Nasi Ulam Utara

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

84/2024 (1629/2K)
Global Apron Challenge 3: Moreh #GlobalApron2024

Magic Pantry List:
Gula Melaka, cili merah, halia

Asalnya takde niat nak masuk resepi ni ke Challenge 3. Tapi tersangkut 3 bahan yang ada digunakan..so apa salahnya kan..

Bila nengok senarai ulam dari resepi @salina_jalaludin , fuhhhh…berderet panjangnyq..alhamdulillah..kebanyakkannya ada Uchu tanam pokoknya.

Harini Uchu cuma guna 22 jenis ulam..semuanya petik2 dari tanaman pasu Uchu..alhamdulillah. Ada beberapa jenis lagi ulam dalam senarai bahan yang Uchu ada tanam pokoknya tapi Uchu skip je sebab pokok mengkudu dan mangga penuh dgn kerengga la pulak..pokok kopi dan belimbing buluh pulak tanam kat kebun, lupa nak gi amik awal-awal.

22 jenis pun dah banyak sangat dah..amik serba sedikit setiap jenis pun, lepas dah dihiris dapat sebesen..ahh sudah..alhamdulillah..dah siap semua, dapat share dengan jiran-jiran jugak. Uchu siap label bekas hantar kat jiran tu dengan ‘nasi ulam Utara’ 😆 sebab risau gak nanti ada yg kata kenapa takde tu, takde ni macam nasi kerabu belah Pantai Timur..😅

Alhamdulillah..sedap terima kasih @salina_jalaludin atas panduan resepinya..

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

  1. Pes Sambal Nasi Ulam
  2. 10 ulas bawang merah
  3. 2 inci halia✅
  4. 2 inci lengkuas
  5. 1 labu bawang putih
  6. 1 sudu makan belacan
  7. 4 biji cili merah✅
  8. 4 biji cili padi
  9. 1 ketul gula Melaka✅
  10. 4 sudu makan gula putih
  11. 1 sudu makan garam
  12. Secukupnya garam (sesuai rasa)
  13. 1 sudu makan asam jawa (dibancuh air)
  14. 3-4 keping ikan masin tenggiri jeruk digoreng (atau ikan masin yang ada isi i.g kurau dibakar)
  15. 3 keping isi tenggiri/1 ekor ikan tongkol
  16. 3-4 sudu makan kerisek (uchu guna 3 peket x 40 g kerisek Akasia)
  17. Ulam-ulaman
  18. Pucuk lemuni,pucuk serai kayu, pucuk daun salam, pucuk beluntas, pucuk gajus, pucuk gelam tikus,pucuk kari, sambung nyawa hijau dan ungu, pucuk putat, bayam brazil, pegaga, daun selom, daun kesum,
  19. Bunga kantan, Pucuk tenggek burung, daun kunyit,pucuk kaduk,daun kemangi/selasih,daun cekur hijau,pucuk cili
  20. Daun cekur hitam, Pucuk asin,pucuk belimbing buluh, pucuk mangga, pucuk kopi,pucuk maman,daun belalai gajah,pucuk mengkudu, pucuk kundang (yang ni Uchu skip)
  21. Nasi putih/nasi bunga telang
  22. 3 cawan beras (sukatan cawan beras)
  23. Secukupnya air
  24. Segenggam bunga telang segar/kering (direndam air panas) (optional)
  25. 6 helai daun limau purut (optional)
  26. Bahan dimakan bersama
  27. Telur rebus/telur masin
  28. Ayam/daging goreng/bakar
  29. Keropok

Cara Memasak

  1. 1

    Masukkan bawang merah, bawang putih,lengkuas,halia, cili merah, cili padi, serai, belacan, serbuk cili, air asam jawa, gula Melaka, garam dan gula ke dalam mangkuk pengisar.

  2. 2

    Kisar semua bahan sehingga halus.

    Tm6:
    Turbo/2 saat (repeat)
    Blend 20 saat/speed 8-10

  3. 3

    Sangai bahan kisar sehingga sedikit kering.

    Tm6:
    Masak: 20 minit/120 c/speed 1,reverse spoon

  4. 4

    Bilas tenggiri masin jeruk, buang tulang jika ada, kemudian goreng. Toskan.

  5. 5

    Bakar isi ikan tenggiri sampai masak. Buangkan tulang ikan.

  6. 6

    Masukkan ikan tenggiri masin jeruk goreng dan isi ikan tenggiri bakar ke bersama bahan sangai tadi.

  7. 7

    Hancur-hancurkan ikan dan sangai lagi sehingga sedikit kering dan berderai.

    Tm6:
    Masak: 5 minit/100c/speed 3 - 4.5

  8. 8

    Untuk memudahkan kerja menghiris pelbagai ulaman, bungkus segala daun ulam (kecuali bunga kantan) dalam daun kunyit yg telah dibuang urat tengah. Hiris halus.

  9. 9
  10. 10

    Rendam bunga telang dalam air panas sehingga keluarkan warna biru. Tapis air bunga telang ke dalam periuk berisi beras. Sukat air macam biasa.

    Masukkan juga daun limau purut untuk menambahkan aroma nasi.

  11. 11
  12. 12

    Cedok nasi secukupnya untuk sekali hidangan ke dalam mangkuk besar. Campurkan nasi bersama ulaman dan sambal nasi ulam. Gaul rata.

  13. 13

    Sedia dinikmati bersama lauk pilihan seperti ayam bakar, ayam goreng, telur masin, solok lada dan sebagainya..

  14. 14

    Tip: Rebus telur masin 10 minit untuk kuning telur yang cantik.

Reaksi

Edit resipi
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen (2)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Alhamdulillah..sedap sangat sal weh..tq sal

Carian Teratas bagi

Ditulis oleh

Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️ Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍. Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi