Nota Asas Mesin Elektrik 3 Fasa PDF
Nota Asas Mesin Elektrik 3 Fasa PDF
Nota Asas Mesin Elektrik 3 Fasa PDF
PE 4 - MESIN 3 FASA
Kegunaan Peringkat Dalaman Sahaja
ISI KANDUNGAN
Muka Surat
BAB 1 KESELAMATAN AM
1.1 Punca punca Kemalangan 1
1.2 Jenis Jenis Kemalangan Di Bengkel 3
1.3 Langkah Langkah Keselamatan 4
1.4 Simbol dan Tanda Amaran Keselamatan 6
1.5 Pertolongan Cemas 7
1.6 Pencegahan Kebakaran 9
BAB 2 KONSEP ASAS KAWALAN MOTOR
2.1 Definisi Kawalan Dalam Konteks Elektrik 11
2.2 Simbol Gambarajah Skema 14
2.3 Gambarajah Skema 15
2.4 Gambarajah Susun Atur 17
2.5 Gambarajah Blok 17
2.6 Gambarajah Pendawaian 18
BAB 3 KOMPONEN KOMPONEN KAWALAN
3.1 Pemutus Litar Kenit (Miniature Circuit Breaker, MCB) 19
3.2 Geganti Beban Lampau (Overload Relay) 20
3.3 Suis Punat Tekan 21
3.4 Sesentuh (Contactor) 22
3.5 Sesentuh Tambahan (Auxiliary Contactor) 23
3.6 Pemasa (Timer Delay Relay, TDR) 24
PENGUJIAN KOMPONEN KOMPONEN DAN LITAR
BAB 4
KAWALAN
4.1 Pengujian Litar Dan Komponen 25
4.2 Cara Pengujian Litar 25
4.3 Cara Pengujian Komponen 26
RUJUKAN 30
a. Kecuaian Manusia
Kecuaian adalah salah satu faktor terbesar yang boleh meyebabkan kemalangan di dalam
bengkel. Antara kecuaian dan langkah pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelak
kemalangan ialah :-
Bil Punca Kemalangan Langkah Pencegahan
Tidak merancang sebelum membuat Merancang dahulu sebelum melaksanakan
1.
sesuatu kerja. kerja.
Tidak memberi tumpuan kepada kerja Menumpukan perhatian kepada kerja yang
2.
yang sedang dilaksanakan. sedang dilaksanakan.
Tidak mematuhi peraturan keselamatan Mematuhi peraturan keselamatan yang
3.
yang ditetapkan. ditetapkan.
Menggunakan peralatan atau mesin Menggunakan peralatan atau mesin
4. yang tidak sesuai mengikut mengikut kegunaan yang sebenar.
kegunaannya.
Tidak mengendalikan peralatan atau Mempelajari cara mengendalikan peralatan
5.
mesin dengan betul atau mesin dengan betul.
Tidak mematuhi prosedur penggunaan Mengendalikan peralatan atau mesin
6.
peralatan atau mesin mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Jadual 1.1 Punca Kecuaian Manusia dan Langkah Pencegahan
a. Renjatan elektrik
Renjatan elektrik terjadi apabila badan seseorang menjadi laluan pengaliran arus elektrik. Ini
berlaku kerana badan seseorang itu bersentuhan dengan pengalir yang membawa arus. Arus
sebanyak 15mA sudah cukup untuk memberi kesan renjatan elektrik.
Renjatan elektrik boleh berlaku disebabkan oleh perkakas elektrik, kecuaian manusia dalam
mengambil langkah keselamatan, mengubahsuai peralatan tanpa berpengetahuan jelas mengenai
peralatan tersebut dan menggunakan peralatan yang rosak. Antara langkah keselamatan yang
perlu diambil bagi mengatasi renjatan elektrik ialah :-
1. Lantai dan meja kerja elektrik dilitupi dengan penebat getah.
2. Sambungan pengalir yang dibuat mestilah ketat dan baik.
3. Memastikan semua pendawaian dibumikan, suis keselamatan dan suis kecemasan
berfungsi dengan baik serta diperiksa secara berkala.
4. Memastikan wayar atau kabel yang bocor diganti atau dibalut dengan penebat.
5. Memastikan kawasan kerja sentiasa kering.
6. Jika berlaku renjatan elektrik, putuskan bekalan ke litar itu atau yang palin baik
mematikan suis utam.
7. Peralatan elektrik yang rosak hendaklah diasingkan daripada yang baik.
8. Alat alat pemadam kebakaran yang hendak digunakan mestilah dalam keadaan baik dan
alat ini mestilah diuji dari semasa ke semasa.
b. Kebakaran
Definisi umum kebakaran adalah suatu tindak balas kimia yang berlaku apabila bahan boleh
terbakar dan oksigen menyentuh punca haba atau cucuhan. Antara punca punca kebakaran
ialah :-
1. Menukar kadaran arus fius dengan yang lebih besar.
2. Perangkap kilat yang rosak.
3. Sambungan tersesah atau rosak.
4. Percikan bunga api di sambungan yang terdedah.
a. Kawalan manual
Sistem kawalan manual adalah satu sistem kawalan yang dikendalikan atau dikawal oleh
operator pengendali, di mana operator atau pengguna tersebut menggunakan anggota tangan dan
kaki sebagai hubungan permulaan dalam mengendalikan sistem tersebut. Sistem kawalan manual
ini, tidak ada penggunaan geganti beban lampau (overload relay) di mana, sistem ini digunakan
hanya untuk menghidupkan atau memberhentikan kawalan motor yang bersaiz kecil. Antara
contoh sistem ini adalah mesin gerudi tangan, mesin pencanai dan sebagainya. Rajah 2.1
merupakan rajah blok sistem kawalan manual :-
Panel Kuasa
Motor
Panel Kuasa
Motor
c. Kawalan automatik
Kawalan automatik merupakan satu sistem yang mengawal atau mengendalikan operasi
secara automatik sepenuhnya tanpa pengawasan operator atau pengguna. Kawalan automatik
banyak digunakan pada masa sekarang kerana ianya banyak kelebihan seperti membantu dalam
pengurusan masa dan tidak perlu diawasi selalu. Selain itu, kerja menjadi lebih sistematik dan
teratur. Rajah 2.3 merupakan rajah blok sistem kawalan automatik :-
Panel Kuasa
Kawalan automatik ini dikendalikan apabila operator atau pengguna menekan punat tekan
sebagai permulaan menghidupkan litar dan motor akan beroperasi, Seterusnya litar kawalan akan
mengawal kendalian motor sepenuhnya secara automatik. Tugas memberhentikan motor diambil
alih oleh fungsi peranti seperti sensor, suis had, timer dan sebagainya yang disambung pada suis
punat tekan henti.
2.2 Simbol Gambarajah Skema
14 Disediakan oleh : Sharina Ashikin Binti Yahaya
PE 4 : Mesin Tiga Fasa
Kolej Komuniti Jempol
Kebiasaanya sistem kawalan motor diwakili oleh beberapa simbol alat - alat elektrik
mahupun elektronik yang digabungkan menjadi satu litar. Litar ini dikenali sebagai gambarajah
skema. Pelajar perlu mengenali beberapa simbol alat alat ini sebelum dapat melakukan
pemasangan litar. Terdapat beberapa simbol yang digunakan untuk emnerangkan makna dan
tujuan sesuatu litar kawalan ataupun litar utama. Bentuk dan kedudukan sesuatu simbol itu tidak
sama bagi litar litar kawalan. Walaubagaimanapun, simbol simbol ini boleh diubahsuai
kedudukannya mengikut keperluan pengguna. Antara simbol yang biasa digunakan di Malaysia
adalah :-
Litar Kawalan
Litar Utama
Panel Kuasa
Motor
in out
Suis Punat Tekan Mula (Push Button ON/Start) Suis Punat Tekan Henti (Push Button OFF/Stop)
Rajah 3.6 Simbol Suis Punat Tekan
C
Sesentuh Sedia Tutup (Normally Close, NC)
Gegelung (coil)
d. Sesentuh (Contactor)
Di dalam sesebuah sesentuh itu, terdapat dua bahagian utama iaitu gegelung (coil) dan
penyentuh itu sendiri. Bagi menguji gegelung (coil) dengan menggunakan multimeter, laraskan
multimeter pada julat ohm. Jika jarum bergerak dan menunjukkan bacaan 2 hingga 5,
sesentuh berada dalam keadaan baik. Manakala jika jarum tidak bergerak dan menunjukkan
bacaan infinity, , bermaksud sesentuh tersebut telah rosak. Bagi bahagian sesentuh pula,
sesentuh berada dalam sedia buka, apabila sesendal ditekan ke dalam, jarum multimeter akan