School Work > Study Guides, Notes, & Quizzes, kemahiran hidup">
Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Jahitan Asas Dan Sulaman

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 34

JAHITAN ASAS DAN SULAMAN Jahitan Sementara

Jahitan sementara terdiri daripada jenis-jenis jelujur. Ia akan ditanggalkan apabila mata jahitan kekal dijahit.

Benang yang digunakan adalah lembut, halus dan mudah putus. Pilih benang yang berwarna muda kerana ia senang kelihatan dan tidak meninggalkan kesan diatas kain selepas dibuka. Jahitan sementara biasanya dijahit dengan menggunakan satu lembar benang kecuali jelujur tanda. Jahitan boleh dikerjakan pada sebelah luar atau sebelah dalam kain dari kanan ke kiri. Jarum yang biasa digunakan adalah jenis yang tajam atau antara yang halus.

Untuk memindahkan garisan-garisan pada pola kain Untuk menandakan kedudukan dan garisan-garisan pola Untuk menetapkan kedudukan kelepet, kelim, kocek buat sementara Untuk menetapkan dua atau lebih lapisan kain sebelun di mesin

Misalnya jelujur tanda Jelujur tak sama Jelujur panjang pendek Jelujur tak sama jelujur panjang pendek jelujur kasar Jelujur tegak Jelujur serong

Kegunaan jelujur

a) Jelujur kasar / sama

Ciri:
Mata jelujur sama panjang di sebelah luar dan sebelah dalam (1.25 cm)

Mudah ditanggalkan Kegunaan:

Menanda garisan pola dipakaian seperti tempat letak kocek, tempat lipatan, menetap pelapik. Guna benang yang berlainan warna supaya senang dibuka setelah dimesin. Langkah-langkah menjahit: Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri Jahit dengan kasar dan sama jarak Jahit hingga habis dan matikan jahitan dengan jahitan kia

b) Jelujur halus

Ciri: Mata jahitan yang sama panjang iaitu 3mm-5mm

Lebih kukuh daripada jelujur kasar

Kegunaan: Melekat lapisan fabrik sementara

Menanda garisan tengah badan hadapan dan belakang, kedudukan lubang butang, mengedutkan fabrik, mensekatakan kepala lengan, mengemas tepi fabrik yang melengkung dan sebagai hiasan Langkah-langkah menjahit: Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri
Jahit dengan kasar dan sama jarak lebih kurang 3 mm

Jahit hingga habis dan matikan jahitan dengan jahitan kia

c) Jelujur panjang dan pendek

Ciri: Mata jahitan yang panjang 1.25cm; pendek 0.5 cm. Jarak antara panjang dan pendek ialah 0.5 cm Lebih kukuh dan susah ditanggalkan

Kegunaan: Menanda garis tengah hadapan dan belakang

Menanda kedudukan sesuatu bahagian pakaian Lebih sesuai untuk fabrik yang tebal, lembut dan licin (mudah tergelincir) Langkah-langkah menjahit: Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri
Jahit dengan kasar dalam ukuran 1.25 cm dan halus jarak lebih kurang

0.5 cm mm Jahit hingga habis dan matikan jahitan dengan jahitan kia

d) Jelujur tegak dan serong

Ciri: Menyerong di SL dan tegak di SD Teguh dan susah ditanggalkan Kegunaan:

Untuk menetapkan kedudukan beberapa lapisan fabrik supaya menjadi betulbetul rata ( lisu, kolar, lapik dalam, ikatan pinggang dan manset) Fabrik yang dijahit tidak perlu diangkat semasa menjahit

e) Jelujur tanda

Ciri-Ciri: Dijahit dengan dua lembar benang di atas garisan pemadan lurus. Lebih bersih tetapi mengambil masa untuk menjahit dan menanggalkan benang. Kegunaan: Untuk memindahkan tanda-tanda, cabang-cabang atau garisan pola dari kertas pada fabrik. Garisan pola pada bahagian pakaian yang berlapis dua atau lebih ditanda dengan cepat.

Jahitan Kekal Jelujur Penyambung

Jahitan penyambung adalah kekal dan mesti dijahit dengan kukuh. Kegunaannya adalah untuk menyambung dua atau lebih kepingan kain. Benang yang digunakan mesti padan dengan kain yang dijahit dan warnanya. Jenisjenis jahitan penyambung ialah jahitan mesin, jelujur halus, jahit kia dan jahit lilit ubi. a) Jelujur Halus

Ciri-Ciri:

Mata jahitan yang sama panjang iaitu 3mm-5mm Lebih kukuh daripada jelujur kasar Kegunaan: Mengantikan jahit mesin Sebagai hiasan

b) Jahitan Kia (back sticth)

Ciri-Ciri: Sebelah luar jahitan seperti jahitan mesin sebelah dalam seperti jahitan batang. Boleh menggantikan jahitan mesin. Kegunaan: Memulakan dan mengakhiri jahitan tangan tetap. Untuk melekatkan dua atau lebih lapisan fabrik dgn tetap & kukuh. Langkah-langkah menjahit: Jahit dari kanan ke kiri. Cucuk jarum sekali lagi pada A ( titik

permulaan) dan keluar jarum pada B selepas jarak 2 mm

Cucuk jarum sekali lagi pada A dan keluar jarum pada B Cucuk jarum sekali lagi pada A dan keluarkan jarum pada C kira-

kira 4 mm dari B. Jahit hingga habis dan matikan jahitan dengan jahitan kia bertindih dua kali

c) Jahitan Lilit Ubi (Whip Stitches) (

Mengelakkan tepi dari berbulu. Untuk menyambung dua keping fabrik atau lebih. Contoh: tampal cantum @ renda-renda. Untuk mengemas tepi-tepi kocek tampal, kelim belah kangkung, kelimkelim pinggang dan lengan. Langkah-langkah menjahit: Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan Cucuk jarum dari sebelah dalam kain ke sebelah luar kain dan tarik jarum ke arah penjahit Jahit hingga habis Matikan jahitan dengan jahitan kia

Jahitan Pengemas
Jahitan pengemas adalah jahitan yang kekal. Ia digunakan untuk mengekalkan kelepet, lipatan atau mengemaskan tepi kain. a) Jahitan Sembat (Hemming)

Ciri-ciri: Kecil, halus, rapat, sekata dan kukuh Kegunaan: Untuk mengekalkan kelepet pakaian atau atikel. Untuk menetapkan tangan. Untuk menetapkan pelapik di kolar,belah Untuk mengemaskan kun, tepi ikatan pinggang, lapik [ada lolar dan belah pakaian. Boleh dilihat di sebelah luar fabrik. Langkah-langkah menjahit: Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri Cucuk jarum pada sebelah bawah lipatan dan keluarkan jarum di atas lipatan pada kecondongan 25- 30 darjah. Jahit sehingga habis. Matikan jahitan dengan jahitan kia. lipatan tepi tampal, pita dan lipatan kelim papan

b) Jahitan sembat susup (Slip hemming)

Ciri-Ciri: Dikenali sebagai sembat sembunyi. Jahitannya hampir tidak kelihatan di SL


Kemas, halus, sekata, berbentuk V.

Digunakan pada lipatan-lipatan lengan baju, kelepet skrit dan blaus, lubang lengan dan leher. Langkah-langkah menjahit: Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri Jahit sembat dua kali Selit jarum melalui lipatan sejauh 3 mm dan keluarkan jarum untuk sembat dua kali lagi Jahit sehingga habis Matikan jahitan dengan jahitan kia.

c) Jahitan Insang Pari (Blanket Stitches)

Kukuh dan boleh dilihat pada kedua-dua belah fabrik. Mengemas tepi fabrik terutama fabrik tebal seperti flannel. Mengelakkan tepi kain dari berbulu. Sebagai jahitan hiasan.

Langkah-langkah menjahit: Mulakan jahitan dari kiri ke kanan dengan jahitan kia. Cucuk jarum menegak dan halakan jarum ke bawah Pastikan benang berada di belakang jarum menghala ke luar Jahit sehingga selesai. Matikan jahitan dengan jahitan kia.

d) Jahitan Lubang Butang (Button Hole Stitches)

Hampir serupa dengan insang pari. Lebih kukuh dan lebih kemas. Lebih rapat dan sesuai untuk menjahit lubang butang, cangkuk dan

butang katup.

Sebagai jahitan sulaman

Langkah-langkah menjahit: Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan Cucuk sebahagian jarum secara menegak dari arah dalam fabrik ke arah luar fabrik. Tarik benang (2 lembar) dan susup di bawah jarum seperti bentuk s. Tarik jarum ke atas Ulangi langkah di atas sehingga siap Matikan jahitan lubang butang dengan jahitan kia

e) Jahitan Silang Pangkah (Herringbone Stitches)

Mata jahitan ini kukuh. Dijahit dari kiri ke kanan. Sebagai hiasan.

Langkah-langkah menjahit: Kelepetkan kain yang hendak dijahit sama seperti menjahit sembat

Mulakan menjahit dengan jahitan kia dari kiri ke kanan. Cucuk jarum dari A ke B dengan jarak 1 mm. Kemudian cucuk jarum ke dalam lipatan C dan keluarkan pada bahagian D dengan jarak 1 mm. Pastikan jarum tidak menembusi bahagian belakang lipatan. Ulang jahitan sehingga siap. Matikan jahitan dengan jahitan kia. Tanggalkan jahitan jelujur kasar

Jahitan Hiasan
Juga dikenali sebagai jahitan sulaman. Digunakan terutamanya untuk jahitan biasa ataupun untuk menghias pakaian, barang-barang peribadi dan alat kelengkapan rumahtangga. Beberapa jenis jahitan sulaman boleh digunakan bersama-sama untuk memberi rupa dan kesan kepada motif. Saiz jahitan boleh diubahsuai mengikut motif yang dijahit. Pada asasnya semua jenis jahitan boleh dijadikan hiasan jika ianya dapat dihasilkan dan digabungkan dengan jahitan-jahitan lain agar lebih menarik.

Jelujur Halus

Jelujur Berlilit

Kia

Jahitan Batang

Jahitan Rantai

Bunga Padi

Jahitan Sulam

Jahitan Lurus

Jel Panjang Pendek

Bulu Ayam

Silang Pangkah

Suji Bilang

Jelujur Halus Jelujur Berlilit

Jahitan Kia

Jahitan Batang

Jahitan Rantai

Jahitan Bunga Padi

Jahitan Sulam

Jahitan Lurus

Jelujur Panjang Pendek

Jelujur Bulu Ayam

Jelujur Silang Pangkah

Jahit Suji Bilang

KELIM
Kelim ialah cantuman dua atu lebih kepingan fabrik yang dijahit dengan jahitan tangan atau mesin. Kelim boleh memberi bentuk kepada pakaian Kelim juga boleh juga digunakan sebagai hiasan Kelim biasanya terdapat dibahagian bahu, rusuk dan tepi seluar atau sarung

a) Kelim Terbuka Ciri-ciri: Kelim rata

Kelim tidak beralur di S.L atau di S.D pakaian Lebar yang siap kira-kira 2.5 cm Sama lebar pada keseluruhannya Kelim dikemaskan Langkah-langkah menjahit: 1 Temukan sebelah luar fabrik, jelujur atau semat jika perlu

Jahit dengan jahitan mesin di garisan pemadan

Buka dan tekan kelim

Kemaskan

kelim

dengan

kaedah yang sesuai Tekan dan seterika kelim agar rata dan kemas

b) Kelim Lipat Tindih

Ciri-ciri:
Bahagian yang berlipat menindih bahagian yang rata

Lipatan fabrik terletakdi atas garisan pemadan Kelim rata Jahitan mesin terletak kira-kira 2mm dari lipatan fabrik Bahagian S.D dikemaskan Langkah-langkah menjahit: 1 Lipatan basi jahitan ke S.D pakaian untuk fabrik tindih atas

Temukan S.D fabrik tindih atas dengan S.L fabrik tindih bawah di bawah garisan pemadan

3 4

Semat dan jelujur jika perlu Jahit dengan jahitan mesin di tepi fabrik lipatan kelim supaya jahitan selari dengan lipatan

Tekan

dan

seterika

kelim

supaya rata dan kemas

c) Kelim Papan Mesin Ciri-ciri: Kelim rata Dua baris jahitan mesin kelihatan di S.L pakaian Kelim terletak di bahagian belakang pakaian Lebar yang siap kira-kira 0.7 cm Kelim tidak beralur di S.D Kelim sama lebar keseluruhannya Langkah-langkah menjahit: 1 Temukan S.D kedua-dua helai fabrik semat dan jelujur jika perlu

Jahit dengan jahitan mesin di garis pemadan

Buka dan tekan kelim supaya rata

Gunting basi kelim bahagian belakang kira-kira tinggal 0.7 cm

Lipatkan basi kelim bahagian basi kelim bahagian hadapan supaya membalut basi kelim bahagian belakang Semat dan jelujur jika perlu

Jahit dengan jahitan mesin di tepi lipatan kelim supaya selari dengan baris jahitan pertama Tekan dan seterika kelim

supaya rata dan kemas d) Kelim Betawi Ciri-ciri:

Kelim rata Kelim tidak beralur Kelim tidak berpintal Sama lebar pada keseluruhannya Basi jahitan tidak kelihatan di SL pakaian Langkah-langkah menjahit: 1 Temukan SD kedua-dua fabrik, semat atau jelujur jika perlu Jahit dengan jahitan mesin

kira-kira 4 mm dari garisan pemadan pada basi jahitan

Gunting basi jahitan hingga tinggal 3mm dari jahitan mesin

Buka dan tekan kelim supaya rata

Temukan SL fabrik, semat atau jelujur jika perlu Jahit dengan jahitan mesin di garisan pemadan

Tekan dan seterika supaya kelim terletak di bahagian belakang pakaian

e) Kelim Papan Tangan Ciri-ciri: Kelim rata Hanya sebaris mata jahitan sembat di SL Kelim terletak di bahagian belakang pakaian Kelim tidak beralur di SL pakaian Sama lebar keseluruhannya Langkah-langkah menjahit: 1 Temukan SL fabrik, semat atau jelujur jika perlu Jahit dengan mesin di garisan pemadan

Buka dan tekan kelim supaya rata Gunting basi kelim bahagian belakang tinggal kira-kira 3 mm

Lipatkan basi kelim bahagian hadapan supaya membalut basi kelim bahagian belakang

Semat dan jelujur jika perlu

Jahit dengan jahitan sembat halus di tepi lipatan supaya kelim melekat pada pakaian Tekan dan seterika kelim

supaya rata dan kemas

Mengemaskan kelim
Kelim boleh dikemaskan dengan cara: Jahitan kemas tepi Jahitan mesin

Kun

Jahitan insang pari

Jahitan lilit kemas

Penyudah Tepi Kelepet


Kelepet ialah lipatan pada hujung pakaian sebagai penyudah tepi.

Kelepet biasanya terdapat dihujung kaki seluar, hujung lengan baju dan bahagian bawah pakaian.

Langkah-langkah menjahit kelepet lurus:

Langkah 1

a) Buat lipatan selebar 5 mm ke sebelah dalam pakaian

Langkah 2

a) Buat lipatan kedua di garisan pemadan, biasanya berukuran 5mm4cm, mengikut lebar yang dikehendaki. b) Jelujur, tekan dan seterika kelepet supaya rata a) Jahitan mesin a) Tetapkan kelepet dengan jahitan mesin, sembat susup, sembat dan jahitan silang pangkah

Langkah 3

b) Jahitan Sembat Susup

c) Jahitan Sembat

d) Jahitan Silang Pangkah

Anda mungkin juga menyukai