Salted Egg Chicken Burger

9 orang bercadang membuatnya
Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
Kuantan, Pahang, Malaysia

Buat sendiri burger mcm ni, baru puas hati. Jimat dan boleh adjust rasa dia. Suami bagi two thumbs up. Sos Salted Egg tu mmg padu!

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

1 jam
2 orang
  1. Bahan Chicken Patty
  2. 2 keping peha ayam (tanpa tulang. Ayam chicken chop)
  3. 1 sudu besar tepung gandum
  4. 2 sudu besar tepung jagung
  5. Garam dan serbuk perasa secukup rasa
  6. 1 sudu kecil rosemary
  7. 1 sudu kecil garlic powder
  8. 1 sudu kecil onion powder
  9. 1 sudu kecil paprika powder
  10. 2 cawan minyak masak
  11. Bahan Salted Egg Sauce
  12. 1 sudu besar minyak masak
  13. 1 sudu besar butter
  14. 2 ulas bawang putih *
  15. 2 tangkai daun kari *
  16. 3 biji cili api *
  17. 1 cawan susu full cream
  18. 3 sudu besar serbuk salted egg
  19. 1 keping cheese slice
  20. Bahan Lain
  21. Roti burger
  22. Mayones
  23. Salad
  24. Tomato

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Satukan semua bahan kering utk buat chicken patty dalam bekas bertutup. Gaul rata.

    Masukkan ayam. Tutup bekas. Goncang bagi ayam dan tepung tergaul sebati.

  2. 2

    Panaskan minyak, goreng ayam hingga garing. Angkat dan toskan minyak.

  3. 3

    Utk sos salted egg, hiris halus bahan tanda *.

    Panaskan minyak dan butter, tumis bahan hiris sampai garing. Tambah susu dan serbuk salted egg. Kacau sebati.

  4. 4

    Kacau rata sampai mendidih. Tambah cheese. Kacau, adjust rasa. Bila dah ok, tutup api.

  5. 5

    Belah roti. Sapu mayones di dua dua belah roti. Susun roti bhg bawah, salad, tomato, chicken patty, sos salted egg dan akhir sekali kapitkan dengan roti bhg atas. Siap.

Reaksi

Edit resipi
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
pada
Kuantan, Pahang, Malaysia
Faa sangat suka masak, Masak untuk yang tersayang, Semua juadah Allah bagi enak, Syukur dengan rezeki yang terhidang.
Baca lagi