Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Teks Pidato Hedonisme

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

NAMA: MOHD AFIF BIN SAIDON

NO K/P: 910131-09-5023

TAJUK: BUDAYA HEDONISME PUNCA KERUNTUHAN TAMADUN BANGSA.

Gangsanya bukan sebarang gangsa,


Gangsa asalnya dari Tualang,
Untuk membangunkan tamadun bangsa,
Elakkan segala budaya songsang.

Serangkap pantun yang sudah pastinya saya tujukan kepada semua bangsa di dunia
ini khasnya bangsa kita sendiri iaitu bangsa Malaysia yang sentiasa percaya bahawa
jiwa tidak pernah ternoda dengan ancaman budaya songsang. Andai kata laksamana
Hang Tuah masih hidup, adakah beliau akan tersenyum?. Fikir-fikirkanlah.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang arif lagi bijaksana barisan Panel Hakim yang
berpaksikan keadilan semestinya, saudara Penjaga Masa yang setia dengan randiknya,
tetamu-tetamu kehormat, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian.

Bicara perdana saya pada pagi yang indah ini adalah dengan mengucapkan syukur ke
hadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk
Budaya Hedonisme Punca Keruntuhan Tamadun Bangsa. Sebelum saya berbicara
dengan lebih lanjut tentang tajuk ini, rasanya elok benarlah saya merungkai mutiara
makna tentang apakah yang didefinisikan dengan perkataan Hedonisme.

Sidang pendengar yang setia,

Hedonisme merupakan fahaman falsafah bahawa keseronokan merupakan matlamat


utama dalam hidup tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila. Hedonisme
telah melanda bangsa kita dan ianya cukup membimbangkan negara terutamanya
ketika Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju. Berdasarkan sejarah,
amalan hedonisme ini berasal dari negara Eropah selepas zaman Ratu Victoria kerana
baginda telah melarang segala bentuk perbuatan yang boleh menghina agama Kristian
seperti berhibur yang dianggap keterlaluan oleh rakyat ketika itu.

Sidang hadirin sekalian,

Budaya hedonisme merupakan budaya yang melampau yang membabitkan remaja


terutamanya pada hari ini. Gejala ini bolehlah dianggap sebagai virus yang berjangkit,
merosakkan akhlak dan seterusnya memusnahkan harapan negara untuk melahirkan
bakal pemimpin harapan bangsa yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan
negara pada masa akan datang. Terdapat pelbagai punca yang menyumbang kepada
menularnya budaya hedonisme .sehingga mampu meruntuhkan sesebuah tamadun
bangsa. Kurangnya didikan agama dalam diri seseorang individu adalah antara punca
utama mengapa budaya hedonisme boleh menyerap masuk ke dalam jiwa anak bangsa
pada hari ini. Lemahnya iman, dan kekuatan jati diri akan menyebabkan seseorang
individu mudah terikut dengan godaan dan hawa nafsu seterusnya terpikat dengan
budaya hedonisme iaitu berhibur secara berlebih-lebihan. Gejala ini timbul berikutan
kegagalan manusia memahami konsep ajaran agama yang menekankan
keseimbangan antara nafsu dan akal fikiran demi kesejahteraan manusia. Keadaan ini
mampu menjatuhkan tamadun bangsa malah Islam itu sendiri. Jadi, semua pihak
berwajib seperti kerajaan, pemimpin, ibu bapa, guru, malah setiap individu perlu
memainkan peranan dengan lebih efisyen dalam menangani permasalahan ini.
Pelajaran Islam misalnya perlu dirombak semula bagi memastikan
keberkesannya.Walaupun semua komponen pendidikan agama sudah ada dalam
kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran namun pendekatannya kurang
menarik minat remaja.

Sidang hadirin yang budiman,

Hujah saya yang kedua pula ialah amalan gaya hidup masyarakat hari ini yang terlalu
terdedah kepada budaya hedonisme menjadi punca utama kepada kemusnahan
tamadun bangsa sendiri.Masyarakat kita pada hari ini terlalu terdedah kepada
kehidupan yang suka berhibur dan bermewahan secara berlebih-lebihan. Budaya
hedonisme jika dipandang enteng boleh mengakibatkan pelbagai gejala negatif malah
akan menjerumuskan masyarakat ke dalam kancah jenayah, amalan berhutang dan
sebagainya. Sejarah pernah mencatatkan bahawa bangsa yang leka kerana
kemewahan hidup, dan hiburan yang berlebihan akan menjadi lemah dan terjajah.
Contoh yang paling hampir ialah dengan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka, di mana
pemerintah dan rakyat leka dengan kemakmuran negara hingga terlupa kepada
kemaraan musuh negara. Jadi, kita harus sedar bahawa masalah penularan amalan
gaya hidup hedonisme sebenarnya bermula dari rumah.Jadi, para ibu bapa harus
memainkan peranan yang paling penting dalam memastikan anak-anak tidak
terpengaruh dengan budaya hidup yang berhibur dan bermewahan secara berlebih-
lebihan.Ibu bapa seharusnya jangan mengamalkan sogokan berbentuk wang ringgit
atau kemewahan dalam mendidik anak-anak tetapi membantu mereka membentuk jati
diri melalui didikan agama yang betul.

Sidang hadirin yang dirahmati Allah S.W.T sekalian,

Isi saya yang ketiga pula ialah budaya hedonisme sebenarnya menular melalui
kewujudan banyak tempat hiburan, kelab-kelab malam, malah pusat beli belah yang
kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Malah, rancangan-rancangan berbentuk
hiburan semakin banyak diterbitkan di televisyen berbanding dengan rancangan
agama. Ini adalah salah satu punca kepada penularan budaya hedonisme secara halus
yang mampu memusnahkan tamadun bangsa.Hal ini amat dikhuatiri kerana masyarakat
amat gemar untuk mengunjungi tempat-tempat hiburan ini untuk melepak atau
melepaskan stress masing-masing. Keadaan ini akan mengundang kepada wujudnya
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, merokok, dan sebagainya. Fenomena
ini berlaku kerana tuntutan kehidupan masyarakat pada hari ini yang lebih
mementingkan hiburan yang berlebihan dan kebendaan semata-mata hingga terlupa
kepada keperluan sebenar. Pada masa kini, budaya hedonisme yang bersifat
sementara terlalu dipentingkan dan diagung-agungkan hingga lupa kepada budaya ilmu
dan pembelajaran yang bermanfaat untuk kehidupan di dunia dan akhirat. Dalam
menangani gejala hedonism, satu pelan bertindak dan tindakan yang berterusan perlu
diambil dalam usaha untuk menangani masalah ini agar tamadun bangsa kita tidak
akan musnah akibat kepentingan diri semata-mata. Oleh sebab itu, antara langkah
yang boleh diambil ialah pihak berwajib dan kerajaan haruslah tegas dan berpaksikan
undang-undang yang adil dengan mengurangkan tempat-tempat hiburan serta sekatan
terhadap laman-laman web lucah agar remaja tidak akan terus terlalai dengan budaya
hedonisme.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Kata bicara saya yang keempat pula ialah budaya hedonisme selalunya berpunca dari
persaingan yang tidak sihat antara masyarakat, kesombongan malah egois yang tinggi
telah menyebabkan budaya ini terus membinasakan tamadun bangsa sedikit demi
sedikit. Hal ini selalunya dipandang ringan oleh kita tanpa memikirkan akan impaknya
kepada masa hadapan. Misalnya, persaingan yang tidak sihat berlaku apabila
seseorang individu menunjukkan kemewahan dan kejayaan kepada orang lain dengan
secara berlebih-lebihan. Mereka yang bersifat hedonisme akan sentiasa bersifat tamak
dan memandang rendah kepada orang lain, keadaan ini akan mengundang jurang
dalam masyarakat dari segi harta dan kemewahan. Dari segi psikologi, mereka yang
terjebak dengan budaya hedonisme adalah mereka yang mempunyai keperibadian
yang tidak sempurna. Mereka hanya memikirkan bagaimana untuk berhibur dan
membelanjakan hartanya tanpa memikirkan tentang kehidupan di masa hadapan.
Langkah yang boleh diambil untuk menangani sifat-sifat hedonisme ialah dengan
kembali ke jalan Allah dengan mengamal dan berfikir berlandaskan kepada ajaran
Islam. Kita juga harus bijak memilih dan menapis antara hiburan yang positif atau
negatif.

Sidang hadirin yang saya hormati,

Tampaknya masa semakin mencemburui kita. Namun, ingin saya membuat kesimpulan
dari apa yang telah diperkatakan tadi. Budaya hedonisme boleh diumpamakan seperti
penyakit yang bukan tidak ada penawarnya tetapi haruslah diubati sebelum ianya
semakin parah. Budaya hedonisme jika tidak dibendung pasti mampu memusnahkan
tamadun bangsa kita yang sering kita agung-agungkan. Justeru semua pihak haruslah
mengambil langkah yang proaktif agar budaya ini tidak akan terus menular dalam
masyarakat dan terus memusnahkan bangsa yang menjadi harapan negara kita. Bak
kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Sekian sahaja pidato saya pada kali ini dan saya ingin memohon maaf sekiranya
tersilap kata dan terkasar bahasa semasa saya menyampaikan pidato sebentar tadi.
Sebelum kita berpisah izinkan saya menyampaikan serangkap pantun,

Izinkan hamba pergi ke Rasah,


Pulang semula sebelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin Tuhan bersua lagi.

Sekian terima kasih,

Wabillahitaufikwalhidayah wassalamualikum warahmatullahiwabarakatuh,

Dan salam 1 Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai