Kacang Kuda Rebus

3 orang bercadang membuatnya
Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Balik dari temujanji dengan doktor di IJN, singgah di cafe hospital untuk menjamu selera kerana awal pagi memang tak sempat nak ambik sarapan pagi. Dari rumah ke IJN mengambil masa hampir sejam jika jalan tak sesak tetapi jalan menuju ke arah Samarahan yang sama hala ke IJN memang tak pernah tak sesak menyebabkan perjalanan terasa lama. Terpaksa bergerak awal dari rumah.
Selesai makan dan minum, saya ternampak ada kacang kuda rebus yang dijual tetapi diletakkan ke dalam cawan plastik lutsinar. RM4 harga nya dan cawan nya pun kecil. Sepanjang perjalanan balik ke rumah saya dan suami menikmati kacang kuda rebus hingga habis. “Hmm.. lama dah tak makan kacang kuda rebus ni.” Kata suami saya, kalau beli memang tak cukup, nak kena beli dan rebus sendiri baru puas makan. Jadi hari ni suami saya boleh tersenyum gembira menikmati kacang kuda rebus sambil menonton rancangan televisyen kegemaran nya.
Cooksnap daripada @wak_udi terima kasih. Favourite kami sekeluarga ni.

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

4-5 orang
  1. 500 gm kacang kuda
  2. 1/2 sudu besar garam Himalaya
  3. 1.5 liter atau lebih air untuk merebus

Cara Memasak

  1. 1

    Cuci kacang kuda dan rendam kacang kuda semalaman dengan air yang melebihi paras kacang. Lebih banyak pun takpe. Atau rendam sebelah pagi, malam baru rebus.

  2. 2

    Bila kacang dah nampak kembang berganda, buang air nya dan tambah air yang baru rebus dengan tambahkan garam. Bila suka masin, garam boleh dilebihkan. Rebus sehingga lembut. Kemudian matikan api dan tapiskan. Sedia untuk dinikmati.

Reaksi

Edit resipi
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡 “No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi