Kari Terung Bersama Ikan Bawal

Aza Aaj
Aza Aaj @sedap_sokmo1311
Malaysia🇲🇾

Kari mari...menu kesukaan family...memang suka sangat2 lah kalau masak kari campur Terung memang kami sekeluarga peminat terung🍆🍆🍆
Ajom intai bahan2 yang akk sedia dan masak.

Bahan Pantry : Total Point (4)
Terung, Santan, Lobak Merah, Kunyit
Asam Jawa,Cili

#GlobalApron2024 #Challenge45
: TERUNG 🍆

#MakeEverydayCookingFun
(7/2025)

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

25 minit
4 orang
  1. 3 biji Terung saiz kecil -dibelah 2
  2. 1/2 batang Lobak Merah - di potong panjang
  3. 350 ml Santan
  4. 1 sdt Kunyit - akk guna kunyit serbuk
  5. 1 sdm Cili - akk guna Cili boh
  6. 1 biji Cili hijau
  7. 1 sdm Asam Jawa - dibancuh dengan air
  8. 1 ekor ikan bawal -di potong
  9. Bahan Tumis Dan Kisar
  10. 5 Ulas bawang putih
  11. 1 labu bawang besar
  12. 3 inci halia
  13. 1 sdt halba campur
  14. 3 sdm rempah kari ikan
  15. 2 tangkai daun kari
  16. 250 ml minyak masak

Cara Memasak

25 minit
  1. 1

    Sediakan kesemua bahan yang akk tulis...ikan dicuci bersih ikan bawal di kerat 3...kisar bawang putih,bawang besar dan halia...panaskan minyak tumiskan bahan kisar,halba campur,daun kari, Cili boh, Kunyit serbuk, rempah kari...tumis hingga pecah minyak...

  2. 2

    Bila dah pecah minyak elok tambahkan air Asam Jawa...kacau2 tambahkan sedikit air...masukkan Terung, Lobak Merah dan ikan bawal...

  3. 3

    Biar semuanya mesra...tambahkan Santan dan 350 ml air...perasakan dengan garam,gula dan serbuk perasa sesuai citarasa...bila ikan dah masak elok dan cukup segala rasa...padan kan api dapur...last akk tambahkan buah tomato ceri dan Cili Hijau...Siap.

  4. 4

    Kari Terung Bersama Ikan Bawal...#StyleAzaAaj is done...Alhamdulillah sedap sokmo.🤲❤️

Edit resipi
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Aza Aaj
Aza Aaj @sedap_sokmo1311
pada
Malaysia🇲🇾
Cooking with ❤️ #StyleAzaAaj
Baca lagi