Sup kosong

1 orang bercadang membuatnya
Suraini Boli
Suraini Boli @surie_3394

Sup kosong yang paling senang dibuat kerana semua bahan-bahan dimasukkan sekali di dalam periuk. Kena ada tulang ayam supaya lebih enak rasa sup. Rebus sampai masak , tabur daun sup serta bawang goreng. Wahhh wangi dan hidang semasa panas-panas.

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

  1. beberapa ketul tulang ayam (saya guna bahagian drumstick)
  2. sedikit dada ayam(optional)
  3. 5 cawan air
  4. 1 biji bawang merah dihiris
  5. 1 biji bawang putih dihiris
  6. sedikit halia dihiris
  7. secubit garam
  8. sedikit daun sup dan bawang goreng

Cara Memasak

  1. 1

    Isi air ke dalam periuk. Masukkan tulang ayam, dada ayam(optional), bawang merah,bawang putih dan halia ke dalam periuk.

  2. 2

    Rebus hingga masak. Tambah garam sedikit.

  3. 3

    Taburkan daun sup dan bawang goreng. Siap untuk dihidang.

Edit resipi
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Suraini Boli
Suraini Boli @surie_3394
pada