Penyediaan Tapak Bina
Penyediaan Tapak Bina
Penyediaan Tapak Bina
Kerja menentukan aras formasi merupakan salah satu proses dalam kerja tanah
yang akan dilakukan dalam kerja-kerja awal penyediaan sesuatu tapak bina. Kerja
tanah bermaksud penyediaan aras pembentukan (formation level) seperti yang
dikehendaki dalam lukisan tapak. Aras pembentukan pula ialah aras yang
dibentuk sama ada dengan memotong atau menambun tapak bagi mendapatkan
bangunan yang dicadangkan. Kerja-kerja tanah ini bergantung sepenuhnya pada
keadaan tapak jika dibandingkan dengan aras pembentukan. Sekiranya tapak
tersebut telah mempunyai aras yang sama seperti aras pembentukan, maka kerja
tanah tidak diperlukan dan sekiranya tapak tersebut mempunyai aras yang lebih
tinggi daripada aras pembentukan, kerja-kerja memotong tanah diperlukan. Jika
aras tapak tersebut lebih rendah daripada aras pembentukan, kerja penambunan
pula perlu dilakukan. Berkemungkinan kaduadua kerja pemotongan dan
penambakkan ini diperlukan bagi sesuatu tapak. Bagi kawasan tapak yang
dipotong kebiasaannya sudah padat dan untuk tapak yang ditambun perlu
dipadatkan terlebih dahulu. Kerja-kerja tanah ini melibatkan penggunaan logi atau
jentera secara intensif.
2.0 Proses Pembinaan Binaan Sementara
2.1 Membina Jambatan Kayu Sebagai Laluan Sementara Di Tapak Bina
Laluan Keluar Masuk dan Jalan Sementara Laluan keluar masuk perlu
diutamakan di peringkat awal pembinaan bagi mengelakkan berlakunya
kelewatan projek disebabkan tiada laluan. Laluan keluar masuk perlu mencukupi
dari segi kelebaran dan keupayaan galas tanah supaya dapat menanggung beban
jentera berat. Fungsi jalan sementara adalah untuk membawa masuk dan keluar
bahan-bahan dan komponen. Jalan sementara mestilah saling berhubung antara
laluan masuk, kawasan simpanan dan kerja-kerja pembinaan. Seperti mana laluan
keluar masuk, ia juga perlu mempunyai keupayaan galas yang tinggi untuk
menampung beban agar tidak rosak.
Berikut adalah contoh garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Rekabentuk
Bandar & Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkenaan pagar
perlindungan sementara di tapak pembinaan. Antara syarat-syarat amnya ialah:
i. Pembinaan sesuatu bangunan tidak boleh dimulakan sehingga pagar
perlindungan sementara didirikan untuk mengasingkan kawasan tapak
bina
ii. Pagar perlindungan sementara hendaklah dibina sepenuhnya di sekeliling
dan menutupi kawasan tapak bina
iii. Bagi pagar perlindungan yang berhadapan dengan jalan utama, pemaju
diwajibkan untuk menghiasi pagar dan pintu masuk dengan illustrasi yang
menarik yang berkenaan dengan pembangunan tersebut.
iv. Warna pagar perlindungan sementara yang dibenarkan adalah biru atau
kelabu
v. Pagar perlindungan sementara hendaklah tidak menghalang pili bomba
dan alat perkhidmatan kemudahan lain yang sedia ada.
vi. Kain kanvas atau plastik hendaklah direntang sekiranya pagar
perlindungan sementara dibuka sementara waktu.
vii. Kerja-kerja seperti membina “sheetpile”, longkang tepi dan sebagainya
yang perlu dijalankan tanpa pagar perlindungan sementara hendaklah
dililitkan dengan pita amaran dengan jarak 1 meter dari kawasan kerja.
Kawasan tanpa pagar perlindungan sementara hendaklah diawasi oleh
pengawal untuk menghalang orang-orang awam daripada mencerobohi ke
dalam tapak pembinaan. Pagar perlindungan sementara hendaklah dibina
semula sebaik sahaja kerja-kerja tersebut siap dijalankan.