Assignment
Assignment
Assignment
masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana
masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak
menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup
ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk
menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan
semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan,
contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika
sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.
Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan
memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di
sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid
akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari
dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara
formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam
kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur
dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan
atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.
Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada
pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama
dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-
pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah
selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang
telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang
terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana,
kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-
bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti
kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi
makna lagi kepada generasi yang akan datang.
Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah
dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini
penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan
menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu
yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk
memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan
cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik
tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta
akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah
berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik
dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat
Isu-isu yang berkaitan dengan semangat patriotisme kerap menjadi bahan perbincangan
segenap lapisan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana semangat patriotisme amat penting
dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Tujuan
utama semangat patriotisme ini sering diperkatakan adalah untuk memperbaiki dan
meningkatkan semangat patriotisme di kalangan semua rakyat. Sebenarnya terdapat
beberapa kepentingan atau kebaikan semangat patrlotisme di kalangan rakyat.
Kepentingan pertama semangat patriotisme di kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan
mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di
kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau
musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme.
Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin
menjajah lagi negara kita.
Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara.
Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan negara.
Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah
pembangunan negara. Semangat patriotisme akan menjadikan keadaan negara aman damai
dan ini akan mendorong leblh ramal pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia.
Sesungguhnya, kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan
lagi taraf hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan terus maju.
Semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. Sesungguhnya, semangat
patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada
kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat
melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu,
suasana yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini
akan dapat merangsang perkembangan sektor pelancongan negara.
Kebaikan lain semangat patriotisme di kalangan rakyat ialah ia dapat menjadi contoh kepada
generasi muda. Generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang memahami
kepentingan semangat patriotisme. Dengan adanya program-program yang menjurus kepada
mewujudkan semangat patriotisme seperti sambutan Bulan Kemerdekaan ianya pasti dapat
memberi kesedaran kepada generasi muda. Selain itu, generasi muda yang mempunyai
semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial
dan vandalisme. Sesungguhnya, mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah adalah baik
kerana dapat memberikan pengetahuan dan pengajaran tentang sejarah negara kepada
generasi muda.
Di samping itu, semangat patriotisme di kalangan rakyat juga dapat menaikkan imej negara.
Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara
Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi
di kalangan rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada
negara lain dalam menerapkan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Malaysia juga telah
beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di
beberapa buah negara jiran.
DIHASILKAN dengan bajet berjumlah RM2.5 juta dan aplikasi 30 peratus teknologi
teknik imej janaan komputer (CGI), Malay Regiment adalah sebuah naskhah filem
tempatan yang dinanti-nantikan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017.
Berada dalam skop filem genre patriotik, idea penghasilan Malay Regiment terbitan
Malay Evolution Brain pada asalnya adalah demi kasih sayangnya terhadap seorang
lelaki bergelar bapa.
Penerbit, Datuk Jurey Latiff Rosli mengenang semula Allahyarham bapanya, Kapten (B)
Mohd Rosli Yahya yang pernah berjuang bersama perajurit tanah air, sekaligus
dedikasi terhadap semua yang pernah berjuang kepada negara tercinta ini.
Sering berkongsi cerita dan pengalamannya ketika berada dalam ketenteraan, sebagai
anak tentera, jiwa Jurey, sudah sebati dengan nilai-nilai patriotisme.
Filem genre patriotik sentiasa memberikan getar rasa yang mengujakan pada dirinya
kerana nilai sentimental yang ada menerusi perkongsian cerita bersama arwah
bapanya.
Menganggap hero yang tidak didendangkan juga wajar diberi ruang penghargaan, misi
Malay Regiment untuk mengangkat kisah benar mengenai 11 perajurit negara yang
terkorban pada 1976 apabila helikopter mereka ditembak jatuh pengganas komunis.
“Bagaimanapun, filem ini tidak terarah pada fakta itu sahaja. Sebaliknya ia
dikembangkan kepada plot-plot penceritaan lain menerusi watak yang dicipta. Saya
mahu mesej yang diselitkan sampai kepada masyarakat, tidak cuma mengenai
pertempuran atau peperangan, tetapi titik utamanya adalah pada pengorbanan yang
dilakukan oleh semua perajurit yang mempertahankan negara,” katanya yang sebelum
ini pernah menerbitkan Paloh.
Malay Regiment adalah antara beberapa buah naskhah filem sejarah yang wajar diberi
perhatian selepas penonton sudah terbiasa dengan filem seperti Matinya Seorang
Patriot, Leftenan Adnan, Hati Malaya mahupun Tanda Putera yang pernah menjadi
kontroversi sebelum ini.
Meski turut mencipta kontroversi tersendiri apabila ada yang mengaitkannya dengan
agenda politik, Malay Regiment, tiada lain, dihasilkan pada paksi untuk menerapkan
semangat cintakan negara di samping menghayati pengorbanan yang dilakukan oleh
pahlawan negara dalam mempertahankan tanah air.
Ia mungkin dilihat sama sebagaimana filem-filem yang dihasilkan sebelum ini menerusi
versi masing-masing, namun intipati mana-mana filem yang dinyatakan kalau
diperhatikan tetap akan terarah pada tujuan dan objektif yang sama.
Contoh filem yang sehingga kini tetap malar segar sepanjang zaman, Sarjan Hassan
yang dihasilkan pada 1958. Dilakonkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ini
mengangkat erti perjuangan tentera Tanah Melayu ketika menentang Jepun.
Watak utama Hassan digambarkan sebagai anak muda yang mempunyai jiwa besar
untuk berjuang demi bangsa, agama dan negara. Malah, kesungguhan dan perjuangan
Sarjan Hassan bersama rakan-rakannya dalam mempertahankan keselamatan negara
ketika di medan pertempuran menjadi tarikan pada penonton meskipun ada dalam
kalangan mereka menjadi pengkhianat kepada bangsa sendiri.
Diarah dan dilakonkan oleh Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin, filem ini membawa
kisah benar serangan komunis di Bukit Kepong.
Filem yang turut dilakonkan oleh A Rahim, Hussein Abu Hassan dan Datuk Yusof
Haslam ini pernah memenangi lapan anugerah pada Festival Filem Malaysia ketiga,
antara filem yang memberi kesan mendalam buat penonton lantaran mengisahkan
semula pertempuran anggota polis dengan komunis sehingga nyawa mereka
terkorban.
Menjengah era 2000, filem sejarah yang boleh diklasifikasikan terbaik adalah menerusi
filem 1957: Hati Malaya yang diarahkan Datin Paduka Shuhaimi Baba.
Filem ini memfokuskan zaman Tunku Abdul Rahman ketika mahu mendapatkan
kemerdekaan negara dan Datuk Onn Jaafar yang membangkitkan semangat
nasionalisme Melayu menentang penubuhan Malayan Union.
Filem yang ditayangkan pada 2007 ini berjaya meraih lima anugerah pada Festival Filem
Malaysia ke-21 (FFM21) dan dua anugerah iaitu Anugerah Khas Juri dan Penataan
Bunyi Terbaik pada Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2008.
Tahu bahawa tidak banyak filem-filem patriotik dihasilkan dalam negara sehingga
mengehadkan sumber rujukan, Jurey juga tidak terkecuali menerima pertanyaan
mengapa tidak bertumpu pada penghasilan filem yang lebih komersial yang menjadi
pilihan selamat kebanyakan penerbit dan pengarah tempatan.
Bagi Jurey, tiada sebab lain dan ia tentunya kerana dia mahu memberi sumbangan
kepada negara menerusi bidang yang sudah diterajui selama lebih 20 tahun.
“Kalau dilihat memang tak banyak filem patriotik dihasilkan kerana sambutannya juga
tidak sehebat penghasilan filem komersial. Tetapi bila difikirkan semula, siapa lagi yang
nak buat filem begini andai semuanya mahu bertumpu pada filem bernilai komersial?
“Mungkin juga tak dapat sambutan kerana naskhah yang dihasilkan tidak benar-benar
sampai ke hati penonton, tidak bagus, tidak digarap dengan baik atau tidak mempunyai
elemen patriotisme yang kuat.
“Pendekatan filem patriotik kadangkala tidak cuma pada elemen peperangan atau
pertempuran sahaja, macam Malay Regiment, ia berbeza kerana saya tonjolkan juga
sisi perasaan isteri, keluarga dan ada dua era sebagai paparan jalan cerita,”katanya.
“Ramai yang nak buat filem tapi lebih mementingkan nilai keuntungan. Secara peribadi,
saya rasa wajar untuk anak seni kita memperbanyakkan naskhah sejarah negara kerana
sekurang-kurangnya kita dapat memberi sumbangan kecil untuk negara.
“Saya tak menolak pada masa akan datang, tentu ada yang mahu menjadikan filem-
filem seperti ini sebagai rujukan sejarah dan ia berguna buat generasi demi
generasi,” katanya.
Kematian Kita Hari Ini Adalah Untuk Kehidupan Waris Kita Hari Esok'
Filem arahan Dato’ Jurey Latiff Rosli mengenangkan perjuangan serta jasa anggota
perajurit dalam mempertahankan tanahair dari ancaman komunis.
Filem ini diangkat dari kisah sebenar pada 16 April 1976 dan 15 Julai 1946 semasa Ops Kota
Gubir I & II yang mana pasukan keselamatan dari unit 17 RAMD telah menggempur
beberapa kem pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thai berhampiran Gubir di
Kedah. Dalam operasi kedua menyaksikan Kapten Zainal bin Abd Rashid telah gugur
selepas berjaya membunuh tiga orang pengganas komunis. Operasi tersebut telah berjaya
membunuh 6 daripada 15 pengganas komunis selain berjaya merampas
pelbagai jenis senjata dan bom.
Filem ini mengandungi mesej tersirat yang ingin disampaikan bahawa orang Melayu
sanggup mati berjuang walaupun kemakmuran keamanan dan kemewahan juga akan
dirasai oleh bangsa-bangsa lain. Inilah semangat Melayu sebenar-benarnya yang mahu
ditonjolkan menjadi contoh dalam memastikan keharmonian dan keamanan terjamin untuk
semua rakyat hidup bersama-sama.
Filem ini juga memaparkan babak di mana satu keluarga Cina diselamatkan ketika
dibelasah komunis. Komunis kemudiannya membunuh keluarga Cina tersebut
meninggalkan anak perempuannya yatim piatu lalu diambil menjadi anak angkat
kepada keluarga tentera.
Selain itu, filem ini juga menonjolkan adegan-adegan pencarian waris-waris pejuang dalam
mengetahui lebih lanjut tentang kisah perjuangan para parajurit ini. Kisah datuk-datuk
mereka telah menginsafkan mereka semua sehingga membuatkan mereka berbangga
menjadi sebahagian daripada waris pejuang yang mempertahankan tanahair
dari ancaman komunis.
Wira-wira ini seharusnya terus diingati dan diangkat sebagai “HERO” yang
bertanggungjawab menjadikan Negara Malaysia berada dalam keadaan aman damai
dan harmoni pada hari ini.