MSB 2019
MSB 2019
MSB 2019
Salam Semua..
Di dalam PSU inilah terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan
perlindungan. Bekalan
masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau OFF di PSU. Alat dan komponen
perlindungan utama
yang mengawal dan melindungi keseluruhan pemasangan ditempatkan
disini.
Peranan, saiz fizikal dan fungsi PSU adalah bergantung kepada keupayaan
membawa arus,
kegunaan PSU itu sendiri serta apakah yang hendak dikawalnya. Ada
sesetengah PSU hanya
mengawal beban elektrik yang tertentu sahaja misalnya motor-motor
elektrik.
Fault level untuk PSU ialah 50kA (dahulu 43KA) atau 31MVA pada 415V
untuk selama 1 saat
(BS 5486).
2. JENIS
Papan suis kecil (PSK/SSB) adalah papan suis yang mendapat bekalan
utamanya dari PSU.
Perkataan kecil adalah relatif sebab ada PSK yang saiznya lebih besar dari
PSU ditempat lain.
Kecil disini bermakna lebih kecil dari PSU.
PSK digunakan untuk bangunan atau beban yang berada agak jauh dan
terasing dari PSU. Ini
adalah untuk menjimatkan kabel dan memudahkan kerja-kerja kawalan
dan senggaraan.
4. BINAAN
PSU terdiri dari binaan rangka utama yang akan menyokong berat segala
peralatan yang terdapat
di dalam PSU. Kekuatan rangka hendaklah minima 10G berbentuk U-
section channel. Rangka
yang baik adalah dari jenis berlubang-lubang dengan saiz yang sesuai
dan dengan jarak 25mm
supaya tidak mengurangkan kekuatan mekanikalnya. Jenis ini dipanggil
jenis modular dimana ia
boleh ditambah dan dibesarkan dengan mudah iaitu dengan menyambong
sahaja rangka
tambahan.
Dibahagian luar sekelilingnya ditutup dengan kepingan logam dengan
tebal tidak kurang dari
2mm.
Palang bas pembumian dengan keratan rentas yang mencukupi
hendaklah dipasang dibahagian
bawah sebelah dalam PSU meliputi keseluruhan panjang PSU tersebut.
5. KLAS
Jenis yang paling mudah dan murah ialah tiada langsung pemisahan
diantara kompartmen di
dalam PSU tersebut.
6. LOKASI
Kedudukan palang bas biasanya mendatar, tetapi ada yang menegak dan
ada juga yang
mengabungkan kedua-duanya. Palang bas hendaklah mempunyai
ketumpatan arus tidak melebihi
1.5A/mm persegi.
Pemutus litar yang biasa digunakan ialah Pemutus Litar Udara (ACB),
tetapi pada masa ini
Pemutus Litar Teracu (Moulded Case Circuit Breaker / MCCB) semangkin
banyak digunakan.
Penggunaan samada ACB atau MCCB bergantung kepada kadaran arus
sesuatu pemasangan
elektrik. Untuk pemasangan yang melebihi 400A selalunya ACB digunakan
walaupun MCCB
ada juga digunakan.
Dalam kes-kes tertentu terdapat lebih dari satu ACB di dalam sesebuah
PSU samada
mempunyai kadaran arus yang sama atau dengan kadaran yang
berlainan. Dengan itu rangka
PSU mestilah mempunyai kekuatan mekanikal yang mencukupi untuk
menampung berat
komponen-komponen tersebut.
Nilai arus kerosakan (fault level) ACB ialah 45KA untuk 3 saat. Ini
bermakna dengan arus
sebanyak 45KA ACB ini boleh bertindak dengan selamat tanpa ianya
mengalami kerosakan.
Kegunaan lain ACB selain dari sebagai pengasing dan pemutus litar ialah
sebagai bus tie atau
bus coupler atau sesentuh tukar alih, tetapi hendaklah dari jenis empat
kutub.
ACB boleh dipasang secara tetap (fixed type) iaitu tidak boleh dibawa
keluar (not
withdrawable) kecuali dengan membuka sekeru atau boleh dibawa keluar
untuk tujuan
senggaraan dan ujian (drawout type).
ACB hendaklah diuji dan diperakui mengikut standard ASTA atau KEMA.
Istilah-Istilah Mengenai Kadaran
BAHAGIAN-BAHAGIAN ACB
dan sesentuh bergerak akan tertutup dan bila dalam keadaan OFF atau
terpelantik (trip) ianya
akan terbuka.
Semua sesentuh diperbuat dari bahan logam yang kuat dari segi
mekanikal dan keupayaan
membawa arus menutup (making current), arus membuka (breaking
current0 dan arus litar pintas
(short circuit current). Contoh logam yang digunakan ialah silver alloy.
e. Bahagian Pengalir
Biasanya bahagian yang mengalirkan arus ialah pengalir utama litar,
pengalir mudah lentur,
sesentuh utama dan sesentuh arka. Penebat berkesan yang diperbuat
dari bahan penebat seperti
glass polyester atau kepingan fibre diletakkan diantara fasa atau kutub.
h. Arc Chute
Arc chute ialah sebuah kekotak yang diletakkan diatas sesentuh utama
dan sesentuh tambahan
yang tujuannya ialah untuk menyerap percikan dan asap dari arka yang
terjadi supaya ia tidak
merebak ke bahagian-bahagian lain.
g. Charging Handle
Satu handle untuk charge spring supaya menyimpan tenaga.
j. Penunjuk Open-Close
Satu penunjuk samada ACB itu buka (open) atau tutup (close)
k. Penunjuk Charging
Penunjuk samada spring dalam keadaan charge atau discharge
o. Closing Spring
q. Sesentuh Tambahan
Untuk litar amaran dan petunjuk (indicator)
BINAAN
Arc Chute
Arka, satu aspek gangguan arus yang pasti berlaku, dipadamkan oleh
plet-plet pemisah arka (arc
splitter plates).
Plet-plet pemisah arka terkandung didalam “arc chute”
Sesentuh-Sesentuh
Jenis boleh ditarik keluar pula adalah dimana ACB boleh ditarik keluar,
berbeza daripada jenis
dipasang tetap, kerana jenis ini mempunyai satu mekanisma boleh ditarik
keluar bagi
membolehkan ACB tersebut ditarik keluar untuk tujuan pemeriksaan dan
penyenggaraan.
SENGGARAAN ACB
3. Sesentuh Utama
Ambil bacaan rintangan sesentuh utama dan bandingkan bacaannya
dengan data dari pembuat
ACB tersebut. Bacaannya ohm nya selalunya kecil sahaja. Kalau bacaan
ohm nya tinggi sila
laraskan contact pressure arm sehingga bacaan yang rendah diperolehi.
4. Pelinciran
Minyakkan (lubricate) bahagian-bahagian yang memerlukannya dengan
cecair pelinciran yang
dusyorkan oleh pembuat seperti vaselin oil dan sebagainya.
Ujian ACB