Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Sinopsis Sekolah

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman Kod Sekolah: BBA0031

1. Nama Guru Mohamad Arif Bin Abdul Rashid

2. Judul Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan 3. Bidang: Pendidikan

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini menceritakan bahawa manusia mempunyai kelebihan iaitu akal yang boleh berfikir. Akal
merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai bagi seorang manusia yang bergelar islam. Dengan
akal, manusia boleh berfikir, segala masalah dapat diselesaikan dengan mudah. Selain itu, buku
ini juga membincangkankan faktor-faktor yang mempengaruhi ingatan dan lupaan serta cara
menggunakan kognitif bagi menyelesaikan masalah. Faktor ini dapat digunakan di dalam kelas
seperti kaedah mneumonik, chunking, teknik gabungan huruf pertama, teknik PQRST

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Anugerah akal yang dikurniakan oleh Allah merupakan satu kelebihan kepada manusia
untuk berfikir yang mana baik ataupun yang mana buruk. Manusia perlu mensyukuri
nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T
Peranan ibubapa dalam menyediakan segala kelengkapan dan kemudahan anak-anak
mereka untuk belajar. Ini merupakan faktor pendorong kepada kejayaan anak-anak
mereka.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri setiap murid selaras
dengan Pembelajaran Abad Ke-21 yang menjadi asas kejayaan sesebuah PDPC.
Teknik pembelajaran terkini yang terdapat dalam buku ini dapat membantu guru
meningkatkan kemahiran mengajar dengan baik dan secara langsung meningkatkan
kefahaman murid di dalam kelas.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOAHAMAD ARIF B ABD RASHID ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman Kod Sekolah: BBA0031

1. Nama Guru Mohamad Arif Bin Abdul Rashid


Pendidikan Khas Untuk Kanak-
2. Judul 3. Bidang: Pendidikan
kanak Istimewa
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Berdasarkan pembacaaan yang dijalankan, saya dapati bahawa buku ini sesuai dijadikan
panduan kepada semua pihak terutamanya guru Pendidikan Khas dalam mengenal pasti kanak-
kanak dengan keperluan khas supaya permasalahan ini dapat diatasi dan diawasi dengan baik.
Ini penting bagi membantu para guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi
masalah dalam pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu. Tanpa
pengetahuan tentang pendidikan khas, dengan mudah sahaja lontaran stigma diberi kepada
kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Timbul berbagai-bagai istilah
negatif yang bukan sahaja menyebabkan murid patah semangat belajar tetapi menjurus kepada
masalah yang lebih besar, terutamanya masalah disiplin. Kanak-kanak ini dilabelkan sebagai
bodoh, malas, degil, tidak mahu mengikut arahan walhal keadaan dalaman yang menyebabkan
kanak-kanak tidak dapat mencapai apa yang diharapkan oleh guru.
Penekanan utama di dalam buku ini adalah dalam aspek ciri-ciri serta keperluan pembelajaran
mereka yang perlu dititik-beratkan oleh seorang guru Pendidikan Khas.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Semua pihak perlu memahami dan menerima segala kekurangan kanak-kanak


berkeperluan khas agar mereka tidak disisih dalam masyarakat setempat.
Ibubapa memainkan peranan penting dalam menyediakan segala kemudahan yang
diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas agar mereka dapat menikmati segala
kemudahan sama seperti kanak-kanak normal yang lian.
Guru merupakan individu terpenting dalam menjaga dan memastikan kanak-kanak
berkeperluan khas ini mendapat segala hak yang patut mereka perolehi.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Menanamkan rasa kasih sayang pada setiap kanak-kanak berkeperluan khas di dalam
kelas.
Guru Pendidikan Khas perlu mengenalpasti kelemahan muridnya agar intervensi yang
hendak dilaksanakan dapat berjalan dengan cepat dan terancang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOAHAMAD ARIF B ABD RASHID ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman Kod Sekolah: BBA0031

1. Nama Guru Mohamad Arif Bin Abdul Rashid

2. Judul Panduan dan Strategi Motivasi Diri 3. Bidang: Pendidikan

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini mengkhususkan kepada konsep pemikiran positif dalam mencapai matlamat diri dan
masyarakat. Buku ini juga merupakan panduan bagi mengharungi kehidupan seharian tanpa
mengira bidang yang diceburi. Ia bertujuan mendorong diri ke arah kekuatan dan ketahan mental
serta spritual. Motivasi juga merupakan sebahagian daripada aspek pengurusan diri. Kadangkala
seseorang itu mempunyai semangat ynag tinggi dalam menjalani kehidupan, tetapi ada ketikanya,
semangat berkobar-kobar itu hilang entah ke mana. Buku ini sedikit sebanyak dapat membantu
diri saya agar terus bersemangat meneruskan perjuangan hidup.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Dengan keyakinan diri, seseorang boleh mengatasi sesuatu kesukaran dan membina
kekuatan. Ini juga akan membantu seseorang memiliki pendirian yang teguh dalam hidup.
Tanpa keyakinan diri, ada kalanya semangat diri mungkin akan tergugat dalam
mempertahankan prinsip hidupnya sendiri.
Cara yang paling mudah untuk membina keyakinan diri adalah berlagak seperti
seseorang yang mempunyai keyakinan. Lama-kelamaan, keyakinan diri akan terbina
dengan perlahan-lahan hendakNya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Melalui buku ini, keyakinan diri bagi seorang guru amat dititik-beratkan kerana dengan
adanya keyakinan diri, guru boleh menyakinkan murid bahawa pengajaran yang
disampaikan adalah benar.
Selain itu, murid juga boleh dipupuk keyakinan diri mereka melalui banyak cara,
antaranya : bercakap dengan diri sendiri depan cermin, jadikan amalan senyuman
sebagai amalan harian d.l.l

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOAHAMAD ARIF B ABD RASHID ) ( )

Anda mungkin juga menyukai