Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Kajian Tindakan KT

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 13

Tugasan individu: Menjalankan kajian tindakan masalah pengajaran &

pembelajaran kajian tempatan semasa praktikum.


Laporan Kajian Tindakan

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


TAJUK:
KAJIAN TENTANG KAEDAH BERMAIN UNTUK MENINGKATKAN MINAT
DAN KEFAHAMAN MURID-MURID TERHADAP MATA PELAJARAN KAJIAN
TEMPATAN
Pengenalan:
Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk
melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara.
Mata pelajaran Kajian Tempatan merupakan mata pelajaran pendukung
utama pemupukan semangat patriotik. Sehubungan itu, guru perlu bijak
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan
dengan memberi penekanan terhadap pemupukan

semangat patriotik di

samping menyepadukan pelbagai disiplin ilmu, pengetahuan, kemahiran dan


nilai serta pengalaman hidup yang seimbang dan harmonis sesama manusia dan
antara manusia dengan alam persekitarannya.
Pada peringkat ini, Kajian Tempatan diajarkan sebagai subjek teras di
sekolah rendah.
terangkum

dalam

Mata Pelajaran Kajian Tempatan sekolah rendah yang


bidang

kemanusiaan

dan

kemasyarakatan

bertujuan

membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu, hidup dalam masyarakat yang
mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, mengamalkan demokrasi,
penyayang, progresif, sejahtera dan bersemangat patriotik.
Mata Pelajaran Kajian Tempatan diajar di Tahap IImulai Tahun 4 hingga
Tahun 6. Mata pelajaran ini dirancang untuk menjadi saluran utama bagi murid

memperoleh pengetahuan, pemahaman asas serta pengalaman hidup yang


seimbang dan harmonis sesama manusia dan antara manusia dengan alam
persekitarannya. Interaksi ini mewujudkan pelbagai cara hidup masyarakat
Malaysia dan memperlihatkan bagaimana mereka berusaha untuk mencapai
kesejahteraan hidup. Mata pelajaran ini juga menjadi pendukung utama bagi
memupuk semangat patriotik di kalangan murid.
Cabaran utama bagi seorang guru dalam proses pembelajaran adalah
senantiasa

mengubah

dan

menyesuaikannya

dengan

kebolehan

dan

kemampuan murid. Apatah lagi kaedah yang perlu digunakan agar dapat
memberi kesan ke atas murid dan seterusnya mencapai Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Latar Belakang Subjek Kajian:


Subjek kajian saya adalah murid tahun 5A yang terdiri daripada 8 orang.
Seramai 5 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Umur mereka
dalam lingkungan 11 tahun. Dari segi prestasi akademik kelas ini, 3 orang
berpencapaian baik, 2 orang berpencapaian sederhana, 2 orang berpencapaian
lemah dan 1 orang berpencapaian sangat lemah. Murid-murid ini sangat pasif
semasa proses pembelajaran dan pengajaran Kajian tempatan tetapi apabila di
luar kelas, mereka sangat nakal dan aktif. Melalui pemerhatian saya, muridmurid ini agak malas dan pasif semasa sesi pembelajaran dan pengajaran.
Pernyataan masalah:
Saya merupakan guru mata pelajaran Kajian Tempatan kelas 5A bagi
tahun 2014. Oleh kerana selama ini saya hanya mengajar mata pelajaran
Bahasa Cina dan Matematik, jadi saya tidak pernah mengetahui minat dan sikap
mereka terhadap mata pelajaran Kajian Tempatan. Pada awal pra mengajar,
saya melihat murid-murid sangat pasif dan tidak menunjukkan ciri-ciri meminati
mata pelajaran Kajian Tempatan. Setelah hampir seminggu saya menjalankan
proses pembelajaran dan pengajaran, saya dapati masalah utama yang dihadapi
2

oleh murid saya ialah kurang minat dan memahami dalam mata pelajaran Kajian
Tempatan.
Masalah kurang berminat dalam mata pelajaran Kajian Tempatan ini telah
menimbulkkan banyak masalah semasa sesi pembelajaran dan pengajaran.
Kebanyakkan murid saya adalah pendiam dan hanya 1 hingga 2 orang murid
yang memberi jawapan serta ada murid yang tidak menumpukan perhatian
ketika proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Keadaan sedemikian
telah menyebabkan prestasi murid tahun 5A tidak begitu memuaskan. Menurut
guru yang mengajar mereka semasa tahun 4A (2013), hanya 3 orang murid yang
dalam menguasai kemahiran Kajian Tempatan dengan baik.
Setelah mengenalpasti masalah yang timbul adalah berpunca daripada
ketidaksesuaian kaedah yang digunakan dalam sesi pengajaran, maka saya
telah memilih kaedah bermain untuk meningkatkan kefahaman dan perhatian
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi kajian ini.

Objektif Kajian:
1. Meningkatkan kefahaman murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan
melalui kaedah bermain.
2. Meningkatkan penguasaan murid terhadap pengajaran dan pembelajran
Kajian Tempatan melalui kaedah bermain.
3. Menilai keberkesanan kaedah bermain dalam meningkatkan kefahaman dan
perhatian murid.
4. Mewujudkan persekitaran pembelajaran dan pengajaran Kajian Tempatan
yang lebih senang serta meningkatkan lagi minat mereka terhadap mata
pelajaran Kajian Tempatan melalui kaedah bermain yang berkesan dan
menyeronokkan.
5. Meningkatkan tahap minat murid tahun 5A terhadap pengajaran dan
pembelajaran Kajian Tempatan melalui kaedah bermain.

Soalan Kajian:
1. Adakah kaedah bermain dapat meningkatkan kefahaman murid?
2. Adakah kaedah bermain dapat meningkatkan perhatian murid?
3. Adakah kaedah bermain berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan
perhatian murid?

Tinjauan Literatur:
Kajian yang telah dijalankan adalah berfokus kepada kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang digunakan, bagi bertujuan meningkatkan minat dan
kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmini (2006), terdapat pelbagai
kaedah yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
diantaranya adalah kaedah hafalan, syarahan, kuliah, soal jawab, permainan,
penyelesaian masalah dan sebagainya.
Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmina (2006) lagi, permainan adalah
satu cara bagi melatih murid memperolehi sesuatu maklumat berdasarkan pada
mesej yang tersirat di sebalik aktiviti permainan yang dilaksanakan.
Jika dilihat pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu, saya
hanya menerangkan dengan menggunakan gambar sebagai bahan bantu
mengajar.

Menurut

Abdul

Ghafar

(2003)

kaedah

kuliah

atau

kaedah

knovensional menyebabkan ramai murid menjadi bosan dengan pengajaran dan


pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Kebosanan yang melanda diri murid
menjadikan penyampaian tidak berkesan dan isi pengajaran yang ingin
disampaikan oleh guru kepada murid tidak sampai sepenuhnya secara
maknsimum. Keadaan ini secara tidak langsung telah menjejaskan pemahaman
dan perhatian murid terhadap isi pelajaran tersebut.

Dengan itu, saya telah mencari kaedah alternatif bagi menghilangkan


kebosanan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang saya
pilih adalah kaedah permainan. Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir
(2003) tokoh yang banyak membincangkan peranan bermain dalam pendidikan
4

ialah Froebel.Menurut beliau, aktiviti bermain dapat meningkatkan kemahiran


belajar dikalangan murid. Di peringkat rendah, kanak-kanak perlu bermain bagi
meningkatkan kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial mereka. Permainan
yang digunakan untuk setiap umur adalah bebeza mengikut tahap kematangan
murid.

Selain itu, menurut Rashidi dan Abd Razak (1996) penggunaan kaedah
permainan adalah utuk menambahkan keseronokan kepada pembelajaran.
Permainan juga mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Ciri yang paling menarik
dalam kaedah permainan ini adalah wujud unsur-unsur persaingan dan cabaran
dalam aktiviti yang dirancang. Kaedah ini dapat mengurangkan kebosanan yang
biasanya dikaitkan dengan pembelajaran melalui kaedah pengajaran seperti latih
tubi dan kuliah.

Menurut Endra Devi Supiah dan Che Nasir (2008) pula, kanak-kanak
amat sinonim dengan bermain. Melalui bermain seorang kanak-kanak dapat
mengembangkan kemahiran mereka secara menyeluruh. Sebagai contoh,
kemahiran interpersonal mewujudkan ciri-ciri pembelajran sembil bermain dan
mengetengahkan penerokaan bagi merangsang minda mereka dengan cara
yang tepat untuk perkembangan.

Selain tokoh barat, terdapat juga tokoh insan islam yang membincangkan
peranan bermain kepada kanak-kanak iaitu Imam Al-Ghzali. Imam Al-Ghazali
(Hassan Langgulung,1979) berpendapat, menitikberatkan bermain bagi murid
kerana dengan bermain mlurid boleh mengembangkan sikap semula jadi mereka
disamping

menyihatkan

tubuh

dan

menguatkan

otot-otot.

Beliau

juga

menyatakan dengan bermalin boleh mendatangkan kegembiraan, kerehatan


bagi kanak-kanak selepas penat belajar. Perlaksanaan pendekatan belajar
melalui bermain hendaklah dijalankan degan mengambil kira hasil pembelajaran
yang ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah

kepada perkembangan murid. Melalui pendekatan ini juga dapat mengukuhkan


penguasaan konsep pembelajaran umum kepada yang leih spesifik.
Menurut Raghir Kaur (2007) bermain merupakan aktiviti kegemaran
murid-murid kerana mereka dapat mengekspresikan perasaan dan emosi
gembira mereka. Menurut beliau juga, kaedah permainan terdiri daripada aktiviti
yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Satu
daripada kebaikan kaedah ini adalah ianya memberi peluang kepada murid
untuk belajar sambil bermain. Terdapat beberapa bentuk aktiviti dalam kaedah
permainan antaranya adalah

seperti permainan dengan barang maujud,

permainan khyalan, bermain dengan menjelajah dan permainan mengambil


bahagian dan mencantum semula.
Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) antara tokoh lain
yang

menyatakan

mengenai

keperluan

bermain

adalah Pieget.

Pieget

menyatakan permainan dapat menimbulkan perasaan seronok kepada murid


dan seterusnya menggalakkan interaksi dan kefahaman kepada murid.
Permainan seperti teka silang kata, puzzle, teka-tekai, maze, mencari barang
tersembunyi dan seumpamanya amat sesuai digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajran. Oleh itu, saya telah memilih kaedah bermain
sebagai bahan bantu mengajar dalam melakukan kajian ini.

Pengumpulan Data
a.

Pemerhatian
Mnurut Sidek Mohd Noah (2002) pemerhatian merupakan satu kaedah
penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelididkan.
Melalui pemerhatian seseorang penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah
laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenalpasti.
Jenis pemerhatian yang digunakan di dalam kajian ini adalah pemerhatian
peserta. Pemerhatian jenis ini melibatkan pemerhatian atau pengkaji menjadi
salah seorang daripada ahli kumpulan yang hendak dikaji dan dalam masa yang
sama bertindak sebagai pemerhatian. Kebaikan kaedah pemerhatian ini ialah

penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti yang dirancang dan ini menjadikan
dapat pemerhatian menjadi leblih sah dan boleh dipercayai.

Pemerhatian yang dijalankan dalam proses pengumpulan data ini adalah


pemerhatian berstruktur. Menurut Chua Yan Piaw (2006) melalui pemerhatian
berstruktur pengkaji mengumpul data berdasarkan tingkahlaku yang diperhatikan,
di mana tingkahlaku-tingkahlaku tersebut telah disenaraikan dalam borang
pemerhatian . Tingkahlaku ini juga disebut sebagai pembolehubah.

Bagi kaedah pemerhatian ini, saya telah menyediakan satu borang bagi
kumpulan peserta yang hendak dikaji. Pemerhatian dilakukan berdasarkan sikap
murid dilihat secara tidak langsung ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.

b.

Soal selidik
Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk
mendapatkan jawapan yang tepat secara jujur. Soal selidik dijalankan adalah
bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah bermain dapat meningkatkan
perhatian dan kefahaman murid terhadap tajuk pelajaran yang diajar. Soal selidik
yang dibina mempunyai dua bahagian yang ingin dilihat iaitu bahagian 1
kefahaman manakala bahagian 2 adalah pemerhatian. Borang soal selidik ini
akan diedarkan setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran yang
mengguankan kaedah main sambil belajar. Murid diminta mengisi borang sejurus
selesai proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.

c.

Ujian Pengesanan
Diberi kepada murid untuk mengukur sejauh mana pencapaian dan
pemahaman mereka.
Menurut Mohamad Najib Abd Ghafar (1999) sesebuah penyelidikan yang
berdasarkan prestasi memerlukan penyelidik menyediakan ujian yang mana
proses tersebut dinamakan pengujian. Menurutnya lagi, pengukuran yang
7

menggunakan teknik ujian menghasilkan skor. Skor atau markah mengikut skala
tertentu adalah data kuantitatif yang selalu digunakan dalam analisis. Skor-skor
ini diperolehi daripada jawapan subjek berdasarkan soalan yang disediakan oleh
penyelidik.

Reka bentuk ujian yang telah digunakan dalam kajian ini adalah reka
bentuk ujian pasca. Menurut Chua Yan Piaw (2006) ujian pasca merupakan
reka bentuk eksperimental benar yang paling ringkas tetapi ia mempunyai
kesahan dalaman yang tinggi.Dalam reka bentuk ini, murid-murid diagihkan ke
dalam dua kumpulan secara rawak, dan variebel bersandar hanya diukur sekali
sahaja, iaitu melalui ujian pasca.

Berdasarkan kajian ini, ujian diadakan adalah bertujuan untuk menguji


samaada kaedah bermain sambil belajar dapat meningkatkan peratus skor murid
dalam ujian atau tidak, Ujian yang dibina mempunyai 5 soalan struktur yang
mana setiap soalan adalah berdasarkan kepada tajuk pelajaran yang diajar. Skor
keseluruhan bagi ujian ini adalah 10 markah iaitu 2 markah untuk setiap soalan.

Dapatan Kajian:
Persoalan 1 : Adakah kaedah bermain dapat meningkatkan kefahaman
murid ?

Berdasarkan keputusan analisis ujian yang dilakukan, dapat dirumuskan


bahawa markah murid telah dapat dipertingkatkan dengan penggunaan kaedah
bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan.

Keadaan ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Nor Fatihah
Nordin(2009). Berdasarkan ujian yang dilakukan, telah mengenalpasti kaitan
penggunaan kaedah permainan dapat meningkatan perestasi murid terhadap
tajuk

pelajaran, didapati peratus peningkatan ujian adalah 0-50 peratus. Ini

menunjukkan penggunaan kaedah permainan telah dapat meningkatkan prestasi


murid dalam ujian.

Permainan boleh menjadi satu cara yang efektif untuk membantu murid
mempelajari kemahiran asas dan seterusnya untuk membaca dengan lancar.
Kebolehan murid menjawab soalan dengan tepat ini telah mempengaruhi
markah ujian mereka.

Keadaan ini secara tidak lagsung telah dapat menjawab kepada


persoalan kajian saya yang pertama iaitu adakah kaedah main sambil belajar
dapat meningkatkan kefahaman murid.

Persoalan 2 : Adakah kaedah bermain dapat meningkatkan perhatian


murid?
Persoalan kajian kedua yang perlu dijawab melalui kajian ini ialah, adakah
kaedah bermain dapat meningkatkan perhatian murid. Bagi menjawab persoalan
kajian ini, suatu pemerhatian telah dilakukan ke atas peserta yang telah dipilih.
Aspek-aspek pemerhatian telah ditetapkan terlebih dahulu seperti adakah murid
dapat menjawab soalan yang diberi oleh guru dan murid dapat menyenaraikan
isi pelajaran dari proses pengajaran dan pembelajaran. Seperti yang telah
diterangkan di dalam cara pengumpulan data, kesemua aspek yang diperhatikan
ini mempunyai kaitan dengan perhatian Menurut Kajian yang dijalankan oleh
Ahmad Damanhuri (2005) berdasarkan pemerhatian beliau, semasa proses
pengajaran dan pembelajaran, kebanyakan murid cuba sedaya upaya menjawab
soalan yang diberikan dalam bentuk permainan .Mereka membuat rujukan dan
berlumba-lumba untuk menjadi orang pertama yang menjawab soalan. Pelajar
kelihatan tidak tertekan dan proaktif dalam menjawab soalan.
Keadaan yang sama juga berlaku ke atas kajian ini dimana hasil
pemerhatian yang dilakukan ke atas peserta melalui dua sesi pengajaran dan
pembelajaran iaitu pengajaran menggunakan kaedah kuliah biasa dan
pengajaran menggunakan kaedah bermain. Didapati, sesi pengajaran dan
9

pembelajaran menggunakan kaedah bermain telah mencatatkan markah yang


lebih tinggi berdasarkan aspek pemerhatian yang telah ditetapkan.
Hasil dapatan dari pemerhatian ini telah dapat membuktikan bahawa
berlaku

peningkatan

tahap

perhatian

murid

terhadap

pengajaran

dan

pembelajaran guru dengan penggunaan kaedah bermain.


Pieget menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003)menyatakan,
permainan dapat menimbulkan perasaan seronok kepada murid dan seterusnya
menggalakkan interaksi dan kefahaman kepada murid. Perasaan seronok ini
juga dapat menggambarkan bahawa murid mengambil perhatian terhadap apa
yang dipelajari mereka.

Persoalan 3: Adakah kaedah bermain berkesan dalam meningkatkan


kefahaman dan perhatian murid?

Bagi

menilai

tahap

kefahaman

dan

perhatian

mrid,

saya

telah

menjalankan soal selidik ke atas peserta yang menjalani sesi pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah bermain silang kata.

Nor Fatihah Nordin (2009) dalam soal selidik yang dijalankan ke atas kajian
beliau mendapati, secara keseluruhan peserta kajian bersetuju bahawa kaedah
permainan dalam pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan telah
mewujudkan situasi pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid.

Menurut Rashidi dan Abd Razak (1996) penggunaan kaedah permainan


adalah untuk menambahkan keseronokkan kepada pembelajaran. Permainan
juga mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti wujudnya unsur-unsur persaingan
dan cabaran dalam aktiviti yang dirancang. Kaedah ini dapat mengurangkan
kebosanan yang biasanya dikaitkan dengan pembelajaran melalui kaedah
pengajaran seperti latih tubi dan kuliah.

10

Rumusan Kajian:
Kaedah bermain sememangnya suatu kaedah yang disukai oleh muridmurid di sekolah rendah. Ini kerana dengan bermain mereka akan berasa
seronok dan secara tidak langsung akan dapat memberikan tumpuan terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran. Berbeza dengan kaedah kuliah biasa
yang menggunakan slaid,murid hanya menjadi pendengar dan keadaan ini telah
menimbulkan rasa bosan di dalam diri murid. Kebosanan murid telah memberi
kesan ke atas kefahaman dan perhatian murid terhadap pengajaran guru.
Menyedari keadaan ini saya telah melaksanakan suatu kajian yang
berfokuskan kepada kaedah bermain sambil belajar

dalam pengajaran dan

pembelajaran bagi menggantikan kaedah kuliah biasa menggunakan slaid


bertujuan untuk menyelesaikan masalah kefahaman dan perhatian murid.
Sebelum memilih kaedah permainan saya terlebih dahulu telah membuat
tinjauan literatur mengenai pendapat tokoh tentang kelebihan kaedah bermain
serta keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat
banyak tokoh yang membincangkan mengenai keberkesanan kaedah bermain
dalam pembelajaran murid. Dan bertitik tolak dari keadaan ini telah mendorong
saya memilih kaedah ini iaitu main sambil belajar untuk dijadikan fokus kajian.
Namun begitu, dalam usaha untuk mencari literatur mengenai kajian yang
dilakukan penyelidik terdahulu mengenai kaedah permainan telah menemui jalan
buntu. Ini kerana tidak banyak kajian yang berkaitan dengan kaedah ini.
kebanyakan literatur yang dapat diperolehi hanya berkaitan dengan kaedah
bermain sahaja. Ini telah sedikit sebanyak merencatkan proses kajian saya.
Namun kajian-kajian yang menggunakan kaedah bermain ini telah menjadikan
rujukan utama saya ketika kajian ini dilakukan.

Daripada keseluruhan kajian yang dijalankan, didapati bahawa 3


persoalan kajian yang diketengahkan di awal kajian telah dapat dirungkai satu
persatu berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan. Ternyata kaedah bermain
sambil belajar telah dapat meningkatkan kefahaman dan perhatian murid dan
secara tidak langsung telah meningkatkan kefahaman murid .Kenyataan ini telah
11

disokong dengan keputusan daripada

instrument-instrumen kajian

yang

dilaksanakan. Hasil daripada analisis data instrument kajian yang juga


dikukuhkan lagi dengan pendapat-pendapat daripada tinjauan literatur, telah
menjadikan kajian ini sebuah kajian yang berjaya menyelesaikan masalah yang
dikenalpasti.Bersesuaian dengan tujuan kajian tindakan diadakan iaitu untuk
menyelesaikan suatu permasalahan dengan menggunakan kaedah tertentu.

Cadangan Tindakan Seterusnya:


Bagi kajian yang seterusnya, saya mencadangkan agar kajian mengenai
sikap murid terhadap matapelajaran Kajian Tempatan melalui kaedah main sambil
belajar dijalankan ini. Ini kerana saya dapati murid sangat tertarik dengan penerapan
kaedah bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang saya
jalankan ini hanya ingin melihat sejauhmana keberkesanan kaedah bermain dapat
meningkatkan kefahaman murid. Oleh itu saya memfokus kepada keputusan
instrumen-instrumen kajian seperti ujian dan pemerhatian. Berlainan dengan kajian
yang ingin melihat sikap murid terhadap sesuatu matapelajaran yang mana kajian
seperti ini akan dapat melihat penerimaan murid terhadap pembelajaran
menggunakan kaedah bermain.

Dengan melakukan kajian mengenai sikap ini juga, seseorang pengkaji


akan dapat membuktikan lagi keberkesanan keadaan bermain ini dalam
pembelajaran murid. Ini kerana kajian memfokus kepada tingkahlaku murid
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah
bermain. Ini bersesuaian dengan mendapat beberapa tokoh yang menyatakan
kaedah main sambil belajar akan dapat memberikan pelbagai manfaat kepada
murid dan guru dengan secara tidak langsung.

12

http://www.slideshare.net/chonseong138/format-penulisan-cadangan-danlaporan-kajian-tindakan-18163390#btnNext
http://pusatsumberipgkrm.site88.net/web_documents/sc_sosia_2_2012.pdf

http://rashidahppgupsi2011.blogspot.com/2011/10/laporan-kajian-tindakan.html
http://rashidahppgupsi2011.blogspot.com/2011/10/cara-menulis-laporan-kajiantindakan.html

13

Anda mungkin juga menyukai