Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Polisi Pelan Tindakan Kebakaran 2014 Hti

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 11

POLISI PELAN TINDAKAN KEBAKARAN HOSPITAL TELUK INTAN

1.0 OBJEKTIF
1.1 Memastikan kakitangan dan pesakit selamat
1.2 Mengelak kemalangan jiwa dan mengurangkan risiko kerosakan harta benda
1.3 Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kakitangan dalam menangani
ancaman kebakaran dan evakuasi kakitangan dan pesakit

2.0 SISTEM PENCEGAHAN DAN KAWALAN KEBAKARAN


2.1 Manual call point
2.2 Automatic fire detection
2.3 Fire Hydrants
2.4 Fire Hose Reels
2.5 Portable Fire Extinguisher
2.6 Fire Indicator Board
2.7 Flooding System
2.7.1 Bilangan yang ada
2.7.2 Lokasi sebenar
2.7.3 Pelan bangunan
2.7.4 Identifikasi (lambang/warna)
2.7.5 Kegunaan
2.7.6 Latihan

1
Polisi Pelan Tindakan Kebakaran,
Hospital Teluk Intan
Review by 2014
3.0 CARTA ALIRAN PASUKAN TINDAKAN KEBAKARAN

KEBAKARAN

Anggota / Pasukan Pemadam


cuba memadam kebakaran

Api terkawal ?
Ya Tidak

Periksa tempat Maklumkan Telefonis


kebakaran Telefonis membuat tentang kebakaran
panggilan kepada senarai TEL 8999
Panggilan Kebakaran:
Laporkan 1 .Bomba
tentang 2. Ambulans Hidupkan penggera /
kebakaran 3. Pengarah
Maklumkan kebakaran
kepada pegawai 4. Penyelia Hospital
5. Penyelia Jururawat menggunakan Mikrofon
atasan di Fire Indicator Board
6. Pembantu Keselamatan
7. HSS
Tutup Injap
Pengosongan
Bekalan Gas Dan
Bangunan Elektrik

Padam kebakaran
Head Count
Laporkan
Kepada Bomba

Rawatan Mangsa Menyelamat Mangsa


Kumpul Mangsa Di
Cedera oleh Pasukan Oleh Bomba
Tempat Berkumpul
Perubatan

Merujuk Mangsa ke Bomba padam


Hospital / Klinik kebakaran

2
Polisi Pelan Tindakan Kebakaran,
Hospital Teluk Intan
Review by 2014
4.0 TINDAKANTELEFONIS

Terima Panggilan Kebakaran

Hubungi:

1 .Bomba (Talian Terus Bomba Teluk Intan )

2. Ambulans (Jabatan Kecemasan & Trauma)

3. Pengarah

4. Penyelia Hospital (Pegawai Keselamatan)

5. Penyelia Jururawat

6. Pembantu Keselamatan

7. HSS (FMS)

Catatkan masa setiap panggilan


dibuat didalam rekod panggilan.

3
Polisi Pelan Tindakan Kebakaran,
Hospital Teluk Intan
Review by 2014
5.0 PEGAWAI KESELAMATAN (SAFETY OFFICER) HOSPITAL TELUK INTAN
Pegawai Keselamatan yang dilantik adalah:
5.1 Bertanggungjawab terhadap keselamatan anggota dan bangunan dari tragedi
kebakaran, dengan memastikan keseluruhan hospital atau mana-mana premis
yang menjadi sebahagian daripadanya selamat dari risiko kebakaran.
5.2 Bertanggungjawab dalam memastikan sistem yang boleh mencetuskan kebakaran
seperti bekalan elektrik dan gas berada dalam keadaan baik, peralatan memadam
dan mengawal kebakaran disenggara dengan sempurna, laluan dan pintu
kebakaran menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
5.3 Bertanggungjawab merangka dan menjalankan latihan dalam pencegahan dan
pengawalan kebakaran termasuk latihan pengosongan bangunan, berkerjasama
dengan agensi-agensi luar bagi maksud tersebut.
5.4 Menubuhkan jawatankuasa kecil Keselamatan Kebakaran peringkat hospital yang
akan bertanggungjawab melaksanakan setiap program berkaitan keselamatan
dalaman (internal disaster).
5.5 Merancang program-program keselamatan dan latihan bagi organisasi (Hospital)
bersesuaian dengan keperluan dan peraturan yang digariskan oleh pihak
berkuasa.
5.6 Bertanggungjawab mengetuai Pasukan Bertindak Kebakaran sekiranya berlaku
tragedi kebakaran di hospital.

6.0 CARTA ORGANISASI KESELAMATAN DI UNIT / WAD

Ketua Jabatan

Pegawai Keselamatan
Safety Officer

Ketua Pasukan Ketua Pasukan Pegawai Bantuan


Pemadam Api Pengungsian Keselamatan

Ahli -ahli Ahli-ahli Pembantu

4
Polisi Pelan Tindakan Kebakaran,
Hospital Teluk Intan
Review by 2014
7.0 SENARAI TUGAS PEGAWAI KESELAMATAN (SAFETY OFFICER) JABATAN/
UNIT/ WAD
Setiap pegawai keselamatan yang dilantik adalah :
7.1 Bertanggungjawab mengetuai pasukan sewaktu berlakunya kebakaran.
7.2 Merangka pelan keselamatan bagi jabatan / unit / wad.
7.3 Mengenalpasti dan melantik individu yang akan bertanggungjawab terhadap
organisasi keselamatan di bawah seliaannya (Pasukan Pemadam Api, Pasukan
Pengungsian Bangunan dan Pembantu Aspek Keselamatan).
7.4 Memastikan anggota yang dilantik dilatih dan mempunyai kemahiran serta
mengetahui bagaimana untuk bertindak menghadapi situasi kebakaran sekiranya
berlaku.
7.5 Megenalpasti kedudukan semua alat pemadam api, kedudukan Fire Indikator
Board (FIB), pelan evakuasi dan tunjuk arah untuk pengungsian bangunan
tersedia dan dapat difahami.
7.6 Bertindak memaklumkan semua anggota atau meminta pembantunya
memaklumkan semua anggota agar pengungsian bangunan dilakukan serta-
merta menggunakan mikrofon di Fire Indicator Board atau apa-apa kaedah yang
difikirkan sesuai sekiranya pelan evakuasi diaktifkan.
7.7 Bertindak menggerakkan evakuasi (pengungsian bangunan) tanpa lengah
sekiranya mendapat arahan atau sekiranya difikirkan perlu.
7.8 Bertanggungjawab memastikan semua bilik yang berpotensi untuk dikunjungi oleh
pesakit dan waris diperiksa dan dipastikan kosong.
7.9 Bertanggungjawab menyediakan senarai bilangan anggota, dan melakukan head
count bagi anggota yang bertugas, pesakit, waris dan pengunjung yang datang
melawat sewaktu evakuasi.
7.10Bertanggungjawab merangka kaedah pengungsian yang selamat terutama
kepada mereka yang mengendalikan pengungsian pesakit bayi dan kanak-kanak
agar pemantauan berterusan diberikan disepanjang proses evakuasi bagi
mengelakkan kemungkinan kehilangan bayi.
7.11Bertanggungjawab memaklumkan pihak bomba atau melaporkan kepada Pegawai
Keselamatan Hospital situasi atau tindakan yang telah dilaksanakan dan
memaklumkan sekiranya masih ada anggota dan/atau pesakit yang masih
terperangkap didalam bangunan.

5
Polisi Pelan Tindakan Kebakaran,
Hospital Teluk Intan
Review by 2014
7.12Bertanggungjawab menyediakan penambahbaikan kepada prasarana dan
kelengkapan serta pelan tindakan kebakaran unit bagi mempertingkatkan
keselamatan dimasa akan datang.

8.0 SENARAI TUGAS KETUA PASUKAN PEMADAM API JABATAN/ UNIT.


8.1 Bertindak mengetuai pasukan pemadam api untuk memadamkan kebakaran
sekiranya anggota pertama yang cuba memadamkan kebakaran gagal mengawal
api.
8.2 Mengetahui dengan jelas kedudukan alat pencegah kebakaran, fungsinya dan
tahu cara menggunakan peralatan tersebut.
8.3 Bertanggungjawab memastikan ahli yang dipertanggungjawabkan sebagai
pasukan pemadam api juga fasih berkenaan penggunaan alatan memadam api
serta tahu cara memadam kebakaran.
8.4 Bertanggungjawab mematikan suis utama punca elektrik sewaktu kebakaran
(kecuali jika keadaan gelap atau hari malam dimana cahaya yang terang
diperlukan bagi proses menyelamat).
8.5 Mengetahui cara untuk memutuskan bekalan oksigen dan gas-gas lain di panel
gas dengan menutup injap bekalan sekiranya berlaku kebakaran.
8.6 Bertanggungjawab merencana dan mengarahkan anggota pasukannya memadam
kebakaran bersama sama menggunakan semua kemudahan sedia ada.
8.7 Mengenalpasti risiko letupan atau bahaya-bahaya lain dan bebas untuk berundur
sekiranya keadaan tidak selamat.
8.8 Memastikan kedudukan pasukan pemadam kebakaran sentiasa selamat dan tiada
halangan untuk berundur sekiranya usaha memadam kebakaran gagal.
8.9 Bertanggungjawab memaklumkan kepada Pegawai Keselamatan Wad/Unit
sekiranya usaha memadam gagal dan pengunduran sepenuhnya pasukan
pemadam perlu dilakukan.

9.0 SENARAI TUGAS KETUA PASUKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN JABATAN/


UNIT/ WAD
9.1 Bertindak mengetuai pasukan evakuasi menyelamatkan pesakit keluar dari
kawasan kebakaran.
9.2 Bertanggungjawab memilih laluan keluar yang paling selamat bagi proses
evakuasi.

6
Polisi Pelan Tindakan Kebakaran,
Hospital Teluk Intan
Review by 2014
9.3 Bertanggungjawab bersama pegawai keselamatan unit/wad dalam menyediakan
kelengkapan dan peralatan yang sesuai bagi peroses evakuasi sekiranya
diperlukan.
9.4 Bertanggungjawab mengumpulkan pesakit, waris dan pelawat bersama, dan
memastikan evakuasi dilakukan kepada semua individu yang disebutkan.
9.5 Bersama sama pegawai keselamatan dan Pegawai Bantuan Keselamatan dalam
memastikan bilangan pesakit cukup, dan sekiranya bilangan tidak cukup,
hendaklah dimaklumkan kepada pegawai keselamatan unit/wad untuk tindakan
selanjutnya.
9.6 Bertanggungjawab untuk menyediakan anggota seramai mungkin termasuk
kemungkinan menggunakan waris dan pelawat sebagai pembantu sewaktu
proses evakuasi.
9.7 Menggunakan kreativiti dan peralatan sedia ada yang mungkin boleh membantu
mengangkat pesakit untuk proses evakuasi.
9.8 Bertanggungjawab memantau proses evakuasi pada setiap masa, agar
keselamatan pesakit berada pada yang optimum terutama kepada pesakit bayi
dan kanak-kanak dimana terdapat kemungkinan kecurian bayi boleh berlaku
disituasi kelam kabut menghadapi kebakaran.

10.0 SENARAI TUGAS PEGAWAI BANTUAN KESELAMATAN


10.1Bertanggungjawab membantu pegawai keselamatan unit/ wad dalam
menguruskan proses menangani kebakaran dan evakuasi.
10.2Memastikan semua aspek keselamatan diutamakan sepanjang proses
pemadaman dan evakuasi anggota/ pesakit/ waris.
10.3Memastikan tiada anggota, pesakit mahupun waris yang terperangkap
dibangunan yang terbakar.
10.4Memastikan pesakit yang dievakuasi selamat ditempatkan di tempat berkumpul
dengan mengawal dan mengenalpasti hanya kalangan penyelamat yang tertentu
sahaja dibenarkan membantu mengalihkan pesakit terutama pesakit bayi dari
wad-wad post-natal, wad PICU, NICU dan pediatrik bagi mengelakkan kecurian
bayi.
10.5Membantu pegawai keselamatan berhubung dengan lain-lain unit bagi menambah
bantuan.
10.6Membantu mana-mana bahagian yang memerlukan bantuan.

7
Polisi Pelan Tindakan Kebakaran,
Hospital Teluk Intan
Review by 2014
TINDAKAN APABILA BERLAKU KEBAKARAN

BERTENANG DAN JANGAN PANIK


1. Sekiranya panik, boleh menimbulkan keadaan kelam kabut dan boleh menyebabkan
kemalangan yang serius.
2. Nilaikan kebakaran samada api boleh dikawal ataupun tidak terkawal.

TINDAKAN SERTA MERTA APABILA MELIHAT KEBAKARAN ATAU ASAP WALAUPUN


KECIL (First Responder):

1. Gunakan alat pemadam api yang paling hampir dan cuba mengawal kebakaran.
2. Beritahu anggota yang berhampiran dengan tempat kejadian kebakaran.
3. Maklumkan segera pegawai keselamatan (safety officer) unit/wad sekiranya api gagal
dikawal.
4. PECAHKAN KACA DAN AKTIFKAN PENGGERA AMARAN KEBAKARAN YANG
PALING HAMPIR.
5. Telefon 8999, maklumkan kepada Operator minta beliau menghubungi Bomba.
6. Nyatakan:
i) Lokasi kebakaran
ii) Barangan yang terbakar
iii) Keterukan dan rebakan api.
7. Tutup injap bekalan gas perubatan dan suis utama punca elektrik (kecuali jika keadaan
gelap atau hari malam dimana cahaya yang terang diperlukan bagi proses menyelamat).
8. Tutup semua pintu rintangan api dan tingkap bagi mengelakkan asap dan bahang api
merebak ke seluruh bangunan.
9. Pindahkan pesakit dan peralatan perubatan yang mudah terbakar dari kawasan
berhampiran dengan kebakaran.

EVAKUASI

Evakuasi bermakna pergerakan atau pemindahan individu termasuk kakitangan, pesakit dan
waris mereka dari bangunan hospital yang terbakar dan dilakukan dengan cepat dan selamat
akibat dari apa-apa bencana seperti kebakaran setelah perisytiharan evakuasi dimaklumkan.

8
Polisi Pelan Tindakan Kebakaran,
Hospital Teluk Intan
Review by 2014
PANDUAN BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN

Perkara berikut hendaklah diambilkira apabila membuat keputusan evakuasi:

I. Lokasi kebakaran
II. Kemerebakan api / asap.
III. Terdapatnya bahan-bahan mudah terbakar di kawasan tersebut.
IV. Bilangan anggota dan keupayaan mengawal kebakaran segera.
V. Jenis pesakit didalam wad.

KUASA MENGISYTIHARKAN EVAKUASI

Pengisytiharan evakuasi bagi sebahagian kawasan atau keseluruhan hospital adalah dibawah
kuasa Pengarah Hospital. Pengarah atau wakilnya hendaklah bertindak atas nasihat Pegawai
Bomba yang bertugas mengawal dan memadamkan kebakaran. Walaubagaimanapun,
Pegawai Keselamatan di unit dan jabatan hendaklah mengambilkira segala penduan yang
telah disebutkan bagi bertindak melakukan evakuasi sebelum kedatangan Bomba untuk
memastikan keselamatan anggota dan pesakit sentiasa terpelihara.

PERINGKAT-PERINGKAT EVAKUASI

Terdapat TIGA PERINGKAT evakuasi yang dilaksanakan mengikut kemerebakan api / asap:

I. Peringkat Pertama: Pemindahan individu / pesakit menjauhi tempat kebakaran ke


lokasi berdekatan dengan pintu / laluan kecemasan bagi evakuasi.
II. Peringkat Kedua: Pemindahan individu / pesakit ke bahagian lain bangunan atau
ke aras tanah (Ground Level).
III. Peringkat Ketiga: Berkumpul di Zon Berkumpul atau Zon Rawatan (bagi yang
cedera).

9
Polisi Pelan Tindakan Kebakaran,
Hospital Teluk Intan
Review by 2014
PERKARA YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEWAKTU EVAKUASI

I. Gunakan laluan keluar yang dicadangkan di dalam pelan tindakan bencana.


II. Kenalpasti kedudukan Fire Indicator Board (FIB) bagi bangunan tersebut dan
pecahkan kaca yang menyimpan kunci FIB. Gunakan kunci tersebut untuk
membuka penutup FIB. Gunakan mikrofon pada FIB dan maklumkan kejadian
kebakaran serta minta semua anggota keluar dari bangunan yang terbakar.
III. Kelaskan Pesakit kepada 4 kategori:
a) Kategori 1: Pesakit stabil dan berupaya bergerak sendiri. Kategori ini
termasuk waris dan pelawat pesakit.
b) Kategori 2: Pesakit berupaya bergerak sendiri dengan menggunakan
peralatan seperti kerusi roda/ tongkat.
c) Kategori 3: Pesakit mampu bergerak tetapi perlu bantuan.
d) Kategori 4: Pesakit tidak mampu bergerak tanpa bantuan.
IV. Pesakit dari Kategori 1 adalah diminta agar bergerak sendiri tanpa bantuan kearah
tempat berkumpul yang telah ditentukan.
V. Adalah dicadangkan juga agar pesakit dari Kategori 1 membantu waris / kawan
mereka yang memerlukan bantuan sewaktu proses evakuasi.
VI. Pegawai Keselamatan di Wad / Unit hendaklah sedia maklum siapa dan bilangan
anggota yang bekerja sewaktu kejadian kebakaran berlaku. Beliau hendaklah
membawa bersama buku daftar pesakit ke tempat berkumpul untuk semakan
(headcount).
VII. Beliau juga hendaklah memastikan semua pelawat dibawa bersama sewaktu
evakuasi. Beliau perlu memastikan semua tempat yang berpotensi untuk dilawati
pesakit / waris seperti tandas adalah kosong.
VIII. Beliau perlu memaklumkan apa-apa maklumat seperti bilangan anggota / pesakit
yang kurang atau dipercayai terperangkap kepada Pegawai Bomba bertugas.

10
Polisi Pelan Tindakan Kebakaran,
Hospital Teluk Intan
Review by 2014
PELAN TEMPAT BERKUMPUL BAGI WAD DAN UNIT
UNIT-UNIT HOSPITAL TELUK INTAN

Polisi Pelan Tindakan Kebakaran,


Hospital Teluk Intan
Review by 2014

Anda mungkin juga menyukai