnya. Mat Kilau

lambang kekuatan bangsa Melayu di negeri Pahang. Walupun mempunyai

kedudukan sebagai pembesar namun penentangannya bukanlah hanya untuk

kepentingan kedudukannya malahan memperjuangkan kedaulatan bangsa dan

negerinya dari belenggu penjajah. Walaupun sejarah perit yang ditempuhinya namun

semangat dan darah perjuangannya tetap sebati dan akan terus mengalir kepada

anak-anak Pahang. Kedaulatan Bangsa , Agama dan Negara perlu diutamakan .

10
Bibliografi

A. SUMBER UTAMA

 Laporan Kerajaan Negeri.

 Kerajaan Negeri Pahang ,1970.Laporan Menyiasat Munculnya


MatKilau,Kuantan:Syarikat Percetakan Inderapura Sdn.Bhd.

Kertas Kerja.

 Noralifah bt.Ismail,2001,”Tokoh Pahlawan Pahang”Ketua Unit Penyelidikan,


 Lembaga Muzium Negeri Pahang,Pekan.

 Jurnal Dan Majalah

 Jurnal Muzium Angkatan Tentera,bil.1,Kuala Lumpur:Muzium Angkatan


Tentera 1984

B.Bahan Rujukan

1 Aruna Gopinath, The Pahang Rebellion XI, Kuala Lumpur, PURBA, 1987

2 Haji Buyung Adil, Sejarahg Pahang,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa &


Pustaka, 1984

3 http://members.tripod.com/pas pulau tawar/matkilau.htm

4 Jang Aisah Muttalib, Pemberontakan Pahang 1891-1895 ,Kota Baharu,


Pustaka Aman Press,1972, halaman

5 Mohd Isa Othman, Gerakan Protes, dalam perspektif Sejarah Malaysia


Pada Abad ke-19 dan Awal Abad ke-29, Utusan Publications & Distributors
Sdn.Bhd 1999

6 Norizan selat , Pahang, Sejarah dan Budaya, Kuala Lumpur, United Selangor

7 W.Linehan, Ahistory of Pahang Vol XI, Kuala Lumpur, MBRAS,1973,

11
Isi Kandungan :

1. Pengenalan 1

2. Mat Kilau Tokoh Gerakan Protes Di Negeri Pahang. 3

 Latar Belakang Mat Kilau. 3

 Penentangan Mat Kilau Terhadap Pentadbiran British di Pahang. 5

3. Penutup 10

4 Bibliografi 11

i…

12

Anda mungkin juga menyukai