Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

TABUNG

Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

30 November 2017

Lambat Datang Haid, Check UPT Negative !

Assalamualaikum..






Siapa pernah alami situasi lewat datang haid ataupun haid tak kunjung tiba lepastu menggelabah sebab orang kata kalau haid lewat ni selalunya mengandung ! Fana jenis yang tak pernah datang haid lewat tau. Selalunya on time je. Lepastu jenis yang senggugut teruk, lepastu darah pun banyak.

Selepas kawen, ni merupakan kali kedua fana lewat haid. Yang first dulu masa selepas kawen. Tapi, masa tu fana dengan husband belum pernah ehem-ehem lagi so, memang tak de la nak expect mengandung kan. Cuma lewat haid kali kedua ni la rasa macam something wrong somewhere. 

Okay, cerita dia macam ni. Fana last datang period 1 Oktober lepas. Fana memang jenis selalu tanda dekat mana-mana la tiap kali period. Cuma lepas kawen ni fana jadi lebih particular bab-bab ketepatan haid ni sampai fana install satu apps ni nama dia "Flo". Korang boleh download apps ni dekat Google Playstore. Dari situ korang boleh track period korang dah lambat berapa hari.

So, nak dijadikan cerita bulan November fana tak period. Lepastu cerita dekat husband pasal benda ni, terus dia ajak pergi beli pregnancy test dekat Guardian. Fana akan cerita kan ikut kronologi tau dekat bawah ni supaya korang lebih syok nak baca. Gituuuuu!

Hari ke-7

Dah seminggu tunggu haid yang tak kunjung tiba. Jadi, fana pun check la guna pregnancy test yang beli dekat Guardian tu. Konon-konon rasa macam membazir nak beli yang mahal so kita beli yang RM6 dulu. Result dia negative. Apa la pregnancy test ni rosak kot! Hahahaha 😅😅

Ni first pregnancy test yang fana guna - RM6


Hari ke-12

Si husband jenis yang tak menyabar. Dia siap kata 'instinct' dia kuat mengatakan yang fana ni mengandung. Eh, badan kita, dia pulak yang tahu kan? Tapi, tak tahu la kadang-kadang Allah bagi perasaan tu dekat husband kita. Baru la sehati sejiwa gitu. Entah kenapa fana tak rasa yakin pun yang fana ni mengandung sebab dah puas google dah pasal simptom-simptom orang mengandung tu macam mana. Langsung tak ada! Untuk puaskan hati dua-dua pihak, kitorang pun beli la yang mahal sikit, jenama Clearblue. Yang ni harga dia RM27. Result dia? NEGATIVE!



Hari Ke-15

Tiba-tiba rasa stress pulak sebab tak tahu nak rujuk dekat siapa dengan masalah ni. So, fana pun update la dekat Instastory (nak update dekat IG/FB malu). Beberapa minit update terus kawan-kawan terdekat mesej antaranya Hakim, Fasha, Sharina. THank you weyh sebab korang concern! Thank you sesangat. Fasha ni isteri si Hakim. Dia la yang banyak share maklumat macam-macam. Fasha kata dia guna pregnancy test yang RM8 tu terus dapat result positive. Nak taknak fana pun beli jugak la yang tu. Dia jenis strip. Namun, tetap jua gagal. Sobs!




Hari ke-30

Bila tiba hari yang ke-30 atau lebih tepat lagi sebulan tak datang jugak, so husband ajak pergi klinik untuk check terus. Keputusan ni disokong oleh ahli-ahli group whatsapp PakSaat & Maksiah iaitu adik-beradik fana sendiri. Okay, pergi la kitorang ke klinik walaupun malu sebenarnya. Tak tahu nak cakap apa dekat doktor ni. Hahaha. Tapi hantam je la. Nak tahu apa penyakit la fana ni sampai sebulan tak datang haid kan.

Di klinik..

Doktor : "Sakit apa ye?"

Fana : "Saya dah sebulan tak datang haid ni doktor".

Doktor : "Anak sulung ke yang kedua?"

Aik??? Fana dengan husband dah pelik masa terima soalan ni. Dua-dua pandang satu sama lain. Tak faham, doktor ni tanya apa? Tanya aku anak sulung ke atau pasal kandungan? Macam mana nak jawab sedangkan tak mengandung pun. Blur tetiba. Hahahaha

Fana : "Belum ada anak lagi doktor". Jawapan selamat. Kehkehkeh 🙊

Doktor : "Kalau awak mengandung so ini yang pertama la ye?" Sambil taip dekat komputer dia. "So, awak nak buat urine test ke atau nak scan?"

Fana : "Mana satu yang doktor sugget ye?" Hahahaha, blur wey sebab tak biasa terima soalan gini jadi tak tahu nak decide macam mana.

Doktor : "Sama je mana-mana kalau urine test pun still dapat result yang sama"

Fana : "Saya nak scan la doktor sebab saya dah buat urine test tiga kali still negative." 

So, buat la scan baring macam dalam drama yang orang check perut tu, Doktor sapu la gel apa tah sejuk perut wey. Pastu dia golek-golek benda tu kat perut. Hahahaha. Sejuk je rasa. Sambil tu sambil tengok la dekat monitor screen hitam putih tu. Harga scan perut tu RM68.

Doktor : "Takde apa pun dik!"

Fana : "Yeke doktor? Okay". Hampa ke apa tak tahu la tapi yang penting dah lega la sebab dah tahu result kan?

Doktor : "Period awak dah nak turun dah ni cuma dia lambat sikit. Awak ank ubat untuk turunkan darah tak?"

Fana : "Hmm, takpe la doktor, saya nak biar dia keluar naturally je." Sebenarnya takut makan ubat.

Doktor : "Okay, kalau macam tu awak tunggu la untuk bulan depan sama ada period awak akan datang atau tak".

Doktor cakap antara punca period lewat ni sebab kita stress, terlalu banyak berfikir, lifestyle yang tak berapa nak sihat, ataupun badan terlalu letih. Tapi sejujurnya fana bukanlah seorang yang cepat stress ni sebab fana orangnya happy je. Hahaha. Nak kata stress tu manusia normal memang la stress tapi serius tak rasa sangat sebab fana jenis yang suka makan. Bila rasa macam bosan atau nak reward diri sendiri mesti nak makan sedap-sedap. Jadi, memang tak sempat la nak stress ke murung ke apa. Hahaha. Korang pulak macam mana?

Mula-mula bila check pregnancy test fana banyak sangat search google pasal benda ni. Ramai yang ada masalah macam fana, lewat datang period tapi bila check Urine Pregnancy Test (UPT) negatif. Tapi, bila diorang pergi scan, rupa-rupanya mengandung. Alhamdulillah rezeki Allah dah aturkan buat masing-masing.

Fana pun ingat fana macam diorang la. Mungkin HCG (human chorionic gonadotropin) rendah sebab tu la UPT negatif. Tapi sebenarnya fana tak mengandung pun. Boleh pulak nak salahkan pregnancy test tu kan? Hahaha. Fana pun tak la menaruh harapan sangat sebab fana belum bersedia mental dan fizikal. Fana sekarang di tahun akhir untuk pengajian master dan memang sangat sibuk mempersiapkan diri dengan Dissertation tak lama lagi. Mungkin Allah tahu yang fana belum pun bersedia untuk memikul segala alahan dan sebagainya di awal kehamilan tu kan. InshaAllah, kalau ada rezeki ada la. Yang penting jangan putus asa. 💪

Untuk korang yang dah ada pengalaman hamil tu boleh la share dengan fana tips-tips yang berguna untuk golongan TTC (trying to conceive) macam fana ni. Mudah-mudahan fana pun akan dikurniakan zuriat satu hari nanti. Aminnn.

Fana doakan korang yang sedang berusaha untuk hamil tu untuk cepat-cepat dikurniakan rezeki okay? Korang pun doakan fana tau. 😊




xoxo,
fana

19 February 2015

Tolong Jangan Muat Naik Gambar Makanan Sedap !

Assalamualaikumm..




Kemain lagi tajuk tu kan? Yelah, tahu la korang semua boleh makan sedap-sedap setiap hari. Pastu bila scroll instagram korang je asik makan sedap. Huntung betul korang kan? Sorry la, fana bukan jeles ke apa tapi bila nampak gambar makanan sedap-sedap rasa macam nak baling je phone. Sakit hati sebab tak dapat nak makan sedap macam korang. Kalau dulu nampak je korang makan kat gerai ikan bakar asam pedas mak jah meletop, fana pun terus la melulu ke sana sebab nak rasa jugak makan sedap meletop ke tidak tu. Tapi, kini tidak lagi. T.T


"Ala, fana ni asik makan sedap je."

"Jeles betul aku tengok si fana ni, hari-hari makan besau". Katenyeee.


Ya Allah, sorry la korang. Fana makan sedap bukan sebab nafsu. Makan pun dah jadi sebahagian kerja fana dah sekarang. Sebab asik dapat review restoran je, review makanan. Nak taknak kena la hupload jugak gambar ke semua laman sosial yang ada kerana tuntutan kerja. Korang jangan la marah fana. Haaa, sekarang padan muka, fana kena pulak sebab terliur. Kekadang menjejeh-jejeh air liur ni ha sebab tengok korang makan western apa semua tu kecuali aiskrim dalam pasu tu. Fana geli la nak makan sebab macam makan tanah dalam pasu bunga. hahahaha. Yang tu sumpah fana takde nafsu.


Sebenarnya fana dah dua minggu dah kena penyakit yang tak sembuh-sembuh ni. Mula-mula ingat biasa je sebab sepanjang hidup fana memang nk dekat empat kali jugak la merasa gusi bengkak dek gigi bongsu nak naik. So, benda tu alah celah ketiak je noks! Tapi, sebabkan cakap besar sangat, kali ni fana kena bengkak gusi paling dahsyat. 


Dua tiga hari masa dia mula bengkak tu, fana cam rileks lagi ah, chill je. Sebab fana dah biasa kan. Orang berlagak memang cemtu. Pastu lepas dah seminggu dia makin teruk lagi-lagi lepas fana jumpa dentist. 

Dr. Lee : "Ini dah dua kali kan you bengkak macam ni masa jumpa I. Tempat yang sama pulak tu. You nak cabut tak? I suggest you cabut la. Lagipon gigi tu hujung sangat. Kalau you berus gigi pun tak kena. You kena beli berus gigi yang budak kecik punya untuk gosok yang hujung tu."

Fana pun macam haaa, yelah doktor, tak kisah la asalkan tak sakit dah. Tak tahan ni doktor. Nak demam pun ada rasa ni. Selalu bengkak tak makan ubat pun dia surut sendiri tapi kali ni betul-betul luar biasa dah ni. Adoi mak ai!

Duduk sekejap tu tetiba doktor lagi sorang masuk, maybe supervisor kepada Dr. Lee. Pastu Dr. Lee kemain mengadu kat supervisor dia kata gigi bongsu fana ni on off on off la apa la. Bahasa orthodontic ni bukannya faham sangat. Tapi, fana rasa diorang tengah cakap pasal gigi tu la. 

Tak lama lepas tu lebih kurang dua tiga hari tu masuk office macam biasa. Tahan je la sakit tu. Tapi, rasa dia memang menusuk ke otak la. Sakit gila lagi-lagi sebab duduk dalam aircond office yang macam kutub utara sejuk dia tu. Pastu tetiba bila email volume masuk tengok fana kena assign buat banyak job pulak. Menangis waktu tu jugak. Pastu tak tahan sangat fana chat la dekat team leader.


Fana : "Kak, saya tak boleh nak buat la keje banyak sangat yang akak assign tu. Saya takut tak boleh siapkan. Saya sakit gigi sangat ni kak. Rasa macam nak balik je."

Team Leader : "Alamak, kesiannya awak. Awak g klinik dulu nak tak? Ada klinik kat bawah sebelah Syed Bistro."

Dek kerana tak tahan sangat dengan sakit tu, punya la berani pergi klinik. Tak pernah-pernah lagi fana pergi klinik hoi. Sebab fana penakut ubat. Panadol pun kalau nak telan kena kerat empat. Entah kuasa berani mana datang waktu tu laju je menapak pergi klinik yang akak tu cakap. Tunggu punya la lama. Nak dekat sejam jugak la. Pastu sampai la masa yang paling fana takut, bila nurse panggil nama masuk dalam bilik doktor.

NURFARHANA!!!

Laju kaki jalan masuk bilik doktor sambil fikir benda apa nak cakap jap lagi. Yelah, mana ada pengalaman nak jumpa doktor ni. Tapi, kaki baru je melangkah masuk bilik tu, ada sorang doktor badan agak besar, rasanya doktor tu Indian. Belum sempat nak duduk lagi dia dah tanya sakit apa. Adoi, kalau saya tahu saya sakit apa tak payah la saya jumpa doktor. Luku kepala kang! Fana pun jawab la ikut apa yang tengah dok berdenyut waktu tu. 

Fana : "Sakit  gigi doktor. Kelenjar pun bengkak ni. Banyak hari dah. Nak makan pun tak boleh. Asik makan bubur je. telan air liur pun sakit jugak." Banyak pulak mengadu kan? Alang-alang dah jumpa doktor. Orang kata kalau jumpa doktor ni 5 minit pun dah kena cas RM60. So, guna la masa yang ada dengan sebaik-baiknya.

Doktor tu pun suruh fana nganga mulut luas-luas. Sakit la doktor. Mana boleh bukak mulut luas-luas. Pastu dia suluh pakai torch light dia, pastu tempek apa tah kat dahi fana. Dok sekejap lepas tu dia tulis pulak atas satu kertas. 

Doktor : "Yela, bengkak teruk la gusi kamu ni. Kamu demam ye. Suhu 39 darjah celcius." Sambil ambik balik benda yang dia tempek kat dahi fana tu.

Lah, demam ke? Tak rasa macam demam pun. Hahaha. Selama ni demam pun tak pernah g jumpa doktor. Rasa macam mengada sangat kan demam sikit pun nak g jumpa doktor. Pastu doktor tu pun tulis-tulis. Dia kata fana boleh mc hari tu. Takyah kerja sebab demam. Lima minit je jumpa. Tunggu punya la berjam-jam, masuk bilik rawatan 5 minit je. Kena cas sampai RM65. Mengada betul la kau gigi bongsu oi. Nasib baik boleh claim kat company.

Untuk korang yang banyak doakan fana supaya cepat sembuh tu fana ucapkan terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah dapat balas jasa baik korang semua. Berat fana pun dah turun 2 kilo sejak tak boleh makan ni. Ni baru sakit gigi. Harap fana kuat untuk tempuhi dugaan oleh Allah ni. Mana tahu dengan sakit yang Allah bagi ni, dia bawak sekali dosa-dosa lalu kan? Sekarang pun fana belum sembuh lagi. Harap gigi bongsu dapat tumbuh dengan cepat.

So far, sekarang ni fana dah boleh makan makanan yang lembut-lembut macam bihun sup, kuey teow sup, buah oren sebab nak tambah balik vitamin-vitamin yang dah kurang dalam badan ni. Minum pulak tak boleh nak minum ais sangat sekarang, minum minuman panas je. Macam abah-abah sangat. Pastu setiap hari kena kumur dengan Colgate Plax dua kali sehari. 


Antara komen dari kawan-kawan. 











p/s : Sekarang ni craving nak makan sushi, harap gigi bongsu naik dengan sihat. Aminnn.





xoxo,
fana

03 January 2015

2014, Terima Kasih Untuk Segalanya!

Assalamualaikumm...


Ehem-ehem, betulkan suara jap. Nak bergurindam. Siapa yang reti bergurindam boleh la join depan laptop/phone korang tu. Hahahaha. Ikut rentak lagu Gurindam Jiwa nyanyian Nordin Ahmad dan Latifah Omar.

Terima kasih tahun yang lalu,
Kerana kasih, sayang dan rindu,
Tiba masa, tahun yang baru,
Harap-harap mendapat restu.

Jangan sedih jangan berduka,
Terus mendongak ke atas sana,
Semoga berkat menanti kita,
Doa semua amat bermakna.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kita semua masih diberikan kesempatan untuk terus menikmati keindahan dunia ciptaanNya. Rasa macam baru je lagi kaki ni mula melangkah ke alam tadika, belajar mengenal ABC serta 1,2,3. Sungguh pantas masa berlalu.





2014,

Terima kasih untuk semua kenangan yang kau pahatkan dalam memori. Semoga yang buruk itu dijadikan iktibar dan yang baik pula kita jadikan sebagai batu loncatan untuk terus memberikan semangat buat masa akan datang.

Bermula pada Januari, waktu tu fana tengah struggle menghadapi peperiksaan akhir di UiTM Seri Iskandar, Perak untuk semester 5 iaitu semester akhir di sana. Waktu itu juga fana masih sibuk mencari lokasi untuk fana jadikan tempat menimba pengalaman serta melakukan latihan industri.

Lebih kurang 5 syarikat yang fana hantar resume namun, tidak mendapat sebarang feedback daripada pihak sumber manusia di syarikat tersebut. Fana dah mula rasa gelisah. Rasa macam susah sangat nak cari sebab tak ada 'orang dalam'. Lagi seminggu nak tamat exam, fana akhirnya mendapat bantuan daripada housemate (rakan sekelas dan satu rumah masa di Seri Iskandar dulu) untuk cuba hantar resume pada sepupu dia yang bekerja di satu badan kerajaan.

Alhamdulillah, sehari selapas resume dihantar fana terus mendapat panggilan dari mak mengatakan ada surat sampai dan menawarkan fana untuk menjalani latihan industri. Syukur! Masa tu dah mula rasa selesa sikit untuk teruskan study for final exam.

Tiba hari terakhir, masa untuk ucapkan selamat tinggal buat kawan-kawan serumah yang memang kitorang kenal sejak Minggu Destini Siswa lagi. Sedih. Tapi, tak payah nak sedih sangat la sebab kitorang berempat masing-masing berasal dari KL dan Selangor. Dekat je kalau nak jumpa. Sedih tu ada sebab nak tinggalkan rumah sewa, peti ais, mesin basuh dan katil yang fana dah guna selama 3 tahun kat sana.

Februari, fana masih berehat dirumah dan menyumbang kepada faktor pembesaran tubuh badan. Mana taknya maksiah masak sedap sangat, jadi makan la tanpa pedulikan apa-apa. Jangan menyesal, sebab selagi ibu kita ada dan masih larat memasakkan kita makanan yang sedap, kita makan je. Oh, bukan tu je, sejak habis belajar fana pun dah jadi part time chef dekat rumah sebab kadang-kadang maksiah agak busy so, fana akan ambil alih tugas memasak. Hihihi. 

Mula je bulan Mac, fana dah get ready untuk datang lapor diri di lokasi yang dimaksudkan la. Memang sejak dulu fana jenis yang agak gemuruh untuk bertemu dengan orang baru, persekitaran baru. Rasa dia lain macam. Kalau nak tahu pasal tu, korang boleh baca kat previous entri fana yang ni (82 Hari Yang Cukup Bermakna).

Hujung Jun, fana tamat latihan industri dan mula sibuk siapkan research degree fana. Perkara paling susah sekali tang nak buat research tu la. Dan fana spend hampir RM600 untuk kos ulang alik KL-Perak sepanjang bulan tu. Sebab nak kena jumpa supervisor, nak kena follow up research, nak kena check error and semuanya memang sangat menguji keimanan. Tapi, semuanya berjalan lancar. 

Bulan Julai pulak bulan yang paling mendebarkan sebab fana akan melakukan presentation (viva) untuk research akademik fana tu. Tak sangka, rasa cuak, takut, dan sebagainya tu hilang sewaktu masuk je dalam makmal tu. Sangat mudah proses viva masa tu. Syukur!

Selesai semuanya fana ambil keputusan untuk spend time dengan family kat rumah, langsung tak ada keinginan nak cari kerja. Rasa nak duduk rumah je. Lagipun masa tu bulan puasa dan fana tak sanggup nak hadapi risiko bekerja di bulan puasa. Hehehe. Jadi, fana just duduk rumah, menjalani ibadah puasa dengan family, pergi bazar ramadhan dan berbuka ramai-ramai. 

Lepas raya dalam bulan Ogos tu, fana pun mula fikir kerja apa yang fana nak buat dana bidang apa yang fana boleh buat. Entah macam mana, fana cuba search je kat google dengan keyword 'kerja kosong' dan terus ada satu website yang macam jobstreet iaitu www.maukerja.com. Lima minit lepas fana submit resume, terus ada satu agensi pekerjaan call suruh datang interview esoknya. Fana pergi interview dan petang tu, dia call fana balik suruh pergi sesi interview pertama dengan company yang fana apply tu sendiri. Selesai interview pertama, fana dipanggil untuk second interview di company yang sama tetapi dengan manager yang lain pulak. Tak sangka, hari ni interview, isnin depan dah boleh start kerja. Alhamdulillah, rezeki.

So, starting Ogos sampai sekarang fana masih lagi bekerja di company tersebut. Ramai yang cakap fana beruntung sebab dapat kerja sebelum grad sebab ramai lagi kawan-kawan fana yang belum dapat kerja. Mungkin rezeki masing-masing dah ditentukan Allah. Fana pun bersyukur jugak sebab diberikan kepercayaan oleh company yang fana kerja sekarang dan diberikan gaji mengikut kelayakan yang fana ada walaupun fana tak grad as a degree holder lagi. Thank you. :)

Bulan Disember lepas, fana berjaya memegang sekeping (sebab tak digulung) Ijazah. Fana pun tak tahu kenapa orang panggil segulung Ijazah. Maybe sebab dulu Ijazah tu digulung kot. Hehehe. Sekarang ni dah petak dah. Happy la sebab dapat buat mak dan abah happy. Fana rasa penat lelah masa study degree dulu tu hilang bila dah naik pentas masa konvo baru-baru ni. 

Sebab tu orang kata, menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China. Kalau diberikan rezeki, fana nak jugak sambung master tapi itu semua kita rancang je, Allah yang tentukan. Kalau ada rezeki tak salah menuntut ilmu. Pahala menuntut ilmu tu sangat besar. Kita cuma kena berkorban sikit la.

Sekian.

Happy New Year !


xoxo,
fana


23 December 2014

Kampung Chat VS Ding Dang

Assalamualaikum..


Dulu masa baru habis sekolah tabiat nak buang masa depan komputer (masa tu monitor gedabak) memang tabiat paling bermanfaat la. Konon-konon rasa macam sangat profesional bila masa kau habiskan depan PC sama ada kat rumah ataupun kat cybercafe. Bebudak lain semua sibuk main roller blade la, main tepuk-tepuk la, main playstation la, mana yang rasa agak konon profesional tu pakat lepak depan PC.

Masa tu ada sorang minah ni nama dia mizah, memang kawan baik la masa sekolah agama dulu. Memandangkan masa tu tak semua rumah ada internet termasuk la rumah pakcik saat, maka fana dengan sangat jakunnya pegi la rumah si mizah ni sebab rumah dia memang internet laju gila. Bukan fana sengaja nak pegi tapi si mizah ni dah mengajak banyak kali. Taknak lukakan hati kawan.

Bila sampai je rumah dia, mak dengan ayah dia memang siang takde kat rumah, jenis mak bapak keje dua-dua. Jadi, dia ni anak sulung yang baru habis sekolah la cerita dia. Adik-adik pulak masa tu tak balik sekolah lagi. So, kitorang pun mula la projek kitorang.

Fana : "Wey, kau ajak aku datang rumah kau ni ada apa?"

Mizah : "Ala, aku bosan la duduk rumah sorang, kau teman la aku. Kita main internet".

Ceh, bahasa bebudak memang cenggitu. Ada ke main internet? Hahaha. Rasa nak ketuk dahi kau mizah. Ingatkan nak ajak main game yang bermanfaat dan tak lagha gituuu tapi hampeh mangkuk si mizah ni dia ngajak chatting wey! Mana la budak hingusan ni pandai nak chatting-chatting bagai.

Bak kata cikgu kat sekolah. "Engkorang kalau berchatting ke myspace, friendster ke hati-hati ye sebab sekarang ni ramai yang menyamar kat alam siber tu. Ajak jumpa pastu kang dia rogol engkorang".

Masa tu memang cuak habis la, tak berani nak layan diorang yang hantar mesej kat myspace tu, ajak jumpa la apa. Sorry not at home la weyy. Taknak la jadi mangsa rogol. Kang keluar paper Metro muka depan dengan tajuk "PELAJAR SEKOLAH DIROGOL KENALAN INTERNET". Haaa, tak ke naya tu?

Eh, sambung balik cerita lepak dengan si mizah tadi. Lepas dah datang rumah dia siap melantak nasi yang mak dia masak sebelum pegi keje pagi tu, dia pun bukak satu website ni. CHATROOM. Wow! Ini tempat orang dok jumpa jodoh ni. Banyak betul masa tu dengar cerita ramai kawen. Bila tanya jumpa dengan suami kat mana? Kat chatroom? Hmmm, okay, okay.

Si mizah ni dah ada akaun la untuk Kampung Chat la apa bagai semua tu. So, kitorang just guna akaun dia je pastu tukar nama yang nampak kelas sikit la macam BabySara, HannahMontana, KikiComel, nama bodoh-bodoh tu. Hahaha. Memang malu nak ingat balik. Pastu start chat. Tak faham macam mana formula benda alah tu entah macam mana tiba-tiba nak dekat sepuluh jejaka bajet-tampan-takde-keje yang hantar chat "Hai, nak kenal boleh?". Brrrrrrrrrrr. 

Dah la mizah, takut oi. Dari chat yang biasa-biasa sampai la chat yang luar biasa. Taknak. Under 18 lagi kot masa tu. Hahaha. Memang meremang bulu roma bila ingat balik. Apa la keje tak berfaedah yang kita buat masa tu kan? Macam tak masuk akal. Yela, masa tu selekeh habis. Pakwe pun takde lagi. Kah! Macam bebudak yang happy gila bila dapat keluar malam sebab pegi pasar malam. Dapat green light pegi pasar malam pun dah happy tau masa tu. Lawak!

Tak sangka kan masa cepat sangat berlalu. Sekarang ni dah nak masuk umur 24 tahun dah. Dah besar dan nak ke arah 30 tahun? Ya Allah. Macam terngiang-ngiang lagi suara kawan-kawan yang mengajak main tali skipping, zero point, teng-teng, baling selipar, bola beracun, dan semua tu. Rindu. 

Tapi, apa yang kita dah capai hari ni? Apa kebaikan yang dah kita buat? Macam mana dengan mak ayah kita yang dah semakin tua? Apa pengorbanan yang kita dah lakukan? Macam tak terbalas lagi jasa mak ayah kita melayan kita masa kecik-kecik dulu. Nampak bai roti dah menjerit terlolong mintak duit nak beli Tora, Ding-Dang, dan semua kotak yang dalam dia ada isi mainan dan coklat pada masa tu. Sekarang ni, balas la balik nak oi. Bagi la apa saja yang kau ada. Sikit pun jadi la. Happy diorang tengok anak-anak diorang dapat berikan sesuatu. :)

p/s : Mizah, kalau kau tengah baca pasal Kampung Chat tu, aku rasa kau mesti tengah senyum teringat kenangan kita dulu kan? Hihihi.

Terima kasih sudi baca. :')


xoxo,
fana

31 December 2013

Kisah Disebalik 2013

Assalamualaikum..


Rasa macam baru lagi kisah 2012 tertulis di blog ini. Sekarang, 2013 akan meninggalkan kita. Ya Allah, cepat betul masa berlalu. Sangat pantas ! :)


Pintu 2013 terbuka luas dengan pelbagai rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada aku. Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmatMu. Maafkan hambaMu ini sekiranya terlalu banyak mengeluh dengan cabaranMu, rupanya ada nikmat yang dikurniakan disebalik keluh kesah tersebut.


Walaubagaimanapun, masih terdapat musibah yang melanda diriku pada awal 2013 dimana aku belajar sedikit demi sedikit. "Jangan terlalu baik dengan orang, nanti orang buat bukan-bukan kat kita" (A, 2013). "Kenapa tolong kalau dah tahu dia macam tu?" (B, 2013). "Tak pernah tengok pun dia sebelum ni, mungkin sengaja Allah nak bagi ujian ni kat kau", (C, 2013).


Kes bermula bilamana seorang sahabat meminta pertolongan dari aku untuk majlis bahagianya, aku dengan gembira ringankan tangan untuk membantu dengan segala kudrat yang aku ada. Pada mulanya semua berjalan dengan lancar, tetapi akhirnya ibarat kata pepatah "habis madu sepah dibuang". Aku ikhlas. Aku halalkan segalanya. :)


Sejak dari peristiwa itu, aku mula berhati-hati. Memang perit untuk diterima, apatah lagi ianya melibatkan nasihat keluarga. Namun, aku ambil itu sebagai pengajaran.


Pertengahan tahun, menginjak la umur aku kepada duapulohdua tahun. Alhamdulillah, Allah panjangkan lagi umur aku. Kali ni, lebih istimewa bila ramai rakan-rakan kelas yang datang ke rumah bagi membuat kejutan. *konon* Hahaha. Terima kasih kawan-kawan. 


Sejak wujudnya Instagram dalam dunia ni, aku antara orang paling gembira abad ini. Sebab memang aku jenis suka mengambil gambar makanan. Setiap kali makanan terhidang, setiap kali itu la aku akan keluarkan kamera untuk tangkap gambar. Mak Siah dah faham sangat dengan habit aku ni.


Sejak mengupload banyak gambar makanan yang aku buat sendiri macam kek batik, puding karamel, aku tak sangka ada juga makhluk Allah yang sudi tempah. Tak sangka bisnes ini yang aku ceburi akhirnya. Hahaha. Tapi, ini la yang orang kata rezeki. Tak gitu? Alhamdulillah.



Selain itu, rezeki sebagai seorang blogger juga makin banyak sejak tahun 2013. Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak aku tujukan khas buat kak AsyikIzas sebab beliau merupakan orang yang telah membuatkan aku terjebak dalam segala event sehingga ke hari ni. Gomawo (terima kasih) !


Pada mulanya, aku diberikan tugas yang sangat berat iaitu menghadiri event Sheikhahub. Masa tu Sheikhahub mengadakan majlis berbuka puasa bersama media dan juga mengumumkan mengenai pertunjukan fesyen yang akan mereka ikuti di Melbourne, Australia.

Bersama Pengasas Sheikhahub

Sejak dari itu, barulah aku rasa bagaimana sebenarnya kehidupan sebagai seorang blogger. Kalau dulu, aku cuma menulis untuk suka-suka, berkongsi segalanya dan sekarang aku terasa lebih dekat dengan komuniti. Semoga usaha ini tak akan terhenti setakat ini. (EVENT)


Bak kata Pengurus Editor Majalah Hijabista, Nur Suziana Zulkifli kepada aku sewaktu mengikuti event bersama Hijabista "Keep doing what you do best". Akan aku pegang kata-kata tu. Beliau merupakan salah seorang sumber inspirasi yang mendorong aku untuk menapak lebih jauh. 

Bersama Sis Suzi

Pengalaman mengikuti event bersama majalah yang paling aku taksub, Hijabista merupakan pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Hijabista merupakan majalah yang senantiasa menjadi ikutan sejak keluaran edisi pengenalan. Alhamdulillah, sejak itu, dah dua kali pengalaman aku dapat lihat diri sendiri dalam majalah kesayangan aku tu. Hihihi.


Yang paling seronok, bila dapat peluang berlakon di tahun 2013 ! Walaupun cuma sebagai ekstra, tapi pengalaman sehari suntuk di lokasi penggambaran memberikan pengalaman yang cukup puas. Alhamdulillah. Ramai juga blogger lain yang turut terlibat. Cerita Sebenar Mengenai Bibah (CSMB) merupakan telemovie yang 'memaksa' kami berlakon. Hahaha. Such a great experience !

Bersama hero CSMB, Pekin Ibrahim

Semuanya memberikan memori yang sangat manis kepada aku sebagai seorang manusia biasa yang ingin merasakan pengalaman manis seperti manusia lain. Aku sentiasa mendoakan semua orang turut mendapat perjalanan hidup yang manis walaupun kadangkala pahit itu datang menjengah.


Tamatlah kisah 2013 aku. Macam mana dengan tahun 2013 yang korang lalui? Indah sepanjang masa? Ataupun terlalu banyak duka berbanding suka? Hidup ini umpama roda, kadang kita di atas, kadang kita dibawah. Terima takdir kita, terima dengan hati terbuka. Semoga tahun depan memberikan sinar bahagia buat kita semua.


Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi pada tahun hadapan ! Doakan aku dapat jawab peperiksaan akhir yang sedang berlangsung bermula 30 Disember 2013 hingga 18 Januari 2014 okay ! Happy New Year !!!




Wishlist 2014
Dapat lesen kereta
Bisnes semakin maju
Dapat tamatkan Degree
Muka semakin cantik berseri :p


nfcs

05 December 2013

Perak Darul Ridzuan

Assalamualaikumm...




Perak.

Siapa sangka, seumur hidup aku memang tak pernah jejakkan kaki di Perak Darul Ridzuan. Keluarga aku memang bukan jenis yang suka melancong. Kitorang akan berjalan paling jauh pun setiap kali pulang ke kampung.

Namun, bukan itu yang menjadi story line dekat sini. Apa yang aku nak kongsikan ialah, bilamana korang tak pernah jejakkan kaki di sesebuah negeri, tiba-tiba korang dihantar ke sana. Perasaan tu, pelik !

Kampung aku di Kedah. Maka, aku tahu bagaimana bentuk muka bumi di sana. Dan sejak aku lahir, aku memang sudah menetap di Kuala Lumpur. Aku juga tahu bagaimana bentuk muka buminya, demografinya dan juga cara hidupnya.



Jodoh. Ya, itu yang aku rasa. Aku mendapat tawaran menyambung peajaran di Perak. Negeri yang aku cuma lalu sahaja setiap kali melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) untuk pulang ke kampung.

Ternyata memang sangat pelik. Bila masuk je Tol Gopeng, aku dapat rasakan kelainan Perak ni. Satu, aku rasakan yang Perak ni tak berapa maju negerinya. Bangunan, kedai makan, pusat membeli-belah semuanya nampak kaku, lesu.

Dua, kenderaan awam di Perak memang sangat tenat. Jika di Kuala Lumpur, aku sudah terbiasa menggunakan kenderaan awam untuk bergerak ke mana-mana kerana telah diberikan perkhidmatan sebegitu sejak dulu lagi.

Namun, bila di Perak yang aku lihat cuma bas berjenama General dan Roadways yang sangat buruk, tua dan tak ada pendingin hawa ! Bukan nak kecoh pasal pendingin hawa bas, tapi, dah sah-sah bila naik bas tu kena bukak tingkap. Kalau hujan?

Tiga, jalan raya di Perak tak macam di Kuala Lumpur. Bagi aku, jalan sesak berjam-jam yang hanya dapat dilihat diatas jalan raya ialah lampu brek kereta yang semuanya merah belaka. Perak, langsung tak ada kesesakan lalu lintas okay. Kadang-kadang tu mungkin la dekat Ipoh kalau iye pun. Itu yang positifnya.



Empat, nak cari kedai makan punyalah susah. Engkau bayangkan kedai makan yang kadang-kadang bukak kadang-kadang tak. Penat menapak berjalan kaki setengah jam, sampai-sampai kedai tak bukak. Sedih weyyy ! Malay business is always like dat. Bak kata orang dulu-dulu, “hidup segan mati tak mahu”.

Lima, Perak bagi aku syurga makanan yang murah-murah ! Ya Allah, mana nak dapat pisang goreng tujuh biji seringgit dekat Kuala Lumpur? Tapi, dekat Perak engkau akan dapat. Bukan tu je, siap ada gerai jual nasi bajet lagi ! Sebungkus dua ringgit siap kuah, lauk ayam dan sayur. Nak nangis weyyy !

Enam, ini paling best. Kalau korang nak tahu, salah satu sebab aku tak menyesal datang Perak sebab Perak ni terkenal dengan musim buah-buahan. MasyaAllah, bila tiba musim durian, sepanjang jalan ke Lumut tu memang ada je payung dan meja. Atas meja ada durian kottt ! Pergh, ini hantu durian mari. Tolong lah. Dah la durian elok-elok, lepastu murah pulak tu. Aaaaaaa, nangis lagi. T.T

Bagi aku kerajaan negeri Perak patut pelihara dan pulihara segala fasiliti di Perak ni. Bukan apa, banyak sangat yang kurang. Kalau nak dibandingkan dengan negeri Kedah aku rasa Kedah jauh lebih maju. Dari segi kenderaan awam, pusat membeli-belah, jalan raya, dan jugak tempat-tempat menarik. Terlalu banyak yang masih kurang di Perak ni. Sebenarnya Perak ni sangat luas, banyak tanah, dan aku rasa patut ada sedikit kemajuan. Tambah lagi tempat-tempat rekreasi untuk tarik pelancong. Tambah bilangan hotel dan jugak homestay atau resort.

Antara tempat-tempat menarik di Perak yang aku pernah jejakkan kaki sepanjang belajar disini ialah Kellie’s Castle, Lumut Waterfront, Teluk Batik, Gerbang Malam, Bukit Merah, Batu Kurau (lubuk durian) dan Zoo Taiping. Satu je lagi tempat yang aku teringin nak pegi dekat Perak ni, Teluk Intan. Nak pegi tangkap gambar dengan ‘Eiffel Tower’ condong.




Pejam celik pejam celik dah hampir tiga tahun aku disini. Dan, tak lama lagi dah nak habis belajar pun. Cepat sungguh masa berjalan. Terlalu banyak kenangan disini. Pahit, manis dan juga kenangan yang menjadi parut dalam hati hingga sekarang.



Perak dah makin naik. Banyak perubahan dah. Lebih jelas perubahan yang berlaku sekitar Seri Iskandar. Dah ada Mc’Donalds, KFC 24 jam, dah ada gymnasium Badang yang dimiliki oleh blogger terkenal Hanis Zalikha, dah ada Burgerbyte (kedai burger bakar Zizan razak bersama business partner) dan juga dah ada Nilai 2. Banyak kedai dah pun dibukak dekat sini.

Kawasan perumahan di perak pula makin pesat membangun macam “cendawan tumbuh selepas hujan”. Terutamanya di Puncak Iskandar, kawasan residen yang dibangunkan oleh MRCB Land. Rumah banglo yang dijual dengan harga yang sangat murah. Tak sampai pun setengah juta. Dah la kawasan tenang, hutan, sejuk dan tak ada kesesakan jalan raya.

Sepuluh tahun akan datang, kalau aku jejakkan kaki di Perak lagi mungkin akan nampak lebih banyak perubahan. Silap-silap dah ada MRT (Mass Rapid Transit) kat sini. Siapa tahu? Sumpah, aku akan rindukan Perak. Bukan apa, dekat sini aku belajar banyak benda. Persahabatan, kejiranan, menguruskan duit dan belajar memasak ! Ya, dulu aku memang tak pernah memasak. Sejak aku menyewa rumah di Perak, aku dah mula memasak dan sekarang aku dah boleh memasak lauk dan nasi secara manual (tak menggunakan rice cooker)



Perak, aku akan kembali lagi. Aku akan mengingati jasamu. Terima kasih daun keladi, memori disini akan kukenang sampai mati.

p/s : 30 Disember 2013 bermulalah peperiksaan akhir bagi semester 5 dan akan tamat pada 18 Januari 2013. Doakan aku jawab dengan jayanya. Terima kasih si kacak dan si cantik ! ^^



nfcs 

01 January 2013

: Preview 2012 :

Assalamualaikum..


11.55 pm. Masa aku taip ni masih di tahun 2012.

2012. Sekelip mata kau datang, sekelip mata jugak kau pergi. Phewww! Mengeluh panjang bukan kerana apa. Tapi, kerana aku rasa kau telah banyak memberkan aku pengalaman. Ya, sangat banyak!

Orang dulu-dulu kata pengalaman itu mendewasakan. Hohoho. Sesungguhnya aku telah dewasa. 2012 aku berusia duapulohsatu tahun. Maka, pada tahun 2013 aku akan melangkau umur berapa? Kejap, nak ambik kalkulator saintifik dekat rak buku tu. -.-

Tak boleh terima kenyataan letteewww! Hahaha.

So, permulaan 2012 nampaknya macam biasa je. Januari aku sibok dengan final exam untuk semester satu. Dan aku masuk balik Mac. Semester dua bermula dan aku masih sebagai seorang pelajar. Tempuhi dugaan yang banyak sebagai pelajar. Dan yang paling bahagia ialah bila keluarga dan M.I.P masih disisi. :)


Teman gadoh dan sayang. :)

Terima kasih sentiasa disisi sepanjang enam tahun. :)

Benda yang aku idamkan kini jadi milik aku pada tahun 2012 jugak! Kamera Merah. Taraaaaa. :)

Kamera Merah kesayangan.
Dan yang paling best jugak untuk tahun 2012 ialah bila keluarga aku menerima ahli baru. Yeayyy! Akak aku diijabkabulkan pada Mac 2012.

Selepas selesai diijabkabulkan.

Kakak sulung aku yang kini sedang mengandungkan anak sulungnya. 

Sewaktu kenduri perkahwinan kakak sulung aku.

Antara kisah suka, gelak, ketawa. Kisah sedih dan pahit itu pasti ada. Tokwan meninggal pada tahun 2012. Semoga arwah Tokwan ditempatkan dalam kalangan mereka yang soleh. Aminnn. Rindu Tokwan. T.T

Selain itu, aku juga secara rasmi telah menjadi 'janda' pada tahun 2012. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Mungkin tiada jodoh atau mungkin tiada rezeki. Sampai situ saja hubungan aku dan M.I.P. Terima kasih kerana sudi susah senang bersama, sudi sayangkan diri ini sepenuh hati, sudi hantar makanan tengah malam, sudi belikan durian bila mengidam, sudi hulurkan bantuan bila diperlukan dan sudi kemana-mana bersama. Terima kasih. :)

Annyversary terakhir. 

Alhamdulillah, dalam kegembiraan dan kesedihan, terselit kejayaan. Alhamdulillah. Terima kasih Mak dan Abah yang tak putus-putus doakan kejayaan anakmu ini. Akhirnya berjaya dapat dekan untuk semester dua. :)
Majlis Anugerah Dekan

Dan, pengalaman paling berharga untuk 2012 bilamana aku sebagai bekas pelajar tingkatan enam di SMK Sri Pantai telah dijemput kembali ke situ untuk memberikan semangat dan dorongan buat adik-adik tingkatan enam yang bakal menduduki STPM tahun 2012. Aku dan kawan-kawan yang lain iaitu Hakim, APrizal, Suppi, Nabilah, Ain dan ramai lagi telah hadir untuk adakan sedikit program untuk buka mata diorang tentang apa yang menarik di tingkatan enam. 

Semasa Forum.
Bersama pelajar-pelajar terbaik STPM

Dan, dihujung tahun 2012 aku terasa sangat puas walaupun ada sesuatu yang hilang, tetapi aku tetap bahagia dengan adanya insan-insan sekeliling yang sentiasa bagi semangat dan dorongan. Terima kasih Mak sebab selalu bagi nasihat dan panduan, terima kasih Abah sebab selalu berkongsi rezeki, terima kasih kakak-kakak dan adik-adik yang sentiasa bikin hati ni terisi, terima kasih para housemate sebab sentiasa ada bila gembira dan sedih dan terima kasih SJ kerana sudi membantu diri ini untuk bangkit semula. :)

Untuk itu, selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013. Harap 2013 memberikan aku lebih sinar kebahagiaan dan kejayaan. InsyaAllah.


nfcs

07 August 2012

:: Si Penyibuk Yang Berhati Lalat ::

Assalamualaikum


Entry khas buat kau.

Maaf, aku tak reti guna bahasa kotor, tapi aku akan cakap sebaik yang aku mampu. Sila baca dengan jelas dan dengung yang betul. Nanti ustazah rotan! Haiyaaakkk!

Kau,
Asal kau macam ni? Aku dah buat apa dengan kau? Aku ada ambik tahu pasal kau? Tak ada setahu aku. Mungkin.

Aku tahu kau mungkin cemburu dengan aku. Cemburu dengan dia. Tapi, kenapa? Aku cerita dekat blog semua cerita yang aku nak cerita. Jari yang menaip tu jari aku. Cerita yang nak diceritakan tu cerita aku. Blog yang aku gunakan untuk bercerita juga adalah blog aku! Siku nak?

Geram tak dapat nak tahan. Ketap gigi kuat-kuat. Kau ada? Orang kata, orang macam kau ni cemburu. Eh, aku bukan buat apa pun dekat muka kau sampai kau nak cemburu. Please.

Aku lupa kot yang blog aku ni untuk tatapan umum. UMUM! Jadi, kau antara pembaca blog aku lah kan? Aku patut terima kasih ke atau aku patut tumbuk muka kau yang tak berapa nak comel tu? Aku dah block kau dari facebook. Memang apa yang aku update dekat sana kau takkan dapat tengok. Oh, kau mungkin perempuan. Kan?

Ya, aku belum tahu lagi mengenai jantina kau. Tapi, semua tu tak penting buat aku. Sebab aku rasa kau tak patut tonjolkan diri kau. Bimbang aku benci untuk lihat muka kau yang tak comel tu. Maaf.

Setempek kueh semperit untuk kau ! Nah!


26 April 2011

:: Every 5ive Things About Fanacheksaat ::

Assalamualaikummm...



A) 5 nama kawan kawan selalu panggil.
i. fana
ii. ana
iii. farhana
iv. papan (korang jahatt sebab aku kurus keringg korang panggil aku macam ni! )
v. anak CHEK SAAT ;))

B) 5 tarikh yang terpenting dalam hidup.
i. Haruslah tarikh lahir aku! 22 Mei 1991
ii. Tarikh lahir parents aku for sure! 6 Jan 1960 (mak) , 17 Mac 1956 (abah)
iii. Tarikh lahir adik beradik aku tuh yg lg 4 orang! ;))

C) 5 Benda telah diselesaikan semalam.
i. mandi *WAJIB
ii. makan *WAJIB
iii. pegi kerja
iv. balik kerja
v. Beli barang utk GARAGE SALe GEGADISS!

D) 5 Cara untuk bahagia / happy.
i. Think Positive! Always;))
ii. Spend time dgn mereka yg sayangg aku!
iii. Makan COKLAT! ;D
iv. Ade orang yang sayang aku!
v. Buat ape yag korang rase nk buat! JANGAN xbuat., ok!

E) 5 Hadiah yang aku nak !
i. Baju BARBIE satu almari! haha
ii. Lappy APPLE! bleh??
iii. Rumah Banglow seketul!
iv. Trip Pelancongan ke Hawaii! Wah..romantiknyee...
v. Wedding of the year!!! ;))

F) 5 hobi kegemaran.
i. MAKAN
ii.KARAOKE *wlupun dlm tandass..haha
iii. Berjalan laju2..bak kate mak aku 100km/hr..haha
iv. Berjogging *tu pon klau ade mase..huh!
v. TIDUR! lebih2 lagi time ujan..wahhh!

G) 5 tempat yang ingin untuk bercuti.
i. HAWAIIII!!! Please bring me there....
ii. PULAU- Nak macam cite DUYUNG tuh!
iii. LAUT- Nk snorkeling..;))
iv. HUTAN- Aku ni pencinta alam taw! SERIUS ok!
v. LONDON! Aku nk shopping! haha

H) 5 minuman kegemaran.
i. Milo ais taburr *Milo tarok atas..;))
ii.Yogurt drink - Jage kesihatan kononn.
iii. Sirap Bandung..favourite mak aku jgkk..haha
iv. Tembikai Laici 
v. Air Mineral! Harussss...baik utk buah pinggang..;))

I) 5 benda yang selalu jumpa dalam bilik.
i. Baju busukkk!
ii. Meoww aku..ske tol die lepak atas katil aku!
iii. Charger! Emergency kang nk men msj xde plak bateri..haha
iv. Bantal yg berlambak2! satu utk kepale, kaki, pinggang..haha
v. Wardrobe! Haha..besar punye taww utk smpn all of my closets! ;))

J) 5 warna pakaian kegemaran.
i. Hitam*warna selamat! ;))
ii. Putih *warna selamat jgk! haha
iii. Pink! Haruss ade utk girls..;))
iv. Biru..my peberet kaler!
v. Kelabu! Sebabnye adik bradik aku klau shopping mesti attack kaler ni!

K) 5 band kegemaran.
i. New Boyz! Band yang temani tidurku mase skola rendah dlu..haha
ii. Tilu Band! I like their genre of music!
iii. Black Eyed Peace! Boom Boom Pow! haha
iv. Jonas Brothers! Cute gileee kottt!
v. Fotograf! Aku suke lagu Ke Pintu KAsihmu..oooo

L) 5 orang yang digemari.
i. My mommy! Sejuk tengok muke beliau! ;))
ii. Abah! Cool man in the world! ;))
iii. My Intan Payung! ;D
iv. Tun Dr. Mahathir..;))
v. Dato' Siti Nurhaliza! Cantekk, merduu, AWESOME!

M) 5 Tempat / aktiviti selalu buat.
i. Time Square *Movie, Bowling, Shopping!
ii. Pasar Malam *Shawl murahh..Shopping!
iii. MidValley *Shopping, MAKAN!
iv. RUMAHKU, SYURGAKU!
v. OFFICEku *bergelumang dgn cigaretss! haha

N) 5 orang yang paling disayangi.
i. ALLAH S.W.T
ii. Rasullullah S.A.W
iii. Family
iv. Kengkawan
v. Gegadis

0) 5 sebab jawab kaji selidik ni.
i. Sebab aku da terlanjur di'tag'! waaa
ii. Modal utk update belog! haha
iii. Sebab Eyna Haron cakap klau aku xjwb aku akn disingkirkn! no!
iv. Utk korang kenal aku jugak kn??
v. Untuk aku menge'tag' korang! haha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...