Nasi Air Kelantan

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

#MerdekaMonth Citarasa Pantai Timur - Nasi [Week 2]

Saya baru je baik daripada demam, batuk dan sakit tekak beberapa hari lepas, diikuti suami saya pulak. Terasa nak makan bubur nasi terus teringat pada resipi nasi air Kelantan daripada @salina_jalaludin . Kebetulan Cookpad Malaysia pun ada membuat cabaran untuk hari kemerdekaan untuk negeri-negeri pantai timur, jadi memang ngam sangat la untuk saya cooksnap. Merata tempat suami saya cari sayur kangkung tak jumpa. Hmm.. waktu nak guna takde pulak, kalau yang ada pun yang sudah kering dan tak segar lagi. Jenguk ke belakang rumah, ingatkan nak gantikan dengan sayur bayam tetapi sayur bayam pun dah tak berapa nak nampak kerana ditutupi rumput dan lalang. Cuaca asyik hujan suami saya tak dapat nak memotong rumput dan lalang di belakang rumah saya. Terpandang pada pucuk ubi kayu kerinting, tanpa berlengah saya terus memetik nya. Pucuk ubi kerinting ni lebih lembut jika dibandingkan dengan pucuk ubi kayu yang lain. Tempoh masa memasak nya juga lebih cepat. Berselera suami saya makan, siap kata sedap sambil tunjuk 👍.

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

2 orang
  1. Bahan Nasi
  2. 1 cawan beras
  3. 7 cawan air
  4. Bahan Sup
  5. 1/2 dada ayam
  6. 2 liter air
  7. 5 ulas bawang merah (dihiris nipis)
  8. 3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  9. 1 inci halia (dihiris nipis)
  10. 1 sudu serbuk rempah sup
  11. 2 tangkai akar ketumbar (diketuk) - saya guna batang daun ketumbar
  12. 1 kiub ayam
  13. 2 sudu besar kicap manis Jalen
  14. 3 sudu kecil garam (jika kurang masin tambah lagi)
  15. 1 sudu kecil serbuk perasa
  16. Bahan Pelengkap
  17. 1 mangkuk kecil isi ayam (dari ayam yang direbus tadi)
  18. 1 ikat kangkung (dipotong dan dicelur) - sebab takde saya gantikan dengan sayur pucuk ubi kerinting
  19. 2 biji telur masin (direbus dan dibelah dua) - Dalam gambar 5 biji, sengaja rebus lebih untuk bekal anak 🤭
  20. 2 genggam ikan bilis goreng
  21. 2 sudu besar emping cili (chili flakes) - saya tak letak
  22. 2 sudu besar cili jeruk - saya guna cili padi jer + limau kasturi
  23. 6 sudu besar bawang goreng (saya buat minyak bawang putih)
  24. Sedikit daun bawang

Cara Memasak

  1. 1

    Beras dibasuh bersih dan dimasak sehingga masak sempurna dan tutupkan api. Rebus telur masin di tempat lain dan ketepikan.

  2. 2

    Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan serbuk rempah sup dan kacau seketika.

  3. 3

    Masukkan air dan ayam. Masukkan batang ketumbar dan kiub ayam. Masak sehingga mendidih. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Didihkan seketika dan tutupkan api. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan. Goreng bawang putih hingga garing dan ketepikan.

  4. 4

    Isi ayam diasingkan dari sup dan dicarik. Kangkung dicelur (pucuk muda ubi kayu kerinting dicelur). Cadangan hidangan : Nasi dimasukkan ke dalam mangkuk. Masukkan sup. Letak kangkung celur, isi ayam, bawang goreng, ikan bilis goreng, telur masin, cili jeruk (saya letak cili potong dan limau kasturi), tabur daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.

Resipi Pautan

Reaksi

Edit resipi
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Ditulis oleh

Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡 “No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi