Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Huraian Model ASIE

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 11

HURAIAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE

HURAIAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE


(Ismail Md. Zain, Balakrishnan M. 2014)

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2016


HURAIAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE

KOMPONEN ASPEK ITEM MIW

• profil pembelajaran o subjek, tema, bidang pembelajaran, tajuk/topik Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai
o objekti pembelajaran, hasil pembelajaran (Multiple Integration Worksheet
A ANALYZE • profil pelajar o gaya belajar, kecerdasan pelbagai atau profil lain yang berkaitan (MIW) merupakan:
(Analisis) • mekanisme pemusatan strategi
• profil media pengajaran o jenis media perancangan atau kerangka
o elemen perancangan keseluruhan ke
o komposisi arah pengintegrasian dalam
proses PdP.
• mengintegrasi o pemilihan media pengajaran yang bersesuaian dengan profil-profil di atas
• bertindak sebagai paparan
memudahkan guru
• menyesuai - kemahiran o kemahiran Abad Ke-21 dan ciri-cirinya
menzahirkan perancangan
S STRATEGIZE pengajaran hasil cantuman idea
(Menyusun • mengaplikasi - alat o pengaplikasian pelbagai alat berfikir – Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berdasarkan aspek-aspek dan
strategi) o alat pengajaran—kaedah, teknik, aktiviti item-item komponen dalam
• menerap - nilai o pelbagai item nilai moral dan nilai yang lain model ini.
• bertindak sebagai satu senarai
• membentuk o soalan asas (essential questions/arahan pengajaran (instructional questions) semak kepada guru terhadap
ciri-ciri/fitur-fitur pembelajaran
Abad Ke-21.
• mengadaptasi o mengadaptasi perancangan pengajaran untuk pembentukan Rancangan
• perancangan sentiasa terkini
IMPLEMENT Pelajaran Harian (RPH)
(up to date), memenuhi
I (Melaksana)
• mengaplikasi o mengaplikasi perancangan pengajaran dalam bentuk Rancangan Pelajaran keperluan pendidikan di
peringkat lokal dan global.
Harian (RPH)
• aktiviti yang direka bentuk
• maklum balas o tindakan terhadap maklum balas dikaitkan dengan Kemahiran
EVALUATE Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
E (Menilai) • mengkaji semula o mengkaji keberkesanan strategi perancangan pengajaran • memudahkan guru membentuk
soalan untuk penilaian.
• menyemak semula o menilai strategi perancangan pengajaran untuk peluang mereka bentuk
semula pengajaran pada masa hadapan

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2016


HURAIAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE

KOMPONEN, ASPEK & ITEM MODEL ASIE

• Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE (Ismail Zain, Balakrishnan, M. 2104) merupakan pendekatan bersepadu dalam proses
merancang strategi pengajaran untuk keperluan pelajar dalam persekitaran pembelajaran & pengajaran Abad Ke-21.

• ASIE ialah akronim bagi komponen A – Analyze (Analisis) S – Strategize (menyusun strategi) I – Implement (melaksana) E –
Evaluate (menilai). Kesemua komponen bertindak sebagai prosedur merancang pengajaran (instructional planning) di peringkat
makro untuk diaplikasikan di peringkat mikro iaitu pembentukan beberapa rancangan pelajaran harian (RPH). Ia juga merupakan
prosedur guru merancang pengajaran mengikut urutan secara bersistematik. Model ini dibina berlandaskan prinsip dan cantuman
teori reka bentuk pengajaran (principles of instructional design theories) dan teori pembelajaran yang berfokuskan mazhab kognitif,
konektivis dan konstruktivis.
• Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE boleh dilaksanakan secara konvensional atau melalui aplikasi dalam talian (online
application) untuk mengakses model yang dibina untuk memudahkan guru membuat perancangan secara lebih efisyen. Terdapat
beberapa aspek dan item dalam komponen model ini yang boleh diubah suai (customized) atau membuat penambahbaikan atau
mengubah setting yang disediakan mengikut keperluan kurikulum atau situasi amalan perancangan sesebuah sekolah.

• Model ini bersifat interaktif, integratif, preskriptif, dan konstruktif. Ia bersifat interaktif kepada pengguna iaitu memudahkan
pengguna merancang dan merujuk mengikut prosedur yang disediakan, integratif dalam proses penyediaan perancangan pengajaran,
preskriptif dalam memahami kandungan dalam model ini yang merangkumi komponen, aspek dan item melalui penerangan yang
diberikan, konstruktif dalam penyusunan keseluruhan komponen dalam model ini.

Komponen 1: Analisis (Analyze)


Guru terlebih dahulu menganalisis 3 aspek persediaan perancangan iaitu:

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2016


HURAIAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE

(i) Profil pembelajaran (instructional profile) - meliputi item seperti kelas yang diajar, subjek, tema, bidang pembelajaran,
topik/tajuk, objekti pembelajaran, hasil pembelajaran atau item-item yang lain yang menjadi amalan guru tersebut.
(ii) Profil pelajar (learners’ profiles) – termasuk item gaya belajar (learning styles) (seperti VARK - visual, auditory, reading, writing,
kinesthetic dll.), profil inventori kecerdasan pelbagai - IKP (multiple intelligences) (seperti kecerdasan visual ruang, kecerdasan muzik,
kecerdasan naturalis, kinestetik, dll), Data Ujian Psikometrik yang sesuai pada tahap pelajar seperti Ujian Aptitut, Inventori Minat
Kerjaya (IMK), Inventori Trait Personaliti (ITP) dan ujian-ujian lain yang sesuai . Guru boleh menambah profil pelajar yang lain jika perlu.
Tujuannya supaya bahan dan strategi pengajaran memenuhi keperluan pelajar berdasarkan perbezaan individu. Profil ini boleh diambil
daripada kaunselar sekolah hasil Ujian Psikometrik.

(iii) Profil media pengajaran (instructional media profile) – guru boleh menyenaraikan dan memilih media pengajaran (pelbagai jenis
dan klasifikasi media) berdasarkan ciri-cirinya/atribut untuk digunakan dalam kelas yang sesuai dengan profil pelajar dan kandungan
subjek. Analisis perlu dilihat pada item elemen (teks, grafik, video, audio, animasi) serta item komposisinya (objek, latar, perasaan dll).
Penganalisisan ini penting untuk guru menggunakan sepenuhnya profil pada media ini untuk tujuan penjanaan minda pelajar.

Komponen 2: Menyusun Strategi (Strategize)


Komponen ini mempunyai 5 aspek untuk menyusun strategi pembelajaran:

(i) Mengintegrasi (integrating) - media pengajaran: Guru menyatakan strategi media pengajaran diguna/diintegrasi untuk
keperluan pelajar (contoh: menonton video sambil mencatat isi penting, atau menjana minda melalui soalan-soalan yang
disediakan berkaitan dengan video tersebut, atau yang seumpama dengannya)
(ii) Menyesuai (accommodating) – kemahiran: Di sini guru menyatakan jenis kemahiran belajar Abad Ke-21 yang diperlukan oleh
pelajar termasuk kemahiran berfikir aras tinggi seperti model ubahsuaian taksonomi Bloom serta kemahiran-kemahiran lain yang
diperlukan.
(iii) Mengaplikasi (applying) – alat (tools) – Ia merujuk kepada pengaplikasian pelbagai jenis alat berfikir seperti peta minda,
pengurusan grafik, i-think, alat berfikir CoRT de Bono dan alat berfikir yang lain. Guru juga harus menyatakan kaedah, teknik dan

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2016


HURAIAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE

aktiviti yang ingin dilaksanakan seperti perbincangan, kuiz, pembelajaran kooporatif & kolaborasi, konstruktivisme dan
sebagainya.
(iv) Menerap (instilling) – nilai: Guru menyatakan nilai-nilai yang ingin diterap melalui pengajarannya sebagai salah satu elemen
merentasi kurikulum.
(v) Membentuk - soalan pengajaran (instructional questions) – ia merupakan arahan, bimbingan, huraian aktiviti, soalan asas (essential
questions) yang menggabungkan ke semua aspek yang terdapat dalam komponen model yang dirancang di peringkat makro untuk
membantu membentuk beberapa aktiviti perancangan pengajaran (Instructional planning) (contoh: beberapa rancangan pelajaran
harian - RPH) di peringkat mikro.

Komponen 3: Melaksana (Implement)


Komponen ini mempunyai 2 aspek:

(i) Mengadaptasi (adaptating) – perancangan pengajaran – mengadaptasikan perancangan yang dibentuk di peringkat makro ini
untuk dijadikan sebagai panduan dalam pembentukan rancangan pelajaran harian (RPH) – di peringkat mikro. RHB akan berbeza
antara satu kelas ke satu kelas yang lain mengikut profil pelajar.
(ii) Mengaplikasi (applying) – perancangan pengajaran - rancangan pelajaran harian yang dibentuk berdasarkan model ini akan
dilaksanakan dalam proses pembelajaran di bilik darjah.

Komponen 4: Menilai (evaluate).

Perancangan perlu melalui proses penilaian sama ada pada peringkat pra-pengajaran iaitu melalui perbincangan dengan rakan sejawat,
rintis dengan pelajar atau peringkat pasca pengajaran iaitu selepas proses pembelajaran & pengajaran.

Komponen ini mempunyai 3 aspek yang perlu dikaji:


(i) Bertindak terhadap maklum balas (responding) - membuat penyesuaian dan penambahbaikan daripada tindak balas pelajar.
(ii) Mengkaji semula (reviewing) perancangan pengajaran – mengkaji kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan yang perlu dibuat.

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2016


HURAIAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE

(iii) Menyemak semula (revising) perancangan pengajaran – mengkaji keseluruhan perancangan pengajaran dengan membuat
penambahbaikan.

Penilaian bukan sahaja dibuat pada akhir perancangan tetapi boleh berlaku di setiap peringkat mengikut komponen yang tertentu seperti mana
yang dilakar melalui garisan titik merah. Memandangkan model ini bercirikan pemusatan pelajar, penilaian juga boleh dilakukan melalui Kitaran
Refleksi seperti mana yang dilakar melalui garisan bulatan hijau. Guru harus menyemak/membuat refleksi keperluan pelajar serta keperluan
pembelajaran Abad Ke-21 untuk diintegrasikan dalam perancangan untuk pelajar.

Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai (Multiple Integraton Worksheet - MIW)

• Model ini memaparkan Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai (Multiple Integration Worksheet – MIW) sebagai mekanisme
pemusatan strategi atau kerangka perancangan untuk membentuk amalan terbaik untuk pelajar ke arah
pengintegrasian dalam PdP. Ia merupakan hasil daripada perancangan guru melalui kitaran refleksi dan penilaian bagi
setiap komponen yang dilalui untuk keperluan pelajar.
• Versi baharu 3.1 membolehkan guru mencipta rancangan pelajaran harian (RPH) serta mencipta Komuniti Pembelajaran
Profesional (PLC).
• MIW dan RPH ini boleh diakses dan dikongsi bersama sebagai nilai tambah dalam pemantapan ilmu dan kemahiran
dalam profesion perguruan.

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2016


HURAIAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE

Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2016


HURAIAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE

Contoh sebahagian perancangan MIW (perancangan peringkat makro)

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2016


HURAIAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE

Contoh Rancangan Pelajaran Harian

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2016


HURAIAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE

Contoh sebahagian perancangan RPH (perancangan peringkat mikro)

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2016


HURAIAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2016

Anda mungkin juga menyukai